ads

Ahad, 17 November 2013

12 di teluk datok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di teluk datok - Google Blog Search


Makhluk Misteri Cadborosaurus <b>di Teluk</b> Nushagak, Alaska <b>...</b>

Posted: 12 Nov 2013 04:13 PM PST

Admin | 11/13/2013 |

Pada tahun 2009, ada desas-desus tentang seorang nelayan di Alaska telah berjaya merakam makhluk misteri yang disebut sebagai Cadborosaurus dan menyerahkan hasil rakaman itu kepada Discovery Channel. Desas-desus itu ternyata benar dan pada hari ini Discovery channel akan menayangkan rakaman tersebut secara exclusive.

Apakah kita telah mendapatkan bukti kewujudan makhluk cryptid Cadborosaurus?

Boleh saja. Walaupun masih terlalu jauh untuk menyimpulkannya dengan pasti.

Rakaman yang menarik ini diambil oleh seorang nelayan di teluk Nushagak, Alaska, pada tahun 2009, dan akan ditayangkan perdana hari ini pada acara "Hillstranded", sebuah dokumentari khas dari Discovery Channel.

Pada rakaman tersebut, terlihat adanya seekor (atau lebih) makhluk panjang seperti ular sedang berenang di teluk. Ukurannya kurang lebih sekitar 6 hingga 9 meter dengan punuk di punggungnya. Makhluk itu juga menyemburkan air dari punggungnya seperti seekor ikan paus. Ini cukup luar biasa kerana tidak ada ikan yang menyemburkan air dari punggungnya selain paus. Makhluk dalam rakaman tersebut, jelas bukan seekor paus.

Ini screen shot rakaman tersebut. Kalian boleh menyaksikan rakaman dari discovery channel di akhir postingan ini.

Ketika melihat makhluk dalam rakaman tersebut, mungkin orang-orang akan segera mengaitkannya dengan Nessie, cryptid paling termashyur di dunia dari Lochness, Scotland. Namun, para cryptozoologyst yang menyaksikannya mencari kalau makhluk itu lebih mirip dengan makhluk cryptid lain, iaitu Cadborosaurus, yang diberi nama berdasarkan teluk Cadboro di British Columbia, tempat makhluk jenis ini pertama kali ditemui.

Paul Leblond, bekas ketua Department of Earth and Ocean Sciences di universiti British Columbia mengatakan kepada Discovery News kalau ia sangat terkesan dengan rakaman tersebut. Leblond pernah membantu menulis buku mengenai Cadborosaurus yang berjudul "Cadborosaurus: Survivor from the deep".

"Walaupun rakaman itu diambil pada situasi yang sedikit hujan dan kapal yang bergoyang, rakaman itu kelihatan sangat asli."

Cadborosaurus sendiri mempunyai nama gelaran Cadborosaurus Willsi, yang bermaksud reptilia atau cicak dari teluk Cadboro. Namun, kadang-kadang orang-orang hanya menyebutnya sebagai Caddy.

Makhluk ini dianggap sebagai salah satu jenis ular laut yang mempunyai kepala seperti kuda, mata yang besar dan punggung yang berbonggol.

Penampakan makhluk seperti ini telah dilaporkan selama puluhan tahun. Namun baru pada tahun 1937 dijumpai bangkainya di Queen Charlotte Island, British Columbia. Bangkai itu dijumpai di dalam perut seekor ikan paus.

Sejak saat itu, nama Cadborosaurus mulai dikenal secara luas.

Bangkai Cadborosaurus yang misteri itu kemudian diteliti dan disimpulkan sebagai bangkai anak paus. Namun kesimpulan ini ditolak oleh sebahagian orang, termasuk oleh pekerja yang menemuinya pertama kali.

Misteriusnya, bangkai itu kemudian hilang entah kemana.

Kerana itu, rakaman Alaska menjadi sangat penting bagi para cryptozoolgyst yang ingin meneliti kembali kemungkinan kewujudan makhluk ini.

Ramai penyelidik percaya yang Cadborosarus adalah sejenis belut gergasi atau Frill Shark (Yang memang berbentuk mirip belut). Namun Leblond menyangsikannya kerana gerakan makhluk yang kelihatan dalam rakaman tidak seperti gerakan seekor ikan.

"Pastilah makhluk (dalam rakaman) itu sejenis reptilia atau mamalia kerana ia bergerak naik turun (berayun) secara menegak. Ikan sendiri bergerak ke kiri dan kanan."

Tentu saja satu-satunya cara untuk menentukan identiti makhluk itu adalah dengan mencari makhluk misteri tersebut. Rakaman ini mungkin boleh menjadi penanda aras bagi para cryptozoolgyst.

Jim Covel, senior manager di Monterey Bay Aquarium, menyimpulkannya dengan sangat baik.

"Kita memang masih mencari banyak spesies baru di dalam lautan sehingga membolehkan beberapa orang untuk menampung fikiran-fikiran seperti ini dan mengisi kekosongan yang ada dengan imaginasi. Namun, hal ini menunjukkan betapa penerokaan ilmiah sangat diperlukan."

Katogeri:

12 di bukit raja - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bukit raja - Google Blog Search


Restoran Makanan Segera <b>Di Bukit Raja</b> Diarah Tutup - Cerita <b>...</b>

Posted: 09 Oct 2013 05:10 PM PDT

Sebuah restoran rangkaian makanan segera di Bukit Raja, dekat sini diarah tutup selepas stor makananya didapati kotor berikutan kehadiran najis tikus yang dikesan dalam pemeriksaan rutin pihak berkuasa terbabit.

restoran makanan segera diarah tutup
Arahan dikeluarkan Jabatan Kesihatan Daerah Klang yang mendapati ia gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan Seksyen 11, Akta Makanan 1983 kerana tidak mematuhi elemen penting kebersihan seperti kehadiran tikus, lipas dan serangga.

Sumber memberitahu, tindakan itu diambil selepas pasukan pemeriksa dari jabatan terbabit mengesan najis binatang berkenaan dalam stor makanan premis itu sebelum arahan penutupan dilakukan.

Berikutan itu katanya, restoran makanan segera berkenaan diberikan notis penutupan selama dua minggu bermula kelmarin namun dibenarkan beroperasi selepas dua hari ditutup dengan pemeriksaan rapi jabatan kesihatan.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Azman Abu Bakar, berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan sesiapa saja berhubung isu kebersihan dan keselamatan orang ramai.

Katanya, jabatan kesihatan tidak teragak-agak mengeluarkan notis penutupan operasi premis makanan jika didapati pengendali atau pemiliknya melanggar peraturan.

Bagaimanapun katanya, pengurusan restoran itu mengambil langkah proaktif melakukan kerja pembersihan secara menyeluruh menyebabkan ia diperiksa semula semalam dan sudah dibenarkan beroperasi.

Anda mungkin juga Meminati

Comments

comments


Tags:

12 di semenyih - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di semenyih - Google Blog Search


Tanah Non Bumi <b>di Semenyih</b> | Hartanah4u2c.net

Posted: 24 Oct 2013 07:02 PM PDT

Butiran:

- Freehold, Lot non-bumi
- Tanah kawasan luas: 10 ekar
- Status: Pertanian

- Zoning:Kediaman
- Harga: RM16 setiap kaki persegi
Berminat, sila hubungi 0133505399 ANUAR

'+ '
'; //&sll=29.67226,-94.873971 var infowindow = new google.maps.InfoWindow({ content: contentString, maxWidth: 300 }); google.maps.event.addListener(marker, 'click', function() { infowindow.open(map,marker); }); google.maps.event.trigger(marker, "click"); } else { //alert("Geocode was not successful for the following reason: " + status); } } //]]>

12 di kuala selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Breakfast <b>di Kuala Selangor</b> dan ikan fresh di Jeram - Yan&#39;s Family <b>...</b>

Posted: 15 Nov 2013 12:16 AM PST

Story on November 2, 2013 - Saturday morning.
Sebenarnya dah rancang since Friday nak breakfast kat Kuala Selangor. Hiii.. cam tu Hubby.. ni pun dah ajak nak ke sana esok for breakfast. tapi i dont think boleh pegi since i ada reunion tomorrow.. takut tak sempat. ok lah nak cerita hal last two weeks tu.. 
Pepagi dah ke sini. nak layan Nasi Lemak dan Roti Canai.. aduiii. cam ne lah badan tak melambut.. hhhhh.. dah  resmi tekak sedap je. apa tak nya.. melambut pun melambut lahh. asal hati senang kannn.. 
Kami tiba around 8.45am.. pun warung dah penuh dah.. punya lah ramai cutomers Wak Minan ni.. yang bestnya warung dia biasa - biasa je.. tapi yang best tu, agak nyaman sebab bawah pokok besar.. tu yang best walau panas mengigit.. anyway tengok lah apa yang dijamu di sini.. 
Warung Wak Minan... ada sesiapa yang dah pernah sampai??
Kami tangkap ni dulu. Nasi Lemak seringgit.. memang sedap.. suka sangat.. tak cukup satu tau. sure tiap sorang paling sikit kena amik 2 bungkus.. Trust me.. you will do the same thing.. hee..hee.. so kena lah pegi..
kalau nak tau. yang ini yang paling sedap.. sebab kat situ ada dua tiga jenis nasi lemak yang dibuat oleh orang yang berbeza.. so yang ini yang kami tau.. i mean kami kenal tukang masak nya.. 

Ini mamat menunggu sesuatu.. jadi dia diam dulu, sedangkan kami dah lama makan segalannya.. 


he's waiting for this. Roti Canai depa ni memang class youuu.. sangat sedap.. i took heeee.. 2 kepinggggg... aduiiii..
yang menyedapkan Roti Canai tadi tu, ni haahhh.. SAMBAL dia.. so kalau makan nanti, mintak sambal lebih.. wallaaaa..

Oklahh...okkk.. cerita lain lah.. nanti kita ulang lagi ke sini.. tak jauh pun.. kalau ikut  LEKAS highway tu dalam 45 minutes je.. 

time to say good bye. bagi chance kat orang lain breakfast gak. heee. kita ke tempat lain pulak.. okkk..


Chef CiJu tak melepaskan peluang grabbed this ketam.. suka betul dia..
we all tengah suka makan telur ikan ni. tapi katanya banyak cholesterol. eemmm..
yang ni dalam RM35 per kg. 
macam - macam ikan, sotong, udang yang dibeli.. macam biasalah.. kurang lebih dua tiga ratus habis kat situ tapi dalam quantity yang bamyak.. tak macam kalau belanja di Pasar Mak Datin, Pasar Seksyen 6. RM100 hanya boleh bawak balik seekor dua ikan. kat sini, sepeti gitu.. tak percaya, pegi lah ke Pantai Remis Kuala Selangor. 


lepas tu kitarang saje je menghabiskan minyak kereta. heee. ronda - ronda area kampung.. dan nampak banyak betul serai ditanam.. berjumpa pulak yang sudah siap dibersihkan dan mungkin untuk dijual kepada peraih.. murah sangat wei.. seikat  besar tu just RM1.10. ingat nak lah beli tapi rupa - rupanya  cukup - cukup je untuk peraih.. aduiii.. ingat kalau beli, boleh i sedekah kat jiran - jiran dan boleh lah buat fresh juice. elok untuk antioxidant.
pusing  punya pusing, tengok - tengok dah tengahari.. lapau you.. terus kami heading ke arah Tanjung Karang.. Kami ke Warung Ibu..
Rumah ni dulu dah usang.. tup - tup now dah dicat baru. nampak cantik.. 

Abang Luqman pekena Nasi Ambeng..

Nasi Ambeng

but  i just took this.. Soto. sedap dan banyak. tak terhabis memakannya.. tapi tak leh lawan yang Pasar Sungai Buloh punya. 


tempat ni memang famous lah.. 


deretan bekas for Nasi Amabeng.. Lepas makan terus balik ke Shah Alam.. satu hari kami berjalan.. tiba Shah Alam almost at 3.30pm.. tak terus balik weiii. heee..heeee.. we all went to Plaza Masalam.. i needed to pick up my abaya dari satu kedai ni..

ni dia. dulu kedai buku SMART. now dah diganti dengan kedai Abaya.

dan terus menyambil beli set RONASUTRA.. pernah dengar.. i change to this product coz this product boleh serap air. meaning kalau take the ablution no need to wipe the make up. unless kita pakai mascara lah..  sangat suka.. how? nanti you all find out sendiri ye. heee..

ingat nak terus balik.. tup - tup Hubby ajak mengopi kat B level. layan je lahh..

 ok lahh. time to pulang ke pangkal jalan. heee.. dah penat sangat. time to relax.. okkk see yaa..

12 di batang kali - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di batang kali - Google Blog Search


Selesai Sudah Hari Anugerah Kecemerlangan 2013 SK <b>Batang Kali</b>

Posted: 14 Nov 2013 12:45 AM PST


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kalian semua yang sentiasa memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada saya dalam mengacarakan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan ini. Akhirnya, majlis ini berjalan dengan lancar. Biarpun ada sedikit kelemahan yang boleh dipertingkatkan lagi.
Tak sempat saya nak ambil gambar, tapi cukuplah saya kongsikan gambar pentas Hari Anugerah Kecemerlangan 2013 SK Batang Kali ini bersama kalian. Saya dapat banyak pengalaman menjadi sebagai seorang pengacara. Insya-Allah, akan saya kongsikan dalam entri lain nanti. 
Seperti yang sedia maklum juga hari ini keputusan UPSR diumumkan. Tahniah diucapkan kepada anak saudara saya di Sungai Limau Kedah, yang berjaya mencatat 5A dalam UPSR. 
SK Batang Kali pula telah mencatatkan 18 orang yang mendapat 5A dan 13 orang yang mendapat 4A 1B. Tahniah diucapkan kepada mereka. Sekalung penghargaan juga perlu diberikan kepada guru-guru yang mengajar, ibu bapa yang memberi sokongan dan individu-individu yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung. 

Malam ini juga akan dilangsungkan Majlis Makan Malam Akhir Tahun dan Majlis Perpisahan Guru Besar SK Batang Kali dan GPK Kokurikulum yang akan berpindah ke sekolah lain. Semoga perpindahan mereka ini diberkati dan mereka mampu menyumbang bakti di sekolah baharu pula. 

12 di klang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di klang - Google Blog Search


Mayat dalam beg pakaian, dibunuh rakan internet <b>di Klang</b> <b>...</b>

Posted: 22 Oct 2013 09:02 PM PDT


Remaja perempuan yang dilapor hilang di Klang sebelum ini ditemui mayatnya dalam satu beg pakaian di di tepi Jalan Kebun Nenas 1A/KS7, Klang, kira-kira 9 malam tadi.

Mayat ditemui apabila pihak polis membawa suspek, 23 di lokasi berkenaan. Menurut polis remaja berkenaan dibunuh di di rumah suspek di Kelana Jaya, lebih 12 jam kerana mayatnya telah berbau.

Mangsa dilaporkan keluar dari rumahnya kira-kira jam 11 pagi semalam dan tidak pulang ke rumah sehingga jam 12 tengah malam. Ibu mangsa yang bimbangkan keselamatan mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan kira-kira jam 1.30 pagi semalam.

Suspek yang bekerja sebagai operator mesin dan mangsa yang baru selesai menduduki PMR itu adalah kenalan dan dikatakan mengenali antara satu sama lain melalui internet beberapa bulan lalu.

Polis masih menunggu laporan bedah siasat untuk menentukan sama ada mangsa dirogol atau sebaliknya.

12 di paya jaras - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di paya jaras - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di paya jaras</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Oct 2013 09:33 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di paya jaras</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Sep 2013 09:08 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di paya jaras</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Sep 2013 09:03 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di paya jaras</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Aug 2013 09:12 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Malaysia Waves: PSM/PKR Kempen Kaum India <b>Paya Jaras</b> Undi PAS

Posted: 29 May 2013 12:35 AM PDT

Baru tadi Tulang Besi berjumpa dengan aktivis2 PKR SUbang yang dari bangsa India. Mereka beritahu pada Tulang Besi mereka telah berkempen pada kaum India Subang untuk mengundi PAS di Paya Jaras semenjak 2008 lagi.
Majoriti yang PAS dapat di Paya Jaras adalah sekitar 5500 undi. Undi kaum India boleh dikatakan membentuk kesemua dari majoriti yang memenangkan PAS di DUN Paya Jaras. Dengan kata lain, tanpa usaha gigih PKR dan PSM berkempen untuk PAS selama 5 tahun sebelum ini, nescaya keputusan tidak berpihak kepada PAS.
Maka, puak2 pro Din Ayam yang begitu kasar sekali memaki PSM di Kota Damansara seharusnya berhenti dengan mulut cabul mereka.
Tindakan bongkak mereka mempersoalkan Khalid Samad dan menyuruh Khalid Samad masuk PKR, menghalang tindakan disiplin ke atas Din Ayam serta PAS Subang, menyerang dan memfitnah Dr Nasir serta PSM dsbnya bakal membahayakan kedudukan PAS di DUN Paya Jaras.
Puak2 Pemuda pro Din Ayam ni berfikiran sempit dan pentingkan diri sendiri.
Mereka tidak sedar sewaktu diisytiharkan PAS meletak calon di Kota Damansara, jentera Paya Jaras berada dalam keadaan genting. Diberitakan pengundi2 India amat marah dengan tindakan PAS itu yang dilihat sebagai menikam belakang kawan sendiri.
Syukur Cikgu Pa telah mengisytiharkan kerusi Kota Damansara milik PKR menyebabkan kaum India di Paya Jaras kendur sedikit. Kesannya mereka telah kembali menyokong PAS di Dun Paya Jaras.
Kalau mulut2 dalam PAS seperti mulut Ketua Pemuda PAS Gombak serta Naib YDP Gombak tidak dijaga dan ditutup maka tidak mustahil PAS akan hilang DUN Paya Jaras dalam pilihanraya yang akan datang.
Malahan, sokongan kaum India seluruh negeri Selangor bakal dalam bahaya.
Adalah lebih baik PAS memecat manusia2 seperti Ketua Pemuda PAS Gombak, PAS Subang, calon PAS Kota Damansara serta menantu Presiden Ustaz Din Ayam. Saya jamin sokongan kepada PAS akan melonjak seluruh Malaysia kalau ini dilakukan.
Saudara/ri pembaca boleh lihat sendiri betapa ceteknya pemikinan setengah2 puak Pemuda dalam PAS ini. Langsung tidak kesah pasal kepentingan parti. Yang penting adalah kepentingan puak mereka serta ketua mereka merangkap menantu Presiden itu.
Sudah tiba masanya PAS melakukan operasi pembersihan besar-besaran supaya PAS tidak lagi rugi dan hilang sokongan angkara sekumpulan pemuda yang jumud lagi cetek akal. Mereka2 ini lebih baik dibuang keluar dari PAS dan biarkan mereka reput dalam UMNO.
ps Punya kuat kempen PKR pada orang India di Paya Jaras sehingga ada orang2 India ini rupanya mendaftar dalam DUN Kota Damansara. Pengundi2 India ini telah mengundi calon PAS di Kota Damansara dan bukannnya calon PKR. Kita tahu ini kerana apabila mereka habis mengundi mereka memberitahu mereka telah mengundi PAS tapi mereka hairan kerana nama Khairuddin Othman (calon PAS Paya Jaras) tiada dalam kertas undi.
pss Oleh kerana Tulang Besi ada di kawasan Kota Damansara, maka Tulang Besi telah bertanya keapda anak Dr Nasir berkenaan dengan beberapa fitnah yang dilempar oleh puak2 PAS Kota Damansara. Anak Dr Nasir menafikan bahawa bapanya tidak solat dan terdapat gambar Lenin dan Stalin digantung di pejabat beliau

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini

Kampung Kemboja <b>Di Paya Jaras</b>, Pahang? - titian perjalanan ini <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2013 05:30 AM PDT

Berita di TV ni, dengar tadi. di Kampung Kubu Gajah, Paya Jaras yang digelar sebagai Kampung Kemboja. 
Masyarakat merungut. Saya berpendapat, tidak payah merungut dan minta pihak berkuasa campur tangan. Mereka boleh berniaga di situ kerana mendapat sokongan masyarakat yang menjadi pembeli. Prinsip ekonomi senang, ada permintaan pasti ada penawaran. Jika tidak ada pembeli dan hasil jualan mereka tidak laku, pasti mereka akan pindah ke tempat lain. 
Jadi, pandangan saya, kehadiran mereka disokong oleh masyarakat tempatan juga, mengapa hendak merungut. 

12 di kajang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kajang - Google Blog Search


Makan Malam <b>Di</b> Perantau Sungai Ramal Luar..<b>Kajang</b> - Beautiful <b>...</b>

Posted: 06 Nov 2013 02:47 AM PST

Dikesempatan mak abah datang sini tempohari..aku membawa makan di Restoran Peratau di Kajang sana...

sesekali makan luar...lagipun petang balik kerja tuh hujan lebat...so mood terus jadik penyakit "M'

Semasa keluar rumah untuk pergi makan pun..hujan masih belum berhenti...tambah-tambah lagi kelaparan time-time begini kan...

dari rumah memang dah merancang nak makan ikan steam...

selalunya bila kat rumah plan nak makan itu ini...tiba kat restoran..lain pulak jadiknya...so kali ini tekad nak order ikan steam limau jugak...memang sesuai nau dimakan dikala hujan mencurah-curah diluar sana...perhhhh


ikan siakap steam limau...memang mabeles!!...mak cakap.sedap!

kalau makan luar..bila bawak mak abah ...mendapat komen mengatakan sedap...memang rasa berbaloi arrr....senang hati sebab mereka suka...sebab mak abah tuh bab makan nie komplen gak kalau tak sedap ke hapa....

tak payah cakap orang lain..aku pun komplen gak..kalau dah betui tak sedapkan..


walaupun korang nampak cili padi tuh menakotkan....first ko jamah or rasa kuahnya memang akan rasa pedas sebab panas-panas.lelama pedas tuh ujung-ujung jer...

percaya tak...kuah yang banyak tuh....kering surut kitaorang kerjakan...so apa tandanya itu?..hikhik :D


aku order...2 ekor siakap...satu maska steam limau..seekor lagik masak sweet sour, sup tulang, tomyam putih campur, telo dado, kangkung (feberet abah)..nasi 6
air suam, milo panas...carrot susu...teh o ice..barli panas
aku punyer....suka barli panas :)



korang perasan tak tulis mee putih....ermmm aku tak pernah makan mee putih..nak jugak mencuba nanti
apakah segala mee yang digunakan bukan mee kuning yang biasa kita makan tuh eh...ada kelainan pulak...tuh yang nak mencuba...ok next time
Bila dah kenyang...maka bergeder-geder untuk beransur balik... ketika balik pun hujan masih turun cuma tak berapa lebat..sib baek parking sini senang..park depan restoran jerr...
Dan kebetulan malam tuh bola antara Kelate vs ATM...so orang adalah meramai makan..dan stay melekat kat kusi memasing selagi bola tak abes.. :D
Nota Hati: ngah gigih masukkan n3

12 di batu caves - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di batu caves - Google Blog Search


Banjaria Court, <b>Batu Caves</b> - Hartanah <b>Di</b> Sini

Posted: 02 Oct 2013 10:48 AM PDT

Unit kondominium di Banjaria Court, Batu Caves untuk dijual.

Urgent Sales: RM380,000 (Negotiable)

Berkeluasan 991 sqft, ada 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi.

Leasehold.

Fasiliti

1 car park
2 access cards
Gym club
Swimming pool
Playground
Retail shop
Restaurant
24-hour security
etc

Kemudahan Berdekatan

KTM Batu Caves & PUTRA Gombak
Giant
Banks

** Investors dialu-alukan. Penyewa sedia ada **

Deposit 10%
Lawyer & Loan boleh diuruskan.

TEMUJANJI & VIEWING

CALL/SMS/WHATSAPP Nasrul (019-2172330) untuk temujanji dan viewing.

INGIN MENJUAL RUMAH?

CALL/SMS/WHATSAPP Nasrul (019-2172330) untuk pertanyaan, nasihat & bantuan.

Ingin menjual atau menyewakan hartanah di Batu Caves, Selangor? Isi borang Jual/Sewa Hartanah untuk membolehkan kami membantu anda.

**Nasrul Ejen Hartanah Shah Alam, Rawang, Kuala Lumpur, Seremban & sekitarnya**

12 di ijok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ijok - Google Blog Search


WARGAKILANG: JJMS <b>Ijok</b>, Perak - Monier Mat Din

Posted: 12 Nov 2013 08:22 AM PST

Seperti di tahun-tahun yang lepas, tahun ini sekali lagi kami di Wargakilang bercadang mengadakan program Jln-Jln Masuk Kg untuk bagi sumbangan sempena persediaan anak-anak masuk sekolah nanti, dalam apa yang kami sebut sebagai JJMS (Jln-Jln memberi bantuan untuk masuk Sekolah).
Banyak dah tempat yang kami pergi, kali ini kami teringat cerita L/Kpl (B) Paklong Mat Lazim di sempadan Baling/Kulim, Kedah waktu kami berkunjung ke rumahnya di malam merdeka yang lalu.
    (Menyambut Malam MERDEKA di rumah Paklong Mat Lazim)

Terngiang-ngiang di telinga kami Paklong Mat Lazim bercerita kisah di zaman askarnya, bersama rakan-rakan seplatun, memburu pengganas kominis 15 hari 15 malam dari Air Kala di Banjaran Bintang hingga ke belantara Ijok, Perak.

Kami pun tak berapa tahu sangat Ijok ini di mana, kalau type kat google map pun tak ada, cuma keluar Ijok di Selangor sahaja - hmm, mungkin lepas ke dalam sangat kot Ijok, Perak ini.

Sembang pi sembang mai, seorang sahabat mencadangkan program JJMS kali ini diadakan di kawasan Ijok, yg terletak dalam daerah Selama, Perak.

(Riki di pedalaman Ijok bersama team NGO Wargakilang)

Rupa-rupanya, Ijok ini tak berapa jauh sangat - sekurang2 nya untuk saya yang dilahirkan di daerah Baling, Kedah ini; Baling dan Ijok ini rasanya cuma dipisahkan oleh Banjaran Bintang sahaja. Pun begitu, seumur hidup saya tak pernah menjejak kaki ke sana, hinggalah sewaktu riki bersama rakan-rakan NGO Wargakilang baru2 ini.

Kelihatannya, seperti juga org2 kampung di pedalaman Baling, rata-rata penduduk di sini adalah keluarga penoreh getah atau pun kerja kampung.

(Merentasi denai kampung hampir 1 km utk ke sebuah rumah penerima) (Caruk sungai di belakang rumah, landscape impian untuk mereka yang tinggal di kota)

Antara yang paling menarik, dan kami pun tidak sangka, rupa-rupanya di bumi Ijok ini terdapat sebuah air terjun yang sesetengah orang panggil Air Terjun Lata Puteh, yang merupakan air terjun yang ke-3 tertinggi di Asia Tenggara.

(Pemandangan dari salah sebuah rumah penerima, jelas kelihatan Air Terjun Late Puteh, nun jauh putih menyerlah di belakang sana)
                    
 (Dalam perjalanan ke rumah yang lain, kami mengambil kesempatan singgah di kaki Air Terjun ini)

Waktu nak bergambar ini, seorang sahabat kata "kita duk amik gambaq nie, nanti orang kata kita riak nak menunjuk pula".  Saya kata:

"Biaq pi lah orang nak kata apa, tapi kalau gambar-gambar ini mampu menarik kawan-kawan ikut mai bawa beras dan beg sekolah untuk orang-orang kampung yg miskin tertekan dengan kos sara hidup yang makin meningkat ini, kira alhamdulillah lah!!"

 (Tapi, memang betul pun, tempat ini memang menarik, kalau yang kaki ambik gambar, memang boleh terleka, cumanya di sini kami tak pula temui kawasan resort tempat tinggi seperti di Genting Highland)

Pun begtiu, nun jauh di kaki bukit sana, kehidupan penduduknya tidaklah seindah pemandangan alam dari atas sini.

(Pakcik Lias dan Isterinya yang tampak keletihan, terpaksa terus menoreh getah walaupun masing-masing sudah dimamah usia - terutamanya kerana di bahu merekalah bergantungnya makan minum 4 orang cucu mereka yang masih bersekolah)  (Rumah ini masih menggunakan dapur kayu, sesuatu yang mungkin asing bagi anak-anak di kota)
(Kayu-kayu hutan yang sudah dibelah, berjemuran di hadapan laman sebagai sumber bakar seharian)
Antara keluarga yang tidak kami lupakan ialah rumah Abang Nan, walaupun cacat OKU sejak lahir tapi tidak mengharapkan simpati orang. Dengan kudrat yang ada, alhamdulillah mampu membesarkan 4 orang anak2 nya yang masih bersekolah dengan mengambil upah membaiki motorsikal di bengkelnya.
 (Bukan saja Abang Nan cacat OKU sejak lahir, anaknya yang darjah 3 ini juga mewarisi cacat yg serupa)

Selain keluarga Abang Nan, ada satu lagi keluarga yang saya secara peribadi rasa ralat dan tersentuh sangat-sangat. Lupa nak tanya nama penuh ayah budak-budak ini, tetapi di sinilah, tak jauh dari kaki Air Terjun yg ke-3 tertinggi di Asia Tenggara inilah, tinggalnya sebuah keluarga dengan 5 orang anak, yang bongsu  bayi 3 bulan, dalam sebuah rumah berdinding plywood tanpa ada bilik tidur di dalamnya.

(Sewaktu kami tinggalkan keluarga ini, sayup-sayup terdengar si bayi 3 bulan itu menangis mendayu-dayu, tak pastilah kerana tiada susu atau pun sakit digigit nyamuk rimba)

Sesekali tanpa diundang, terlintas juga di padang pemikiran saya ini, kaum polikus di atas sana, yang selalu bertingkah sakan di dewan parlimen yang mulia itu, pernah berkunjungkah mereka ke rumah rakyat marhain seperti ini?

Sekian, sedikit perkongsian kisah perjalanan kami di pedalaman Ijok dalam ruangan yang agak terhad ini.

Kepada rakan-rakan yang berminat ingin berkonvoi (boleh bawa family), dipersilakan join kami dalam program JJMS di Ijok, Perak nanti, iaitu pada tarikh 8 Dec 2013.

(Insyaallah kita akan berkelah bersama keluarga di sepanjang aliran sungai di hutan dara ini)
Kepada yang berminat, bolehlah bawa mai brg2 sumbangan berupa peralatan persekolah seperti beg, alatulis dll dan juga barang2 keperluan harian seperti beras, gula, tepung, kopi susu minyak dan sebagainya. Bawalah sorang sikit, sampai di tempat berkumpul nanti kita akan kumpul ramai-ramai dan agih-agihkan kepada keluarga-keluarga yang berkenaan.
Untuk tujuan logistics dan koordinasi, bolehlah SMS kepada saya at Monier 012-4128209.
Details akan dimaklumkan kemudian. Terima Kasih.
Moga kerja buat kita ini akan dikira sebagai amal jariah yang berkekalan; dan mudah-mudahan kita semua akan diganjarkan dengan imbalan yang setimpal di sana kelak. Insyaallah.

Lampu solar dipasang elak jenayah <b>di</b> DUN <b>Ijok</b> | Selangorkini

Posted: 09 Nov 2013 08:42 PM PST

lampu solar 1Oleh : Lizawati Madfa

KUALA SELANGOR 10 NOV : Penggunaan lampu solar di kawasan kampung di DUN Ijok di sini diharap dapat mengurangkan kebimbangan penduduk terhadap berlakunya kes jenayah terutamanya di waktu malam.

ADUN Ijok, Dr. Idris Ahmad, berkata projek yang mendapat kerjasama daripada syarikat swasta melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) itu sehingga kini berjaya mendirikan sekurang-kurangnya 20 tiang lampu.

"Kita memilih kawasan-kawasan yang berisiko kemalangan dan kejadian jenayah.Adun Ijok,

"Setakat ini penduduk begitu menyambut baik inisiatif ini dan kita akan teruskan lagi program lampu solar sekiranya ada peruntukan, sama ada melalui CSR syarikat yang sudi atau peruntukan DUN sendiri sekiranya ada," kata Idris.

Kata beliau dengan pemasangan lampu solar itu akan membantu penduduk melaksanakan aktiviti yang mana sebelum ini kawasan itu gelap kerana tiada kemudahan itu.

Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 300 hadirin di majlis sambutan Rumah Terbuka Deepavali bagi DUN Ijok di sini petang semalam.

Majlis yang diadakan di Dewan Orang Ramai Bestari Jaya itu turut dihadiri Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Adun Sri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar dan Yang Di Pertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Noraini Roslan.

Adun Ijok n Azmin

Idris yang menduduki kerusi DUN Ijok sejak Mei tahun ini turut memberitahu akan memperbanyakkan program-program pendidikan untuk mendidik rakyat.

"Dengan adanya program seperti ini, rakyat akan lebih berilmu dan pastinya ini memberi manfaat kepada pembangunan negeri dan negara di masa hadapan," katanya.

-EZY

12 di sepang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :- di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Affendi Sasar Hatrik <b>Di</b> Litar <b>Sepang</b> Minggu Ini - MyNewsHub

Posted: 14 Nov 2013 03:48 AM PST


KUALA LUMPUR – Mohd Affendi Rosli meletakkan sasaran untuk meraih gelaran hatrik di Litar Sepang pada saingan pusingan kesembilan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2013, hujung minggu ini.

Pelumba Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing itu percaya keupayaan jentera Honda dapat membantunya mengulangi kejayaan manis ketika menjuarai perlumbaan kelas CP130 di litar sama sepanjang dua musim lepas.

Tambahan pula, Affendi percaya kejayaan pada perlumbaan minggu ini akan dapat membantunya untuk menamatkan musim 2013 di kelompok lima pelumba terbaik keseluruhan berikutan kegagalan dalam beberapa siri perlumbaan lepas.

"Keputusan tiga pusingan lepas tidak seperti mana yang kami jangkakan. Pada peringkat awal saya beraksi baik untuk memulakan perlumbaan di barisan depan pada pusingan keenam di Kluang dan pusingan kesembilan di Jempol namun kemudian berakhir dengan kemalangan.

"Begitu juga pada pusingan ketujuh di Temerloh apabila sekadar menamatkan saingan di tempat kelapan selepas menduduki tempat kedua pada peringkat awal," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pelumba berusia 28 tahun itu kini menduduki tangga keenam keseluruhan dengan rakan sepasukan Norizman Ismail mendahului saingan kelas CP130 dengan 127 mata.

"Saya akan cuba membantu Norizman untuk terus berada di tangga teratas dan pada masa mencari kemenangan untuk diri sendiri," katanya. – BERNAMA

Affendi Sasar Hatrik Di Litar Sepang Minggu Inihttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/Mohd-Affendi-Rosli.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/Mohd-Affendi-Rosli-150x150.jpgMyNewsHub mySukanTerkini,

KUALA LUMPUR - Mohd Affendi Rosli meletakkan sasaran untuk meraih gelaran hatrik di Litar Sepang pada saingan pusingan kesembilan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2013, hujung minggu ini. Pelumba Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing itu percaya keupayaan jentera Honda dapat membantunya mengulangi kejayaan manis ketika menjuarai perlumbaan kelas...

KUALA LUMPUR - Mohd Affendi Rosli meletakkan sasaran untuk meraih gelaran hatrik di Litar Sepang pada saingan pusingan kesembilan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2013, hujung minggu ini. Pelumba Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing itu percaya keupayaan jentera Honda dapat membantunya mengulangi kejayaan manis ketika menjuarai perlumbaan kelas CP130 di litar sama sepanjang dua musim lepas. Tambahan pula, Affendi percaya kejayaan pada perlumbaan minggu ini akan dapat membantunya untuk menamatkan musim 2013 di kelompok lima pelumba terbaik keseluruhan berikutan kegagalan dalam beberapa siri perlumbaan lepas. "Keputusan tiga pusingan lepas tidak seperti mana yang kami jangkakan. Pada peringkat awal saya beraksi baik untuk memulakan perlumbaan di barisan depan pada pusingan keenam di Kluang dan pusingan kesembilan di Jempol namun kemudian berakhir dengan kemalangan. "Begitu juga pada pusingan ketujuh di Temerloh apabila sekadar menamatkan saingan di tempat kelapan selepas menduduki tempat kedua pada peringkat awal," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Pelumba berusia 28 tahun itu kini menduduki tangga keenam keseluruhan dengan rakan sepasukan Norizman Ismail mendahului saingan kelas CP130 dengan 127 mata. "Saya akan cuba membantu Norizman untuk terus berada di tangga teratas dan pada masa mencari kemenangan untuk diri sendiri," katanya. - BERNAMA

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved