ads

Ahad, 30 Jun 2013

12 di cheras - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di cheras - Google Blog Search


Syed Ali mahu supaya MAIWP diletakkan <b>di</b> bawah Kementerian <b>...</b>

Posted: 23 Jun 2013 11:44 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, sudah sampai masanya MAIWP 'diserahkan' kepada orang di Wilayah Persekutuan atau diletakkan dibawah kementerian berkenaan. Langkah itu ...

12 di ulu kelang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ulu kelang - Google Blog Search


Salam Monash: Ralli Ilmu @ <b>Hulu Kelang</b>

Posted: 27 Jun 2013 08:55 PM PDT

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a., bahawasanya bersabda RasuluLlah SAW, "Barangsiapa keluar pada menuntut ilmu, adalah baginya pada jalan ALLAH (fiisabiliLlah) hinggalah ia pulang" (riwayat Imam at-Tarmizi)
Insya ALLAH, untuk kali ke-3nya, pihak Masjid al-Ridhuan akan mengadakan program pengisian ilmu sehari semalam pada esok hari, Sabtu 29 Jun 2013. 
Berdasarkan tentatif program yang dipamirkan, ralli ilmu ini bermula seawal jam 4:00 pagi dengan program Qiamullail yang akan dipimpin oleh Ustaz Dr. Badrolamin. Seterusnya pelbagai slot perkongsian ilmu diadakan bersama tokoh-tokoh agama tersohor tanah air terutama di sekitar Lembah Kelang. Pada sela masa tertentu, dimasukkan sama program Khatam Quran oleh 500 orang anak-anak Tahfiz Selangor dan juga Majlis Tahlil Perdana. Penutup kepada ralli ilmu ini adalah Ceramah Perdana yang bakal disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus.
Berikut adalah antara program yang dirancangkan:-
4:00 pagi - Qiamullail (Ust. Dr. Badrolamin)
6:00 pagi - Kuliah Subuh (Ust. Hanafiah Malek)
9:00 pagi - Kuliah Dhuha I (Ustz. Norhafizah Musa)
11:00 pgi - Kuliah Dhuha II (Ust. Dr. Zulkifli al-Bakri)
2:00 ptg   - Majlis Khatam Quran (anak2 Tahfiz)
                  (Jualan air khatam RM 5/botol 1.5L)
3:00 ptg   - Kuliah Zohor (Ust. Datuk Ismail Kamus)
5:00 ptg   - Forum Istimewa
                  - Ust. Haslin Bollywood
                  - Ust. Hariyanto Rizal
                  - Sdr. Amin Idris (moderator TV)
8:00 mlm  - Majlis Tahlil Perdana
                   (selepas solat Maghrib)
9:00 mlm  - Ceramah Perdana (Ust. Azhar Idrus)
Kepada para pencinta ilmu, elok sangatlah jika boleh berkampung sehari suntuk sehingga ke malam di Masjid al-Ridhuan. Inilah salah satu cara untuk mendapatkan saham ke Jannah kerana RasuluLlah SAW mengatakan majlis-majlis ilmu adalah sebahagian daripada taman-taman syurga.
Soal makan minum tiada masalah, banyak gerai jualan yang disediakan. Kemudahan bilik airya juga amat selesa. Tambahan pula ruangan dalam masjidnya telah pun dilengkapi kipas gergasi yang amat nyaman sekali hembusan anginnya (silap-silap boleh tertidur dibuatnya).
Kepada yang ingin hadir program di sebelah malam, adalah dinasihatkan datang awal, paling lewat pun sebelum waktu Maghrib. Jika tidak terpaksalah menapak jauh. Di pinggir MRR2 pun boleh diletak kenderaan, berkemungkinan pihak polis trafik/ RELA akan turut sama membantu.
Cuma ingin dikongsi bersama, terdapat suatu ruangan parkir bersebelahan SK Hulu Kelang yang berjarak sekitar 400 meter dari masjid. Selalunya kosong kerana sedikit tersorok. Laluan masuknya - dari MRR2, di penghujung pagar sekolah masuk ke Lorong Penghulu, di belakang Kediaman Penghulu adalah lokasinya. Untuk ke masjid, boleh berjalan melalui tepian MRR2 ataupun menyusuri jalan bertar di tepian sungai.
RasuluLlah SAW bersabda, "Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap mukmin lelaki dan perempuan".
"Ya ALLAH, kami mohonkan kepadaMU ilmu yang bermanafaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima. Ameen." (riwayat Ibnu Majjah)

12 di jenjarom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di jenjarom - Google Blog Search


Ketua Wanita UMNO <b>Jenjarom</b> 1 maut kemalangan | Berita2u.tk

Posted: 11 Jun 2013 02:51 PM PDT

Banting: Ketua Wanita UMNO Cawangan Jenjarom 1, Nor Asmah Paniti, 52, maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah lagi motosikal di depan Klinik Kesihatan Jenjarom, di sini, kelmarin.
Source: RSS Berita Harian – Nasional  

Short URL: http://www.berita2u.tk/?p=63245

12 di padang jawa - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di padang jawa - Google Blog Search


Debat Zulkifli Nordin - Noh Omar <b>Di Padang Jawa</b> Gagal!! | Cucu <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2013 07:05 PM PST

CTS masih ingat pada tahun 2008, untuk mendapatkan penonton-penonton hadir ke ceramah Barisan Nasional ketika itu amatlah susah. Kalau boleh dapatkan angka mencecah 1,000 orang sudah dikatakan amat bertuah. Namun, angin perubahan berlaku dengan kuat di Selangor, khususnya di Shah Alam. Bertempat di Padang Jawa,  Shah Alam di bawah DUN Batu Tiga, dua hari lepas, tidak kurang daripada 2,500 orang hadir mendengar ceramah yang diberi nama "Debat Rakyat Zul Nordin vs Noh Omar". 
Tanpa publisiti meluas, tanpa membawa masuk penonton-penonton dari luar, Rakyat Shah Alam berpusu-pusu keluar memberikan sokongan. Dengan gelombang kali ini, tidak mustahil Parlimen Shah Alam akan dirampas lagi. Sudah menjadi "open secret" bahawa YB Zulkifli Nordin adalah tokoh yang paling layak untuk menjadi Wakil Rakyat di Shah Alam bagi mengantikan YB Khalid Samad. Pergeseran dan perebutan jawatan dan siapa menjadi calon di dalam Pakatan Haram di Selangor banyak membantu memudahkan proses pertukaran Kerajaan di Selangor di dalam PRU13. Ini kalilah!




12 di tanjung sepat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


Adun <b>Tanjung Sepat</b> nyaris maut dalam kejadian runtuhan <b>di</b> jeti <b>...</b>

Posted: 25 Jun 2013 09:01 PM PDT

Adun Tanjung Sepat, Ir Mohd Haslin Hassan nyaris maut apabila laluan sepanjang 300 meter dari laut ke jeti Tanjung Sepat, di sini runtuh ketika beliau bersama ahli jawatankuasa nelayan membuat lawatan di kawasan terbabit.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 1.40 petang semalam itu menyebabkan Mohd Haslin mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Banting untuk rawatan lanjut.

Dalam kejadian itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesejahteraan Kampung, Tan Hoo Chong turut mengalami kecederaan ringan manakala seorang nelayan patah kaki.

Ahli Majlis Daerah Kuala Langat, Wong Kim Loon ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, beliau yang turut serta dalam perbincangan itu bersama Adun dan rombongan sedang membuat lawatan kerja ke kawasan terbabit.

"Ketika kami sedang berbincang bersama nelayan, tiba-tiba jeti yang diperbuat daripada konkrit itu runtuh sepenuhnya dan menyebabkan enam ahli rombongan terjunam ke bawah jeti.

"Mujur saya sempat melompat dan peluk tiang, kalau tidak susah tentu saya juga cedera teruk," katanya lapor media.

Sebelum ini katanya, ahli jawatankuasa sudah memanjangkan masalah jeti yang sudah usang itu kepada pihak berwajib dan meminta peruntukan untuk membaiki kerosakan terbabit tetapi tiada tindakan diambil.

"Nasib baik insiden ini tidak berlaku pada hujung minggu kerana jeti ini sering dikunjungi pelancong asing yang datang untuk mengambil gambar pemandangan di sini," katanya.

12 di sekinchan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sekinchan - Google Blog Search


GEMPAR #GE13!: BALAI RAYA BN <b>DI SEKINCHAN</b> TERBAKAR!

Posted: 23 Apr 2013 09:04 PM PDT

Pagi tadi rakan RMK kirimkan beberapa keping gambar yang menunjukkan kesan terbakar pada bahagian dinding luar Balai Raya Parit 9, Sungai Leman, Sekinchan, Kuala Selangor.




Semalam heboh isu letupan di ceramah BN di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Pagi ini pula, kesan terbakar jelas kelihatan di balai raya BN di Sekinchan pula. Apa maksud ini semua??


[KEMASKINI 2.00 petang]


12 di paya jaras - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di paya jaras - Google Blog Search


NASI PADANG SEDAP <b>DI</b> JALAN <b>PAYA JARAS</b>, SG BULOH

Posted: 29 Apr 2013 04:51 AM PDT





One Man's Meat Is Another Man's Poison... kalau nak terjemah bahasa Melayu sikit lebih kurang camni... Aku punya tekak aku punya sukalah. Kalau aku makan rasa sedap, kau makan kata tak sedap, ade aku kesah?

Ewah apa kena mengena pulak dengan entry ini? Hehehe.

Hari ni Kjee nak story pasal satu kedai makanan Minang atau Nasi Padang yang sedap sangat kat Paya Jaras. Boleh kata seminggu 3 kali kami makan di sini masa tinggal di Sg Plong. Kjee tahu UnclePali akan rindu sangat makanan kat kedai ni setelah kami meninggalkan Sg Plong. Malah, dua hari sebelum berpindah, kami singgah makan kat situ.


"Alaa bila lagi nak jumpa akak ya," kata Ann, toke kedai yang Kjee sayang sangat. Senyum tak pernah lekang dari bibirnya. Orangnya kecik molek dan kebanyakan makanan di kedainya dimasak sendiri.

"Jangan susah. Abang dah janji akan selalu singgah sini nanti untuk makan. Nasi Padang awak terbaik setakat ini," Kjee beritahu Ann yang tersipu2 kena puji.

So, hari ini selepas sebulan berpindah, Kjee, UnclePali dan Nadia ke kedai Ann. Siang tadi kami ke Ara Damansara. Lepas tu, UnclePali terus ke Paya Jaras. Kjee dah agak dah dia rindu sangat Nasi Padang kat kedai Ann.

Ann punyalah suka tengok Kjee. Dia sangka yang Kjee tak akan ke sana lagi maklumlah dah duduk jauh. Tapi, kalau bab makan, jauh mana pun kami tetap pergi. Janji makanan dia sedap.

Kedai makan Ann ni, kalau tengok macam kedai makanan Minang/Padang biasa. Malah menunya pun biasa. Tetapi kelebihannya ialah rasanya. Kalau Kjee kata sedap, mestilah sedap sebab kan tekak Kjee ni cerewet. Hehehe.

Kjee paling suka lauk jering di kedai Anne, tak kesahlah yang dibuat goreng berlado ataupun masak lemak pedas. Dan pada Kjee sambal ijo (hijau) Ann yang paling sedap yang pernah Kjee rasa setakat ini! Cukup rasa.

Lawaknya kedai Ann ini langsung tiada signboard. Kjee tanya apa nama kedai, dia kata kalau ikut lesen Restoran Sabar Menanti. Tapi dia tak nak guna tu dan tengah fikir nama yang sedap. Apabila Kjee nak acukan kamera kat Ann, dia menolak lembut. "Tak payahlah kak. Malu.."

Kedai Nasi Padang ini buka setiap hari hingga 12 malam. Tapi katanya, lauk pauk siap dimasak pada pukul 11 pagi. Tutup sebulan sekali jer tapi Ann kata tiada hari yang tetap. Cuma 6 Mei ni dia tutup sehari. Harga makanan memang amat berpatutan berbanding Kedai Nasi Padang lain.

Kalau ada yang nak rasa makanan di kedai ini, ia terletak di Jalan Paya Jaras kira2 seratus meter kot dari Tapak Pasar Malam Paya Jaras. Kedai ni setentang dengan Kedai Dr Cermin. Mesti jumpa punyalah.

12 di batu caves - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di batu caves - Google Blog Search


Ady Budika: Pengalaman <b>Di Batu Caves</b> Menjelang "Taipusam"

Posted: 24 Jan 2013 03:25 AM PST

Tak pernah terlintas untuk aku menjejakkan kaki ke Batu Caves Murugan Temple. Tapi atas ajakkan opismate aku akhirnya bersetuju untuk ikot diorg pegi melihat cara dan persiapan Taipusam yang di lakukan oleh rakan kita yang beragama hindu ini. 
Setiba disitu,  tak sangka lak jalan jammed sedangkan Taipusam lebih kurang 4 hari lagi. Sekitar kawasan juga sudah dipenuhi dengan gerai2 dan rakyat berbilang kaum. Rata2 nak pegi lihat apa yang ada disitu :)
Haiyooo... awat la kali ni aku rasa entri aku ni macam karangan budak darjah 6? Mybe sebab dah lama tak buat entri kot no :P
So biarkanlah gambar dibawah yang bercerita :) Kali ni aku kelua dengan Chansey, Ning n Arie!!
Makanan yang berwarna warni menarik perhatian aku
Ade tempat nak cukur rambut! 

Bergambar dihadapan Tangga Batu Caves (ramai kat belakang tu dah start memanjat)

Ni Sorang mamat yang hilang kawalan sebab tak pernah nampak merpati 

Pendakian bermula. Perhatikan orang ramai kat bawah.

Pose kejap!!!! Sebenarnya ngelat takmo panjat tangga dah.. penat kottttt

Group Photo!! Time ni kami berempat dan sampai kat atas!
Tekstur bukit yang menarik perhatian

Dah sampai atas.. So nak turun bawah balik.. sekali lagi.. penat!

Ok... Tamat sudah pendakian di sini

Kesimpulannya, persiapan sudah banyak dilakukan menjelang taipusam... tapi kami yang lebih sibuk bergambar disini.. Sekian!


12 di kajang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kajang - Google Blog Search


kisah.klassik.untuk.masa.depan: Riadah <b>di</b> stadium <b>kajang</b>

Posted: 18 Jun 2013 01:57 PM PDT

Assalamualaikum.. Seronok sebenarnya bila dapat keluarkan peluh sekali sekala.. Maksud aku, beriadah luar rumah dengan family, dengan anak-anak.. Since aku nie duduk apartment yg tiada taman di sekitarnya, maka tempat riadah yang selalu kitorg pergi bawa anak-anak, indoor park jelah.. Playground dlm mall.. Anak-anak berpeluh banyak, mak bapak diduk tengok sambil menambah lemak..hmmppfftt..
So, weekend baru-baru nie ajak husband  pergi stadium kajang.. First time pergi waktu petang, masyaAllah, ramainya manusia yg turut sama beriadah.. Yang jogging satu hal, anak-anak kecil main kat playground pun teramat ramai.. 
Dapatla mommy seround setengah sebelum kejadian tapak kasut tercabut.. Hahaha.. Kasut nampak baru tapi dek kerana terlalu 'rajin' bersenam maka tamatlah riwayat begitu saja.. Tak pepasal dapat crocs celup satu.. Thank you daddy..
Seronok sebenarnya beriadah kat sini.. Walaupun hanyalah stadium kecik tapi okla untuk penduduk kajang.. Ada la beberapa kemudahan untuk bersenam kat sini.. Sekitar stadium berpagar, playground luas, kira selamat dan selesa.. Cuma part parkinh sedikit..
Nie salah satu tempat fav aku kalau ke sini.. Sambil jalan terkedek atas batu, menahan kaki sakit.. Banyak benor sakit mommy kamu nie nakkk.. 
Anis jugakla yang seronok, melayan angin dan matahari pagi.. Bukan selalu dapat tengok langit ye nakkk.. 
Dan, orang yang paling seronok sekali tentulah Amal Khalisah.. Kemain lagi turun naik slide, lari sana sini.. Gumbira rasa hati dapat jumpa playground seminggu sekali.. Main sepuas hati sampaikan mommy daddy yg tak larat nk tunggu.. Bila dah sampai sini, nak ajak balik bukan la sesuatu yang mudah.. Menangis? Opkossss...
Owh, lupa bak bgtau.. Stadium nie buka sampai malam... Kot-kotla lepas makan satay samuri, rasa nak bakar balik kalori yang ada, bolehla datang sini... Sebelah je punnn...





12 di kuala langat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala langat - Google Blog Search


BLOG j-QAF <b>KUALA LANGAT</b> MENJADI ANTARA BLOG PILIHAN <b>...</b>

Posted: 11 Jun 2013 03:42 AM PDT

Blog j-QAF Kuala Langat menjadi pilihan ke ENAM bagi cari umum perkataan " j-qaf " 


12 di sepang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sepang - Google Blog Search


GT Japan 2013 <b>di Sepang</b> | blog of amir rofie

Posted: 22 Jun 2013 03:29 AM PDT


Ahad (16/06/2013) yang lepas penulis bawa anak lelaki, Irfan ke Sepang untuk saksikan lumba kereta GT Japan 2013. Kalau ikut perangcangan nak bawak anak lelaki sulong (Syafiq) dan anak ketiga (Irfan) tapi nak main bola belah petang tu jadi penulis hanya bawa Irfan sahaja.
Dari kecik Irfan suka dengan kereta jadi penulis ambik peluang ni untuk bawa dia saksikan sendiri race di litar Sepang secara langsung. Selama ni asyik tengok kat TV aje.
Dalam perjalanan masuk, banyak kereta-kereta lagenda dipamirkan untuk tontonan para pengunjung. Antara yang menarik perhatian penulis adalah seperti dalam gambar-gambar dibawah ni. 






Perlumbaan masih belum bermula semasa kami sampai ke tempat duduk. Ketika itu kereta-kereta lumba sudah siap sedia untuk berlumba cuma menunggu masa tepat jam 4:00PM sahaja. Suasana agak tenang dengan hanya kedengaran suara-suara orang berborak sahaja. Bila announcer beri isyarat "Start your engine !!", maka suasana bertukar menjadi bingit hingga bergegar gegendang telinga. Penulis beri isyarat kepada Irfan supaya tutup telinga sebab bunyi terlampau kuat.
Penulis ada buat koleksi kereta lumba GT Japan iaitu Calsonic Nissan Skyline dan Denso Sard Supra dan Irfan perasan ada model kereta ni di dalam almari perhiasan. Jadi bila tengok live kereta-kereta ni maka dia lebih teruja.
 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved