"Suspek mengikat tangan dan kaki kedua-dua pengawal keselamatan berkenaan sebelum mengurung mereka dalam stor," katanya.
Menurut sumber, ketika dikurung mangsa sempat melihat sebuah lori masuk ke dalam kawasan kilang dan memunggah barangan samun ke dalam lori. "Mereka berdua dikurung hampir dua jam dalam stor sebelum berjaya melepaskan diri selepas yakin kumpulan itu sudah beredar dan menghubungi majikan memaklumkan kejadian itu," katanya.
Mangsa yang cedera dihantar ke klinik berhampiran untuk rawatan dan majikan mereka membuat laporan di Balai Polis Selayang.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan