ads

Selasa, 15 Januari 2013

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


MALAYSIA TRAFFIC: LLM Traffic Update 1:58 PM

Posted: 14 Jan 2013 09:58 PM PST

Dear Malaysia Traffic info,

Latest update for traffic status :

Traffic Condition

Highway : PLUS - North (North - South Expressway)
Datetime : 15-Jan-2013 12:43 PM
Congestion : TRAFIK PERLAHAN DARI TEROWONG MENORAL KE KUALA KANGSAR

Active Events

Highway : NKVE (New Klang Valley Expressway)
Datetime : 15-Jan-2013 12:01 PM
Description : Maklumat awal kemalangan di KM25.4 arah utara. Trafik perlahan dari Bukit Lanjan ke Jalan Duta dari KM 23.0 ke KM 25.4

Highway : PLUS - North (North - South Expressway)
Datetime : 15-Jan-2013 12:43 PM
Description : Kemalangan di KM257.5 arah utara. Trafik perlahan selepas Terowong Menoral ke Kuala Kangsar dari KM 259.0 ke KM 257.5

12 di beranang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di beranang - Google Blog Search


Cerita Himpunan Kebangkitan Rosmah anjuran Najib <b>di semenyih</b> <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2013 08:23 AM PST

Cerita Himpunan Kebangkitan Rosmah anjuran Najib di semenyih capai sasaran.

3 hari lepas oleh Irfadikari di dhanian.blogspot.com

Sabtu-12 Jan: Ini semua gambar-gambar dekat Tesco Semenyih di Taman Pelangi Semeyih, Rinching, Selangor. Meh sini saya ceritakan, Rinching ini bersempadan dengan Beranang dimana Beranang adalah pekan sempadan Selangor/Negeri Sembilan dimana bermulanya Jalan Lama Mantin nak ke Seremban. Disini populasi dia adalah Melayu 98% di Beranang dan Rinching pula kawasan yang dahulunya estet adalah ramai India namun India walaupun ramai di Semenyih dan Rinching kerana dahulunya estet namun ia

12 di selayang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di selayang - Google Blog Search


Cerita Orang Kita: Banjir Lumpur <b>di Selayang</b>, Mangsa gagal <b>...</b>

Posted: 27 Nov 2012 05:45 PM PST


KUALA LUMPUR — Beberapa mangsa banjir di Kampung Sungai Kertas, Selayang dekat sini tidak menyangka hujan lebat sejak lewat petang semalam menyebabkan banjir kilat beserta lumpur dengan paras air yang tinggi hingga mereka gagal menyelamatkan harta benda masing-masing.

Malah, mereka menganggap banjir malam tadi adalah yang paling teruk sepanjang menetap di kawasan terbabit.
Megat Zakaria, 36, berkata paras air meningkat dengan pantas menyebabkan dia tidak sempat untuk menyelamatkan dua buah kereta dan perkakas rumahnya.
"Air naik dengan pantas dan masuk ke dalam rumah kami dengan begitu deras sehingga mencecah paras pinggang.
"Perkakas rumah memang habis tenggelam. Kereta saya dua-dua masuk air dan malam ini mungkin tidak dapat tidur memandangkan tilam dan katil semua ditenggelami air," katanya ketika ditemui di kediamannya semalam.
Beliau berkata sejak menetap di kawasan itu 25 tahun lepas, kejadian banjir kali ini adalah yang terburuk.
Abdul Wahab Sulaiman, 57, yang juga Ketua Kampung Sungai Kertas memberitahu air deras yang membawa lumpur dari kawasan tapak pembinaan berhampiran telah meranapkan kawasan rumahnya.
Beliau berkata paras banjir yang memasuki kawasan rumahnya setinggi setengah meter itu telah menyebabkannya mengalami kerugian kira-kira RM4,000 dengan peralatan elektrik yang paling banyak terjejas.
"Saya tidak sempat menyelamatkan barang-barang dalam rumah saya kerana air datang terlalu deras, paras air setinggi setengah meter naik sehingga ke kawasan dapur rumah saya," katanya.
Azrin Mat Rasul, 35, pula berkata banjir lumpur itu menyebabkannya gagal menyelamatkan dua buah motosikalnya. — KOSMO

12 di sungai panjang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai panjang - Google Blog Search


Pondok Rahmat: Kehidupan <b>Di</b> pinggir <b>Sungai</b> Golok

Posted: 12 Jan 2013 12:00 AM PST


---------------------------------------------------

Di Musim Kemarau Sungai Golok Boleh Diseberangi Dengan Berjalan Kami atau bermotosikal tanpa bot atau perahu

----------------------------------------------------------------------------------------

Kita menyebutnya Sungai Golok atau orang Thai mnyebutnya Sungai Kolok. Pada umumnya, bila disebut Sungai Golok atau Kolok, pada latar pemikiran mereka terbayang sebuah bandar kecil yang terletak di Selatan Thailand, dan bukannya Sungai Golok yang menjadi persempadanan memisahkan negeri Kelantan atau Malaysia dengan  negara jirannya Thailand.

Sungai Golok atau Kolok sebagai sebuah bandar terletak di Selatan negara Thailand sebuah bandar sempadan. Agak besar juga dan mempunyai sebuah stesen kereta api yang menghubunginya dengan ibu negara Thailand, Bangkok. Sungai Golok terletak dalam Daerah Narathiwat.


Ia terkenal sebagai sebuah pusat membeli belah dan juga syurga peleseran untuk kaum lelaki di mana mek-mek Siam boleh diperolehi dengan mudah dan dengan harga yang istimewa.

Pada tahun 2011 penduduk Suingai Golok berjumlah seramai38, 612 orang.

Sementara di sebelah Malaysia pula ada bandar sempadan yang dikenali dengan nama Rantau Panjang, yang terletak dalam daerah Pasir Mas yang terkenal sebagai sebuah pusat membeli-belah, terutama barang-barang yang diimport dari neagra jiran itu.

Sementara Sungai Golok sebagai sebuah sungai yang mengandungi air yang mengalir ke Laut China Selatan, menembusi Pengkalan Kubor dalam Jajahan Tumpat di sebelah Malaysia dan Takbai dalam jajahan Narathiwat di sebelah negara jiran Thailand. Sungai Golok  memisahkan Rantau Panjang Malaysia dan Narathiwat di sebelah Thailand.

Sungai Golok amat berguna kepada mereka yang tinggal di pinggirannya seperti juga penduduk-penduduk yang tinggal di mana-mana pinggiran sungai di lain-lain tempat dan negeri.

Mereka menggunakannya untuk mandi-manda, mencuci badan, membasuh pakaian dan juga untuk melepas kotoran yang tidak perlu di dalam badan.

Namun begitu, di waktu-waktu tertentu dan dalam musim-musim tertentu ia menjadi ancaman, bila airnya melimpah membanjiri kawasan-kawasan sempadan, khususnya di Rantau Panjang, terutama Bandar Rantau Panjang.

Setiap hari Sungai Golok akan disberangi oleh penduduk di kedua-dua belah negara, penduduk Thaliand menyerbang ke Malaysia, dan penduduk Malaysia menyeberang ke Thailand, terutama bagi mereka yang tinggal di pinggiran sungai itu.


Tujuan mereka menyeberang sempadan ialah untuk menziarahi keluarga dan sahabat handai mereka masing-masing yang tinggal di tebing-tebing Sungai Golok itu. Pada umumnya mereka mempunyai pertalian darah yang kental.

Selain daripada barang-barang halal, sebagaimana diketahui umum, ada juga mereka dari kedua-dua belah pihak yang mengambil kesempatan untuk berniaga barang-barang haram melintasi sepanjang sungai yang panjang itu-Sungai Golok.

Barang-barang rompakan atau curian termasuk hewan-hewan ternakan dan kenderaan dari Malaysia biasanya di seludup ke Thailand menerusi Sungai Golok.

Sejajar dengan itu timbullah berbagai-bagai pangkala haram, antaranya yang terekenal ialah Pengkalan Ibrahim Pencen, Pengkalan Syed Agil dan pengkalan dekat Lubuk Jong.

Biasanya pengkalan ini diseberangi dengan menggunakan sampan atau bot kecil dimana penumpangnya dikenakan bayaran yang kecil sahaja.

Malah di musim kemarau ada di tempat-tempat tertentu sungai itu boleh diseberangi dengan berjalan kaki, atau menaiki motosikal sahaja, kerana airnya amat cetek, separas buku lali atau kering langsung dengan pasirnya yang timbul.

Sebenarnya di pekan Rantau Panjang ada sebuah jambatan yang menghubungkan kedua-dua buah negara itu yang dibina secara bersama oleh kedua-dua negara berjiran itu sekitar tahun 1970an. Ia dikenli dengan Jambatan Mahabah.

Tapi untuk melintasi jambatan ini terpaksa menggunakan paspot secara resmi baik dari Malaysia ke Thailand atau dari Thailand ke Malaysia. Peraturan lumrah untuk keluar masuk  ke mana-mana negara asing.

Di samping itu pada masa dahulu ada sebuah landasan kereta api yang menghubungi Rantau Panjang dengan Sungai Golok, yang kemudiannya dihentikankan perkhidmatannya. Kereta api itu digunakan oleh para peniaga daripada negeri Kelantan untuk membeli-belah di Sungai Golok dan memasarkannya di Malaysia. Demikian juga sebaliknya peniaga-peniaga Thailand datang berkereta api ke Malaysia untuk tujuan yang sama.

Fotot-foto yang disiarkan bersama rencana ini dirakam di musim kemarau di salah satu bahagian sungai itu yang kering di musim kemarau.

12 di sungai burong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai burong - Google Blog Search


Program Pecutan Terakhir PTRS 2012 « PKM <b>Sungai Burong</b>

Posted: 14 Oct 2012 12:00 AM PDT

16 10 2012

Shah Alam, 14 Okt    :     Seramai 97 orang pelajar dalam Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong yang telah menyertai Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dan bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini telah menghadiri program pecutan akhir SPM Perdana 2012 di Dewan Auditorium & Banquet, Bangunan Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah (SSAAS) hari ini.

Program yang telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Hajah Halimah Ali, telah Berjaya mengumpulkan seramai lebih 3,000 orang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM dari seluruh Selangor, kata Pegawai PTRS DUN Sungai Burong, Norsidah Samat.

Di dalam program berkenaan, katanya, para peserta dibahagi kepada dua kumpulan iaitu lelaki dan perempuan untuk diberikan motivasi bagi memberi semangat kepada para pelajar yang bakal mengambil peperiksaan dalam dua tajuk iaitu motivasi kecemerlangan dan Strategi Menghadapi Peperiksaan.

Pada tahun ini seramai 189 orang pelajar di DUN Sungai Burong telah menyertai program PTRS sepanjang tahun 2012 yang diadakan di Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang (SAMTK) sejak bulan Mac tahun ini, katanya lagi yang juga Ketua Nisa' Tanjong Karang

Sementara itu, Dr Halimah di dalam ucapannya, mengharapkan agar semua pelajar yang bakal menduduki SPM benar-benar mengulangkaji pelajaran supaya dapat menjawab soalan peperiksaan nanti, kerana SPM merupakan pepeiksaan penting yang menentukan masa depan pelajar.

12 di petaling jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di petaling jaya - Google Blog Search


POLITIK HARIAN: Sebuah Gereja <b>di Petaling Jaya</b> Telah Menaikkan <b>...</b>

Posted: 14 Jan 2013 08:50 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Sebuah gereja di Petaling jaya telah menaikkan kalimah Allah didinding gereja selepas Hj Hadi membenarkan penggunaan kalimah Allah dan beratus ribu bible Melayu sedia Untuk cetakan. (Baca lagi Klik TAJUK ENTRI) ...

12 di kuala langat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala langat - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air <b>di Kuala Langat</b>, Petaling | MyNewsHub

Posted: 29 Oct 2012 01:57 AM PDT


KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) memaklumkan beberapa kawasan di Kuala Langat dan Petaling akan mengalami gangguan bekalan air sementara antara 5 hingga 11 November ini.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, gangguan bekalan air sementara itu disebabkan kerja-kerja yang dijalankan oleh pihak kontraktor Syabas.

"Beberapa kawasan di Kuala Langat dijangka mengalami gangguan bekalan air bersih pada 5 November 2012 bermula pukul 9 malam hingga 5 pagi keesokan hari.

"Gangguan bekalan ini disebabkan kerja-kerja penggantian Injap Kupu-kupu 600mm Diameter di Brooklands, Sungai Manggis, Kuala Langat," katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Priscilla berkata, kira-kira 4,347 akaun pengguna dijangka terjejas akibat daripada kerja-kerja penggantian injap kupu-kupu berkenaan.

Dalam pada itu, katanya, beberapa kawasan di Petaling dijangka mengalami gangguan serupa pada 11 November 2012 bermula pukul 9 malam hingga 5 pagi keesokan hari.

Menurutnya, gangguan bekalan air bersih disebabkan kerja-kerja Penggantian Injap Kupu-kupu 600MM Diameter di Jalan Templer dan sebanyak 15,163 akaun pengguna dijangka terjejas.

Justeru, katanya, orang di kawasan terlibat dinasihatkan menyimpan bekalan air yang mencukupi serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. – mynewshub.my

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

12 di pandamaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di pandamaran - Google Blog Search


Truth Vaccine: #TolakPR : Jelajah Pembohongan DAP Bersambung <b>...</b>

Posted: 14 Jan 2013 11:05 AM PST

1. Dengan tempoh tidak sampai 3 hari selepas Himpunan Kebangkitan Rakyat 112, DAP telah meneruskan semula Jelajah Pembohongan mereka di kawasan Pandamaran bermula jam 8.15 malam bertempat di hadapan Dewan JKKK Pandamaran.
2. Dianjurkan oleh DAP Bahagian Klang dengan kehadiran penceramah Ng Chin Heng, Dato' Mohd Arif, Ng Suee Lin, Tony Pua, Charles Santiago, Anthony Loke dan tidak ketinggalan Teresa Kok.
3. Namun begitu, jumlah yang hadir adalah sekitar 350 orang sahaja dengan 15 orang Melayu, 35 orang India dan selebihnya daripada orang Cina seramai 300 orang.

4. Berbeza dengan KL112 pada mana 90% daripadanya adalah daripada kaum Melayu, ini menunjukkan bahawa penyokong DAP tidak berminat untuk turun ke perhimpunan yang dianjurkan oleh pemimpin Melayu walaupun daripada pakatan yang sama.
5. Sikap Chauvinis DAP ini semakin terserlah apabila penceramah kaum Cina yang mendapat perhatian ceramah tetapi apabila Dato' Arif dan Charles Santiago berceramah mereka tidak menunjukkan minat untuk mendengar.
6. Jelajah pembohongan ini telah dibuka oleh Ng Chin Heng yang masih menghasut rakyat tentang isu Lynas yang kononnya masih lagi mempunyai kesan radiasi yang terlalu teruk.
7. Disambung pula dengan Dato' Arif pada mana beliau secara terang-terangan telah melemparkan tuduhan-tuduhan berat terhadap UMNO  tentang kes-kes rasuah yang tidak pernah beliau laporkan pun ke pihak berkuasa. Segalanya berbentuk retorik dan tidak mempunyai sebarang asas.
8. Tony Pua seperti biasa dalam mana-mana ceramah beliau akan berbicara tentang isu kroni BN yang kononnya dimonopoli oleh Tan Sri Mokhtar Al-Bukhari. Pada mana penguasaan beliau terhadap Bernas, Proton, Puspakom dan pelbagai lagi. Pada mana Tan Sri Mokhtar telah mengeluarkan sejumlah peruntukan untuk membantu rakyat tidak pernah diceritakan langsung.
9. Tony Pua sengaja menggunakan seorang Melayu yang berjaya untuk menunjukkan kepada kaum Cina yang hadir bahawa seorang Melayu tidak mungkin boleh berjaya tanpa bantuan daripada kerajaan. Ini secara tidak langsung telah menanamkan rasa iri hati kaum Cina yang hadir terhadap kejayaan ekonomi orang Melayu.
10. Teresa Kok mengambil portfolio menghentam pihak berkuasa iaitu Polis Diraja Malaysia.
11. Teresa mendakwa polis telah berbohong dengan mengeluarkan angka kehadiran KL112 seramai 80k orang walhal jumlah sebenar adalah 100K.
12. Al-Jazeera sendiri telah melaporkan jumlah kehadiran hanyalah 45k sahaja, manakala saya secara peribadi yang berada di sana memberikan paling ramai pun hanyalah 50k di dalam stadium manakala di luar stadium terdapat hanya 5k sahaja.
13. Anthony Loke dengan tidak segan silunya mengumumkan bahawa jumlah pada KL112 adalah 150k.
14. Di sini sahaja kita dapat lihat bahwa tidak terdapat satu kesepakatan di antara penceramah dengan mengumumkan angka yang berbeza-beza. Percanggahan ini jelas menunjukkan bahawa angka mereka tersebut hanyalah direka-reka tanpa ada satu asas pengiraan langsung.
15. Nombor hanya dipetik dari entah mana-mana lalu diumumkan kepada yang hadir dengan penuh keyakinan.
16. Mengukuhkan lagi fakta Chauvinis parti DAP bahawa beliau telah mengatakan kaum Cina hidup seperti biasa malah lebih baik lagi tanpa parti MCA. Sengaja dinaikkan sentimen ini agar kaum Cina yang datang dapat merasakan bahwa parti DAP ini adalah khas untuk kaum Cina sahaja.
17. Dengan kehadiran sejumlah 350 orang, nampaknya rakyat khasnya kaum Cina tidak lagi berminat dengan DAP walaupun ikon-ikon terkenal mereka seperti Tony Pua dan juga Teresa Kok turun, ia hanya mampu mengumpulkan sebanyak 350 orang sahaja. Itupun setelah promosi dijalankan dua minggu lebih awal.
18. Ahli parti DAP sendiripun sudah muak dan bosan dengan kepimpinan DAP sendiri kerana terlalu banyak korupsi dan juga cakap tidak serupa bikin yang diamalkan oleh DAP. Malah, dilihat DAp tidak dapat mengepalai pakatan rakyat walaupun mempunyai mempunyai peratus kemenangan yang paling tinggi semasa PRU-12.
19. Peristiwa pengumuman kesilapan teknikal semasa pemilihan CEC DAP juga dilihat sebagai kelemahan terbesar parti tersebut. Dengan ahli-ahli pada peringkat akar umbi mendesak supaya pemilihan semula diadakan, namun Lim Guan Eng tidak mahu dengar pun rintihan mereka.
20. Ahli DAP veteren sendiri mengaku bahawa DAP sebelum tahun 2008 sangat berbeza dengan selepas tahun 2008 setelah mendapat kuasa. Semasa sebelum mendapat kuasa, perjuangan dipegang dengan kukuh, tetapi selepas mendapat kuasa, DAP menjadi lebih teruk lagi daripada BN.
21. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak untuk Bersuara!
 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved