Khamis, 29 November 2012

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


Memindahkan Pemilikan Tanah Seluas 223.3 Ekar, <b>Di Bukit Raja</b>, S <b>...</b>

Posted: 29 Nov 2012 03:04 AM PST

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak ketika menjadi menteri pertahanan pada 2006 bersetuju untuk memindahkan pemilikan tanah seluas 223.3 ekar (89.332ha) di Bukit Raja, Selangor daripada syarikat Awan Megah Sdn Bhd kepada seorang syarikat penama milik ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Hakim Zabariah Mohd Yusof bagaimanapun tidak membenarkan Deepak mengemukakan satu surat bertarikh 25 September 2006 daripada Awan Megah kepada Najib sebagai bukti, memandangkan beliau tidak memfailkan dokumen tersebut sebagai sebahagian daripada dokumennya semasa pengurusan kes.

Deepak dalam keterangannya hari ini mendakwa, Najib mempersetujui urusan berkenaan dan mahu timbalan ketua setiausaha kementerian pertahanan meneliti pemindahan milik tersebut.

Deepak memberitahu mahkamah bahawa beliau membantu untuk mengatur pertemuan di antara Awan Mega, yang diwakili pengarahnya Senator Raja Ropiah Raja Abdullah dengan Najib melalui isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ahli perniagaan tersebut memberitahu mahkamah ketika disoal peguamnya R Sivarasa, bahawa transaksi yang berlaku memandangkan Awan Megah tidak berjaya mendapatkan bond tanah yang ditetapkan sebagai syarat untuk meneruskan projek Institut Pengajian Pertahanan Nasional di Putrajaya.

Deepak melalui syarikat Astacanggih Sdn Bhd, di mana beliau merupakan pengarah, menamakan kerajaan Malaysia, Syarikat Tanah Harta Sdn Bhd, Awan Megah dan Cebur Megah Development Sdn Bhd, di mana beliau turut menjadi pengarah, sebagai defendan.

Bagaimanapun, Hakim Zabariah mengeluarkan kerajaan Malaysia, Syarikat Tanah Harta, dan Cebur Megah sebagai defendan dalam saman tersebut.

Keputusannya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan. Malaysiakini

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


Ceramah Motivasi SMK Panglima <b>Teluk</b> (Album 1) - Pertubuhan <b>...</b>

Posted: 08 Nov 2012 11:20 AM PST


"Menempa Kecemerlangan Masa Hadapan"
Bertempat di ILP, Banting
Satu Program Ceramah Motivasi untuk pelajar-pelajar Tingkatan 6 SMK Datuk Panglima Teluk telah diadakan bertempat di Dewan Besar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Banting. Ceramah bertajuk "Menempa Kecemerlangan Masa Hadapan" ini telah disampaikan oleh Sdr. Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM)
Ceramah beliau telah berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 10.30 pagi. Program ceramah ini di adakan bersempena dengan Majlis Pra Graduan untuk para pelajar Tingkatan 6 sekolah ini.
Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ini berlangsung.

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


tumpang sekole...?: "Hantu" Letak 134,675 &#39;Pengundi Tidak Dikenali <b>...</b>

Posted: 23 Nov 2012 06:30 AM PST

Seramai 134,675 pengundi tidak dikenali dikenal pasti didaftar di negeri Selangor dedah Laporan Projek Pendemokrasian.

Jumlah ini mewakili kira-kira 28 peratus daripada jumlah 497,084 pemilih baru yang didaftarkan. Sebagai rekod sehingga kini jumlah pengundi di negeri ini mencecah 1,924,281 orang.

Semakan daftar pemilih bagi jumlah itu berdasarkan daftar pemilih induk (DPI) suku ke empat 2011 yang diperolehi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) serta dilaksanakan mengikut 56 DUN yang dilakukan oleh Ketua Kampung, Ahli Majlis, kakitangan Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Mengikut laporan Projek Pendemokrasian Negeri Selangor yang dikeluarkan oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) itu mencatatkan DUN Sri Serdang mengalami bilangan pengundi tidak dikenali yang paling ramai iaitu lebih 9,000 orang.

"Sri Serdang mencatat bilangan pemilih yang tidak dapat dikenal pasti yang paling banyak," laporan itu dipetik.

Ia diikuti dengan kawasan wakil rakyat Pakatan - Subang Jaya seramai lebih 8,000 pemilih (Hannah Yeoh - DAP), Hulu Kelang lebih 5,500 pemilih (Saari Sungib - PAS), lebih 4,000 pemilih di Bukit Lanjan (Elizabeth Wong - PKR), Kinrara (Teresa Kok - DAP), Kota Anggerik (Yaakob Sapari), Kota Damansara (Nasir Hashim - PSM), Sri Muda (Shuhaimi Shafiei) dan Taman Medan (Haniza Talha) dan Sri Muda 5,000 orang.

Daripada jumlah keseluruhan pemilih baru itu, sebanyak 51 peratus daripadanya terdiri daripada mereka yang berusia 21 hingga 30 tahun.

Manakala bagi pemilih yang tidak dikenal pasti iaitu seramai 134,675 orang itu, sebanyak 44 peratus daripadanya terdiri daripada mereka yang berusia lingkungan 21 hingga 30 tahun.

Dari aspek jantina, sebanyak 51 peratus pemilih baru merupakan lelaki dan 49 peratus wanita.

Manakala, bagi kajian pemilih yang tidak dikenal pasti pasti turut mendapati 51 peratus adalah lelaki dan 49 peratus wanita.

Mengikut aspek bangsa pula, bangsa Melayu mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 49 peratus, diikuti Cina sebanyak 34 peratus dan India sebanyak 13 peratus daripada keseluruhan jumlah pemilih berdasarkan DPI suku ke empat tahun 2011.

Bagi pemilih baru, ia menunjukkan 55 peratus daripada bangsa Melayu merupakan pemilih baru manakala 45 peratus tidak dapat dikenal pasti berdasarkan semakan yang dilakukan.

Selain itu, kaum Cina sebanyak 28 peratus pemilih baru dan 35 peratus tidak dapat dikenal pasti.

Manakala bagi India, sebanyak 11 peratus pemilih baru dan 13 peratus tidak dapat dikenal pasti berdasarkan semakan yang dijalankan.

Sementara itu, lain-lain sebanyak 8,561 pemilih baru yang terdiri antaranya Orang Asli Semenanjung, Punjabi, Eurasian, Jawa, Pakistan, Sri Lanka dan Hakka.

Laporan terbabit juga memaklumkan penambahan pemilih baru pada setiap suku tahun iaitu bermula suku ke empat 2011 hingga suku tahun ke tiga 2012 mendapati mengalami peningkatan.

Hal itu dibuktikan seramai 497,084 orang dengan peratusan 32 peratus pada suku ke empat 2011 ; 563,471 orang dengan peratusan 36 peratus pada suku pertama 2012 ; 600,406 orang dengan peratusan 38 peratus pada suku kedua 2012 dan meningkat kepada 625,210 orang dengan peratusan 40 peratus bagi suku ke empat 2012.

Jumlah pemilih berdasar suku ke tiga 2012 (belum digazetkan) seramai 2,025,153 orang serta daripada jumlah itu seramai 513,074 pemilih baru yang mencatatkan 51 peratus lelaki dan 49 peratus wanita.

Laporan Projek Pendemokrasian diserahkan kepada Dewan Negeri Selangor(DNS) hari ini dan diedarkan kepada Adun.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan dalam satu sidang media, laporan ini akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) sebaik sidang DNS berakhir minggu depan.- selangorku

Selangor dakwa kesan 28% pemilih gagal dikenal pasti

"Ghost"placed 134,675 untraceable ghost  voters in Pakatan areas...

A voter audit by the Selangor government found that 28 percent or 134,675 voters newly-included into the Selangor electoral roll up to the fourth quarter of 2011 cannot be traced.

And of this, most of them are in constituencies currently held by Pakatan Rakyat representatives.

This includes more than 8,000 voters in Subang Jaya (DAP's Hannah Yeoh), more than 5,000 voters in Hulu Kelang (PAS' Saari Sungib) and more than 4,000 voters in Bukit Lanjan (PKR's Elizabeth Wong), Kinrara (DAP's Teresa Kok), Kota Damansara (PSM's Nasir Hashim), Sri Muda (PKR's Shuhaimi Shafiei) and Taman Medan (PKR's Haniza Talha) respectively.
 
Interestingly, however, the constituency with the highest number of untraceable voters is Sri Serdang, held by opposition leader Satim Diman, with more than 9,000 voters in this category.

In a press statement after tabling the report to the state assembly today, Selangor Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim said the initiative commenced last June and took three months to complete.

'Concerns justified'

He said it was undertaken because the government was doubtful of the credibility of the hike in voters in Selangor state and parliament electoral roll.

"We will explain to the Election Commission (EC) why we say they are untraceable," he said, adding that the government will write to the EC after the assembly sitting concludes next week.

The study, coordinated by the Selangor Economic Planning Unit, also found that five constituencies did not have proper electoral maps.

These are Sungai Panjang and Sri Serdang (voting districts not marked out in the map), Damansara Utama (electoral boundaries not corrected) and Sementa, Hulu Kelang and Selat Kelang (electoral boundaries unclear).

He said that the results of the project, completed with the cooperation of village heads, local councillors, district office staff and local government, show that concern over a spike in the electoral roll is justified.

"As such, we will take this to the EC for an explanation before taking further action to prepare for the next general election.

"We are confident that the people are ready to make mature decisions during an election that is fair, professional, honest and responsible, in line with the democratic principles which we hold true," he said.- malaysiakini





cheers.

12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


khalid ibrahim <b>di batang kali</b> - ceramah jelajah <b>...</b> - Pakdoe Allan

Posted: 02 Nov 2012 09:17 AM PDT


P/S: TAN SERI KHALID IBRAHIM TIDAK SELEWENG DUIT RAKYAT....BUKAN MACAM KHIR TOYO...

PAKDOE ALLAN

12 di jenjarom - Google Blog Search

12 di jenjarom - Google Blog Search


Diari Papa Deh: Beli Rumah Kat <b>Jenjarom</b>

Posted: 18 Nov 2012 09:28 PM PST

Adakah korang tengah mencari-cari rumah nak dibeli..?
Dekat dengan kawasan rumah MIL aku kat Jenjarom ni, tengah dibuat projek perumahan. Sri Jaromas namanya. Projek fasa 1 dah sold out & projek pembinaan sedang rancak dijalankan. Sekarang ni tengah dibuka jualan untuk fasa 2. Lepas ni, ada rancangan untuk fasa 3 lak. So kiranya pembangunan terancang laa.
Bagi projek fasa 2 ni, ada dijual rumah teres & semi-D 2 tingkat. Kita mulakan cerita dengan projek rumah teres ni yang dinamakan Tamera. Tamera dibahagikan kepada 2 jenis rumah.
Luas tanah 22' x 70', luas binaan 2,323 sqf, 4 bilik, 3 bilik mandi & freehold
Harga bermula dari RM367,000
Luas tanah 20' x 70', luas binaan 2,025 sqf, 4 bilik, 3 bilik mandi & freehold
Harga bermula dari RM339,000.
Bagi rumah semi-D 2 tingkat lak, dinamakan Rosa2 Dreams. Kenapa Rosa2..? Sebab projek fasa 1 dulu dah buat semi-D gak yang dinamakan Rosa. Rosa2 ni merupakan 1st Gated & Guarded Exclusive Residence in Jenjarom ok..! Haha. Rosa2 pun dibahagikan kepada 2 jenis rumah.
Luas tanah 37' x 85', luas binaan 3,132 sqf, 5 bilik, 5 bilik mandi & freehold
Harga bermula dari RM611,000.
luas tanah 37' x 85', luas binaan 3,151 sqf, 5 bilik, 5 bilik mandi & freehold
Harga bermula dari RM615,000.

Harga rumah-rumah ni agak sedikit mahal sebenarnya. Sebab apa..? Harga melonjak naik sebab SKVE dah buka. Hehe. Lokasi Sri Jaromas ni 5 minit je daripada exit Teluk Panglima Garang. Dengan kewujudan SKVE ni gak, jarak perjalanan ke Putrajaya cumalah 30 minit. Akses ke ELITE (exit Bandar Saujana Putra) dalam 15 minit & tak lama lagi ada akses ke WEST COAST EXPRESSWAY (exit Tanjung 12) dalam 10 minit je. Akses ke KESAS pun dalam 30 minit je tapi x lalu SKVE pun.

Selain tu, lokasi Sri Jaromas ni adalah dalam 20 minit ke Bukit Tinggi, Klang & 20 minit gak ke pekan Banting. Dari segi kemudahan yang lain, dah sedia ada pun sekolah rendah, sekolah menengah, klinik kesihatan, masjid, stesen minyak & pejabat pos.
Dalam projek Sri Jaromas ni gak, akan didirikan Tesco, Econsave & lot-lot kedai. Kalau dah boring shopping kat sini, boleh je ubah angin pergi ke Giant Banting yang baru je dibuka dalam sebulan kot (10 minit) atau ke Jusco Bukit Tinggi (20 minit).
Apa lagi nak cerita kat korang ye..? Hahaha. Aku bukan agen, xde sebarang komisyen pun tolong promote ni. Tapi saje je seronok menulis untuk perkongsian dengan korang yang tengah mencari rumah. Tak banyak detail yang korang boleh dapat daripada internet. Model rumah boleh tengok kat Giant Banting / Tesco Klang.
Sekian, rumahku syurgaku..!

12 di dengkil - Google Blog Search

12 di dengkil - Google Blog Search


rosmah, bakti lawat mangsa banjir <b>di dengkil</b> - AAKJ.COM

Posted: 08 Nov 2012 03:12 AM PST

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan ahli-ahli Badan Amal Dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) hari ini meluangkan masa melawat mangsa banjir yang di tempatkan di Pusat Penempatan Sementara di sini.

Rosmah yang juga merupakan Yang Di Pertua BAKTI meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama mangsa banjir dan makan tengah hari bersama mereka.
"Selepas mendapat maklumat mengenai kejadian banjir, kami (BAKTI) telah berbincang dan mengambil keputusan untuk datang melawat ke kawasan yang mengalami banjir.

"Kami turut mengambil inisiatif untuk menyumbangkan RM 10 ribu kepada setiap negeri yang mengalami banjir iaitu di negeri Selangor, Johor, Melaka dan Perak," katanya ketika berucap di Dewan Orang Ramai, Dengkil yang dijadikan sebagai Pusat Penempatan Sementara bagi mangsa banjir.

Menurut Rosmah, dengan sumbangan yang disalurkan ini, dapat meringankan beban mangsa banjir untuk membeli keperluan yang diperlukan oleh mangsa banjir.

"Dana ini akan disalurkan melalui Pertubuhan Isteri Wakil-Wakil Rakyat setiap negeri yang terlibat, dan wang tersebut akan digunakan untuk membeli keperluan bagi kegunaan mangsa banjir," katanya.

Tambahnya lagi, rakyat tidak perlu risau jika ditimpa musibah kerana pelbagai pihak seperti pertubuhan kebajikan akan turut sama menghulurkan bantuan.
"Ini (beri sumbangan dan melawat) sahaja yang mampu kami lakukan. Segala yang terjadi adalah ketentuan Allah SWT. Saya lihat keperluan mangsa banjir mencukupi dan kita perlu bersyukur kerana pelbagai pihak turut sama membantu menghulurkan bantuan bukan sahaja daripada pihak Barisan Nasional (BN) sahaja," ujarnya lagi.

Seramai kira-kira 919 mangsa banjir yang ditempatkan di penempatan sementara ini dijangka akan pulang ke rumah masing-masing pada petang ini jika keadaan mengizinkan.

12 di ulu yam - Google Blog Search

12 di ulu yam - Google Blog Search


Gelombang Rakyat: DOA &#39;KO BN&#39; <b>DI ULU YAM</b>.. HASAN ALI CABAR <b>...</b>

Posted: 26 Nov 2012 12:19 AM PST

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) perlu mengambil tindakan tegas terhadap khatib yang mendoakan kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam doa penutup khutbah Jumaat lalu di Masjid Al Falah, Hulu Yam.

Bekas Exco Agama Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata, perkara itu jelas bertentangan dengan peraturan Jais kerana diakui sendiri khatib terbabit bahawa doa tersebut merupakan tambahan dan bukannya dalam teks khutbah.

Menurutnya, perkara ini perlu ditangani dengan tegas kerana bimbang akan terus berleluasa dan mendatangkan impak negatif kepada perpaduan ummah.

"Apabila doa tersebut tidak terkandung dalam teks khutbah Jumaat, ini jelas bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan dalam pentadbiran dan pengurusan Jais sendiri.

"Kita juga bimbang sekiranya doa negatif sebegitu dibenarkan dan tiada sekatan, sudah pasti ianya akan 'berjangkit' ke tempat-tempat lain pula.

"Jika ia terus dibiarkan berlaku, dikhuatiri akan timbul perpecahan dalam masyarakat kerana sesiapa yang mendengarnya akan timbul kemarahan dan tidak mustahil boleh berlaku pergaduhan melibatkan perilaku fizikal dan  sebagainya," katanya.

Beliau berkata, institusi masjid sebagai rumah ALLAH SWT juga akan tercemar sekiranya berlaku pergaduhan di dalamnya seterusnya kesucian agama Islam akan tercemar.

Dalam pada itu, Adun Sementa, Datuk Abd Rahman Palil yang juga bekas Exco Agama Selangor berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana masjid bukan gelanggang politik.

Abd Rahman turut menyifatkan doa tersebut lebih menjurus kepada hawa nafsu semata kerana sebagai orang Islam tidak sepatutnya mendoakan kehancuran saudara seagama.

"Ajaran apa yang dia (khatib) itu ikut kerana dalam Islam kita ditegah mendoakan yang tidak baik lebih-lebih lagi sesama kita Islam, bagaimana kalau yang didoakan itu termasuk keluarga dan saudara maranya, adakah dia rela melihat kehancuran mereka?" katanya.

Jumaat lalu, jemaah Masjid Al Falah terkejut apabila khatib menutup khutbah dengan doa meminta kehancuran Umno dan BN selepas mendoakan kesejahteraan Sultan Selangor.

Sementara itu, khatib terbabit yang merupakan Imam II masjid itu, Mohamad Azmi Hassan mengakui doanya itu adalah tambahan beliau sendiri dan tidak terkandung dalam teks asal dan tindakannya itu semata-mata mahu meluahkan segala yang terbuku di hatinya.

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Penyelaras DUN Ziarah Pemuda Terlibat Dalam Kemalangan Jalan <b>...</b>

Posted: 10 Nov 2012 12:27 AM PST

10 11 2012

Batu 9, 10 Nov    : Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, hari ini berkesempatan melawat Mohd Ashraf Sanusi, yang ditimpa kemalangan jalanraya beberapa minggu yang lalu di Sungai Terap di rumahnya yang terletak di Lorong Menanti 3 Tanjong Karang.

Menurut Ashraf, sewaktu kejadian beliau yang sedang memandu kereta kancil dalam perjalanan pulang dari tempat kerja cuba mengelak sebuah lori dari arah bertentangan yang masuk ke simpang sebelum kereta beliau dilanggar oleh kenderaan pacuan empat roda.

Akibat daripada kemalangan tersebut beliau telah dihantar ke hospital Sungai Buluh dan menjalani pembedahan dibahagian rahang dan bahu yang patah sebelum di benarkan pulang. Beliau kini diberikan cuti sakit selama dua bulan dan berehat dirumahnya.

Mohd Ashraf yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda PAS (DPP) Tanjong Karang adalah merupakan anak kepada aktivis PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah, Allahyarham Sanusi Salleh, yang meninggal dunia akibat terjatuh daripada lori sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 tahun 2008 yang lalu.

Dalam lawatan tersebut, Ustaz Judi yang juga Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang turut menghulurkan sumbangan daripada pihak PKM DUN Sungai Burong. Turut menghulurkan sumbangan ialah DPP Tanjong Karang, yang disampaikan oleh Ketuanya, Muhamad Jafaruddin Sheik Daud.

Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Mohd Faizal Mohd Barja, Timbalan Ketua DPP Kawasan, Ustaz Mohamad Adzim Basri Al-Hafiz dan beberapa AJK DPP Kawasan, Mohamad Sobirin Omar, Shah Rizal Mohd Sabrah dan Mat Amin Mahat.

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


MBPJ :Kesesakan lalu lintas <b>di</b> sekitar <b>Petaling Jaya</b> akan diatasi <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2012 09:35 PM PDT

PETALING JAYA 27 SEPT : Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memperuntukkan RM5 juta bagi mengubahsuai dan membina semula beberapa laluan jalan raya di bandaraya Petaling Jaya bagi melancarkan kesesakan lalu lintas yang berlaku.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman berkata antara laluan terlibat adalah Jalan Utara, Jalan Barat, Jalan Timur dan Jalan Sultan.

"Kita sedang dalam perancangan untuk mengsehalakan semua laluan ini untuk memudahkan lagi perjalanan. Ia akan lebih melancarkan perjalanan trafik di bandaraya ini.

"Untuk tujuan itu satu dialog akan diadakan dengan perunding dan pihak berkepentingan bagi mencapai kata putus," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat penuh MBPJ di sini semalam.

Majlis dialog tersebut dijangka dilangsungkan di Dewan Sivik MBPJ pada 18 Oktober depan.

Mohamad Roslan berkata, dialog itu diadakan kerana terdapat pihak yang bersetuju dan tidak bersetuju dalam perkara itu.

"Bila ada yang setuju dan tidak bersetuju, kita buat dialog dan pihak perunding dilantik MBPJ akan memberikan penerangan kepada mereka ini.

"Dari laporan perunding projek ini akan menjimatkan masa perjalanan dan memudahkan semua. Ini sesuatu yang baru bagi kita di bandaraya ini," katanya.

Menurutnya, MBPJ merancang laluan sehala kerana semakin lama keadaan jalan raya di Petaling Jaya mengalami kesesakan yang teruk berikutan pertambahan bilangan kenderaan.

Bagi pembinaan laluan pejalan kaki di Jalan Semangat pula, beliau berkata MBPJ akan mengkaji perkara itu kerana sebelum ini projeknya tidak mendapat kelulusan.

"Kita akan kaji balik mengikut keperluan dan ini termasuk yang lain seperti di Jalan Harapan dan sebagainya," ujarnya.

- Selangorku

 

ads