Selasa, 18 September 2012

12 di paya jaras - Google Blog Search

12 di paya jaras - Google Blog Search


KELAB GREENBOC: K&#39;jaan UMNO BN Bina Longkang Pelik <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2012 11:01 PM PDT

Paya Jaras 15 SEPT : Penduduk Kampung Merbau Sempak di sini berhadapan dengan masalah bau busuk ekoran pembinaan longkang yang dibina oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) tidak memenuhi spesifikasimenyebabkan air sering bertakung.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Anuar Abdul Rahman projek di bawah Kerajaan Umno-BN itu mula dilaksanakan sebelum sambutan Aidilfitri dan siap sepenuhnya pada 3 September lalu.

Beliau berkata, pembinaan longkang itu adalah bertujuan mengalirkan air dari setiap kawasan perumahan ke sungai berhampiran.

Namun katanya, pelaksanaan kerja yang tidak selaras oleh kontraktor terbabit mengakibatkan longkang tersebut berubah menjadi kolam takungan.


"Asalnya tiada longkang, kemudiannya mereka (Umno-BN) bina longkang baru. Longkang baru ini merupakan sambungan daripada longkang tanah yang dibuat oleh penduduk setempat. Jadi mereka gunakan longkang sedia ada itu untuk sambung ke sungai.

"Isunya ialah kontraktor buat longkang dari sungai tarik ke jalan menyebabkan longkang sedia ada menjadi tinggi (cetek) dan tidak bertemu apabila siap. Hal itu yang menyebabkan air mula bertakung," katanya.

Tambahnya, kesan daripada itu, nyamuk Aedes juga mula membiak dan memenuhi sekitar kawasan perumahan.

Malah katanya, penduduk telah mengadukan perkara tersebut kepada Pejabat Umno-BN, namun tidak dilayan hingga menyebabkan masalah itu berlarutan sehingga ke hari ini.

"Saya juga ada berhubung dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), tetapi mereka juga tidak boleh berbuat apa-apa kerana projek itu tidak merujuk kepada PBT dan pejabat daerah," katanya lagi. -selangorku

2 comments:

View Comments/Post a Comment

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads