ads

Rabu, 17 Oktober 2012

12 di ampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ampang - Google Blog Search


MIMPI SENJA: Kuswadinata tenat <b>di</b> Hospital <b>Ampang</b>

Posted: 16 Oct 2012 11:24 PM PDT


KUALA LUMPUR 17 Okt -  Pelakon veteran Kuswadinata berada dalam keadaan tenat di Hospital Ampang di sini akibat menghidap penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar sejak beberapa tahun lalu.
Selain pendarahan usus, Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang, 74, turut mengalami penyakit prostat dan masalah buah pinggang yang teruk sehingga sukar untuk beliau buang air kecil secara normal.
Menurut anak bongsunya Rizal, 23, keadaan bapanya semakin kritikal apabila doktor mengesahkan pendarahan pada ususnya merebak dan jantung pelakon itu akan berhenti pada bila-bila masa sahaja.
"Sejak dimasukkan ke wad (Hospital Ampang) pada 7 Oktober lalu, ayah diminta berpuasa sehinggalah ke hari ini (Selasa) untuk mengurangkan pendarahan dalam badan. Tetapi doktor sudah menjelaskan pada kami sekeluarga bahawa ayah tiada harapan untuk hidup, walaupun daripada segi luarannya dia nampak sihat.
"Kami tak mampu nak buat apa-apa melainkan menjaga dia sebaik mungkin serta menunaikan segala kehendaknya. Saya sekeluarga reda dengan ketentuan Tuhan," katanya kepada pemberita.
Rizal ditemui di Hospital Ampang ketika kunjungan pihak media bersama Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) yang melawat ayahnya itu.
Karyawan diwakili Presidennya, Datuk Freddie Fernandez, telah menghulurkan sumbangan berupa wang tunai kepada keluarga pelakon itu bagi mengurangkan beban mereka selain berharap agar mereka tabah menerima sebarang dugaan.
Isterinya, Kamariah Mohd Said, 57, berkata pada September lalu, Kuswadinata dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat penyakit yang sama.
"Penyakit suami saya mungkin berpunca daripada kanser usus yang dihidapinya pada 2008 dan dia pernah menjalani pembedahan di HKL.
"Kemudian ia melarat pada buah pinggangnya dan doktor juga mendapati dia mengalami kanser darah yang menjadi punca kepada semua penyakit.
"Sekarang ini, sebelah kiri buah pinggangnya sudah tidak boleh berfungsi manakala di bahagian kanan pula semakin membengkak," ujarnya.
Selain Rizal, pelakon itu mempunyai tiga orang anak iaitu Jasmine, 27, Hafsham, 26 dan Irwan, 25.
MS : Sama-sama lah kita berdoa agar Kuswadinata kembali sihat .... InsyaAllah

12 di port klang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di port klang - Google Blog Search


USS George Washington kini Berlabuh <b>di Port Klang</b>.

Posted: 07 Oct 2012 08:36 PM PDT

alt

 

PELABUHAN KLANG 8 Okt. - Kapal induk pesawat udara Amerika Syarikat (AS) USS George Washington melakukan persinggahan sulung di sini hari ini, bertujuan antara lain mempromosikan kerjasama dan hubungan dua hala antara AS dan Malaysia.

Pegawai Pemerintahnya, Kapten Greg Fenton berkata, persinggahan selama lima hari itu akan memberi peluang kepada pelayar untuk memperluaskan kefahaman mereka mengenai persekitaran maritim Malaysia.

"Tujuan utama ialah mendengar bagaimana angkatan tentera Malaysia menjalankan tugas mereka dan bagaimana kami boleh belajar daripada mereka.

"Pelayar kami menawar diri untuk menyertai enam projek komuniti ketika berada di sini bagi melibatkan diri dengan masyarakat setempat," katanya kepada kumpulan pemberita yang dibawa melawat kapal berkenaan, di di Port Klang Cruise Centre, di sini.

Antara projek komuniti berkenaan ialah kerja sukarela di sekolah untuk kanak-kanak pelarian Myanmar dan rumah kanak-kanak Juara-Glad Tidings Home, katanya.

Fenton berkata, anak kapal juga akan bertemu keluarga rakyat Amerika yang berada di sini menerusi program Kuala Lumpur American Sailor Socials (KLASS).

Sementara itu, katanya lebih 500 orang kenamaan Malaysia termasuk pegawai tentera akan dirai dalam satu majlis di atas kapal itu esok.
USS George Washington yang berkhidmat sejak 4 Julai 1992 dengan 5,000 anak kapal dijadual menganjurkan 11 lawatan untuk ahli perniagaan Malaysia dan pegawai tentera.

Kapal itu bersama sayap udaranya Carrier Air Wing 5, menyediakan pasukan siap siaga untuk bertindak yang melindungi dan mempertahankan kepentingan maritim AS dan sekutunya di rantau Asia Pasifik.

 

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


Senarai Lokasi Pemasangan AES <b>Di</b> Jalan Raya JPJ | Blog <b>...</b>

Posted: 08 Oct 2012 10:00 PM PDT

Senarai Lokasi Pemasangan AES Di Jalan Raya JPJ

Ramai yang tertanya-tanya apakah itu AES, iaitu Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). Secara asasnya, satu alat mengesan kesalahan jalan raya especially yang memandu laju tanpa pengawalan manual dari polis trafik. Setakat ini, beberapa kawasan telah di install dengan alat pengesan kesalahan jalan raya ini.

AES Alat Pengesan Kesalahan Jalan raya

Kamera automatik akan mengesan dan merekod kenderaan yang di bawa laju di jalan raya. No plat kenderaan, gambar pemandu dan kelajuan akan di rekod kan dan akan di hantar terus ke pejabat JPJ. Automatically, saman akan di keluar kan di hantar melalui post kepada pelaku kesalahan. Haa, jadi padan muka kalau korang dapat saman. Tak payah nak mengomel ok.

Senarai Kawasan Yang di Pasang dengan AES di Jalan Raya Malaysia.

Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Arah Utara:-

  • Di bawah jambatan 456km Sungai Buloh
  • Di bawah jambatan persimpangan Bukit Lanjan 459KM
  • Di bawah R&R Jejantas Sungai Buloh
  • Jambatan terakhir selepas sebelum toll Sungai Besi 309KM
  • Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
  • Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
  • Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction

Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Arah Selatan:-

  • Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
  • Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
  • Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
  • Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
  • Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
  • About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
  • At 296.5km and 297km, Bangi junction.
  • Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
  • At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
  • On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
  • After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
  • Behind the right hand crash barrier at 198.4km.

Lebuhraya ELITE Hubungan Timur/Tengah/Utara

  • On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
  • Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
  • Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.

Lebuhraya ELITE Hubungan Barat Tengah/Selatan

  • Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
  • Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
  • After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90k

NKVE Arah Timur/Utara

  • 300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
  • Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
  • Below bridge at Damansara Junction, 17.5km

NKVE Arah Barat/Selatan

  • Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/hr
  • From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
  • From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
  • Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
  • Below railway bridge at 11.2km
  • Under the bridge at Shah Alam junction.

Lebuhraya KESAS Timur

  • Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.
  • Kesas West Bound
  • At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala Lumpur City
  • Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.

Lebuhraya KESAS – KLang

  • Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only! 

Lebuhraya Pantai Timur

  • East bound, downhill run after Raub junction.
  • Maran, 60km/h zone.
  • Paya Bungor, 70km/h zone

Kawasan Negeri Johor Arah Selatan

  • Tangkak junction.
  • Under the bridge after Yong Peng
  • North junction at 97.3km.
  • Ayer Hitam junction.
  • Sedenak junction

Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Utara

  • Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
  • Before Perwaja Steel.
  • Sg Petani junction.
  • Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
  • Penang Bridge at island end.Speed limit 80km/h.

Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Selatan

  • Penang Bridge Island end. Speed limit 80km/h.
  • About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h

Kawasan Perak Jalanraya Arah Utara

  • Under the bridge at 197.1km and 198.8km, after Kamunting Junction.
  • Under the bridge at 204.3km, after Kamunting Junction.
  • Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
  • Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.
  • Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
  • Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
  • Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
  • Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
  • Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
  • Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
  • Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
  • Under the bridge at 373km, Slim River Junction.

Kawasan Perak Arah Selatan

  • Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
  • Under the bridge at 241.9km, at Kuala Kangsar junction.
  • Under the sign post at 296.1km, before Gopeng Junction.
  • Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
  • Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
  • Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
  • Under the bridge at 372.6km, at Slim River junction.

thx to forumcaricom for the infos. so what's your plan? hehehe… list ini adalah untuk kita lebih berhati-hati bawak kereta. Bukan untuk lari dari kene saman. Ingat bawak laju membahayakan nyawa keluarga

Apa Yang Anda Cari

aes at kesaslokasi aes lebuhraya plusaes di malaysiasenarai kawasan aeskamera aes malaysialokasi aes di ipohlokasi aes di plus highwaylokasi camera aes di pantai timurlokasi aes malaysiaLokasi AES lebuhraya arah utara selatan

Related posts:

  1. Jalan-Jalan Ditutup Sempena #Bersih 2.0, 9 Julai 2011 [Informasi]
  2. OPS SIKAP – KAWASAN SPEED TRAP
  3. Senarai Jalan Ditutup Untuk Perhimpunan Bersih 3.0
  4. Lagi Kemalangan Bas di Gua Tempurung Perak
  5. Selamat Hari Raya Aidil-Fitri 1 Syawal 1432

12 di padang jawa - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di padang jawa - Google Blog Search


Rodziah : RM3.95 Juta Selesai Masalah Trafik <b>Di Padang Jawa</b>

Posted: 12 Oct 2012 04:00 PM PDT

SHAH ALAM, 13 OKT : Kesesakan lalu lintas di Padang Jawa  sejak bertahun lamanya berjaya di atasi Kerajaan Negeri dengan pembinaan laluan baru.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail berkata, Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan RM3.95 juta bagi cadangan pembinaan jalan raya menghubungkan Jalan Mat Raji, Kampung Padang Jawa ke Persiaran Jubli Perak Seksyen 17.

Beliau berkata, pihaknya bukan sahaja memandang isu itu dari segi kesesakan tetapi juga keselamatan penduduk di situ serta Kapung Padang Jawa yang selama ini menghadapi masalah keluar masuk dari kawasan tersebut.

"Usaha bagi pembinaan jalan tersebut melalui perbincangan dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan pihak lain di mana kita sudah mendapat satu kata putus mengenai pembinaannya.

"Dengan perancangan dan usaha ini yang kita tunggu hampir dua tahun dan Kerajaan Negeri sudah meluluskan peruntukan bagi membina laluan alternatif ini yang dijangka bermula pada hujung tahun ini," katanya dalam sidang media di sini semalam.

Rodziah berkata, dengan kepesatan pembangunan di sekitar kawasan di situ pastinya laluan baru itu akan mengatasi masalah kesesakan dihadapi penduduk yang berjumlah kira-kira 40,000 orang.

Selama ini, penduduk di situ menghadapi masalah kesesakan terutamanya pada waktu puncak kerana hanya terdapat satu laluan utama sahaja yang dapat digunakan mereka.

"Kita berharap dengan kewujudan jalan ini akan memberikan banyak faedah dan kelegaan kepada pengguna lalu lintas terutama penduduk di kawasan Padang Jawa kerana ia akan menjimatkan masa perjalanan," katanya.

12 di beranang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di beranang - Google Blog Search


BLOG ANAK PENEROKA: Kejayaan <b>di</b> KKTM <b>Beranang</b>

Posted: 13 Oct 2012 10:18 PM PDT

Ni adalah gambar kejayaan kami di KKTM Beranang..

Untuk kategori yg cikgu join (kit pembelajaran / cd interaktif)...terdapat lebih 30 projek yg bertanding..alhamdullilah..cikgu dpt silver..1 projek jer yg dpt gold,2 projek dpt silver dan yg lain semua bronze utk kategori ni..

12 di balakong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di balakong - Google Blog Search


Pelakon Hebat Senaman Punggong, Bagi Air <b>Di Balakong</b> Kini <b>...</b>

Posted: 02 Oct 2012 09:14 AM PDT


Cukup-cukup hebat manusia yang ini. Anda sudah mengenalinya. Sebelum in i beliau beraksi senaman punggong di rumah Ambiga, selepas itu kami dedahkan tentang pelakon yang dikenalpasti membahagikan air di Balakong, sekarang ia memegang watak utama demonstrasi tuntut air percuma di Puchong Selangor.

Siapa? Siapa lagi kalau bukan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom!

Gambar tersebut di disiarkan oleh akhbar tempatan dan kita amat cam dengan topi yang digunakan. Cukup hebat beliau dengan topi komandonya itu.

Di dalam "filem" terbaru ini, beliau bersama-sama kononnya dengan 5,000 orang (itu angka BERNAMA, sedangkan dalam gambar kelihatan cuma 50 orang saja) penduduk Pangsapuri Putra Perdana mengadakan bantahan menuntut air percuma yang dikatakan telah dijanjikan Kerajaan Selangor.

Peguam kepada demontsran ini, Kamarudin Ahmad berkata bahawa "Semua kes diserahkan kepada Mahkamah Tinggi untuk diadili dan jangan mudah terpengaruh dengan dakyah tersebut kerana kes ini bukan fitnah tetapi berdasarkan bukti (manifesto)."

Cukup pelik bagaimana seorang peguam boleh membuat tuntutan dengan bersandarkan "manifesto" sedang manifesto bukanlah satu akujanji atau perjanjian bertulis (kontrak) yang mempunyai kuatkuasa melalui undang-undang.

Seperkara lagi, seperti yang diumumkan berkali-kali oleh kerajaan Selangor, mereka yang layak untuk mendapat air percuma ialah mereka yang menggunakan meter persendirian dan bukan meter pukal. Tetapi ada pihak yang sengaja tidak mengindahkan syarat tersebut dan membuat tuntutan tunggakan dengan dibantu oleh agen-agen pembakar sentimen.

Pihak mereka terlupa bahawa kerajaan negeri Selangor mempunyai ruang untuk menyaman semula pihak yang melakukan kakacau ganggu (nuisance), fitnah (defamation) dan tanggungan keras/tegas (strict liability) di bawah undangh-undang tort!

Jawapan tegas MB Selangor sebelum ini: NTBL (No time bo layan)....terhadap bayar tunggakan air percuma adalah tepat.

12 di batu caves - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di batu caves - Google Blog Search


JUMPA MAMA ZHARFAN <b>DI</b> GIANT <b>BATU CAVES</b> | Miza Yusof II

Posted: 24 Jul 2012 08:30 AM PDT

Tengah hari kemarin (23 Julai 2012) masa tengah shopping dekat Giant Batu Caves, secara tak sengaja terserempak dengan Mama Zharfan atau dikenali dengan nama pena MZ. Kenal tak ? hehehe. 
Dari jauh dah nampak MZ masa MZ tengah sibuk nak bayar dekat kaunter. Tapi tak berani nak tegur takut tersalah orang. Tapi hati ini macam meronta-ronta mengatakan perempuan itu adalah MZ bila terpandangkan handbag Carlo Rino pink seperti dalam gambar dibawah.
Beranikan diri laju-laju ikut MZ dan pergi tegur. hehehe. Nervous jugak sebab takut tersalah orang. Pedulikanlah, salah ke tak belakang kira janji puas hati :)

Saya : Akak ni Mama Zharfan ke ?
MZ     : Aa ahh.

12 di petaling jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di petaling jaya - Google Blog Search


Gadis Di Bunuh Kejam <b>Di Petaling Jaya</b> - SelangorDaily

Posted: 17 Aug 2012 08:34 PM PDT

Selangor Daily mengucapkan takziah pada keluarga arwah Yasuhaidah.

 

Kurang dua hari sahaja lagi menjelang Aidilfitri, kegembiraan sebuah keluarga berkecai apabila anak bongsu daripada lapan beradik mati dalam keadaan tragis apabila lehernya dikelar di pangsapuri Flora Damansara di sini awal pagi ini.

Gadis malang, Yasuhaidah Yeop, 22, kakitangan pusat perkembangan minda di sebuah pusat beli-belah terkenal di Damansara ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan 'nyawa-nyawa ikan' oleh jiran dalam rumah di hadapan pintu jeriji masih berkunci di tingkat enam pangsapuri berkenaan, pukul 3 pagi.

Dalam kejadian itu, pembunuh bertindak kejam apabila merentap rambut gadis itu melalui pintu jeriji besi dari luar sehingga terputus rambut sebelum mengelar lehernya.

Difahamkan, kejadian berlaku semasa mangsa bersendirian di rumah kerana kakaknya, Yazniyana Yeop keluar membeli-belah untuk persiapan raya di Jalan Tunku Abdul Rahman sejak pukul 11 malam.

Gambar hiasan

12 di subang jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sabak bernam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Addin: MP <b>Sabak Bernam Di</b> Perintah Jalani Hukuman Penjara Hari <b>...</b>

Posted: 11 Oct 2012 01:16 AM PDT

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mengekalkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 terhadap Anggota Parlimen Sabak Bernam Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantunya Rosli Busro yang didapati bersalah atas lapan pertuduhan melakukan tuntutan palsu melibatkan RM80,000 empat tahun lepas.
    
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas menolak rayuan mereka untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Azhaniz Teh Azman Teh pada 1 Mac lepas.
  
Akhtar turut menolak permohonan Abdul Rahman dan Rosli untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sebaliknya memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara bermula hari ini.
  
Dalam penghakimannya, Akhtar berkata Abdul Rahman menghadapi lapan  pertuduhan membuat tuntutan palsu ketika menjadi ADUN Sungai Air Tawar sementara Rosli didakwa bersubahat dengannya melakukan kesemua kesalahan itu.
  
Beliau berkata peguam perayu berhujah bahawa keterangan dua saksi terpenting dalam kes itu iaitu Mohd Harmizar Sulaiman dan Rizam Ismail tidak sepatutnya diterima oleh mahkamah atas alasan kedua-dua mereka merupakan rakan sejenayah.

"Saya telah baca keterangan kedua-dua saksi itu dan saya tidak anggap bahawa mereka rakan sejenayah. Mereka lebih merupakan pak turut atau menurut apa-apa yang diminta oleh tertuduh pertama (Abdul Rahman) dan tertuduh kedua (Rosli).

Kalaupun kedua-dua saksi ini dikatakan sebagai rakan sejenayah tetapi keterangan mereka telah disokong oleh keterangan saksi bebas lain.
  
"Justeru saya berpendapat Hakim Mahkamah Sesyen tidak melakukan kesilapan apabila menerima keterangan kedua-dua saksi ini. Jelas daripada keterangan mereka bahawa kedua-dua tertuduh jelas mempunyai niat untuk membuat tuntutan palsu," katanya.
  
Akhtar berkata perkara itu terbukti apabila wang yang diterima bukan digunakan untuk program atau aktiviti seperti dalam tuntutan tetapi lebih kepada untuk kegunaan sendiri.
  
"Peguam tertuduh juga berhujah bahawa tuntutan berkenaan bukan palsu kerana program berikut telah diadakan tetapi bukan di tempat yang dinyatakan seperti dalam tuntutan itu. Bagaimanapun saya lebih cenderung menyatakan ia adalah tuntutan palsu.
  
"Dalam rayuan ini saya puas hati bahawa Hakim Mahkamah Sesyen tidak membuat sebarang kesilapan bila mendapati kedua-dua tertuduh bersalah atas semua tuduhan dan hukuman juga adalah setimpal dengan kesalahan serta jawatan kedua-dua tertuduh. Justeru rayuan terhadap sabitan serta hukuman ditolak dan hukuman dikekalkan," katanya.
  
Abdul Rahman dan Rosli diwakili peguam Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah dan Badrul Munir Mohd Bukhari sementara Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa dan Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Zaki Salleh mewakili pihak responden.
  
Abdul Rahman, 47, didakwa menggunakan dokumen peruntukan palsu iaitu Surat ADUN mengandungi butiran bagi tuntutan program dan aktiviti yang tidak pernah dijalankan.
  
Tuntutan itu membabitkan pembelian hadiah, cendera mata dan jamuan Program Motivasi Pelajar Peringkat Dewan Undangan Negeri Sungai Air Tawar; Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga di Dewan Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar (BNO); Program Forum Perdana Peringkat Mukim BNO; Program Mesra Rakyat dan Sambutan Maulud Nabi dan Program Mesra Rakyat Hari Keluarga Guru Kemas.
  
Semua tuntutan palsu itu membabitkan RM10,000 setiap satu.
  
Abdul Rahman didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah Sabak Bernam antara 21 Jan dan 12 Feb, 2008.
  
Bagi setiap pertuduhan, beliau didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
  
Rosli, 44, pula didakwa bersubahat dengan Abdul Rahman melakukan kesemua kesalahan itu. ~bernama

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved