ads

Jumaat, 19 Oktober 2012

12 di teluk datok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di teluk datok - Google Blog Search


Kebakaran berlaku selepas demo <b>di</b> PPD Kuala Langat.. suratan ...

Posted: 19 Oct 2012 04:51 AM PDT

Suratan atau kebetulan.. itu yang aku hairankan hingga saat ini.. lebih menghairankan lagi kejadian berlaku ketika hujan lebat.. mustahilkann jika api boleh hidup walaupun hujan lebat.. difahamkan pihak Bomba telah 2 kali datang untuk memadamkan pokok yang terbakar tuu.. hairannn.. sebelah pagi dah padam.. sebelah petang...terbakar lagi.. huhhuuu.. juga yang menghairankan kejadian ini berlaku sehari selepas "demo" (klik pautan ni http://pemudatelokdatok.blogspot.com/2012/10/live-ppd-kuala-langat-diserang.html?m=1)

12 di salak tinggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di salak tinggi - Google Blog Search


Bandar Baru <b>Salak Tinggi</b> • View topic - Mencari Perumahan Baru <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 12 Jun 2012 12:00 AM PDT

Maaf jika sudah ada topik berkaitan,sebab dah terlalu banyak topik tak tau nak refer yang mana..

Saya kini menetap di BBN dan berhasrat untuk membeli rumah sekitar BBST..
Saya difahamkan terlalu banyak perumahan baru yang akan/sedang didirikan..menjadikan saya keliru..
Jika hari ini,saya review di Desa ini..esok pula saya lihat ke kawasan desa itu..lama2 saya sendiri lupa Desa apa yang saya review...hehehe :mrgreen:
Boleh tak sapa2 tolong bagitau bagaimana cara saya nak tahu latest projek perumahan di kwsn BBST nie? biasanya di mana ofis jualan nya?
saya prefer untuk memiliki semi-d anggaran harga 250k..

harap sapa2 bleh membantu..tengs :D

Bandar Baru <b>Salak Tinggi</b> • View topic - TAMAN MAWAR BBS - DSL <b>...</b>

Posted: 11 Jan 2012 12:00 AM PST

Rumah untuk di jual di Taman Mawar, Salak Tinggi
Rumah Teres 2 tingkat. intermidIate, facing north
4bilik 3 bilik keadaan rumah elok
Luas Rumah 20' x 70'
Rumah berdekatan dengan :
1.Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah , KLIA
2.Rumah-rumah kedai dan surau
3.Hanya 15 minit dari KLIA
4. Hanya 2 minit ke Kolej Teknologi Timur dan 10 minit ke KLIA
5. HARGA; RM250K NEGO (Boleh ambil loan skim rumah pertamaku)

Boleh hubungi saya (pemilik) - = 0133648336
Image

12 di jeram - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di jeram - Google Blog Search


Makan <b>Di Jeram</b> - Mooniqueen

Posted: 02 Oct 2012 02:05 AM PDT

Salam Darlings...

Apa khabar? Dah petang2 baru tanya pasal khabar... Apelah ngok ngek aku ni kan? Maaflah sebab lama sangat tak berupdate... Idea dah ada, nak memulakan tu macam "rajin" sangat.. End up, esoklah... Esoklah... Sudahnya tak jugak berupdate..

Berbalik kepada belanja family makan ni, aku just belanja family aku yang kecik ni je.. Ikutkan niat hati, nak ajak ramai tapi takut tak termampu pulak almaklumlah duit bonus pun ' ala ala ' je... So kita belanja close family aku je.. Siapa? Aku, Jack n Mya... ;(

Disebabkan tekak kedesaan kami ni, tempat yang paling aku suka makan nasi semestinya Jeram.. Jauh jugak dari Subang nak ke Jeram lebih kurang sejam jugak, tapi mengenangkan dah lama tak makan chilis crab n butter prawn Jeram, sanggup redah jugak...

Gerak lepas asar macam tu sebab kalau lambat takut tak dapat table... Maklumlah sejak masuk JJCM ni, semedang ramai orang.. Nyampah sangat.. Nak booked kalau setakat 2 mulut je nak makan, buat susah orang je.. So kita pasrah je aritu.. Ada rezeki adalah... Sebab aku pernah kena dulu, JJCM baru je up kat TV3, aku gi petang tu memang crowded gilos.. Apa lagi, terus blah la... Lagi nak tunggu? Tak lalu aku...

Alhamdulillah table walaupun banyak dah reserved, still ada yang kosong... Aku pilih open area barulah feel tepi laut gitu.. ;)

Biasa orang kalau datang mesti order ikan bakar la, stim la, tapi kitorang tak order ikan sebab muak dah makan ikan.. So kitorang makan ketam, udang, sotong n kailan... Laki aku ambik lauk macam nak makan 5 orang.. Seyes, banyak gila... Aku ratah lauk je.. Nasi tu suku pun tak sampai aku makan..

Ketam cili masih sama rasa n sedap.. But sedih sebab butter prawn tak sesedap dulu... Ko bayangkan aku boleh cakap kat staff dia :

" sikitnya sampah2 ni, boleh tambah lagi tak? "

Aku bajet mesti diorang masak balik sebab nak bagi habuk, serdak, sampah tu banyak.. Tak sampai 1 minute kot dah sampai... Aku macam " aiks, cepatnya masak? "

Ko tau dia jawab apa?

" benda ni dah siap kak, saya tambah je ni "...

Yang paling hampeh, aku rasa macam makan benang.. Dia tak rasa manis, lemak, lembut.. Benda dah buat siap2 kan.. Macam manis udang tu takde.. Memang sedih n hampalah... Nasib baik chili crab sedap..

So total makan hari tu oklah tak mahal sangat RM137... Bagi aku sesuai dengan apa yang kami makan... Oklah penat nak type panjang2, layan the pic... Tengok chilis crab teringat2 sedapnya ;D

12 di batang kali - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di batang kali - Google Blog Search


Lihat isu dengan Tan Seng Giaw: Pembunuhan ramai <b>di Batang Kali</b> <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2012 03:11 AM PDT

<p>Lebih 60 tahun yang lalu, keadaan darurat telah diisytiharkan untuk menentang Komunis di Malaya. Segelintir askar British telah dituduh membunuh beramai-ramai berapa penduduk yang tidak berdosa di Batang Kali. Pada tempoh hari, Mahkamah Tinggi London memutuskan bahawa penyiasatan terhadap peristiwa ini tidak akan diadakan.

Kita berkehendakkan keadilan. Ia mestilah diperlihatkan.

12 di sungai buloh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Lelaki Mati Ditembak <b>Di Sg</b>. <b>Buloh</b> Country Resort | MyNewsHub

Posted: 23 Jul 2012 03:02 AM PDT

KUALA SELANGOR – Seorang lelaki ditemui mati dengan tiga kesan tembakan di kepala di Jalan Anggerik, Sungai Buloh Country Resort, Saujana Utama di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superitendan Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat lelaki itu oleh orang awam dalam keadaan tertiarap di tepi jalan itu pada jam 7.30 pagi.

Beliau berkata, polis mengenalpasti lelaki itu sebagai Wong Teck Sern, 42, dengan kad pengenalannya beralamat Jalan Teng Kung Sui, Upper Lanang, Sibu Sarawak.

Mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Tanjung Karang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. – BERNAMA

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

12 di klang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di klang - Google Blog Search


Isu Banjir <b>di Klang</b> : Kerajaan Negeri didakwa tidak Salur Bantuan <b>...</b>

Posted: 19 Oct 2012 07:52 AM PDT

alt

 

KLANG 19 Okt - Masalah banjir yang acap kali berlaku di beberapa kawasan sekitar di sini telah menimbulkan kemarahan penduduk terlibat ekoran sikap tidak bertanggungjawab beberapa Pimpinan Kerajaan Negeri Selangor.

Presiden Persatuan Keadilan dan Kebajikan Masyarakat Selangor (JAWASS) L.P. Selvam, tindakan tersebut lebih mengeruhkan keadaan setelah penduduk menerima maklumat bahawa Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah menerima peruntukan RM5 Juta dari pihak Kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim itu bagi menangani masalah yang dibangkitkan sejak sekian lama.

"MB Khalid memperuntukan RM 5 juta kepada MPK dan apa yang MPK buat dengan duit itu? Ronnie Liu sebagai Exco Kerajaan Negeri yg bertanggungjawab melantik Ahli Majlis MPK dan bertanggungjawab untuk memberi penjelas kepada pendudk Klang tidak turun padang dan MB juga tidak turun padang," katanya kepada KLPOS pada Sidang bersama Penduduk Kawasan di sini hari ini.

 

alt


Beliau turut menegaskan, beberapa wakil penduduk mengadakan pertemuan bersama Ahli Parl dengan Ahli Parlimen kawasan mereka mewakili Kota Alam Shah M.Mahoharan serta wakil dari pihak MPK sendiri berkaitan isu tersebut yang sekian lama tertangguh. Akan tetapi ianya masih tiada sebarang penyelesaian.

"Kami pernah berdialog dengan YB Mano, YB Charles Santiago dan MPK tentang isu banjir di sekitar Klang pada 4 April 2010 dan 9 Disember 2010," tegasnya lagi.

 

alt


Tambahnya lagi, penduduk memegang janji wakil MPK temui sebelum ini yang akan menyelesaikan masalah banjir di kawasan mereka yang berlarutan sejak sekian lama.

"Ahli Majlis MPK Lim Lip Suan telah memberi jaminan Masalah Banjir di Kota Alam Shah akan berakhir. Tetapi sampai sekarang tiada apa-apa sebarang tintakan. Masalah ini sejak tahun 2010 dan belanjutan sehingga sekarang, tegasnya lagi.

 

alt


Untuk rekod, kali terakhir masalah banjir di kawasan sekitar di sini berlaku pada 30 Mac 2012 yang merupakan insiden paling teruk dalam rekod insiden di kawasan tersebut. Antara kawasan yang seringkali berdepan dengan bencana alam itu termasuklah kawasan perumahan di Taman Sri Andalas, Taman Selatan, Taman Bayu Perdana and Taman Melawis, Taman Sentosa, Taman Sg Ujong, Taman Palmgrove, Padang Jawa and Taman Chi Liung.
 

12 di bangi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bangi - Google Blog Search


Arak Dijual Secara Terbuka <b>Di</b> Bandar Baru <b>Bangi</b> | AIDC

Posted: 15 Oct 2012 01:03 AM PDT

AIDCNews – 15/10/11 – Menurut Shariman Mohd Nor, Ketua Unit Perancangan Korporat & Perhubungan Awam, Majlis Perbandaran Kajang, arak boleh dijual secara terbuka seperti di 99 SpeedMart dan 7 Eleven dengan syarat kandungan alkoholnya kurang daripada 10 peratus.

"Minuman keras yang melebihi 10 peratus alkohol, kelulusannya di bawah pejabat daerah, tetapi kurang dari 10 peratus alkohol..macam Carlsberg..ini kurang 10 peratus alkohol..ia tidak ada masalah, boleh jual di tempat-tempat terbuka," katanya kepada media Isma.

Beliau dihubungi media Isma untuk diminta mengulas mengenai penjualan arak secara terbuka yang dilihat di Bandar Baru Bangi.

Tentang kes penjualan arak secara terbuka di premis-premis tertentu sekitar Bandar Baru Bangi, Shariman berkata pihaknya boleh bekerjasama untuk menyiasat perkara tersebut, namun tidak boleh mengambil sebarang tindakan sekiranya premis berkenaan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

"Benda yang nak dijual kalau benda itu bersalahan dengan undang-undang, kita boleh ambil tindakan, tapi kalau tidak menyalahi undang-undang, kita hanya boleh nasihat sahaja," katanya lagi.

Menurut wikipedia, Bandar Baru Bangi terletak di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN), Bangi, di mana lebih 80 peratus penduduknya terdiri daripada kaum Melayu, 11 peratus kaum Cina, 7 peratus kaum India dan lain-lain, 2 peratus.

Wakil Rakyat DUN Bangi adalah Y.B Dr. Shafie Abu Bakar dari PAS dan terletak di bawah Parlimen Serdang, diwakili YB Teo Nie Ching dari DAP.

Ronnie Liu

Pada tahun 2009, Ronnie Liu didakwa telah campur tangan apabila bertindak memulangkan rampasan arak di kedai 7-11 di Seksyen 8, Shah Alam yang dilakukan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Menurutnya, serbuan dan rampasan penjualan arak di premis terbuka itu adalah tidak sah dan tidak selari dengan dasar kerajaan negeri.

Ronie Liu merupakan Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, iaitu Exco dari DAP yang menjaga Hal Ehwal Kerajaan Tempatan tersebut.

Menurutnya, undang-undang kecil kerajaan tempatan menyebut penjualan minuman dengan kandungan alkohol kurang daripada 8.8 peratus bukan merupakan satu kesalahan.

"Dalam bahasa Malaysia, tidak terdapat terjemahan yang tepat bagi minuman keras. (Istilah) bir hanyalah terjemahan terus. Orang Islam mungkin tidak faham istilah ini. Tetapi bukan Islam dapat membezakan bir daripada arak.

"(Dalam istilah perundangan) bir didefinasikan sebagai 'minuman keras'. Tidak ada deskripsi yang lebih tepat (daripada itu)," kata Liu kepada portal Mkini dotcom.

12 di paya jaras - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di paya jaras - Google Blog Search


SEDAPLAH MAKAN KAT GERAI PAK TAM <b>DI PAYA JARAS</b>

Posted: 19 Oct 2012 05:43 AM PDT

JALAN JALAN CARI MAKAN

Jarang2 sekali kalau Kjee makan di mana2 gerai, Kjee akan berpuas hati dengan senarai makanan yang disediakan. Kekadang satu dua jenis jer yang Kjee suka. Tetapi lain pula di gerai Pak Tam di Paya Jaras. Semuanya makanannya menepati citarasa Kjee.
Sayangnya, gerai Pak Tam ini tidak begitu strategik. Mungkin tidak ramai yang menyangka ada gerai makanan yang menyajikan makanan sedap di kawasan tersebut.
Mereka yang biasa dengan Pasar Malam di Paya Jaras, Sungai Buloh, perlu memandu terus melepasi tapak pasar malam itu hingga ke traffic lights. Selepas traffic lights yang sebelah kirinya ada bengkel, pusing kiri dan kira2 lima minit, akan jumpa sebaris kedai di sebelah kiri. Kemudian terus sedikit, sebelah kiri ada gerai Pak Tam.

Pak Tam ini orang Utara. Justru semua makanannya berbau Utara. Antaranya Nasi Kandar, Laksa serta Mi Rebus. Selain Laksa serta Mi Rebus yang Kjee anggap terbaik yang pernah Kjee rasa, Nasi Lemak Pak Tam jugak cukup sedap. Nasinya cukup lemak bertepatan dengan namanya. Dan lauk pauknya juga mewah. UnclePali pulak kata Nasi Ayam Pak Tam menarik.
Tetapi tiap kali ke gerai Pak Tam, UnclePali akan makan Nasi Kandar. Nasinya berwarna kuning sama seperti Nasi Kandar kalau Kjee makan di sebelah Utara. Nanti lain kali ke sana, Kjee ambil gambar Nasi Kandar Pak Tam.

Tagline Pak Tam ialah: "Kalau sedap beritahu kawan. Tak sedap beritahu Pak Wan". Ramai juga peniaga lain guna tagline sama. 
Masa Kjee mula2 ke sana dulu, Kjee makan Laksa (gambar lupa nak snap). Rasanya memang sedap. Cuma kuah laksa sejuk. Ini boleh patahkan selera. Komplen kat waitress dia mintak maaf, api dapur terpadam.
Kemudian kali kedua Kjee ke sana, Kjee order Mi Rebus. Awal2 Kjee mintak agar kuah yang dihidangkan panas. Mi Rebusnya benar2 menepati selera Kjee. Manis kuahnya dari keledek yang dibubuh didalam kuah itu.

Selain menjual Nasi Kandar, Nasi Lemak, Nasi Ayam serta Mi Rebus, Pak Tam juga menghidangkan mihun sup Utara, pelbagai jenis sup Utara serta makanan Thai. 
Kjee suka Lin Chee Kang Pak Tam sementara UnclePali pulak suka ABC. Mewah bahan2 dalam Lin Chee Kang dan jugak ABC.

12 di meru - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di meru - Google Blog Search


Diari 405 - Program Kekeluargaan <b>Di Meru</b> Klang - Ustaz Amin

Posted: 19 Oct 2012 07:06 AM PDT

Ahad 14 Oktober 2012 jam 9.00 pagi, saya memenuhi jemputan di Masjid Nurul Jannah Meru Klang.
Program ini membicarakan mengenai keluarga, satu topik yang sering saya kongsikan di dalam IKIMfm setiap hari Isnin jam 10.15 hingga 11 pagi.
Topik keluarga adalah satu topik yang memang sentiasa ada, kerana permasalahan keluarga merupakan permasalahan yang tidak akan habis. Selagi ada keluarga selagi itu ada permasalahan rumahtangga.
Apa yang menarik program di sini ialah ia dihadiri oleh kaum lelaki dan perempuan, kebiasaannya, program agama seperti ini orang perempuan yang akan memenuhinya.
Menurut pengalaman saya yang cetek ini, 80 peratus permasaslahan di dalam rumahtangga adalah bermula dari masalah komunikasi yang lemah.

Sebab itulah, Rasullullah SAW sering berpesan mengenai bahaya lidah yang tidak dijaga dengan iman dan ilmu. Ia boleh membuatkan seseorang terjerumus kepada permusuhan dan persengketaan.

"Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan"

"al-Faqir Ila Rabbihi"

Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
19 Oktober 2012 jam 10.00 malam

12 di shah alam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di shah alam - Google Blog Search


Tiket final piala malaysia dijual <b>di Shah Alam</b>, Kota Bharu hari ini <b>...</b>

Posted: 17 Oct 2012 04:32 PM PDT

You are here: Home / Piala Malaysia / Tiket final piala malaysia dijual di Shah Alam, Kota Bharu hari ini

Tiket Final Piala Malaysia 2012TIKET Final Piala Malaysia 2012 antara Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dijual mulai Khamis (18 Oktober) di Stadium Shah Alam.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, kaunter tiket akan mula dibuka mulai Khamis sehingga hari perlawanan, bermula jam 9 pagi hingga 7 petang.

Manakala penyokong Kelantan boleh mendapatkan tiket di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru.

Katanya, FAM menyediakan sebanyak 60,000 tiket bagi perlawanan akhir dan setiap pasukan diperuntukkan 30,000 tiket.

"Seperti yang diputuskan awal musim lalu, tiket akan dijual dengan harga RM40 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak," kata Hamidin ketika Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola akhir Era Piala Malaysia 2012, hari ini.

Hamidin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM turut berkata, mesyuarat memutuskan ATM sebagai tuan rumah manakala Kelantan pula pelawat.

"Penyokong ATM akan masuk memalui pintu A manakala Kelantan pula menggunakan pintu C yang akan dibuka mulai jam 4 petang.

"Pada masa sama, saya juga menasihatkan agar penyokong tidak membeli tiket pada saat-saat akhir kerana tiket amat terhad," katanya lagi.

Sementara itu Naib Presiden KAFA, Hj Rosmadi Ismail mengesahkan tiket Final Piala Malaysia 2012 akan dijual di Stadium Sultan Muhammad Ke IV mulai jam 9 pagi ini.

"Sebanyak 10 ribu keping tiket akan dijual mulai jam 9 atau 10 pagi," katanya.

Semalam penyokong Kelantan membanjiri SSMIV untuk mendapatkan tiket final lebih awal, namun terpaksa pulang hampa kerana tiket yang diharapkan masih belum mula dijual.

Related posts

coded by nessus

12 di rawang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di rawang - Google Blog Search


9M2PJU - RADIO AMATUR MALAYSIA: 9M2PJU CW QSO WITH <b>...</b>

Posted: 19 Oct 2012 02:47 AM PDT


Pada petang jumaat, 19 Oktober 2012 saya berjaya bekerja dengan Lali HA8QZ di 28 MHz. Signalnya kuat diterima di Rawang.

12 di batu caves - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di batu caves - Google Blog Search


JUMPA MAMA ZHARFAN <b>DI</b> GIANT <b>BATU CAVES</b> | Miza Yusof II

Posted: 24 Jul 2012 08:30 AM PDT

Tengah hari kemarin (23 Julai 2012) masa tengah shopping dekat Giant Batu Caves, secara tak sengaja terserempak dengan Mama Zharfan atau dikenali dengan nama pena MZ. Kenal tak ? hehehe. 
Dari jauh dah nampak MZ masa MZ tengah sibuk nak bayar dekat kaunter. Tapi tak berani nak tegur takut tersalah orang. Tapi hati ini macam meronta-ronta mengatakan perempuan itu adalah MZ bila terpandangkan handbag Carlo Rino pink seperti dalam gambar dibawah.
Beranikan diri laju-laju ikut MZ dan pergi tegur. hehehe. Nervous jugak sebab takut tersalah orang. Pedulikanlah, salah ke tak belakang kira janji puas hati :)

Saya : Akak ni Mama Zharfan ke ?
MZ     : Aa ahh.

12 di kuala langat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala langat - Google Blog Search


SEHARI <b>DI</b> RUMAH PENYAYANG BESTARI, <b>KUALA LANGAT</b>

Posted: 14 Aug 2012 02:22 PM PDT

Alhamdulillah, diberi peluang untuk turut serta dalam program khidmat bakti di Rumah Penyayang Bestari. Secara peribadi, ini kali pertama berkesempatan dan berpeluang untuk meluangkan masa sehari bersama adik-adik di sini. So, excited la sikit. Experience baru katakan.
Rombongan ahli sukarelawan lebih kurang 70 orang telah memeriahkan suasana di Rumah Penyayang Bestari dengan pelbagai aktiviti termasuklah gotong-royong, mengecat, dekorasi dan sesi beramah-mesra bersama adik-adik.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif di mana bilik belajar di sini telah pun berjaya ditransformasikan menjadi bilik yang lebih selesa dan kondusif untuk mereka belajar.Sempena bulan Ramadhan, majlis berbuka turut dijalankan. Kemuncaknya, bantuan dan sumbangan diberikan kepada semua ahli Rumah Penyayang Bestari termasuklah duit raya, makanan, pakaian dan barang-barang keperluan harian.
Paling bermakna, sukarelawan yang terlibat meliputi semua kaum, tidak kira Melayu, Cina mahupun India. Tidak dilupakan juga, warga dari Sabah jauh nun di sana. Apa yang penting, masing-masing memainkan  peranan untuk menjayakan misi kali ini.
Kumpulan yang telah bekerja keras untuk membersihkan, mengemas, mengecat dan menghias bilik belajar. Satu usaha yang cukup bermakna dan membanggakan. Tahniah kepada semua akak-akak dan abang-abang yang mengerah keringat, bermandi-peluh demi menceriakan suasana di Rumah Penyayang Bestari. Anda semua memang awesome!
Inilah dia wajah-wajah ceria adik-adik Rumah Penyayang Bestari yang mendapat tajaan pakaian raya dari kedai pakaian tempatan. Semoga hari raya adik-adik lebih bermakna.
Untuk menceriakan keadaan dan menggembirakan adik-adik, kami tampil dengan sesi aktivit bersama mereka. Selain giat beraktiviti, kami mengambil kesempatan yang ada untuk berkenalan dan berkongsi cerita dengan mereka.
30 ahli Rumah Penyayang Bestari dibahagikan kepada 5 kumpulan kecil. Setiap kumpulan perlu menghabiskan kesemua 5 aktiviti untuk mengumput mata keseluruhan sebelum diumumkan sebagai juara. Antara aktiviti yang diadakan adalah:
  1. Sepakat membawa berkat
  2. Pancing botol
  3. Isi air dalam botol
  4. Connect the dots dan regu
  5. Find the right balloons
 Jenuh jugak nak buat modul untuk aktiviti nih. Ye lah, kena fikir aktiviti yang dapat dilaksanakan dan disertai oleh semua adik-adik yang berusia dari usia 7 tahun sehinggalah 17 tahun. Sesiapa nak buat program untuk anak-anak yatim nanti, boleh la mintak kalau nak modul/ penerangan lanjut untuk setiap aktivit kat atas tuh,haha
Dengan bantuan abang-abang handsome dan kakak-kakak cantik, akhirnya apa yang dirancang berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Nampaklah adik-adik gembira dan senyum sampai ke telinga. Terima kasih ye! Tahniah kerana telah menjayakan program ini.

 Hah, perah span tu sampai penuh botol
 Ewah, pancing jangan tak pancing
Turun sikit, angkat sikit, ke kanan, ke kiri, ok, selamat!
Seterusnya, cerita pasal juadah berbuka puasa. Seawal 500 petang lagi, acara membakar satay giat dijalankan. Meriah, dah macam hari raya.
 Satay ayam ada, satay daging pun ada
Pelbagai juadah disediakan untuk adik-adik dan semua sukarelawan yang ada. Dari kuih-muih, sehinggalah kepada nasi dan lauk-pauk. Paling syok, adik-adik dihidangkan dengan ayam KFC. Tak ketinggalan air Ribenna dan orange sebagai penghilang haus dan dahaga setelah seharian bergotong-royong dan beraktiviti.
Selepas solat Maghrib berjemaah, acara diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang untuk aktiviti berkumpulan sambil menjamu juadah berbuka puasa.
 Kumpulan Itik dinobatkan selaku juara keseluruhan. 
Tahniah kepada semua adik-adik di bawah pimpinan dan bimbingan Abang Wan dan Kak Ayu. 
 Kemuncaknya, upacara penyampaian sumbangan dan duit raya kepada kesemua 30 orang adik-adik Rumah Penyayang Bestari.
Hulurkan tangan, ringankan beban
Sebagai penutup program, adik-adik dihiburkan dengan pertunjukan bunga api.Dah macam pesta merdeka dah jadinya. Apapun, semoga semua aktiviti dan khidmat bakti yang dijalankan sepanjang sehari ini dapat memberi seribu satu makna dan menggembirakan mereka.
Bergambar kenang-kenangan bersama adik-adik Rumah Penyayang Bestari dan para sukarelawan
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua penderma dan pemberi sumbangan!
Terima kasih kepada semua fasilitators yang menjayakan aktiviti yang dirancang Wan Shahir, Idayu, Abdul Hakim, Mirra Nabila, Ain Idris, Fatin Nadiah, Nurul Ain Razak, Shahir Naim, Salihah, Dilla, Junior. Tidak dilupa kepada abang/kakak yang jaga stesen untuk setiap game : Aidil, Shafique, Moon, Eida, Izzati.Tahniah kepada semua kerana sudahpun menjayakan misi ini terutama yang mengerah keringat bergotong-royong, mengecat dan F&B department yang menyediakan juadah yang sedap dan lazat. Untuk video sepanjang program yang sudahpun dirakam, nanti sama-sama kita tonton semasa majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri :)
Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya." (Hadis riwayat Ahmad)
Photo credit : Anabella
 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved