Jumaat, 11 Mei 2012

12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


BULETIN RAKYAT: BANJIR KILAT <b>DI BATANG KALI</b>.....

Posted: 08 May 2012 02:15 AM PDT


Dilaporkan seramai lebih 250 orang terlibat dalam banjir kilat itu, membabitkan 70 keluarga yang menetap di Kampung Genting Malik, Kampung Sentosa, Taman Sekolah dan Taman Seri Cahaya.

"Jalan utama di Kilometer 48 hanya dibuka satu laluan dan setakat ini keadaan terkawal," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam tadi.
Dilaporkan juga kira-kira 15 anggota keselamatan termasuk anggota polis trafik, serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Batang Kali, terlibat dalam mengawal keadaan.

"Jabatan Kebajikan Masyarakat turut membuat tinjauan ke kawasan itu dan bersedia menghulurkan bantuan segera untuk mangsa-mangsa banjir," katanya.
Sementara itu, lebih 50 buah rumah di beberapa buah kampung di daerah ini naiki air akibat hujan lebat sejak malam tadi.

Kejadian banjir dilaporkan juga berlaku melibatkan beberapa kawasan di Batang Kali lain bermula awal pagi Isnin . Operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir sedang dilakukan oleh agensi-agensi berkaitan. Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Kampong-kampong terlibat termasuk lah :-

1)KG ULU KALONG,ULU YAM

2)KG GENTING MALEK,BATANG KALI

3)KG MASJID, BATANG KALI

4)LORONG HJ NORDIN,ULU YAM

5)KG BATU 30,ULU YAM LAMA

6)KG TENGAH

7)KG SG MANIS, BATANG KALI

8)KG SEKOLAH, BATANG KALI

9)KG SERI CAHAYA, BATANG KALI

10)KG ULU YAM BARU, BATANG KALI

11)JALAN KG KUANTAN, KG GENTING

12)NO 1566, JALAN BATANG KALI

13)KUARTERS PUSAT HAIWAN

14)KG SENTOSA, BATANG KALI
 
Nota: Mesej dari ketua PKR adalah untuk datang ke mesyuarat hantar senarai pengundi yang menyokong beliau.... aparaaa.... turunlah wahai penyelaras dan ketua cabang...jangan disebabkan bukan penyokong anda....mangsa banjir di sisihkan...ini rakyat selangor....
 
sumber : JKKK Kg Kuantan, JKKK Taman Seri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads