ads

Rabu, 2 Mei 2012

12 di cheras - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di cheras - Google Blog Search


Bengkel Kecantikan (Make-Over) PERCUMA <b>di Cheras</b>...

Posted: 03 Apr 2012 09:34 PM PDT

Assalammualaikum...

Minggu ini sesi bengkel masih akan diadakan, secara "hands-on" ~ facial, make-up & training session.. Sesi bengkel akan diadakan oleh beautician & make-up artist professional dari AIVIORA Academy bagi memperkenalkan produk baru (ENUCA) di bawah naungan Aiviora Group & Elianto, jenama kosmetik yang terkenal.

Penerangan lanjut adalah seperti berikut:
- Bayaran kursus: PERCUMA - Tiket bernilai RM248 akan diberikan secara PERCUMA semasa pendaftaran
* Sila PM @ SMS Neizs utk mendapatkan tiket PERCUMA ini ye..
-Masa: 11 pagi hingga 2 petang (Makan tengahari disediakan)
Tarikh: 28 April 2012 (Sabtu)
Lokasi: ENUCA The White House, Taman Shamelin Perkasa, Batu 3 1/2, Cheras, Selangor.

Intipati Bengkel:-
•Teknik facial & penjagaan kulit seharian (teknik akan diaplikasikan pd muka sendiri)
•Teknik make-up yg sempurna (teknik akan diaplikasikan pd muka sendiri)
•Grooming class/penampilan diri
•Tips-tips kecantikan
•Di akhir bengkel akan perolehi sijil penyertaan kursus

PELUANG PERNIAGAAN JUGA DISEDIAKAN UNTUK SESIAPA YANG BERMINAT!!

Sesiapa yang berminat boleh dapatkan tiket percuma dari saya, (PM Neizs @ SMS 012-6299232)

Tempat adalah terhad!!!

* Untuk mengetahui tentang ENUCA dengan lebih lanjut, anda boleh layari www.enuca.com..

12 di ampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kapar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kapar - Google Blog Search


Ceramah Bongkar <b>di Kapar</b> Kelang malam ni « taipingmali

Posted: 15 Mar 2012 01:54 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Ceramah Bongkar di Kapar Kelang malam ni. 15 Mar 2012 Leave a Comment. by taipingmali in ZON TENGAH. Ceramah Bongkar mlm ni 15/3 jam 9pm diJalan Cempedak Bukit Kerayong 2,Kapar,Sgor. Penceramah: Lokman Adam & Khairul ...

12 di bangi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bangi - Google Blog Search


Dr Shafie Abu Bakar: Ceramah Perdana <b>Di Bangi</b>: Selangkah Ke <b>...</b>

Posted: 21 Mar 2012 06:02 AM PDT

Kompleks Sukan, Seksyen 15, BBB, 27 Rabiul Akhir 1433 = 20 Mac 2012 (Selasa):

Malam ini pihak Pas Serdang mengatur Ceramah Perdana yang bertemakan `Selangkah Ke Putrajaya` bertempat di Kompleks Sukan, Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Pihak penganjur berjaya mendapat kesanggupan dua tokoh penting untuk berceramah pada malam tersebut. Mereka ialah Y.B. Dato` Tuan Teng Chang Kim Dato` Speaker Dewan Negeri Selangor dan Y.B Dato` Seri Nizar bin Jamaluddin Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Bekas Menteri Besar Perak. Turut sama berceramah ialah Y.B. Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang dan Y.B. Dr. Shafie Abu Bakar Ahli Dewan Negeri Bangi. Mereka berdua adalah selaku Tuan Rumah. Kesanggupan kedua Tokoh jemputan Kehormat dapatlah disifatkan sebagai pertolongan yang diberi bagi Kawasan Serdang dan Dun Bangi di dalam menghadapi pilihanraya. Meskipun Ceramah Perdana dapat menarik dua tokoh penting berkenaan adalah dirasakan publisiti tidak diberi perhatian secara sungguh, sehingga kehadiran pada peringkat permulaan agak mengeciwakan, Cuma pada pertengahan ceramah dijalankan barulah hadirin mulai kelihatan ramai, namun jumlah mereka tidak mencapai seribu orang. Mereka keempat-empat pencermah sanggup datang berkerja ke Bangi – kedua-dua ahli Parlimen baru sudah bersidang jam 8.00 malam – keluar awal sedikit dan Dato` Speaker dan Adun Bangi juga masih keletihan sehari bersidang dan semua mereka sanggup datang.

Memulai ceramah Ustaz Shafie Ngah selaku YDP Pas Serdang mengucapkan terima kasih kepada penceramah-penceramah yang sudah menerima jemputan dan hadirin yang datang mendengar cermah. Menurutnya penceramah-penceramah yang mempunyai maklumat di dalam bidang masing-masing dapat membantu para hadirin memahami situasi poltik semasa yang mencerahkan langkah di jalan ke Putra Jaya. Y.B. Dr. Shafie Abu Bakar Adun Bangi yang dijemput memulai ceramah menyebut bagi mengukuh azam dan memudahkan perjalanan ke Putrajaya perlu pastikan persiapan mantap pada tiga peringkat, iaitu mengukuhkan parti yang ahli bekerja menarik sokongan pengundi, kedua khidmat masyarakat dari Adun hendaklah cemerlang sehingga semua pengundi di kawasan memberi sokongan dan ketiga pimpinan peringkat negeri dan pusat matang di dalam mengatur strategi, polisi dan tawaran melalui manifesto terhadap rakyat.

Y.B. Saudari Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang bercakap tentang GST yang akan dilaksanakan yang akan melibatkan kenaikan semua harga barang. Kenaikan ini mungkin tidak dilakukan sebelum pilihanraya, tetapi akan dilaksanakan selepas pilihanraya. Sebab itu jangan sokong BN, jika tidak mau Barang Naik (BN). Beliau juga bercakap tentang pembaziran dan penggunaan harta rakyat bagi upacara seperti pertunangan anak Perdana Menteri dan berbagai pembaziran yang lain.

Y.B. Dato` Seri Nizar Jamaluddin bercakap tentang penyelewengan-penyelewengan yang berlaku seperti Cowgate yang melibatkan dana RM450 juta yang katanya, menurut Daim Zainuddin Mantan Menteri Kewangan yang lalu, ``Jika isu Cowgate tidak ditangani dengan bijaksana, ianya akan menelan BN dan hilang kekuasaan.`` Beliau juga mengimbau tentang perampasan haram Kerajaan Negeri Perak dari Kerajaan Pakatan. Beliau berkeyakinan insya Allah rakyat akan mengembalikan kekuasaan kepada Pakatan. Mereka tidak yakin dengan BN yang membazir, rasuah dan penyelewengan.

Y.B. Dato` Teng Chang Khim bercakap berkenaan pemerintahan yang bersifat adil, telus dan demokratik. Kerajaan Pakatan membawa kelainan dari segi pemerintahan berbanding kerajaan di bawah BN sebelumnya. Kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim berjaya meningkatkan ekonomi negeri Selangor dengan rizab simpanan RM1.9 bilion ringgit. Banyak skim yang ditawarkan kepada rakyat. Contoh Merakyatkan Ekonomi Selangor dengan peruntukan RM500 juta, termasuk skim warga emas, air percuma, bantuan anak masuk universiti, bantuan kebajikan dan berbagai-bagai. Pentadbiran kerajaan Pakatan jauh lebih baik dari BN, sebab itu berilah sokongan kepada Pakatan Rakyat bagi boleh membuka jalan ke Putrajayta.

Sekian.

12 di hulu selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Kemalangan Bas Persiaran <b>di Hulu Selangor</b> – 3 Mati (5 Gambar)

Posted: 01 May 2012 08:29 PM PDT

Seorang pemandu bas dan 2 orang penumpang maut apabila bas terbalik selepas melanggar penghadang jalan di lebuhraya PLUS berdekatan Hul
Kemalangan Bas Persiaran di Rawang, Bukit Beruntung, Hulu Selangor – 3 Mati (5 Gambar) | Hasrat 48 penduduk Kampung Sungai Lah, Chenderiang, Perak untuk bercuti ke Melaka sempena cuti Hari Pekerja semalam tidak kesampaian apabila tiga daripada mereka maut selepas bas persiaran dinaiki terbabit dalam kemalangan jalanraya di Kilometer (km) 434, Lebuh Raya Utara Selatan arah ke selatan, awal pagi semalam.
Mangsa yang maut dalam kejadian kemalangan jalanraya jam 1.50 pagi itu ialah dua penumpang, K Virmala, 55 dan Setapa a/k Mat, 46 serta pemandu bas, S Velmuruvu, 45 akibat tersepit di bawah bas. Seramai 24 lagi penumpang cedera termasuk tiga parah.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, berkata kemalangan berlaku selepas bas terbabit merempuh tembok penghadang di plaza tol baru Sungai Buaya-Rawang berhampiran Bukit Beruntung sebelum terbalik.
Katanya, pemandu bas dipercayai tidak perasan kewujudan tembok penghadang itu yang dalam pembinaan berikutan keadaan jalan yang gelap.
"Akibat rempuhan, bas itu terbalik dan cermin depannya pecah menyebabkan pemandu serta dua penumpang tercampak keluar dan kemudian tersepit di bawah bas. Ketiga-tiga mangsa mati di tempat kejadian," katanya.
Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan mengenai punca sebenar kemalangan jalanraya dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Seramai 24 penumpang yang cedera, termasuk tiga parah dihantar ke Hospital Sungai Buluh untuk rawatan. Ketiga-tiga mangsa yang parah dilaporkan dalam keadaan stabil.
Sementara itu, anak kedua Vimala, K Ravinathan, 37, yang ditemui di bilik mayat Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), berkata ibunya amat teruja apabila dipelawa rakannya menyertai rombongan ke Melaka kerana hanya dikenakan bayaran RM50.
"Ibu saya penoreh getah dan pendapatannya tidak seberapa. Jadi bila dia dapat peluang pergi ke Melaka dengan bayaran hanya RM50, dia sangat teruja," katanya.
Sementara itu, tiga wartawan sambilan daripada satu keluarga yang dalam perjalanan membuat liputan kemalangan itu, cedera selepas terbabit dalam kemalangan berasingan di persimpangan ke Tol Rawang, awal pagi semalam.
Dalam kejadian pada jam 3 pagi itu, tiga beranak terbabit, Sarinah Salleh, 46 dan dua anaknya, Ina Shamsuri Ibrahim, 26 serta Afiq Shahif Ibrahim, 24 dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda (4X4), yang datang dari arah bertentangan.
Melayukini.net – Daripada Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali. Semua manusia akan mati, tiada yang kekal abadi. Dunia ini hanyalah sebagai jambatan kepada dunia yang kekal abadi di akhirat. Takziah kepada keluarga mangsa2 kemalanganu Selangor.semalam.

12 di balakong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di balakong - Google Blog Search


Moon punyer blog: Norma <b>di Balakong</b>

Posted: 01 May 2012 06:49 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Alhamdulillah Norma dah pulang ke Balakong . Semalam Norma sampai dr Pontian . Alhamdulillah Norma stabil walaupun kadang kala dia perlukan bantuan pernafasan dr mesin oksigen . Insyaallah Moon akan pegi lawat ...

12 di batu caves - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di batu caves - Google Blog Search


Kejohanan Taekwondo <b>di Batu Caves</b>

Posted: 01 May 2012 05:00 PM PDT

Sempena cuti Hari Pekerja semalam, Kejohanan Taekwondo telah diadakan di Taman Industri Bolton, Batu Caves. Kiranya ramai yang terlibat tidak kira warna tali pinggan. Bagi Danish dan Afiqah, diaorang tak masuk sparring. Just biasa-biasa aja. Anyway setiap bahagian, i.e. tali pinggan putih or kuning, lebih kurang 50-100 peserta. So yang naik pentas adalah yang dapat nombor 1 hingga 3, dapat medal. Yang lain dapatlah piala.
Sijil penyertaan semua dapat.

Keseluruhan sesi petang lebih 500 orang. Memang sungguh sesak tempat ni dicampur pula ngan emak bapa dan adik-beradik dan juga kawan-kawan. Yang lama ialah menunggu. 

Diaorang buat empat-empat. Tak ampai 5 minit buat benda alah tu. Tunggu, kalau tak silap nak habiskan satu bahagian lebih kurang 1 jam. Then lepas tu diadakan sesi pengumuman pemenang dan bagi medal, piala dan juga sijil.

Memang Danish dan Afiqah teruja juga, maklumlah buat kali pertama menyertai kejohanan ini.

Ambulan ada jangan risau, just in case kalau ada sesuatu yang di luar jangkaan. Ramai juga yang menggunakan khidmat pegawai kesihatan, yang lenguh-lenguh, terseliuh, luka, pening dan macam-macam lagi. Overall OK le tapi maybe tahun depan tak pergi kot.

12 di rawang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di rawang - Google Blog Search


2 Wanita Mangsa Simbah Asid <b>Di Rawang</b> | Putera Gahara Gagah <b>...</b>

Posted: 27 Mar 2012 12:15 PM PDT


KUALA LUMPUR 28 Mac 2012 - Seorang wanita dan seorang gadis menjadi mangsa simbahan asid oleh dua lelaki ketika menunggu bas di Batu 16, Rawang, dekat sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira 7 petang itu, S.Rani, 46, dan Nuraqilah Osman, 16, telah disimbah asid oleh seorang daripada suspek yang berjalan kaki.

Beliau berkata, suspek telah meragut rantai leher Rani sebelum melarikan diri ke kawasan berhampiran.

"Semasa melarikan diri, seorang daripada suspek itu menyimbah cecair dipercayai asid ke arah wanita itu yang turut mengenai mangsa kedua menyebabkan belakang badannya melecur," katanya dalam satu sistem pesanan ringkas malam ini.

Abdul Rahim berkata Nuraqilah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Selayang manakala Rani, yang cedera di muka, leher, tangan serta dada, masih dirawat di hospital sama.

"Mangsa tidak dapat mengecam identiti kedua-dua suspek kerana semasa kejadian, keadaan gelap dan perlakuan suspek terlalu pantas," katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - Bernama [SUMBER]

Penyerang Asid Jalanan Yang Berbahaya


Mangsa Simbahan Asid Di Serata Dunia






p/s : Penjenayah simbahan asid memang sangat zalim dan kejam, kebanyakkan mangsa totally hidup mereka musnah hingga ke akhir hayat. Hukuman berat mesti dijatuhkan kepada sipelakunya dan bahan cecair asid mestilah dikawal penggunaannya selain sukar untuk diperolehi seperti senjata api jugak. Tidak ada kompromi.PGGP

12 di sepang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sepang - Google Blog Search


wancikgumuzik: TAMAN TEMA UPIN DAN IPIN <b>DI SEPANG</b> <b>...</b>

Posted: 01 Mar 2012 01:23 PM PST

TAMAN TEMA UPIN DAN IPIN DI SEPANG SELANGOR | Kanak-kanak mana yang tak kenal dengan karektor upin dan ipin nih kan?? Salah satu animasi terbaik di Malaysia. Kini Satu projek yang bernilai RM700 Juta akan diperuntukkan untuk membina sebuah taman tema Upin & Ipin di Sepang Selangor. Dahsyat kan?? Hanya dengan bermula dengan kartun animasi jer, Upin Ipin menjadi sangat popular sehinggakan pihak Les' Copaque Production sanggup membina sebuah taman tema Upin dan Ipin nih..

Menurut pengarah urusan Les' Copaque Production, Burhanuddin Md. Radzi, pembinaan taman tema Upin & Ipin ini menelan belanja sebanyak RM700 Juta dan dijangkakan akan siap dalam tempoh tiga tahun. Wahhhhh..!! Tantu besar kan Taman Tema Upin Dan Ipin nih kan?? Sampai ambik masa tiga tahun baru nak siap..


Haaa.. Harap semua bersabar lah yerr.. Nanti taman tema Upin Ipin nih siap, ramai2 kita pegi yerr.. Adoii.. Bungkus lah Sunway Lagoon kan?? Tapi apa2 pun sama2 lah kita nantikan kemunculan Taman Tema Upin Dan Ipin nanti yerr.. Insyaalah memuaskan....

JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!

  


TAGS : PEMBINAAN TAMAN TEMA UPIN IPIN, TAMAN TEMA UPIN DAN IPIN BERHARGA RM700 JUTA, NILAI TAMAN TEMA UPIN IPIN RM700 JUTA, HARGA TIKE TAMAN TEMA UPIN IPIN, HARGA TAMAN TEMA UPIN DAN IPIN, TARIKH SIAP TAMAN TEMA UPIN DAN IPIN DI SEPANG, TAMAN TEMA UPIN IPIN DI SEPANG SELANGOR,

12 di kelana jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kelana jaya - Google Blog Search


PEWARIS ANAK BANGSA: SOALAN MP <b>KELANA JAYA</b> ADA <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2012 08:03 AM PDT

Himpunan Jutaan Belia 2012 Adalah Jawapan Kepada Soalan MP Kelana Jaya Di Parlimen


Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) melalui Menterinya, DS Ahmad Shabery Cheek di Parlimen baru-baru ini diajukan soalan oleh seorang YB daripada Pakatan Pembangkang, YB Kelana Jaya mengenai langkah-langkah yang diambil oleh KBS untuk memupuk belia yang kental dan berupaya melawan desakan seks daripada seorang berusia lebih 60 tahun yang didakwanya meliwat.
Kita tidak pasti adakah soalan sebegitu tidak berapa penting untuk ditanya oleh seorang YB di dalam dewan yang mulia. Banyak lagi perkara yang lebih penting untuk dipersoalkan. Tiada kepentingan yang kita nampak melainkan salah satu cara pihak pembangkang untuk mencipta keraguan. Namun, jawapan yang diberikan oleh DS Ahmad Shabery adalah sangat bernas dan sudah pastinya mampu mematikan segala keraguan yang hendak ditimbulkan.
Menurut DS Shabery, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, melalui 12 Kementerian yang terlibat secara langsung dengan pembangunan belia, pelbagai program telah dan sedang dijalankan bagi memastikan generasi belia menjadi warganegara yang cemerlang, kental dari segi fizikal dan mental serta bertanggungjawab kepada masyarakat.
Namun begitu, beliau menambah bahawa tidak mungkin mana-mana kerajaan yang mampu mengadakan program terhadap perlakuan setiap individu negaranya termasuk mengawal setiap individu tanpa mengira usia, yang mungkin ada keupayaan serta kelainan tertentu yang boleh menguasai seterusnya mengawal orang lain bagi memenuhi semua jenis kehendak individu berkenaan.
Menerusi jawapan beliau, DS Shabery percaya, YB Kelana Jaya boleh mencari banyak contoh di dunia di mana ada individu yang berusia tetapi mempunyai keupayaan untuk menundukkan orang lain yang lebih muda darinya. Kita sedia maklum individu yang dimaksudkan oleh YB Kelana Jaya tentulah Ketua Pembangkang.
Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum P"Gay"R ini ternyata mampu mempengaruhi ramai belia terutama mereka yang tidak mempunyai ketahanan mental yang kental. Contoh paling mudah adalah seperti golongan mahasiswa yang mengadakan demonstrasi mendesak kerajaan memansuhkan PTPTN di Dataran Merdeka baru-baru ini.
Oleh itu, belia janganlah mudah terpengaruh. Marilah kita bersama-sama menghabiskan masa dengan aktiviti berfaedah di Himpunan Jutaan Belia 2012 yang diadakan di Putrajaya, 23 hingga 27 Mei 2012. Banyak acara-acara menarik yang akan disediakan. Jumpa di sana! Di sana! Di sana!
SUMBER: CUCU YOK SELAMPIT BLOG
 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved