ads

Selasa, 18 September 2012

12 di bukit raja - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bukit raja - Google Blog Search


Bandar <b>Bukit Raja</b>: Polis nasihat waspada peragut <b>di</b> LRT

Posted: 12 Sep 2012 05:39 PM PDT

Kuala Lumpur: Orang ramai dinasihatkan berhati-hati ketika berada di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) berikutan beberapa kejadian ragut didalangi sekumpulan pelajar sekolah menengah.

Dalam kejadian terbaru, pagi kelmarin, tiga pelajar sekolah menengah berusia 14 hingga 17 tahun, mencabul dan meragut seorang pelajar perempuan sebuah kolej swasta berusia 21 tahun di Stesen LRT Jalan Hang Tuah.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata salah seorang suspek berjaya ditahan sepasukan pegawai dan anggotanya yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah di lokasi sama.

Hasil siasatan mendapati suspek yang berasal dari Desa Tasik, Sungai Besi di sini, dan dua rakannya yang masih bebas, menolak mangsa hingga terjatuh dan mencabulnya sebelum meragut telefon bimbit.

Sepasukan polis yang berada di lokasi itu mengejar ketiga-tiga pelajar terbabit yang memakai pakaian biasa sebelum menahan suspek utama yang membawa telefon milik mangsa, katanya pada sidang media di sini, semalam.

Polis turut menemui pisau lipat, dipercayai digunakan suspek untuk mengugut dan menakutkan mangsanya.

Suspek yang turut memiliki rekod jenayah samun secara berkumpulan yang dilakukannya di Daerah Dang Wangi, Mac lalu, kini ditahan reman mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut, manakala dua rakannya sedang diburu.

12 di teluk datok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di teluk datok - Google Blog Search


Raya 1433H(2012) kami.... - Sunaina Salim.... bersama diary Mama

Posted: 03 Sep 2012 08:23 AM PDT

Memang tidak dijangka tahun ini sambutan hari raya dapat diraikan bersama semua anak-anakku.  Kepulangan Shafiq 2 hari sebelum lebaran memberikan kami suami-isteri kejutan yang indah.   Umpama mimpi ketika melihatnya melangkah masuk di pintu rumah.... Papa yang sungguh kesedihan sejak beberapa hari, begitu riang sekali.  Pelukan mereka bertaut irat, rahmat kesyukuran ku panjatkan kehadrat Illahi kurniaannya, berpelukan dan berkucupan dipipi dan dahi adalah lumrah kami bila bersama anak-anak.  Walaupun mereka sudah membesar, mereka tetap dipeluk dan dicium seperti mana dahulu.  Resam ini tidak berubah dari dahulu sehingga kini  dan selamanya insaAllah.....
Kami bercadang untuk pulang berhari raya di kampung lebih awal dari biasa, Sabtu tengahari kami sudah pun meninggalkan rumah menuju ke destinasi kami, Kg Padang Tembak, Teluk Intan, Perak.  Suasana hari raya kelihatan di sana sini sepanjang perjalanan kami.  Dan sesampai kami di kampung aroma rendang, sambal goreng dan lemang dari dapur sungguh menyelerakan. Bau enak menerjah lubang hidung kami.... semuanya siap dimasak oleh iparku yang telah pun pulang lebih awal bersama anak-anak gadisnya.  Tugas kami malam itu memasang lampu kerlap-kerlip di rumah 'Embah' kata Papa "biar nampak meriah dan ceria rumah embah...." anak-anak saudara ku yang tinggal bersama Embah pun turut seronok bila melihat Pak Min dan Hani beria-ia dengan lampu lip-lapnya.... nampak ceria dengan warna-warni indah diwaktu malam.
Beginilah suasana dipagi raya ketika kami bersalam-salaman dan bermaaf-maafan....
 Sambutan Hari Raya sepertia biasa, solat sunat di masjid, bermaaf-maafan di pagi raya bersama semua yang akan berkumpul di rumah mertuaku adalah resam kami di kampung, tangan dijabat lafaz diucap dan takkala itu hati sebak mengenangkan segala kesilapan silam yang terpahat dalam hati dan kotak fikiran.  Saat yang shahdu di pagi Syawal meninggalkan kesan yang begitu sukar digambarkan dan selepas bermaafan-maafan kami turun untuk menziarah pusara arwah Embah Lanang, bapa mertuaku, arwah Mok dan arwah Mayah, adik ipar ku yang telah dahulu menemui penciptanya.... Di sinilah hati sekali lagi disalut pilu.... kerinduan yang singgah di sudut hati bagai tidak dapat ditahan, dipusara ini sekali lagi airmata tidak daya untuk diseka, ia begitu murah dan deras.  Ya Allah biarpun mereka hanya iparku, namun aku begitu merindui kalian..... di pusara arwah Mayah hatiku disagat pilu yang teramat..... doaku semuga Allah tempatkan roh mereka semua dikalangan hamba-hambanya yang soleh dan soleha..... InsaAllah.....  Inilah kebesaran Illahi, setiap yang hidup akan mati dan disini destinasi insan yang bakal menemuai penciptanya - sebuah Pusara dengan 2 batu sebagai tanda yang dipanggil Nisan.  Alfatiha untuk semua ahli kubur.....
Tradisi menziarah seperti biasa bagi kami, untuk tahun ini kami ke Bagan Dato dan Ipoh menziarahi saudara-mara sebelah Ibu Mertuaku yang ramai di sana.  Walaupun kami jarang-jarang berpeluang untuk berjumpa, namun hubungan kami sememangnya amat akrab dan mesra.  Anak-anak juga tidak janggal berjumpa dengan kerabat-kerabat di Bagan Dato dan Ipoh.
Papa bersama 3 kesayangannya.....
My lovely kids ever....:)
 Sepulangnya kami dari Ipoh, kami merancang untuk bermalam di Cameron Highland.  Peluang untuk bercuti bersama-sama anak-anak.  Kami terpaksa menolak permohonan Shafiq untuk bercuti di utara di atas beberapa alasan.  Cukuplah ke Cameron Highland ni asalkan kami dapat menikmati masa yang berharga kami bersama, Its our Value Time!  Apa yang penting ianya dilaluan pulang dari Ipoh ke Banting.  Semasa di Puncak, anak-anak cukup sporting dan memberikan persefahaman diantara satu dengan lain.  Papa sedari awal sudah pun berpesan, "dont spoil our vacation..." jadi anak-anak cukup faham dengan perangai Papa yang sebenarnya.  Kami bersantai di setiap destinasi persinggahan kami.   Walaupun dengan kesesakan di sana-sini namun semuanya bagi kami berjalan baik dan lancar.  Penat namun kami cukup gembira dengan percutian di hari raya semalam di Cameron Highland.  To Papa, thank you for the nice vacation..... love u so much..... :)

12 di salak tinggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di salak tinggi - Google Blog Search


Bandar Baru <b>Salak Tinggi</b> • View topic - Mencari Perumahan Baru <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 12 Jun 2012 12:00 AM PDT

Maaf jika sudah ada topik berkaitan,sebab dah terlalu banyak topik tak tau nak refer yang mana..

Saya kini menetap di BBN dan berhasrat untuk membeli rumah sekitar BBST..
Saya difahamkan terlalu banyak perumahan baru yang akan/sedang didirikan..menjadikan saya keliru..
Jika hari ini,saya review di Desa ini..esok pula saya lihat ke kawasan desa itu..lama2 saya sendiri lupa Desa apa yang saya review...hehehe :mrgreen:
Boleh tak sapa2 tolong bagitau bagaimana cara saya nak tahu latest projek perumahan di kwsn BBST nie? biasanya di mana ofis jualan nya?
saya prefer untuk memiliki semi-d anggaran harga 250k..

harap sapa2 bleh membantu..tengs :D

12 di ampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ampang - Google Blog Search


Celcom First WiFi <b>Di Ampang</b> Point, Memang Awesome!!! |

Posted: 18 Sep 2012 05:39 AM PDT

Baru-baru ini Abang Nara telah menjejakkan kaki ke Ampang Point. Serius lama gila tak singgah ke shopping compleks nie. Dekat 10 tahun dah rasanya.

celcom wifi

Ampang Point masih sama seperti dulu. Masih penuh dengan manusia. Namun ada satu kelainan yang sangat-sangat awesome untuk pengunjung Ampang Point. Ada Celcom First WiFi di sini!!!

celcom wifi

Jadi kalau anda nak melepak di Ampang Point sambil menggunakan WiFi yang laju, pantas dan selamat, anda bolehlah menggunakan Celcom First WiFi ini. Hanya RM2 sahaja sehari. Syaratnya anda kenalah jadi pengguna Celcom terlebih dahulu. Tak kiralah prepaid atau pun postpaid customer, semuanya leh guna Celcom First WiFi.

celcom wifi

Banyak lagi tempat terutamanya shopping kompleks yang menyediakan perkhidmatan Celcom First WiFi ini. Antaranya Wangsa Walk, Alamanda, AEON Kepong dan banyak lagilah. Yang penting korang kena ushar ada ke tak logo Celcom First Wifi.

celcom wifi

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Celcom.

Baca Yang Ini Pulak:-


12 di kuala selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Duke Amiene Rev: Tempat-tempat Menarik <b>Di Kuala Selangor</b>

Posted: 12 Aug 2012 09:40 AM PDT

Tempat-tempat Menarik Di Kuala Selangor
Kuala Selangor merupakan sebuah daerah yang terletak di Barat Laut Negeri Selangor. Daerah ini disempadani oleh Daerah Klang di sebelah Selatan. Manakala Daerah Ulu Selangor menjadi sempadan di sebelah Timur dan sebelah barat ia di sempadani oleh Selat Melaka. Keluasan Daerah Kuala Selangor dianggarkan seluas 117,844 hektar.

Kuala Selangor ini dianggap bumi bertuah kerana terdapat banyak tempat-tempat yang menarik dan bersejarah yang boleh dijadikan aset utama dalam aspek perlancongan di daerah ini. Di antara yang menjadi tumpuan utama pelancong ialah Bukit Malawati, Kelip-Kelip di Kampung Kuantan dan Taman Alam Kuala Selangor. Selain itu beberapa tempat lain telah dikenalpasti sebagai potensi untuk dibangunkan sebagai kawasan perlancongan seperti Pulau Angsa, Pantai Remis dan Sungai Selangor.

Bukit Malawati
Mengikut sejarah, Bukit Malawati ini pernah ditakluki oleh Belanda dari tangan Sultan Ibrahim (Julai 1784). Setahun kemudian pada 28 Januari 1785, Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya, Dato' Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Adb. Majid Pahang, telah menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja. Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar subuh menyinsing.Di atas Bukit Malawati terdapat beberapa buah rumah pegawai-pegawai tinggi kerajaan, sebuah rumah rehat, rumah api dan kesan-kesan sejarah.

Makam Anak Dara
Lagenda mengatakan seorang gadis warak yang dipaksa pada hari perkahwinannya telah menghilangkan diri ketika mengambil air sembahyang di Sungai Selangor. Orang tuanya bermimpi, anak gadisnya melarang mereka mencarinya kerana beliau telah mendapat suatu tempat yang tenteram di sebuah pulau. Ibu bapanya hanya menjumpai baju anaknya yang tersangkut di sebatang pokok lalu sebuah makan didirikan di situ

Makam Diraja
Makam Diraja Selangor ini terdiri dari 3 makam Sultan Selangor iaitu:

  •     Sultan Selangor Pertama - Sultan Salahuddin (1742-1778)
  •     Sultan Selangor Kedua - Sultan Ibrahim (1778-1826)
  •     Sultan Selangor Ketiga - Sultan Mahmud (1826-1857)
Perigi Beracun
Airnya berisi racun, hasil ramuan beberapa jenis getah dan miang rebung. Airnya diisi sehingga paras dagu sebagai penyiksaan kepada penderhaka. Terletak di hadapan Muzium Kuala Selangor.

Tangga Seratus
Tangga ini dibuat bagi mendaki Bukit Selangor menuju terus ke pintu Malawati dari Pekan Kuala Selangor.

Telaga Tujuh
Asalnya sebuah telaga yang mempunyai 7 mata air tang tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau, tetapi kini hanya terdapat beberapa buah sahaja kerana yang lainnya telah terkambus.

Batu Hampar
Terletak di pintu masuk Kota Melawati, di atasnya satu busut besar bersaiz 5 x 5 x 2 kaki. Lagenda mengatakan bahawa batu ini adalah tempat memancung kepala penderhaka.

Busut Malawati
Terletak kira-kira 200 kaki di hadapan pintu kota. Terdapat Pohon Sena yang kini berusia kira-kira 200 tahun. Kemuncaknya rata kira-kira 20 kaki persegi membolehkan Sultan Selangor pada zaman dahulu bersemayam untuk berehat dan menyaksikan ayam bersabung.

Tempat Melihat Anak Bulan
Bangunan ringkas berkisi-kisi ini dibina khas bagi melihat anak bulan untuk menetapkan tarikh permulaan berpuasa di bulan Ramadhan, Hari Raya Syawal dan Raya Haji.

Meriam Penggawa

Meriam Penggawa ini sentiasa dibalut dengan kain kuning dan terletak di dalam kawasan makam 3 orang Sultan Selangor. Ditemui di pinggir Sungai Buluh, 12km ke Selatan Kuala Selangor pada 23 September 1966. Nama asalnya ialah Petoi Boga bererti Puteri Putih.

Bukit Belanda
Di zaman taklukan Belanda, dikenali sebagai Kota Utrecht sempena nama kapal Belanda yang berjaya mengalahkan Raja Hadi di Teluk Ketapang. Terletak di Utara Bukit Selangor, di sebelah Sekolah Men. Sri Tanjung. Merupakan Kubu Pertahanan Belanda yang pertama. Terdapat sebatang pokok besar yang dikatakan menjadi menara bagi para peninjau melihat musuh.

Kota Malawati
Dibina oleh orang-orang Melayu ketika pemerintahan Sultan Selangor ke-2 sebagai salah satu usaha mempertahankan Kuala Selangor dari serangan Belanda. Kota ini dilengkapi dengan meriam-meriam.

Perkhidmatan Keretapi
Perkhidmatan kereta api juga disediakan di Bukit Malawati. Perkhidmatan ini hanya disediakan pada hujung minggu sahaja iaitu setiap hari Ahad dan Sabtu. Setiap penumpang dikenakan tambang sebanyak RM2.00 sahaja.
 

12 di batang kali - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di batang kali - Google Blog Search


Kemalangan motorsikal <b>di Batang Kali</b> – Padah lawan arus trafik <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2012 08:34 AM PDT

- Sep 18, 2012 23:34:39.

Rakan Mohd Fazli bersama orang awam menenangkan mangsa sebelum dibawa ke hospital.

BATANG KALI – Padah menongkah arus, seorang remaja cedera di kening dan lutut setelah motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan.

Pertembungan itu turut mengakibatkan seorang lagi penunggang motosikal cedera di bahagian dalaman badan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam kelmarin lebih kurang 50 meter selepas simpang empat Bandar Utama Batang Kali menghala Hulu Yam.

Seorang penjual lemang, Mat Nor Alias, 49, berkata, dia mendengar bunyi dentuman dan melihat dua orang terbaring di atas jalan manakala motosikal mereka terseret beberapa meter dari tempat kejadian.

"Saya berbual dengan rakan tiba-tiba terdengar bunyi dentuman di seberang jalan dan melihat dua orang terlentang menahan kesakitan.

"Saya bergegas melihat kejadian dan mendapati kedua-dua mangsa adalah remaja yang tinggal di kawasan kampung berdekatan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, salah seorang mangsa dikenali sebagai Mohd Fazli Shaari, 21, daripada Kampung Genting Permai manakala seorang lagi tidak dikenali tetapi dipercayai berasal daripada Kampung Sungai Masin.

Menurut beberapa rakan mangsa ketika ditemui di tempat kejadian, salah seorang daripada mangsa bertindak melalui haluan bertentangan kerana dikatakan enggan menggunakan laluan utama yang perlu melepasi lampu isyarat.

Sementara itu, orang awam yang simpati dengan nasib menimpa Mohd Fazli segera membawanya ke hospital menggunakan van untuk dirawat.

Kongsi / Share Laman Sosial/Social Network

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


SEKOLAH KEBANGSAAN <b>BUKIT LANJAN</b> (ASLI): SELAMAT <b>...</b>

Posted: 08 Sep 2012 08:35 PM PDT

Seluruh warga SKBL ingn mengucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR 2012 kepada 12 orang wira-wira Tahun 6 SK Bukit Lanjan. Peperiksaan awam ini akan berlangsung serentak di seluruh negara selama 3 hari iaitu bermula dari 11 Sepember 2012 dan berakhir pada 13 September 2012. Pihak pentadbir dan guru-guru telah berusaha sedaya-upaya sehingga ke saat akhir bagi mempersiapkan diri murid Tahun 6 sebelum mereka menduduki peperiksaan tersebut. Antara aktiviti yang telah dan sedang  dilaksanakan di waktu-waktu ini adalah Sembahyang Hajat Perdana, Program Kem Matematik bersama SMK Seri Bintang Selatan, Perkampungan UPSR ( 7 hari berada di sekolah), kelas ulangkaji intensif dan 'one to one' coaching oleh guru-guru angkat. Adalah diharapkan semua usaha-usaha ini sejak dari awal tahun lagi akan membuahkan hasil yang membanggakan semua. Didoakan agar semua murid Tahun 6 akan datang menjawab soalan dengan tenang dan yakin seteruskan akan menjayakan visi dan misi sekolah yang sudah tentu akan membanggakan diri mereka, keluarga, guru-guru dan seluruh warga SKBL.

ADMIN : SKBL boleh melakukannya. Ayuh murid Tahun 6 buktikan kemampuan kamu.

Automatic Enforcement System (AES) - CONFESSIONS

Posted: 09 Sep 2012 02:19 AM PDT




Automated Enforcement System (AES): Berhati-hati,beratus kamera akan menjadi "mata" anggota polis sebaik anda memulakan perjalanan.

Sebagai panduan,berikut adalah senarai lengkap lokasi pemasangan sistem baru speedtrap yang telah dipasang oleh pihak PDRM :-

PLUS Arah Utara

■ Di bawah jambatan di 456km, Sg Buloh simpang.
■ Di bawah jambatan di 459km, Bukit Lanjan interchange.
■ Di bawah restoran overhed di Sg Buloh.
■ Di bawah jambatan terakhir sebelum tol Sg Besi pada 309.2km.
■ Di bawah jambatan di 296.5km, Bangi persimpangan.
■ Di bawah jambatan baru dibina di 289.0km, selepas simpang Utara Penilaian.
■ Di bawah jambatan di 286.5km, Penilaian Utara simpang.

PLUS Arah Selatan

■ Di bawah papan tanda di 454.6km dan 455.2km, Sg Buloh layby.
■ Di bawah jambatan selepas Subang persimpangan di 11.3km.
■ Di bawah jambatan di 22km, Bukit Lanjan simpang.
■ Di bawah jambatan sebelum Mint hotel, Sg Besi Tol. 80km / h sahaja!
■ Di bawah jambatan di 302.8km, Kajang simpang.
■ Mengenai 1km selatan persimpangan Bangi, kedua-dua selatan dan utara terikat luar lorong
■ Pada 296.5km dan 297km, Bangi simpang.
■ Di bawah jambatan yang baru dibina di 289.0km, sebelum simpang Utara Penilaian.
■ Pada 285.5km dan 285.8km, Penilaian Utara simpang.
■ Pada pembahagi pusat di 251.8km dan 253km selepas Senawang simpang.
■ Selepas simpang Alor Gajah di 213.9km, bersebelahan dengan taman tema air.
■ Di sebalik halangan nahas tangan kanan di 198.4km.

Lebuhraya Elite Perhubungan Timur Tengah / Utara

■ Pada sebelah kiri di 4.8km selepas Batu Tiga / Shah Alam keluar
■ Di bawah restoran overhed di persimpangan USJ / Hicom kira-kira 8.5km. 90km / h zone!
■ Di bawah jambatan sebelum simpang USJ / Hicom di 10.5km.

Lebuhraya Elite Perhubungan Barat Tengah / Selatan

■ Di bawah restoran overhed di persimpangan USJ / Hicom kira-kira 8.5km. 90km / h zone!
■ Di bawah jambatan sebelum simpang USJ / Hicom di 10.5km.
■ Selepas keluar dari tol KLIA ke lapangan terbang, di bawah Jalan Pekeliling flyover.90km. / H

NKVE Arah Timur / Utara

■ 300m sebelum tol Jalan Duta, 60km / h!
■ Di sebalik penghadang jalan di sebelah kiri apabila pergi ke arah tol Jalan Duta, di 24.9km, 80km / h!
■ Di bawah jambatan di Damansara Junction, 17.5km

NKVE Arah Barat / Selatan

■ Di sebalik penghadang jalan di sebelah kiri apabila keluar dari tol Jalan Duta dari KL, pada 25.3km dan 25.7km, 80km / h!
■ Dari Jln Duta, di bawah jambatan, 23km, 80km / h zone!
■ Daripada Jln Duta, di laluan bawah tanah di Sungai Buloh Y-persimpangan, 22km.
■ Di sebalik halangan kemalangan di Damansara Junction, 17.7km dan 16.8km
■ Di bawah jambatan keretapi di 11.2km
■ Di bawah jambatan di persimpangan Shah Alam.

Lebuhraya Kesas Timur

■ Di bawah jambatan di 44.8km, menuruni bukit yang berjalan selepas Puchong simpang.
■ Kesas West Bound
■ Pada sebelah Sg Besi Tol Timur Bound. Bandaraya Kuala Lumpur
■ Jalan Duta; di bawah jejambat di persimpangan Damansara, 70km / h zone.

Lebuhraya Kesas - Klang

■ jalan Dwi antara Klang dan Pelabuhan Klang. Ke Arah Klang arahan, pada kira-kira 13 km batu batu. 70km / h sahaja!

Leburaya Pantai Timur

■ Timur berjilid, menuruni bukit selepas Raub persimpangan.
■ Maran, 60km / h zone.
■ Paya Marang, 70km / h zone.

Kawasan Negeri Johor Arah Selatan

■ persimpangan Tangkak.
■ Di bawah jambatan selepas Yong Peng
■ simpang Utara di 97.3km.
■ Ayer Hitam simpang.
■ simpang Sedenak.

Jalanraya Sekitar Utara Malaysia - Arah Utara

■ Around Ayer Hitam in 60km / h zone.
■ Sebelum Perwaja Steel.
■ Sg Petani persimpangan.
■ Antara persimpangan Seberang Jaya dan Tol Sg Dua.
■ Jambatan Pulau Pinang di pulau end.Speed ​​menghadkan 80km / j.

Jalanraya Sekitar Utara Malaysia - Arah Selatan

■ Jambatan Pulau Pinang Pulau akhir. Had laju 80km / h.
■ Mengenai 2km sebelum had Juru Tol Speed ​​90km / h

Kawasan Perak Jalanraya Arah Utara

■ Di bawah jambatan di 197.1km dan 198.8km, selepas Kamunting Junction.
■ Di bawah jambatan di 204.3km, selepas Kamunting Junction.
■ Di bawah jambatan di 208km, sebelum Kamunting Junction.
■ Di bawah jambatan di 214.8km, sebelum Kamunting Junction.
■ Ipoh Point Vista pada kira-kira 263km. Had laju 80km / h.
■ Di bawah jambatan di 271km, Ipoh North Junction.
■ Di bawah jambatan di 274.4km, Ipoh South Junction.
■ Di bawah jambatan di 286.9km, Simpang Pulai Junction.
■ Di bawah jambatan di Persimpangan 296km, Gopeng.
■ Di bawah jambatan di 352.6km, selepas Simpang Sungkai.
■ Di bawah jambatan di 353km, Sungkai Junction.
■ Di bawah jambatan di 373km, Sungai Junction Slim.

Kawasan Perak Arah Selatan

■ Di bawah jambatan di 199km, sebelum Kamunting simpang.
■ Di bawah jambatan di 241.9km, di persimpangan Kuala Kangsar.
■ Di bawah tiang isyarat di 296.1km, sebelum Gopeng Junction.
■ Di bawah jambatan di 297km, Gopeng Junction.
■ Di bawah jambatan di 300km, selepas persimpangan Gopeng.
■ Di bawah jambatan di 308.6km, selepas persimpangan Gopeng.
■ Di bawah jambatan di 372.6km, di simpang Slim River.


JAGA2, SEKARANG KENA SAMAN, SAMPAI 2 RIBU BOLEH LESAP WOOO..

12 di jeram - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di jeram - Google Blog Search


mandi <b>di jeram</b> tengkek kg. org asli,, | ToK JeBat...kampongibok <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2012 09:29 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]mandi di jeram tengkek kg. org asli,,. woi seronoknya mandi air kat sini sejuk yaman n segar. turun tangga punyalah jauh,,,. dah puas mandi,,jom balik. masjid kariah tengkek. ni cucu amber,,,,,yg baju merah paling nakal.

12 di jenjarom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di jenjarom - Google Blog Search


rains and bows: wedding <b>di</b> sijangkang | <b>JENJAROM</b>.com

Posted: 12 Sep 2012 08:09 AM PDT

wedding di sijangkang . ahad 9 september 2012.

See the original post: 
rains and bows: wedding di sijangkang

12 di puchong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di puchong - Google Blog Search


Mesra Aidil-Fitri <b>di</b> Masjid Nurul Iman, <b>Puchong</b> - Sassy MP

Posted: 17 Sep 2012 10:16 PM PDT

Pada Sept 15, 2012, penduduk di sekitar Kampung telah menganjurkan rumah terbuka Majlis Mesra Aidil-Fitri dengan warga penduduk di Masjid Nurul Iman, kampung Tengah, Puchong.

Gobind dengan saya telah hadir untuk meraikan perayaan ini bersama dengan penduduk di Kampung Tengah.

Ustaz Ruslan, Pengerusi bagi Majlis ini, mengucapkan ribuan terima kasih kepada sokongan, bantuan dan sumbangan oleh Gobind dan saya bagi menjayakan Majlis ini.

Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk kampung tengah.

Pelbagai gerai makan/minum yang ada di situ, khas diurus dan dimasak oleh penduduk kampung tengah sendiri.

Selain itu, terdapat persembahan kumpulan nasyid oleh kanak-kanak di kampung tengah bagi memeriahkan lagi suasana majlis itu.

Leave a Reply

12 di padang jawa - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di padang jawa - Google Blog Search


<b>PADANG JAWA</b> PETALING: KULIAH LAGI <b>DI</b> LOT 622

Posted: 17 Sep 2012 11:40 PM PDT






Program Kuliah dimulakan selepas Isyak dengan diterajui oleh yang Berbahgia Ustaz Hj Kamal Nasir Roslan, Imam Masjid As Solihin Padang Jawa. Peringatan dan ilmu ilmu yang sampaikan haruslah diambil sebagai cara kehidupan kerana dengan cara ini akan menjamin keredhaan serta kebahagiaan dari Allah swt Dunia dan akhirat.

Tidak ketinggalan juga penyampaian sumbangan kepada golongan miskin seperti sebelim ini. Alhamdulliah. Pihak JKKK, Surau Nurul Iman, serta MPP Zon 6 ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian sdr Ahmad Yusaini mengizinkan rumah beliau dijadikan tempat majlis tersebut. Hanya Allah sahaja yang akan membalas budi beliau.

12 di kapar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kapar - Google Blog Search


Kereta Timb Menteri Hilang Di Johor Ditemui Terbakar <b>Di Kapar</b> <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2012 08:46 AM PDT

Klang - Kenderaan rasmi milik Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu anak Belum yang dilaporkan hilang di Seri Alam, Johor Bahru pada 2 Jun lalu, ditemui terbakar kurang 500 meter dari simpang Jalan Akob, Kapar di sini, Sabtu lalu.

Gambar: Anggota polis memeriksa kereta timbalan menteri yang terbakar di Kapar.

Kereta jenis Proton Perdana Executive itu ditemui oleh orang awam di tepi jalan kawasan terbabit kira-kira jam 7.30 malam, sebelum perkara itu dimaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Shukor Sulong berkata, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian untuk siasatan dan kereta yang terbakar sepenuhnya itu berjaya dipadamkan dengan bantuan pihak bomba.

Beliau berkata, siasatan awal gagal mengenal pasti nombor pendaftaran kereta terbabit kerana kenderaan itu musnah teruk.

"Setelah kita periksa nombor chasis serta enjin kereta tersebut mendapati ia adalah kenderaan rasmi yang digunakan oleh timbalan menteri berkenaan.

"Semakan juga menunjukkan kereta bernombor pendaftaran WRM 1146 itu dilaporkan dicuri di kawasan Seri Alam, Pasir Gudang kira-kira tiga bulan lalu," katanya ketika ditemui di Balai Polis Kapar di sini, hari ini.

Mohd Shukor berkata, kereta itu dibawa balik ke Balai Polis Kapar untuk siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan jenayah bencana dengan api.

"Setakat ini tiada tangkapan dilakukan dan siasatan menjurus pelbagai aspek sedang dijalankan," katanya.

Menurutnya, bagi kes kehilangan kenderaan rasmi itu di Johor, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

http://greenboc.blogspot.com

12 di sekinchan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sekinchan - Google Blog Search


Wujud penyelewengan projek perumahan <b>di Sekinchan</b>

Posted: 13 Jul 2012 02:33 AM PDT


Anggota Parlimen Tanjong Karang Datuk Seri Noh Omar hari ini mendakwa berlaku penyelewengan dalam dua projek perumahan di Sekinchan di sini, termasuk melanggar dasar yang ditetapkan pihak berkuasa.
Beliau berkata projek pembinaan Kondominium Sekinchan Perdana di sini dibina tidak mengikut dasar Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) yang menetapkan setiap  pembinaan di atas 0.4 hektar tanah hanya boleh membabitkan 60 unit rumah.
"Malah mengikut dasar itu, rumah yang dibina tidak boleh melebihi 12 tingkat," katanya pada sidang media selepas melancarkan dua produk Agrobank Paddy-i dan Paddy Cash-i di sini hari ini.
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, mendakwa pembinaan kondominium itu membabitkan 94 unit rumah dengan ketinggian 18 tingkat jelas tidak mengikut dasar yang ditetapkan JPBD.
Beliau turut mempersoalkan penjualan 24 unit rumah di Pangsapuri Damai di Taman Sekinchan Damai yang sepatutnya diperuntukkan kepada Majlis Daerah Sabak Bernam tetapi dijual kepada sebuah syarikat swasta.
"Saya bertanya dan saya harapkan jawapan. Ini bukan tuduhan tetapi pertanyaan yang memerlukan penjelasan," kata Noh, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor.
Noh berkata Anggota Dewan Undangan Negeri Sekinchan Ng Sue Lim perlu memberi penjelasan mengenai perkara itu memandangkan projek berkenaan berada dalam kawasannya.
Noh berkata perkara itu juga sepatutnya dibawa ke Jawatankuasa Mengenai  Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) sekiranya kerajaan negeri benar-benar mengutamakan ketelusan

12 di selayang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di selayang - Google Blog Search


SHE.HER: Kos Bersalin <b>Di</b> Hospital <b>Selayang</b>

Posted: 13 Sep 2012 11:38 AM PDT

Berkurun dah aku nak tulis pasal informasi penting ni. As a first time mother, memang tertanya-tanya jugak lah kos bersalin ni dalam range yang macam mana. Maklumlah, aku ni dah fulltime housewife. Company tempat Shahrir kerja pula tak cover untuk maternity bill. Kalau cover, laju-laju aku pergi Prince Court nak bersalin. Macam hotel tau PCMC tu. First time jejak sana masa melawat Cik Ana Sofia, baby girl kepada Liyana SCR. Kagum dengan senibina PCMC. Mudah-mudahan adalah rezeki aku untuk bersalin di sana, aminnnn!!!!!! Opppsss, after Nawfal has reached 3 years old perhaps.

Kat dalam post dulu-dulu, aku ada sebut yang aku menjadi penghuni tetap HS selama 6 hari. Minggu pertama kelahiran, Nawfal membesar dengan environment hospital T_T

Cut the crap, let's make it short and simple, straight to the point.

Kos bersalin - RM150.00
Ujian Makmal - RM20.00
Kardiologi - RM40.00

Wad (kelas 2) - RM30 x 6 hari = RM180
Rawatan (ubat-ubatan) RM5 X 6 hari = RM30.00

--------------------------------------
Jumlah keseluruhan = RM420.00
--------------------------------------

Murah kan? Service pun tip top. Makanan pun sedap. Kalau bersalin normal, without any complication, paling lama kena tahan pun 24 jam. Kalau czer, mungkin dalam 2 atau 3 hari. Aku je yang macam-macam penyakit datang, berkampung 6 hari kat sana. Kiralah sendiri kalau korang stay kat hospital sehari dua je.

OK. Nak tidur dah. Waktu-waktu macam ni je lah nak curi masa untuk update blog. Siang hari sibuk layan Nawfal yang dah tunjuk skill memegang kaki sendiri especially masa tukar pampers. Eh, tu simpan dalam entri lain. Dengan entri Harry Potter lagi. Dan kalau berkesempatan, nak share parenting tip. Heeeee~

Till then.
To be continued....

12 di paya jaras - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di paya jaras - Google Blog Search


KELAB GREENBOC: K&#39;jaan UMNO BN Bina Longkang Pelik <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2012 11:01 PM PDT

Paya Jaras 15 SEPT : Penduduk Kampung Merbau Sempak di sini berhadapan dengan masalah bau busuk ekoran pembinaan longkang yang dibina oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) tidak memenuhi spesifikasimenyebabkan air sering bertakung.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Anuar Abdul Rahman projek di bawah Kerajaan Umno-BN itu mula dilaksanakan sebelum sambutan Aidilfitri dan siap sepenuhnya pada 3 September lalu.

Beliau berkata, pembinaan longkang itu adalah bertujuan mengalirkan air dari setiap kawasan perumahan ke sungai berhampiran.

Namun katanya, pelaksanaan kerja yang tidak selaras oleh kontraktor terbabit mengakibatkan longkang tersebut berubah menjadi kolam takungan.


"Asalnya tiada longkang, kemudiannya mereka (Umno-BN) bina longkang baru. Longkang baru ini merupakan sambungan daripada longkang tanah yang dibuat oleh penduduk setempat. Jadi mereka gunakan longkang sedia ada itu untuk sambung ke sungai.

"Isunya ialah kontraktor buat longkang dari sungai tarik ke jalan menyebabkan longkang sedia ada menjadi tinggi (cetek) dan tidak bertemu apabila siap. Hal itu yang menyebabkan air mula bertakung," katanya.

Tambahnya, kesan daripada itu, nyamuk Aedes juga mula membiak dan memenuhi sekitar kawasan perumahan.

Malah katanya, penduduk telah mengadukan perkara tersebut kepada Pejabat Umno-BN, namun tidak dilayan hingga menyebabkan masalah itu berlarutan sehingga ke hari ini.

"Saya juga ada berhubung dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), tetapi mereka juga tidak boleh berbuat apa-apa kerana projek itu tidak merujuk kepada PBT dan pejabat daerah," katanya lagi. -selangorku

2 comments:

View Comments/Post a Comment

12 di sungai burong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai burong - Google Blog Search


Pengorbanan Anggota Beruniform Sempena Hari Lebaran <b>Di</b> Hargai

Posted: 15 Aug 2012 08:37 AM PDT

15 08 2012

Tanjong Karang, 15 Ogo    :    Memahami bebanan tugas dan tanggungjawab yang dipikul oleh pasukan beruniform kepada rakyat dan untuk meraikan pesakit yang sedang menerima rawatan di hospital menjelang hari lebaran, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong dan PAS Kawasan Tanjong Karang serta Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) turun ke Hospital Tanjong Karang untuk menyampaikan sumbangan berbentuk hamper kepada pesakit dan petugas yang sedang menjalankan tugas di hospital berkenaan.

Sebanyak 175 buah hamper telah diberikan kepada mereka oleh Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, yang juga Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo. Beliau dan anggota rombongan turut berkesempatan melawat dan bertanyakan pesakit yang terletak di wad 1,2 dan 3 serta di Unit Hemodialisis.

Selain itu, PKM DUN Sungai Burong juga turut memberikan sumbangan berbentuk hamper kepada petugas di Klinik Kesihatan Sungai Kajang, Klinik Pergigian Sungai Kajang, Balai Bomba, Balai Polis, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Pejabat Pos sebagai tanda terima kasih diatas segala jasa dan pengorban yang telah mereka lakukan untuk rakyat selama ini.

Antara yang hadir ialah Ahli-ahli Majlis MDKS, Mohd Faizal Mohd Barja, Haji Misran Serman, Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan, Ustazah Hajjah Jamiyah Yussuf, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Terap, Haji Miskon Misani, Pegawai Hal Ehwal Wanita PKM DUN Sungai Burong, Norsidah Samat dan lain-lain.

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved