ads

Jumaat, 11 Mei 2012

12 di teluk datok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di teluk datok - Google Blog Search


Gempar! Paus terdampar <b>di</b> Kelanang - LAMAN BLOG <b>...</b>

Posted: 08 May 2012 07:37 AM PDT


Perghh..malam tadi kat kelanang,heboh,gamat serta kecoh!apasal,lihat sahaja foto di atas....sampaikan yb parlimen kuala langat,takut nak keluar..,

Pemuda UMNO Telok Datok

12 di batang kali - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di batang kali - Google Blog Search


BULETIN RAKYAT: BANJIR KILAT <b>DI BATANG KALI</b>.....

Posted: 08 May 2012 02:15 AM PDT


Dilaporkan seramai lebih 250 orang terlibat dalam banjir kilat itu, membabitkan 70 keluarga yang menetap di Kampung Genting Malik, Kampung Sentosa, Taman Sekolah dan Taman Seri Cahaya.

"Jalan utama di Kilometer 48 hanya dibuka satu laluan dan setakat ini keadaan terkawal," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam tadi.
Dilaporkan juga kira-kira 15 anggota keselamatan termasuk anggota polis trafik, serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Batang Kali, terlibat dalam mengawal keadaan.

"Jabatan Kebajikan Masyarakat turut membuat tinjauan ke kawasan itu dan bersedia menghulurkan bantuan segera untuk mangsa-mangsa banjir," katanya.
Sementara itu, lebih 50 buah rumah di beberapa buah kampung di daerah ini naiki air akibat hujan lebat sejak malam tadi.

Kejadian banjir dilaporkan juga berlaku melibatkan beberapa kawasan di Batang Kali lain bermula awal pagi Isnin . Operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir sedang dilakukan oleh agensi-agensi berkaitan. Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Kampong-kampong terlibat termasuk lah :-

1)KG ULU KALONG,ULU YAM

2)KG GENTING MALEK,BATANG KALI

3)KG MASJID, BATANG KALI

4)LORONG HJ NORDIN,ULU YAM

5)KG BATU 30,ULU YAM LAMA

6)KG TENGAH

7)KG SG MANIS, BATANG KALI

8)KG SEKOLAH, BATANG KALI

9)KG SERI CAHAYA, BATANG KALI

10)KG ULU YAM BARU, BATANG KALI

11)JALAN KG KUANTAN, KG GENTING

12)NO 1566, JALAN BATANG KALI

13)KUARTERS PUSAT HAIWAN

14)KG SENTOSA, BATANG KALI
 
Nota: Mesej dari ketua PKR adalah untuk datang ke mesyuarat hantar senarai pengundi yang menyokong beliau.... aparaaa.... turunlah wahai penyelaras dan ketua cabang...jangan disebabkan bukan penyokong anda....mangsa banjir di sisihkan...ini rakyat selangor....
 
sumber : JKKK Kg Kuantan, JKKK Taman Seri

12 di sungai panjang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai panjang - Google Blog Search


I&#39;m Waiting For The Begining: <b>Sungai</b> Terpanjang <b>Di</b> Dunia

Posted: 01 May 2012 09:58 AM PDT

Haaa... korang semua tau tak sungai yang terpanjang di dunia adalah Sungai Nil...? Hmm.. mungkin ada antara kita tak tau lagi fakta ni.. tapi, dengan kepanjangan lebih kurang 6,650 km, sungai ini menjadi sungai yang terpanjang di dunia. Entry kali ni bukan je nak bagitau pasal sungai Nil, tapi nk share2 dgn korang Top 10 sungai terpanjang di dunia.
  • Sungai Lena mempunyai panjang 4400 kmberhulu di Tasik Baikal yang terletak di sebelah barat pergunungan Siberia
  • Sungai ini mengalir ke utara merentasi Rusia dan bermuara di Laut Artik
  • Disebabkan daerah Artik merupakan tempat yg sejuk, Sungai Lena membeku lebih kurang selama 7 bulan setiap tahun semasa musim sejuk dan boleh mencapai ketebalan lebih dari 30 kaki, sekitar 90 - 100 cm.
  • Daerah aliran Sungai Lena kaya dgn mineral sehingga banyak syarikat perlombongan beroperasi di kawasan tersebut.


  • Di tangga ke-9 dengan panjang 4444 km, Sungai Amur juga dikenali sebagai Heilong Jiang dan mempunyai hulu di Mongolia yang memasuki wilayah China (di sebelah utara China terdapat republik Mongolia). 
  • Sungai amur mengalir dari sempada Rusia-China ke Siberia, kemudian menyusuri wilayah Timur Laut Rusia dan bermuara di Selat Tatar.
  • Dalam bahasa Inggeris, Heilong Jiang disebut Black Dragon River dan di Rusia disebut Amur.
  • Penamaan Heilong Jiang dilakukan oleh penguasa Chinadari Dinasti Qing yang berkuasa pada tahun 1644-1911.
  • Sungai amur merupakan simbol dan faktor geopolitik penting dalam hubungan China-Rusia dan sangat penting semasatempoh perpecahan Sino-Soviet pada tahun 1960-an.


  • Sungai Kongo juga dikenali sebagai Sungai Za├»re dan merupakan sungai terbesar di bahagian barat Afrika Tengah dengan panjang 4700 km.
  • Sungai Kongo berhulu di Zambia dan di tempat asalnya sungai ini bernama Sungai Chambeshi. Sungai ini juga bermuara di Lautan Atlantik setelah melalui wilayah Kongo.
  • Fakta daripada  United States Geological Survey (USGS) mengatakan bahawa isipadu Sungai Kongo adalah  10 kali lebih besar berbanding Niagara Falls (air terjun Niagara).
  • Fakta ini menjadikan Sungai Kongo adalah sungai terdalam di dunia dengan mencapai kedalaman 755 kaki (230 m).
  • Untuk pengetahuan semua, lebih dari 700 spesies ikan yang masih tidak diketahui umum tinggal di Sungai Kongo.
  • Salah satunya adalah spesis "raksasa" ikan air tawar bertaring seperti Goliath Tiger Fish.

  • Sungai Ob - Irtysh adalah salah satu sungai yang terletak di Rusia bahagian selatan dan mempunyai kepanjangan 5410 km.
  • Sungai ini mengalir merentasi  Benua Eropah dan Asia dan berhulu di Pegunungan Altai.
  • Bermuara di tiga negara seperti RRC, Kazakhstan dan Rusia, sungai ini merupakan sumber air bersih di negara tersebut.
  • Sungai ini membeku pada bulan November hingga March.


  • Sungai Huang-ho atau Sungai Kuning terletak di wilayah China.
  • Sungai sepanjang 5464 km ini dinamakan Sungai Kuning kerana endapan sedimen yang dibawanya membuatkan sungai keruh kekuningan. 
  • Sungai ini menjadi salah satu pusat peradaban dan kebudayaan tertua di China. Tembok Besar Cina adalah salah satu karya monumental yang lahir daripada kebudayaan Sungai Kuning.
  • Namun disebalik gelaran sebagai salah satu sungai terpanjang didunia, Sungai Kuning juga memiliki gelar " China's Sorrow " atau "Petaka China" kerana sungai ini sering menjadi penyebab banjir besar yang meragut banyak nyawa dan harta benda.


5. Sungai Yenisei-Angara-Selenga

  • Sungai yang mempunyai kepanjangan 5539 km ini  merupakan sistem sungai terbesar yang mengalir ke Lautan Artik. 
  • Ia adalah pusat tiga sungai yang besar di Siberia yang mengalir ke Lautan Artik (dua yang lain adalah Sungai Ob dan Sungai Lena).



  • Sungai sepanjang 6275 km ini terletak di Amerika Syarikat.
  • Perkataan Mississippi bererti Bapa Air diambil dari bahasa penduduk asli Amerika.
  • Mata air Mississippi ialah di negara Minnesota, dekat dengan Kanada. Mississippi mengalir dari selatan melintasi tengah AS dan melewati negara bahagian Wisconsin, IowaIllinois, Missouri, Kentucky, Tennessee, Arkansas, dan Mississippi.
  • Muara Mississippi ialah di negara bahagian Louisiana, selatan kota New Orleans di Teluk Mexico.
  • Mississippi memiliki banyak anak sungai besar seperti Sungai Missouri, Sungai Illinois, dan lain-lain. Boleh dikatakan Sungai Mississippi dan sistem anak sungainya mendominasi kehidupan negara Amerika Syarikat.


  • Sungai Panjang atau Sungai Yangtze adalah sungai terpanjang di China dan di Asia. Panjang sungai ini adalah 6300 km.
  • Sungai ke-3 terpanjang di dunia ini menjadi batas selatan kebudayaan kuno China yang berada di antara Sungai Kuning di utara dan Sungai Panjang/Yangtze di selatan.
  • Nama Sungai Yangtze pada mulanya hanya merujuk kepada bagian hilir Sungai Panjang. Namun kerana nama ini yang pertama didengar oleh orang Barat, maka nama Sungai Yangtze digunakan untuk mewakili seluruh Sungai Panjang.


  • Sungai Amazon adalah sungai di Amerika Selatan yang merupakan sungai ke-2 terpanjang di dunia dengan panjangnya 6400 km.
  • Walaupun Sunga Nil adalah sungai terpanjang di dunia, namun Sungai Amazon dianggap sungai "terkuat" di  dunia jika dilihat dari aliran air per saat.
  • Jumlah air tawar yg mengalir ke Lautan Atlantik sangat besar, iaitu sekitar 184,000 m³ per saat ketika musim hujan.
  •  Aliran Sungai Amazon merupakan 1/5 dari jumlah seluruh air tawar yang masuk ke laut di seluruh dunia.
  • Oleh sebab itu air laut yang berada dekat dengan muara sungai ini memiliki kadar garam yang rendah sehingga beratus mil jauhnya.


  • Sebut sahaja Sungai Nil,mesti ramai yang membayangkan Mesir. Namun, sungai terpanjang di dunia ini (6690 km) berhulu di Gunung Kilimanjaro, Tanzania.
  • Sungai ini menyara jutaan manusia dari berbagai wilayah, peradaban dan masa.
  • Di tanah Afrika yang tandus, kewujudan sungai ini memang sangat diperlukan. Itulah sebabnya beberapa negara di Afrika merebut hak pengurusan sungai ini.






12 di rawang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di rawang - Google Blog Search


khirnya Adik Nayati Shamelin ditemui selamat <b>di Rawang</b>

Posted: 02 May 2012 10:31 PM PDT

Nayati Shamelin Moodliar dipeluk anggota keluarganya selepas ditemui
selamat pagi tadi.

SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nayati Shamelin Moodliar, warganegara Belanda yang diculik minggu lalu, ditemui selamat pagi ini di kawasan Hentian Rehat & Rawat Sungai Buloh, Rawang.

Polis mengesahkan Nayati ditemui kira-kira 7.55 pagi.

Dalam kenyataan dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook kira-kira jam 10 pagi tadi, keluarga Nayati berkata:

"Kami gembira untuk memberitahu bahawa Nayati sudah pulang ke rumah dan meskipun ia detik yang sangat traumatik bagi dirinya, dia kelihatan berada dalam keadaan baik."

Dalam pada itu, Facebook Polis Diraja Malaysia menyebut, "kanak-kanak lelaki yang dilapor hilang dipercayai diculik minggu lepas, Nayati Shamelin Moodliar, dijumpai di Rawang hari ini."

"Pengesahan berita tersebut dibuat oleh Datuk Ku Chin Wah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur," kata kenyataan ringkas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kanak-kanak yang dilaporkan hilang sejak 27 April lalu di hadapan Mount Kiara International School, telah ditemui di Hentian Rehat dan Rawat Sungai Buloh.

"Kanak-kanak tersebut kini berada dalam keadaan selamat bersama keluarganya dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Pihak polis masih lagi meneruskan siasatan lanjut berkaitan kes ini," katanya dalam satu kenyataan.


Oleh kerana penculikan Nayati tertakluk kepada siasatan yang dijalankan, keluarganya berkata, pihaknya tidak berhak untuk mendedahkan sebarang maklumat berkaitan.

Keluarganya juga berkata akan mengadakan satu sidang media khas esok.

Keluarga itu berkata, mereka gembira dan menghargai sokongan padu yang diterima daripada rakan-rakan di Kuala Lumpur dan seluruh dunia.

"Tiada kata-kata yang boleh digambarkan bagi menunjukkan tanda terima kasih dan kami tidak akan melupakan segala sokongan mereka.

"Kami juga sangat menghargai sokongan moral dan kerjasama yang diterima daripada Kedutaan Belanda melalui wakilnya iaitu Paul Bekkers," kata keluarga itu sambil menambah, "dengan bantuan yang diberi ini, kami mampu menangani sedikit masalah teknikal."

"Kami juga ingin berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia terutamanya kepada Polis Diraja Malaysia.

"Keutamaan yang mereka berikan dari mula hingga selamat kembali Nayati dan juga penjagaan yang rapi tidak memberi apa-apa yang boleh menjejaskan keselamatannya. Kami sangat gembira dan akan terus tinggal di negara yang harmoni ini," kata keluarga.


Kalau suka like jer,jangan lupa komen yer

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved