ads

Rabu, 15 Mei 2013

12 di cheras - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di cheras - Google Blog Search


BLOG TERHOT: 2o buah rumah terbakar <b>di Cheras</b>

Posted: 11 May 2013 07:04 PM PDT


 Kira-kira 100 orang hilang tempat tinggal apabila 20 unit rumah panjang dua tingkat yang mereka diami di Taman Ikan Emas, Cheras di sini musnah dalam kebakaran petang Sabtu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak, Abd Rahman Hassan Abu Hassan berkata pihaknya menerima panggilan awam pada 2.29 petang mengenai kejadian itu yang dikatakan berlaku pada kira-kira 2.15 petang.
Pihaknya menghantar tujuh jentera dengan 46 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak, Seputeh, Keramat, Pudu dan Hand Tuah ke tempat kejadian, katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira 6 petang dan jumlah kerugian masih disiasat.
Menurutnya siasatan awal mendapati kebakaran itu berpunca dari sebuah rumah kosong terletak bersebelahan rumah panjang itu.
"Kita percaya api merebak dengan pantas kerana faktor lantai yang diperbuat daripada kayu selain setiap rumah itu sendiri tidak mempunyai dinding pemisah di bahagian bumbung," katanya.
Abd Rahman Hassan berkata tiada penghuni yang cedera dalam kebakaran itu namun dua anggotanya cedera ringan ketika memadamkan api dan mereka dirawat sebagai pesakit luar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sementara itu, mangsa, A.Palaniayee, 83, berkata beliau sedang berehat di rumahnya semasa menyedari kebakaran itu merebak ke rumah jirannya.
"Saya terus keluar menyelamatkan diri tanpa sempat membawa barang-barang," katanya.
Mohd Ali Khalidin, 30, pula berkata beliau sedang minum di sebuah gerai berdekatan rumah panjang itu apabila melihat kebakaran itu.
Beliau segera menghubungi pihak bomba dan Tenaga Nasional Berhad untuk memaklumkan kejadian itu. - BERNAMAKebakaran
Anggota Bomba dan Penyelamat bertungkus- lumus memadam kebakaran di Taman Ikan Emas Kuala Lumpur, hari ini. Sebanyak 12 rumah yang terlibat dalam kebakaran tersebut. Tiada kemalangan jiwa dan punca kebakaran masih disiasat. - Foto Bernama
«»

12 di dengkil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di dengkil - Google Blog Search


PENGEDAR SAH SHAKLEE <b>DI DENGKIL</b> BANTING SEPANG KLIA <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2013 05:00 PM PDT

Wahh..rasanya lama betul tak sharing testimoni mereka yang dah kurus-murus ni kan.. So, harini saya nak share satu testimoni daripada Pn Aishah Rahim yang dipetik dari grup tertutup exclusive kami di facebook. Beliau berjaya menurunkan berat badan dari 94kg ke 85kg dalam masa lebih kurang 5 bulan! Niat beliau hanya satu iaitu untuk memudahkan beliau beribadah. Yes, bila niat kerana ALLAH, maka segalanya dipermudahkan, malah apa yang kita inginkan akan tercapai.. Jom baca testimoni beliau..
 Semuanya lengkap kerana KONSEP ASAS PENGURUSAN BERAT BADAN ialah kita perlukan Protin, Fiber dan Pemecah Lemak (Pengemulsi Lemak). Haa.. ingat nak menyusukan anak je ke ada konsep-konsep asas ni.. nak kurus pun MESTI ikut konsep tau.. barulah dapat hasil yang optimum. 
Dan ada banyak lagi TESTIMONI mereka yang berjaya kurus dengan set slimming Shaklee. Silalah baca yea.. ;-)
Lagi satu, tujuan kita nak kurus bukan semata-mata nak cantik atau cun, tapi untuk mengelakkan penyakit mudah hinggap pada kita.
"Jika anda ada terlalu banyak lemak – terutamanya jika kebanyakannya pada pinggang anda – anda berada pada risiko yang lebih tinggi bagi masalah-masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kolesterol darah tinggi dan kencing manis.
Dan anda tidak sendirian! Lebih 60% dari rakyat Malaysia adalah terlebih berat badan, dengan 50% dari jumlah itu berada dalam kategori obes."

Haaa...berjemaah korang berpenyakit! NO!NO!NO! Solat berjemaah saya nak, dapat pahala berlipat kali ganda, berpenyakit berjemaah saya takmau! Jadi, mulai hari ini jom amalkan diet sihat bersama sokongan Set Slimming Shaklee ni. Haa.. Set ni BUKANNYA UBAT KURUS yea, tapi VITAMIN untuk kita amalkan gaya pemakanan yang sihat. Pastinya ada TIPS EKSKLUSIF bila anda membeli dengan saya!

Hubungi saya cepat-cepat ;-))

Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      Emel: rafaliah@yahoo.co.uk
**COD disekitar Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Nilai, Banting, Putrajaya.
>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini <<

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


Herba Tihara: Bukit dan <b>sungai</b>~ yang <b>tinggi</b>, yang rendah, arus <b>...</b>

Posted: 08 May 2013 07:53 AM PDT


Mutiara kata: " Bila berada diatas padanglah sama yang di bawah "

12 di klang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di klang - Google Blog Search


2 kereta dibakar <b>di Klang</b>, henti politik ganas - Harakahdaily

Posted: 25 Apr 2013 04:56 PM PDT

KLANG: Dua buah kereta dibakar di dalam kawasan Parlimen Kota Raja dan salah seorang mangsanya adalah anak calon PKR di Sri Andalas, Dr Xevier Jayakumar.

Sehubungan itu, calon PAS Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud (gambar) mendesak siasatan segera perlu dibuat dan dihentikan politik ganas.

Sebelum ini, satu letupan bom berlaku di dalam satu majlis anjuran BN di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Namun, hanya seorang sahaja yang mendapat cedera ringan di kakinya.

Polis yakin ia dibuat bukan untuk mencederakan sesiapa tetapi ada tujuan lain.


Sokongan India

(Dr Mariah bersama penyokongnya di kalangan masyarakat India)

Sementara itu, Dr Mariah terus mendapat sokongan dari pelbagai peringkat masyarakat khasnya di kalangan masyarakat India.

Beliau terus menerima sokongan tidak berbelah bahagi sebagaimana yang beliau dapat dalam pilihan raya 2008 lalu.

Dalam PRU 2008, Dr Mariah mendapat majoriti undi paling besar di kalangan calon PAS.

Beliau mengalahkan S. Vigneswaran calon BN dari MIC dengan majoriti 20,751 undi.

12 di shah alam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di shah alam - Google Blog Search


8 aktivis mahasiswa ditahan <b>di</b> UiTM <b>Shah Alam</b> | KeadilanDaily.com

Posted: 18 Mar 2013 08:34 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]SHAH ALAM 19 MAC: Sekurang-kurangnya lapan aktivis mahasiswa ditahan Polis Bantuan UiTM Shah Alam sebelum sempat berpidato pada program Jelajah Sudut Pidato Mahasiswa di Speakers Corner, Dataran ...

12 di batu caves - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di batu caves - Google Blog Search


Selangor lantik bekas Ketua Pengarah Mida siasat kelulusan projek <b>...</b>

Posted: 14 Nov 2012 12:25 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Antara skop jawatankuasa tersebut adalah untuk mengkaji semula semua projek pembangunan yang telah dibuat dan dirancang di Batu Caves dan mengambil kira setiap aspek – termasuk kebajikan rakyat, kepentingan ...

12 di rawang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di rawang - Google Blog Search


Hampir Tertipu <b>Di</b> Tesco <b>Rawang</b> | Hidup Biar Sedap

Posted: 14 May 2013 07:58 AM PDT

Kisahnya bermula seperti ini.

Saya nak beli food compartment bulat yang selalu penjual isi tau fu fa.  Dekat rak barangan tersebut ditulis " Buy One Get One Free ".   RM 5.90 untuk satu.  Kalau 2 dah RM 11.80.  Kalau tanpa promosi pun itulah harganya.

harga tipu di tesco

Mestilah belikan, sapa tak nak.  Lagi pun memang saya perlukan barang tersebut bukan nak beli kerana ada promosi.

Untuk pastikan tawaran yang dipamerkan adalan benar sebenar benarnya dan tiada yang lain melainkan kebenaran, saya bertanya staff lelaki yang bertugas di tempat tersebut.  Dia mengesahkan  food compartment bulat tersebut memang ada tawaran seperti yang dinyatakan.

Sampai di kaunter bayaran , saya memang berniat untuk buat double check .  Bila  pekerja kaunter scan harga barang tersebut, saya tanya sama ada barang tersebut adalah percuma . Memang saya dah duga, macam tergerak hati .  Food compartment tersebut di scan dua kali tanpa ada potongan.

Staff di kaunter panggil supervisor untuk menyelesaikan masalah ini.  Sementara supervisor buat semakan di rak, dia  tolak harga dua barang tersebut dan saya cuma bayar harga barangan lain.

harga barang di tesco

Saya menanti di kaunter.

Kemudian supervisor datang dan beritahu staff di kaunter untuk scan satu sahaja!

harga sebenar barangan tesco
Ini buktinya, saya dapat ' Buy One Get One Free'

Untuk puan puan dan tuan tuan, sila semak sewaktu pekerja di kaunter scan barang yang kita beli.  Dia tak salah, tetapi sistem yang tidak diupdate.  Buat promosi tetapi tidak dilakukan dengan betul.  Keadaan ini menyebabkan satu bentuk penipuan berlaku.

Sila perhati papan harga di komputer setiap kali barangan discan dan semak resit selepas diterima.

Selalunya barang macam ni saya beli di kedai perkakasan dapur, lebih murah tetapi kalau dah malam, kedai pun dah tutup. Esok pagi dah nak guna, terpaksalah beli.

p/s – saya bawa 'green bag kaler biru' bukan saja hari Sabtu!

Nota : Nasiblah Tesco,  saya blogger, mesti update !

Melawat Adlan dan Huda <b>di Rawang</b>. | From Abah With Love

Posted: 22 Apr 2013 02:58 AM PDT

Isnin 22 April 2013 bersamaan 12 Jamadil Akhir 1434H (112 /2013)

Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal untuk solat subuh.
Singgah gerai simpang beli roti canai.

Tidur di bilik.
Solat dhuha.
Bersiap pergi melawat Iman dan keluarga di Taman Tempeler Saujana, Rawang.
Iman
Ikut DUKE. Memandu kereta Waja bawa Mamanya dan Nauwar.
Tiba di rumah Templer Saujana sekitar 11 pagi. Baby Iman sedang tidur atas sofa di ruang tengah. Mamanya dukung Iman. Dua kali Iman berak. Nauwar dukung baby Iman.

Tiba di rumah jam 1 petang. Kereta Kancil masih ada di porch. Anis masih belum pulang ke UPM Serdang.

Anis sedang mandi di bilik atas.

Abah mandi dan bersiap. Pilih baju Melayu merah. Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Solat zohor.

Waktu ini Mamanya memasak di dapur.

Balik ke rumah.

Makan nasi bersama Mamanya.

Menonton drama TV3 sehingga jam 4.15 petang.

Bersiap pergi ke Masjid Ansar solat asar. Pergi dengan motosikal.

Jual Monitor Komputer

Adlan telefon dari Rawang. Minta bantuan Abah hantar satu monitor komputer ke pembeli. Pembeli akan tiba dan tunggu dekat stesen LRT Setiawangsa. Waktu itu jam 4.15 petang. Monitor ad atas meja di ruang tamu brsama barang barang lama yang di kupul Adlan terdahulu.

Bawa monitor denga kereta Waja ke lokasi berhampiran stesen LRT Setiawangsa. Tunggu bawah jejantas landasan LRT. Pembeli tiba dengan van dari arah belakang kereta Waja. Selepas dapat panggilan telefon, nampak van di belakang kereta Waja.

Segera keluar dan berjumpa pemuda berbahasa Melayu loghat Indonesia. Tunjukkan monitor dalam kereta.Beliau keluar RM40. Abah minta beliau ambilkan monitor keluar dari kereta.

Perlu solat asar. Pergi ke Masjid Muadz bin Jabal Taman Setiawangsa. Letak kereta Waja di kawasan letak kereta yang jauh. Waktu ini kedengaran Imam masjid membaca doa selepas solat asar. Tidak sempat solat asar berjemaah.

Nampak seorang pelajar sekolah agama bersampin merah masuk solat dalam dewan masjid. Ikut solat berjemaah bersama beliau dan masbuk.

Beli dua keping apam balik bersaiz kecil di gerai luar masjid. Seringgit dapat 2 keping.

Tiba di rumah dan masuk kereta Waja ke porch rumah.

Minum petang.

Azfar tiba di rumah seorang. Balik dari pejabat. Azfar makan sebiji apam balik. Abah makan yang lagi satu.

Ada roti canai sekeping yang di beli pagi tadi. Abah habiskan roti canai.

Nauwar datang dan minum the secawan.

Mamanya suruh Azfar menontn drma di saluran Ria tajuk 'Adam & Hawa'.

Di Masjid Ansar

Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal selepas kedegran azan maghrib. Mamanya dan Nauwar duduk di ruang tengah.

Letak motosikal seperti biasa di khemah berhampiran serambi masjid. Masuk dewan masjid. Bertegur sapa dengan Hj Abas, bapa merua Tomok. Solat maghrib. Solat sunat. Nampak Ustaz Sharul Nizam ambiltempat untuk ceramah agam selepas maghrib.

Aah bangun dan keluar dewan. Pergi ke belakang dewan. Nampak seorang AJK Hj Hassan tepi tangga lalun utama masjid bersama seseorang. Nampak wanita bertelekong. Nampak seorang perempuan keluar dari dewan dan bercakap dengan Hj Hassan. Apabla di perhati, baharu kenal wajah wanita ini. Ahli Parlimen nama Zuraidah.

Di depan lobi masjid, nampak 3 orang lelaki. Apabila di perhatikan orang ini adalah pengiring untuk ahli politik ini. Nampak SUV putih membetul kedudukan depan lobi masjid. Zuraidah keluar dari serambi masjid terus masuk ke kereta SUV putih. Semua dari kumpulan ini beredar keluar dari Masjid Ansar.

Ustaz Sharul sudah mulakan ceramah, Abah ambil tempat dan duduk dekat pintu utma masjid.

Selepas solat isyak, pulang ke rumah. Nampak kereta Myvi merh jambu kepunyaan Azfar masih berada depan rumah.

Di rumah Mamanya bersiap untuk makan malam. Nauwar duduk di study room guna internet.

Makan nasi seorang di meja makan di dapur. Nauwar ikut samam makan nasi dengan lauk ayam masak kicap.
Azfar bermalam di rumah sini
Azfar kemudian turun. Azfar ambil sepiring nasi dengan lauk. Makan nasi di sofa ruang tengah sambil menonton siri Astro 'Masterchef' saluran Ria. Mamanya juga menonton sama.

Sebelum naik tidur, Azfar pesan minta Abah isi petrol kereta Perodua Myvi merah jambu pagi esok. Kunci kereta diletak atas meja makan di ruang tamu.

Tengah malam, Abah letak beg plastik mengandungi sampah dapur di luar rumah dekat tong sampah di tepi jalan.

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved