ads

Rabu, 22 Jun 2011

12 di semenyih - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di semenyih - Google Blog Search


Father&#39;s Day & Birthday Mak <b>di Semenyih</b>

Posted: 21 Jun 2011 10:44 PM PDT

alhamdulillah sambutan Father's Day dan Birthday Mak disambut meriah pakej sekali dgn kazen2 yg celebrate besday utk bulan June nih...kami sambut secara kecil-kecilan di Semenyih...walaupun ramai yg tak dpt hadir, tapi tetap meriah dengan sore budak2 kecik...

unplanned sebenarnya....aku beli kek pun kecik jer..ate nak sambut dgn family..last2 dpt roger dari mak...kata ada makan2 dgn kazen2 yg lain...ok lah tuh...rezeki dtg bergolek namanya...ekeke...mak aku gotong royong dgn makcik masalah gulai lemak cili ikan patin meletops, sambal udang leleh tekak, ikan tongkol masak kicap power, sup sayur bebudak, dan mcm2 lagi la...ulam x yah citer la...semua fresh dari kebun..

lepas makan, terus pusing2 taman kebun, yang paling best part suasana kat kampung...bagi aku mmg cukup mendamaikan...bile balik rasa tenang jer...ilang serabut kepala....lagi2 nampak dusun mak tgh byk buah meranum dan bakal meranum menjelang ujung bulan nih...antaranya buah peberet aku la..BUAH DOYAN...buah rambutan lagi, buah ciku, buah limau manis, buah tembikai, buah nangka, eh mcm2 la....syok ooo...tak sabar plak aku nak dtg terjah minggu depan...

wajah kechentaan hamba...sayang mak abah selamanya :)

dimulakan dgn borak2...pastu baru berdoa...ekeke...

kek cokelat ni ditaja oleh kazen aku...tuk ahli keluarganya...


kek kecik comel ni dari aku...ate igt sambut sefamily...last2 dgn org ramai...mmg tak cukup la...berperasaan strawberry vanilla dan diselit cream ala2 ice cream...mmg meletop tapi tak cukup...kahhhhhhhhh...beli dari kedai peberet aku kat Subang nun...

sementara aku jd jurugambar, en somi plak jadi babysitter suapkan aleesya makan...thanks bang!


dah abis doa, marilah nyanyi beramai2...moh sumbangkan sore...



dah abis nyanyi...time utk potong kek plak...aleesya plak yg over...dia igt besday dia...insyAllah jamuan besday leesya bulan depan...lom plan bebetul lg...

cian mak, cucu mak yg sorang lagi tu ada nun jauh kat pahang...minggu depan baru balik...


tak lupa juga besday pakcik aku...dialah yg baru kehilangan isteri aritu..sebak dia aritu sbb terkenangkan arwah...sob sob..


berkejaran en somi mengejar aleesya utk suapkan makan...leesya plak kalau dah ramai kwn, mmg mkn sket je la...biasalah tu...


aleesya azzalea


dah abis makan2 kat umah pakcik kami tadi...ni masanya utk meninjau kolam ikan dan kebun buah-buahan emak...ikan talapia dlm kolam tu cepat je besar...soon, leh buat bakar2 ikan....ekeke...


apa la yg abah borakkan tu? en somi layankan jer...


leesya spt biasa, bila nampak kawasan luas..dia pun luaskan langkah kakinya :)


part buah doyan ni yg paling heaven! perghhh...gambar yg korang tgk ni baru satu pokok kat kebun mak....x silap aku kat dlm kawasan umah mak ada 8 pokok...ekeke...lom campo dgn pokok2 kat umah pakcik makcik sebelah2....keh keh keh...


ini plak pokok rambutan....pokok rambutan budak sekolah...betol ke aku ckp nih? errmm...maksudnya lekang...

bile dah petang, anak dara aku nak join kazen2nya main kolam air....mmg peberet dia la...bile dah masuk, tak reti nak kuar...jenoh!


mainlah leesya...main sampai puas yer...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di bukit raja - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bukit raja - Google Blog Search


Otak Seorang Otaku: Entri Pemarah : Melancar Peperangan <b>di</b> TGV <b>...</b>

Posted: 06 Jun 2011 01:23 AM PDT

aku : Kungfu Panda 2 3D, pukol 2 petang. 2 orang.

TGV : Kungfu Panda 2 3D, pukol 2 petang. 2 orang. RM 38.

aku : *bayar, ambek tiket*

tengok 20 minit, satu kompleks blackout.

dengan perasaan bengang dan tensen, terus buat refund. buat refund dalam suasanan gelap.

 

hampir sejam selepas tu lampu nyala balek. kembali ke tiket kaunter. keinginan untuk tengok Kungfu Panda 2 masih meluap-luap. rasa tensen dan tak puas hati pun masih tersimpan lam ati.

aku : Kungfu Panda 2?

TGV : jam berapa ya?

aku : jam yang tak blackout.

TGV:

fin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di batang kali - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di batang kali - Google Blog Search


mySAS: SEMINAR PEMERKASAAN USAHAWAN <b>DI BATANG KALI</b> HULU SELANGOR

Posted: 02 Jun 2011 08:34 PM PDT

Majlis Daerah Hulu Selangor dengan kerjasama Unit Perancangan Ekonomi Selangor telah menganjurkan Seminar Pemerkasaan Usahawan Negeri Selangor 2011 pada 2 Jun 2011 bertempat di Dewan Dato Abdul Hamid Bandar Ligamas, Batang Kali semalam.

Lebih 400 peserta telah menghadiri seminar tersebut yang telah di tutup oleh Yang DiPertua Majlis Daerah Hulu Selangor, Tuan Tukiman. Objektif seminar ini diadakan ialah untuk Mendedahkan peniaga dan usahawan mendalami ilmu-ilmu perniagaan yang  berkesan dan juga cara-cara pemasaran yang terkini seperti penggunaan laman web. Seminar yang terbuka kepada semua ini disertai oleh peniaga, usahawan, pesara dan bakal-bakal usahawan juga lepasan universiti.

Sesi pagi dimulakan dengan ceramah motivasi usahawan yang disampaikan oleh Konsultan Motivasi,  Dr Hj Hamdan Datuk Md Salleh dan ShaifulAnuar Sulaiman dari Rehawealth Training dan Consultancy. yang menerangkan teknik-teknik perniagaan dan innovatif yang berkesan dalam perniagaan, kemudian disambung dengan teknik pemasaran dan prinsip perakaunan syarikat. Sesi petang dimulakan dengan penerangan ringkas daripada wakil-wakil agensi pinjaman kredit seperti Agro Bank, Mimbar, Skim Mikro Kredit Selangor, Amanah Ikhtiar Malaysia dan SME Bank. Selepas sesi penerangan pemasaran berinternet dan satu sesi dialog dijalankan antara peserta seminar dan panel-panel yang terdiri daripada agensi-agensi pinjaman kredit dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Tuan Tukiman  dan program tamat pada jam 5.30 petang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di jeram - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di jeram - Google Blog Search


Mandi <b>di Jeram</b> Linang | MooN - Keyz World™

Posted: 17 May 2011 08:39 AM PDT

Setelah puas berehat di rumah.. aku dengan kawan2 aku pergi ke Hutan Lipur Jeram Linang, Pasir Puteh, Kelantan... Haha.. Sudah lama tak pergi kat sana... seingat aku... kali terakhir aku pergi sana adalah 3 bulan lepas.. huhu... best siot, tempat tu sejuk... air terjun 4 tingkat... walaupun pergi hari sekolah... tp masih juga ramai yg datang... 15/5/2011... aku, delan dan ilham pergi mandi di Jeram Linang...

 Ini adalah member aku Adlan..satu kelas dulu... dia dah ada awek skarang.. jeles aku..

 Ha.. ini la.. air terjun tu... aku ambik gambar sebelah tepi jew... jadi tak nampak jelas sangat la... 

I'm sory

 Ini kawan aku Ilham.. dulu gemuk.. skarang kurus dia plak drpd aku.. Kami pergi cini bertiga jew...

ceh... posing maut... ini lah..aku.. lama bebeno rasa x ambik gambar macam ni.. haha... malu ciot..

gambar yg menjadi controversi di fb..

Ahhh... Aku tak peduli... waktu masa tu pun dah pukul 1 ptg... tunggu apa lg... kami terjun r ... mandi.. air yg sejuk dan nyaman... hilang semua msalah bila mandi kat sana... Hope esok dapat prgi lg.. dengan member yg lain... Anyway... thanks yup.... sebab sudi ajak aku.. g mandi Jeram Linang...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air | Elizabeth Wong for <b>Bukit Lanjan</b>

Posted: 22 Jun 2011 06:27 PM PDT

Kerajaan Negeri amat kesal dengan gangguan bekalan air yang kini berlaku di beberapa daerah di Selangor. Gangguan yang diumumkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) ini dilaporkan akan berlanjutan selama tiga hari dan menjejaskan seramai sejuta penduduk di daerah Petaling, Hulu Selangor, Gombak dan juga Kuala Lumpur.

Saya ingin menekan bahawa gangguan ini bukan disebabkan kekurangan bekalan air, tetapi kerja-kerja penyelenggaraan oleh Syabas.

Simpanan air empangan masih berada pada tahap yang tinggi. Mengikut Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), kedudukan tahap simpanan air empangan pada 21 Jun 2011 adalah seperti yang berikut :

• Empangan Sungai Selangor pada tahap 98.81% dan Sungai Tinggi pada tahap 99.17%. Kedua-dua empangan ini menjadi sumber air 60% bekalan air minum ke Lembah Klang (Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya).
• Empangan Sungai Batu pada tahap 100%.
• Empangan Klang Gate pada tahap 100%.
• Empangan Sungai Semenyih pada tahap 100%
• Empangan Sungai Langat pada tahap 100%.
• Empangan Tasik Subang pada tahap 96.88%

Kenyataan pihak Syabas hari ini menyalahkan perundingan penstrukturan semula aset air langsung tidak tepat. Penswastaan aset air telah dilaksanakan pada tahun 1997 dan sejak itu, Syabas tidak menjalankan kerja-kerja menaiktaraf kepada loji-loji perawatan air yang sepatutnya.

Pada hari ini pula, perundingan dengan Kerajaan Negeri senang-senang digunakan sebagai alasan menghalang syarikat swasta tersebut dari menaiktaraf infrastrukturnya. Sepatutnya kerja-kerja ini dibuat sebelum ini.

Kerajaan Negeri Selangor menyeru Kementerian Tenaga, Air dan Teknologi Hijau untuk menilai semula kecekapan dan keupayaan Syabas ini dalam pengurusan sistem bekalan air kepada penduduk negeri yang paling maju di Malaysia.

Kerajaan Negeri Selangor akan tetap berusaha memastikan bekalan air yang mencukupi kepada semua. Pada tahun ini, kami telah memeriksa dan memastikan semua empangan dalam keadaan yang baik dan cukup untuk membekalkan sumber air kepada semua loji-loji pembersihan air di Selangor. Tambahan itu, Kerajaan Negeri telah membuat persediaan untuk
menangani masalah sekiranya jangkaan musim kering atau fenomena El-Nino melanda Malaysia.

Air merupakan sumber asas yang penting. Oleh itu, Kerajaan Negeri menasihatkan orang ramai untuk menggunakannya dengan cermat dan bijak. Pemasangan sistem pemanenan air hujan (rainwater harvesting) di tempat kediaman ataupun komersil merupakan satu langkah yang dapat menjimatkan penggunaan air.

YB ELIZABETH WONG
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai media Brian Yap
(pegawaikhas@gmail.com, 016-311 0120) ataupun Lembaga Urus Air
Selangor 03-5511 1800

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di jenjarom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di jenjarom - Google Blog Search


KelabJomKayuhJenjarom (KJKJ): Kayuhan Santai 1 <b>Jenjarom</b> - Karnival <b>...</b>

Posted: 19 Jun 2011 01:14 AM PDT

Salam Jom Kayuh..

Alhamdulillah, selesai sudah 

Program Mesra Rakyat Kg. Jenjarom.

Tahniah kepada JKKK Kg. Jenjarom di atas usaha bagi menyatu padukan 

seluruh penduduk Kg Jenjarom.

Sesunggguhnya program-program seperti ini 

dapat mengeratkan hubungan sillaturahim sesama penduduk.

Terima kasih juga diucapkan kepada YB Philip Tan Chun Swee

kerana sudi turun padang pada hari berkenaan.

Pada jam 7.30 pagi rata-rata pengayuh telah tiba di Dewan Orang Ramai 

Kg Jenjarom untuk mendaftarkn diri serta berkumpul

sebelum menunggu acara pelepasan yang akan disempurnakan oleh YB dan Ketua Kampung

Jenjarom.

Kira-kira 60 orang pengayuh yang terdiri dari warga jenjarom sendiri.

Tidak ketinggalan beberapa pengayuh wanita yang turut tidak ketinggalan

untuk menyertai kayuhan santai ini. tepat jam 8.30 pagi pengayuh telah dilepaskan

menuju ke Kg Seri Cheding dan Kg Orang Asli Busut Baru.


Hj Ma'arus dan Haryiz antara pengayuh2 tegar yang
tidak pernah ketinggalan mengikuti aktiviti berbasikal

setelah setengah jam berkayuh,pesert berhenti rehat 

di Kolam Pancing Kg Seri Cheding.

Di sana para peserta dibekalkan air mineral dan pisang sebagai penambah tenaga 

untuk meneruskan kayuhan.










Selepas 10 minit, para peserta berkayuh dan melalui

2 zon pendakian sebelum tiba di Kg Orang Asli Busut Baru.

Kemudian para peserta terus berkayuh sehingga tiba di Dewan Orang Ramai Kg Jenjarom.

Setibanya di dewan terdapat hadiah cabutan bertuah menanti para peserta.

Tahniah kepada yang menang. Dalam masa yagn sama

terdapat juga persembahan silat serta beberapa pertandingan sampingan.

Sebelum pulang, semua pengayuh bergambar bersama YB serta Ketua Kampung

sebagai kenang-kenangan.


Pihak Kelab Jom Kayuh turut berbesar hati dan berterima kasuh kepada YB Philip

di atas sumbangan berjumlah RM500 kepada

 Kelab Jom Kayuh Jenjarom sebagi penyuntik semangat

 kerana beliau juga turut teruja dengan aktiviti berbasikal ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di puchong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di puchong - Google Blog Search


~my life is not so easy®~: Survey Tadika <b>di Puchong</b>

Posted: 21 Jun 2011 11:25 AM PDT

hello blog,
hohoho,haziq dah skolah
tapi aku ada amik gambar dia sekali je masa hari first,tu pun belum masuk laptop lagi gambarnya
alkisah bz wat assignment
dapur tak berasap,rumah tunggang terbalik.
ok jom cerita pasal survey yang aku buat .owh nak masukkan anak ke sekolah haruslah buat survey dulu
opss ni survey bulan 12 tahun lepas.aceceh.masih boleh consider lagi kot
aku survey di internet je,pas tu call mana2 yang aku berkenan
kebanyakkan tadika amik kanak2 umur 4-6tahun ye
yang amik budak 3 tahun tak banyak.adoi
ok ni senarai yang aku copy-paste-save-dalam-word-copy-paste-semula-ke-dalam-entry-ni

1-Tadika Krista (sebulan rm250)
Krista Pusat Bandar Puchong
No 71, Wawasan 2/12 Pusat Bandar Puchong 47100 Puchong
03-58823518

Krista Bandar Kinrara
No 106, Jalan BK 5/11 Bandar Kinrara 47100 Puchong
016-3636645

Krista Puchong Utama
No.31 Jalan PU 5 Puchong Utama 47100 Puchong
0169292893

Krista Bandar Puteri Puchong
49, Jalan Puteri 10/13 Bandar Puteri Puchong 47100 Puchong Selangor
012-2202650
Krista Taman Puchong Hartamas
76, Jalan PH2 Taman Puchong Hartamas 47100 Puchong Selangor
03-80627030

Krista Taman Saujana Puchong
No 1, Jalan SP 10/6 Taman Saujana Puchong 47100 Puchong Selangor
03-80684181 / 012-6931008

Krista Bandar Bukit Puchong 2
No 21, Jalan BP 11/10 Bandar Bukit Puchong 2 47100 Puchong, Selangor
012-6931008

2)Little Caliph Kindergarden
LITTLE CALIPH PUCHONG(TADIKA RESTU IBU)
No. 2, Jalan BK 5/11, Bandar Kinrara
47100 Puchong, Selangor
Person In Charge : Nur Afni Bt Jamal Ab. Nasir
Tel: 017 - 971 7212
E-mail: restuibu.littlecaliphs@gmail.com

3-El-Khawarizmi Little Muslim
No. 1 Jalan Prima 2/3 & No. 2 Jalan Prima 2/4, Taman Puchong Prima, Selangor.

4-CIC(Children Islamic Centre)
CIC Taman Tasik Prima,
No 5-2 & 6-2, The Wharf, Jalan Tasik Prima 5/1,
Taman Tasik Prima, Puchong (Above Klinik Alam Medic and My Mydin)
Yuran masuk:rm460(program2-3tahun,playschool)
Bulanan:rm250

5-Q-Dees(ada mandarin)
No 197, Jalan PP1/2, Taman Putra Prima, 47100 Puchong, Selangor.
019- 222 5149, 603- 8060 5360
Yuran rm290 sebulan

6-Tadika PASTI
NO 1 JLN WAWASAN 2/20, PUSAT BANDAR PUCHONG
 TEL: 03-5882 2924 (OFIS), 019 2617276 (KAK YAH), 013-341 7204 (EN.SYED)
Yuran daftar rm170
Rm67sebulan

7-REAL Kids(CEC)
No. 25-27, Jalan Putra Indah 9/16, Putra Heights, 47650 Subang Jaya.
03-5192 0513

Lot 5500, Jalan Kasawari 6, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong
03-8075 7686

No. 61, Jalan Puteri 10/3, Bandar Puteri Puchong, 47100 Puchong.
03-8060 5414

8.Genius Aulad
52-1 Jalan Puteri 1/4, Bandar Puteri,
Puchong, Selangor,Malaysia
bputeripuchong@geniusaulad.com.my
03 - 8063 5351 (tel)03 - 8063 5350 (faks)017 - 6201 663(hp)

9-Smart Soleh Integrated School
Smart Soleh Puchong
No. 51, Jalan PU5, Taman Puchong Utama,
47100 Puchong, Selangor DE
Tel: 019-2333908

10-Smart Reader
Smart Reader Puchong
No. 14A (1st Floor), Jalan Tempua 2A, Bandar Puchong Jaya
47100 Puchong, Malaysia
0380766757

owh sangat banyak tadika yang tumbuh bagai cendawan di puchong ni
ni aku senaraikan yang glamer2 je.huhu
ada jugak tadika lain yang biasa2(pada pendapat aku) tapi aku tak letak dalam senarai ni
sebab panjang sangat daa
lagipun yang aku tak senaraikan tu kadang2 xde website sendiri
owh..
encik adam nak anaknya masuk tadika yang islamic+english+dekat dgn rumah
so senarai pendekkan dari 10 diatas,tadika pilihan ialah:
-G.A
-CIC
-Smart soleh

selepas senarai pendekkan kenalah telefon satu2 tadika tersebut untuk bertanya maklumat lebih lanjut
owh cerita pasal telefon di entry lain
sebab entry ni dah panjang daaa
ok jom tepek gambar photoshoot utk selingan entry ni,

*cerita photoshoot di lain entry jugak

sekian,

nota kaki:panjang proses pemilihan.huhu*ibu bapa yang cerewet,byk cekadak

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


Lawatan Kerja Biro Felda ke Felda Sg <b>Tengi</b>, Suharto dan Gedangsa <b>...</b>

Posted: 22 Jun 2011 05:08 AM PDT

Sdr Rebin Birham, Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal (kanan sekali) bergambar dengan pengusaha ikan air tawar di Felda Gedangsa.

Dari kiri: Sdr Karip, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Negeri Sembilan merangkap Bendahari Biro Masyarakat Biro Felda dan Orang Asal PKR Pusat, dan Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat bergambar bersama-sama Pengusaha Ikan Air Tawar di Felda Gedangsa. Peneroka-peneroka Felda Gedangsa yang juga pengusaha Ikan Air Tawar di Felda Gedangsa telah memohon agar kolam-kolam ikan mereka diberikan tol. Permohonan mereka telah ditolak semasa pentadbiran Kerajaan UMNO/BN Selangor dahulu walaupun mereka telah mengerjakan kawasan kolam itu sejak hampir 30 tahun yang lampau, dan permohonan mereka dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat masih juga tidak memperolehi kelulusan. Task Force Felda Selangor telah membuat perakuan kepada Kerajaan Negeri Selangor supaya tanah-tanah kolam ikan itu diberikan kelulusan tol, dan perakuan ini telah disampaikan kepada YAB Menteri Besar Selangor, dan Task Force Felda Negeri Selangor serta Biro Masyarakat Felda PKR mengesyorkan supaya permohonan daripada pengusaha-pengusaha ikan air tawar di Felda Gedangsa ini diberikan kelulusan segera dari pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui Pejabat Tanah Daerah Hulu Selangor.

Bergambar bersama-sama pengusaha Ikan Air Tawar di Felda Gedangsa.

Dialog bersama-sama peneroka-peneroka Felda Suharto. Antara isu yang diketengahkan adalah mengenai geran tanah peneroka-peneroka Fasa 6 Felda Suharto dan peneroka-peneroka Felda Sungai Tengi Selatan. Peneroka-peneroka ini telah pun menjelaskan BK mereka kepada Felda, mereka juga telah menjelaskan cac melalui Felda; tetapi hingga kini Felda masih enggan mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri Selangor supaya geran bagi ladang-ladang mereka dikeluarkan. Kuasa sebenar bagi mengeluarkan geran terletak kepada Kerajaan Negeri dan Biro Masyarakat Felda PKR dan Task Force Felda Negeri Selangor telah memanjangkan pandangan kepada Kerajaan Negeri Selangor agar geran tanah peneroka-peneroka berkenaan dikeluarkan samada Felda membuat pengesyoran atau sebaliknya.

Tekun menghayati dialog yang diadakan. Didalam dialog di Felda Suharto itu, masalah perumahan bagi anak-anak peneroka dari generasi kedua dan ketiga ditimbulkan untuk golongan itu yang tinggal di Felda Gedangsa, Suharto, Sg Tengi, Sg Tengi Selatan dan Sungai Buaya. Terdapat seluas 32.6 ekar tanah kerajaan di Felda Suharto yang sudah dikenalpasti boleh dimajukan sebagai kawasan perumahan bagi generasi kedua dan ketiga; dan pihak Kerajaan Negeri Selangor dicadang melaksanakan projek perumahan untuk rumah-rumah mampu-milik oleh generasi kedua dan ketiga di kawasan tersebut melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

Suhaimi Said memberikan pandangannya didalam Majlis Dialog di Felda Suharto tersebut. Sdr Rebin Birham sedang serius berbincang dengan Ketua PKR Cabang Hulu Selangor. Dibelakang kiri, Sdr Abu Nasir, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Selangor dan dibelah kanan, Sdr Karip, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Negeri Sembilan.

Sdr Shamsul Iskandar, Ketua Angkatan Muda PKR merangkap Pengerusi Task Force Felda Negeri Selangor mewakili YB Elizabeth Wong didalam Majlis Dialog di Felda Suharto tersebut.

Sdr Nasar, Ketua PKR Cabang Hulu Selangor memberikan pandangan beliau.


Sdr Samsul Iskandar berucap di Majlis Dialog bersama-sama Anggota JKK Felda Sg Tengi.

Sdr Rebin membentangkan tugas yang telah dan akan dimainkan oleh Biro Masyarakat Felda PKR dan Task Force Felda Negeri ASelangor kepada Anggota JKK Felda Sg Tengi.

Dari kiri: Sdr Shamsul Iskandar, Sdr Suhaimi Said dan Sdr Karip.

Sdr Rebin memberikan pandangannya mewakili Biro Masyarakat Felda.

Suhaimi Said memulakan ucapannya dengan gurauannya bertanya mengenai harga gula di Felda Sg Tengi. Apabila dijawab harga gula berharga RM2.30untuk 1 kilo beliau menyampuk bahawa harga itu mahal sedangkan di kawasannya di Temerloh harganya murah kalau dibeli 2, gula-gula, boleh dibeli dengan harga 10 atau 20 sen.

Inilah Kak Yah, tuan punya Restoran tempat kami berdialog. Dia cukup gembira bertemu Suhaimi Said dan Kak Hendon. Kami menghabiskan masa 3 minggu di kawasan Felda di Hulu Selangor semasa PRK Hulu Selangor dahulu, dan di kedai Kak Yah inilah kami menjamu selera setiap hari.

Minum dulu!

Sebelah kiri: Wak, Ketua Kampong Sg Tengi, dan kanan Hj Shukur, Pengarah/Penhyelaras DUN Ulu Bernam.

Kak Hendon juga terlibat didalam kursus pendek yang dibentangkan oleh Tuan Haji Nordin, seorang pakar motivasi yang dibawakan khas dari Melaka.

Masing-masing kena membuat kira-kira didalam kertas yang dikemukakan oleh Haji Nordin.

Masih belum siap?

M Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved