Selasa, 18 September 2012

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Pengorbanan Anggota Beruniform Sempena Hari Lebaran <b>Di</b> Hargai

Posted: 15 Aug 2012 08:37 AM PDT

15 08 2012

Tanjong Karang, 15 Ogo    :    Memahami bebanan tugas dan tanggungjawab yang dipikul oleh pasukan beruniform kepada rakyat dan untuk meraikan pesakit yang sedang menerima rawatan di hospital menjelang hari lebaran, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong dan PAS Kawasan Tanjong Karang serta Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) turun ke Hospital Tanjong Karang untuk menyampaikan sumbangan berbentuk hamper kepada pesakit dan petugas yang sedang menjalankan tugas di hospital berkenaan.

Sebanyak 175 buah hamper telah diberikan kepada mereka oleh Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, yang juga Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo. Beliau dan anggota rombongan turut berkesempatan melawat dan bertanyakan pesakit yang terletak di wad 1,2 dan 3 serta di Unit Hemodialisis.

Selain itu, PKM DUN Sungai Burong juga turut memberikan sumbangan berbentuk hamper kepada petugas di Klinik Kesihatan Sungai Kajang, Klinik Pergigian Sungai Kajang, Balai Bomba, Balai Polis, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Pejabat Pos sebagai tanda terima kasih diatas segala jasa dan pengorban yang telah mereka lakukan untuk rakyat selama ini.

Antara yang hadir ialah Ahli-ahli Majlis MDKS, Mohd Faizal Mohd Barja, Haji Misran Serman, Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan, Ustazah Hajjah Jamiyah Yussuf, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Terap, Haji Miskon Misani, Pegawai Hal Ehwal Wanita PKM DUN Sungai Burong, Norsidah Samat dan lain-lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads