ads

Jumaat, 30 Mac 2012

12 di kuala selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Cuti Cuti APA : Memancing <b>di Kuala Selangor</b>.. ~ aku peduli apa <b>...</b>

Posted: 22 Jan 2012 03:44 AM PST


Hari ini aku dan kawan kawan bersantai ke Kuala Selangor sambil memancing di Pasir Penambang.Asyik berpolitik je tepu kepala otak,jadi pada APA yang tak berapa nak mampu pergi bercuti berbayar memadailah dengan aktiviti macam ini.
Kenal tak yang bertshirt merah kanan sekali tu?
Itulah dia penyanyi 70an Halil Chik .
Namanya pun blogger..kat mana pun tetap blogging.

12 di batang kali - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di batang kali - Google Blog Search


Pelancongan <b>di Batang Kali</b> - KeadilanDaily.com | KeadilanDaily.com

Posted: 27 Mar 2012 01:29 AM PDT

Hulu Selangor merupakan antara daerah luar bandar yang dilihat mula berkembang sebagai salah satu destinasi percutian dan pelancongan yang sangat berpotensi. Menyedari tentang potensi besar ini, telah banyak usaha-usaha dilakukan supaya daerah ini akan terus menjadi tumpuan pelancong dan seterusnya memberikan impak yang positif kepada pembangunan pelancongan khususnya bagi jangka masa panjang.

Dalam hal ini, perancangan pembangunan pelancongan dibuat secara menyeluruh bagi daerah Hulu Selangor dan tidak hanya tertumpu di sesetengah kawasan sahaja.

Batang Kali yang juga merupakan sebahagian lokasi penting di dalam daerah Hulu Selangor turut diberi peluang yang sama. Beberapa produk pelancongan seperti Kolam Air Panas Hulu Tamu, Kawasan Perkelahan di sepanjang kawasan Hulu Yam dan Rekreasi Sungai Sendat dan Restoran & Spa Cholo-Cholo telah bertapak kukuh dan menjadi antara destinasi utama pilihan pelancong ke daerah Hulu Selangor.

Kawasan ini juga terkenal dengan Pusat Latihan yang menjadi tumpuan beberapa syarikat korporat yang menjalani latihan untuk para pekerja organisasi mereka. Produk yang terbaru yang berhampiran dengan Batang Kali juga menjadi tumpuan seperti Strawberry Leisure Farm yang telah menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara telah dibuka pada Ogos 2009 dan dapat menarik pengunjung seramai 500 ribu sehingga kini. Begitu juga dengan Bukit Beruntung Golf Course yang akan menjadi tumpuan para pemain golf, khususnya pelancong-pelancong dari negara Korea. Terdapat juga Mines Golf City, iaitu padang golf 63 lubang yang pertama di negara. Projek baru ini berpotensi menjadi kawasan tumpuan kepada pelancong-pelancong ke Batang Kali.

Tourism Selangor juga dalam usaha mengenalpasti kawasan-kawasan yang mempunyai potensi untuk dipromosikan kepada masyarakat luar mengenai kawasan-kawasan tarikan baru yang terdapat di Negeri Selangor. Beberapa aktiviti seperti Lawatan ke produk baru bersama PBT yang berkaitan dan program Tourism Selangor Day Out telah memainkan peranan untuk membawa para media dan "bloggers" mengenali kawasan ini secara tidak langsung mereka akan menulis segala pengalaman mereka didalam blog masing-masing.

Dalam hal ini, Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor dan Majlis Daerah Hulu Selangor ( MDHS ), sentiasa memainkan peranan dalam mempromosikan destinasi-destinasi berkenaan kepada pelancong dalam dan luar negara melalui penyertaan-penyertaan dalam siri promosi dalam dan luar negara. Program ini dilaksanakan secara berterusan di samping saluran-saluran promosi lain seperti risalah, laman web, Billboard, pengiklanan di majalah, coffe table book, program kembara media dan
beberapa program yang lain.

Menyedari potensi besar daerah Hulu Selangor, pendekatan dan pembangunan secara in-situ juga diberikan tumpuan. Untuk makluman, mulai tahun 2012 ini, program Daerah Fokus akan diperkenalkan dengan Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Langat menjadi daerah di bawah pelaksanaan program tersebut.

Perancangan ke arah melaksanakan program berkenaan meliputi pembangunan produk-produk pelancongan, promosi yang berterusan, penambahbaikan kemudahan sedia ada dan program-program sokongan lain seperti kerjasama bersama media dan bloggers dalam membekalkan maklumat tentang produk-produk berkenaan.

Batang Kali yang menjadi sebahagian antara lokasi produk pelancongan di daerah Hulu Selangor akan terus dipromosikan. Melalui kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Kerajaan Negeri melalui TSSB telah melaksanakan pelbagai program berkaitan. Namun, seperti yang dinyatakan sebelum ini, program-program yang dilaksanakan adalah bersifat menyeluruh.

Mulai tahun 2011, TSSB dengan kerjasama semua PBT di negeri Selangor telah menerbitkan brosure bagi semua daerah-daerah di negeri Selangor termasuklah Hulu Selangor. Brosure ini merupakan antara penerbitan yang paling penting khususnya dalam mempromosikan destinasi dan produk-produk pelancongan di semua daerah di negeri ini. Bagi daerah Hulu Selangor, produk-produk pelancongan dari kawasan Batang Kali turut dimuatkan.

Untuk makluman, melalui inisiatif pihak MDHS, mulai tahun 2012, pakej-pakej khas pelancongan bagi Hulu Selangor telah diwujudkan bagi memberi pilihan kepada para pelancong dan memperkenalkan Hulu Selangor sebagai antara destinasi percutian yang menarik. Usaha ini adalah sebahagian daripada rangka pelaksanaan Kempen Selangor Shines dan Daerah Fokus yang mensasarkan peningkatan keupayaan dan pembangunan pelancongan berterusan di Hulu Selangor.

Akhir sekali, sebagai insentif, pengusaha-pengusaha industri pelancongan dijemput untuk bersama menyertai aktiviti promosi Tourism Selangor seperti "trade and travel fair." Memandangkan bahawa sebahagian besar kos akan disubsidi oleh TSSB, pengusaha-pengusaha dapat memasarkan produk-produk mereka dengan perbelanjaan yang rendah.

YB ELIZABETH WONG
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=28604

12 di jeram - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di jeram - Google Blog Search


pakej offroad, camping, bbq and santai <b>di jeram</b> - pecah 4x4 <b>...</b>

Posted: 23 Mar 2012 08:12 PM PDT

pakej disediakan untuk peserta individu, keluarga, kumpulan dan juga syarikat yang ingin merasai percutian yang berlainan dari kebiasaan beserta pengalaman baru dalam sukan extreme 4x4.. menaiki kenderaan pacuan 4 roda melalui laluan2 denai , offroad di samping menikmati keindahan alam semula jadi, flora n fauna di hutan hujan tropika malaysia.  


tarikh : berdasarkan pada permintaan


sabtu
jam 7.30am           : berkumpul, sarapan dan menyusun barang 2 keperluan ke dalam kereta.(lokasi serdang
jam 9.00am           : bertolak ke lokasi.
jam 1.00-3.00pm  : di jangka sampai ke camp site (bergantung pada keadaan jalan)
jam 8.00 pm          : acara bbq dan sembang santai.


ahad
jam 12.00 pm   : berkemas dan pulang..




bayaran adalah rm 200 untuk seorang dewasa*
                        rm 70 untuk 6thn - 12thn.
                        F.O.C  untuk kanak kanak new born to 5.
                        rm35 seorang untuk rakan rakan 4 wheel yang membawa kenderaan sendiri.


*jumlah minimumpeserta adalah 10 orang.
*pihak kami hanya menyediakan pengangkutan dari serdang dan juga makan minum para peserta..
*khemah dan peralatan basic lain adalah disediakan oleh peserta sendiri..


barangan yg perlu di bawa oleh para peserta :
> khemah
> selimut
> sleeping bag
> perkakasan kebersihan diri
> pakaian


kami juga menyediakan team building training** dan permainan sukan extreme seperti paint ball..


bayaran utk paint ball adalah


seorang rm 120=150pallet


untuk pertanyaan sila hubungi nemo 0135129387


* harga boleh dirunding lagi berdasarkan jumlah hari, peserta dan lokasi.
** team building training harga bergantung pada jenis training, ceramah, motivasi dan juga jumlah peserta.

12 di dengkil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di dengkil - Google Blog Search


MIMPI SENJA: [Video] Ceramah DSAI <b>di Dengkil</b> - 27 Jan 2012

Posted: 28 Jan 2012 10:43 PM PST

Lagi video DI SINI

12 di sungai panjang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai panjang - Google Blog Search


Shehdikimi-&#39;A&#39;!: <b>sungai</b> terpanjang

Posted: 25 Mar 2012 07:01 AM PDT


10
Sungai Zaire / Sungai Congo
Sungai Zaire atau sungai kongo ini alirannya bermula dari jalur pertemuan sungai Lualap dan SungaiLuapula dan mengalir sampai samudera atlantikPanjang keseluruhan sungai ini mencapai 2716 batu.
Sungai ini besumber di daerah pergunungan altai di rusiadan berakhir di pertemuan sungai Ob (sungaiterpanjang peringkat 5dengan panjang keseluruhan mencapai 2758 batu.
Sungai ini terletak di paraguaialirannya bermula dari pertemuan antara sungai paranaiba dan sungaigrandedan berakhir di daerah Rio de La Plata dengan panjang keseluruhan mencapai 2795 batu. 
Sungai ini merupakan salah satu sungai terpanjng di daerah Rusiaberhilir di Gunung Tannu-Ola di daerahTuva baratRusiadan bermuara di samudera Artikdengan panjang keseluruhannya mencapai 2800 batu. 
Sungai Huang He atau sungai kuningAliranya bermula dari sisi timur gunung Kuanlan dan terus mengalir hingga Teluk Vhihli di China bahagian baratpanjang keseluruhan sungai ini adalah 2900 batu. 
Sungai ini adalah batasan yang berakhirnya aliran sungai Irtish (No. 9). Aliranya bermula dari gunung AltaiRusia dan bermuara di teluk Ob dengan panjang keseluruhannya mencapai 3459 batu. 
Inilah sungai terpanjang di daratan ChinaSungai Yangtze atau sungai Chang Jiangmengalir dari datarantinggi Tibet hingga bermuara di laut ChinaPanjang keseluruhannya mencapai 3602mil.
 Sungai Mississippi ialah sungai terpanjang kedua di benua AmerikaAlirannya bermula dari daerahpergunungan Red Rock di Montana dan berakhir di Teluk Mexico dengan panjang keseluruhannya mencapai 3713 batu.
Bermula dari aliran glazer tasik Fed di peru kemudian melintasi beberapa negara Amerika latin danberakhir di Lautan Atlantik dengan panjang keseluruhan mencapai 3912 batu.
Inilah Sungai terpanjang di DuniaSungai yang menjadi simbol kemakmuran rakyat mesir ini berhulu di Tasik Victorial dan terus mengalir sampai Laut Mediteranian dengan panjang keseluruhan sungai mencapai 4180 batu.

12 di sekinchan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sekinchan - Google Blog Search


Siakap segar <b>di Sekinchan</b> Ikan Bakar! | 5HOBIKU

Posted: 09 Feb 2012 09:43 AM PST


Pergghhhhh....kat mana lagi nak makan ikan bakar yang best dan fresh di KL nii kalau tak di Restoran Sekinchan Ikan Bakar....hehe (ayat nak mempromote ler tuuh).

Kalau nak tahu, restoran ikan bakar ni dah ada banyak cawangan terutamanya sekitar KL/Selangor, yang SM makan ni dekat dengan Bandar Baru Sentul.....SM suka makan di sini sebab suasananya cukup selesa dan senang sangat nak pergi, kalau dari IJN atau HKL, terus ke Bulatan Pahang dan masuk ke Jalan Pahang..... jalan terus lepas Mobil/Esso, nampak McD di kiri, jumpa lah restoran nie, .. tapi kalau bawa kenderaan, jalan masuk dia kena ikut kedai kereta IBM Automobiles (depan sikit lepas Shell), kat sana banyak tempat parking disediakan utk pelanggan2 restoran atau orang2 yang nak tengok dan beli kereta2 mewah..... SM tak perlu risau...jalan kaki dari rumah lebih kurang 7-8 minit ajer,dah sampai hehe

.


Jemput makan, ice cream kek perasa coklat yang enak...harganya RM4 satu.

12 di hulu selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Gangguan Air <b>Di</b> KL, Petaling Dan <b>Hulu Selangor</b>

Posted: 30 Mar 2012 04:32 AM PDT

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di ibu negara, wilayah Petaling dan Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air sementara bermula 10 hingga 14 April depan.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) melalui satu kenyataan media memberitahu, gangguan bekalan air sementara itu berlaku disebabkan kerja-kerja yang dijalankan oleh kontraktor Syabas.

"Gangguan bekalan di kawasan Desa Tun Razak, Taman Desa Tasik, TUDM Sungai Besi, JKME dan Kuarters JKR, Jalan Sungai Besi Batu 4 ½, Taman Taynton View, Taman Mutiara, Taman Supreme Jaya dan Taman Bukit Hijau dijangka berlaku bermula pukul 8 malam pada 10 April hingga pukul 5 pagi keesokannya.

"Manakala gangguan bekalan air dijangka berlaku di seluruh kawasan Jalan Anggerik, Jalan Seroja, Jalan Kemboja, Jalan Bakawali dan Jalan Telipot di Hulu Selangor bermula pukul 10 malam pada 11 April hingga pukul 6 pagi keesokannya," kata kenyataan itu hari ini.

Tambah kenyataan itu, gangguan bekalan air turut dijangka berlaku di beberapa kawasan lain di ibu negara bermula 13 April depan pada pukul 9 malam hingga 5 pagi keesokan.

Kawasan terbabit adalah Taman Sri Delima, Taman Batu, Taman Lawa, Taman Sejahtera, Kampung Pasir, Kampung Segambut Permai, Kampung Segambut Luar, Taman City, Taman Kok Lian, Kem Batu Kentomen, Taman Impian, Taman Eastern, Taman Rainbow, Jalan St Thomas, Jalan Khalsa, Taman Pelangi, Kampung Muthiah, Kampung Shak Mah, Kampung Bandar Dalam, Kampung Chubadak Dalam, Kampung Chubadak Tambahan, Kampung Chubadak Tengah dam Kampung Chubadak Jaya.

Turut mengalami gangguan itu adalah Kampung Chempedak. Kampung Chempedak Hilir, Kampung Puah, Kampung Puah Seberang, Kampung Puah Bahagia, Taman Sentul Jaya, Taman Sentul Endah, Taman Sentul Bahagia, Taman Sentul Permai, Taman Dato Senu, Taman Sentul Pasar, Taman Bamboo, Taman Kaya, Kawasan Perindustrian Segambut, Taman Segambut Indah, Kampung Batu, Kampung Batu 5, Kampung Seri Batu, Kampung Delima, Jalan Ipoh Batu 4 hingga Batu 5, Jalan Cenderuh, Jalan Kuala Kangar, Jalan Vethavanam dan Kampung Kovil Hilir.

Justeru, kata kenyataan itu, para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.

"Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL<jarak><aduan/pertanyaan> dan hantar kepada 39222, " tambah kenyataan itu.

Kata kenyataan itu lagi, informasi mengenai situasi bekalan air berkenaan juga boleh diperolehi dari laman web Syabas di http://www.syabas.com.my, www.syabas.com.my, http://www.twitter.com/puspel, www.twitter.com/puspel atau Facebook dengan menaip puspel atau puspel syabas.

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

12 di shah alam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di shah alam - Google Blog Search


starzieti: Berjalan-jalan <b>di Shah Alam</b>.

Posted: 24 Mar 2012 08:36 PM PDT

Sedihnya minggu nih tak dapat balik Pasir Gudang. Dah dua minggu tak balik. Sobsob. Siyes sedih. Kalau ikutkan hati nak je balik tiap-tiap minggu tapi kos pergi & balik sangat tinggi. Belum lagi campur kos makan minum sepanjang pergi & balik. -.-
Takpelah takpelah, lupakan kesedihan di hati yang berbuku ini. Kita teruskan ke cerita yang lain. Cerita yang lebih menggembirakan tetapi ada jugak sedihnya. Tak habis-habis nak sedih budak Azie nih. Manja sangat ekpong. 
Semalam kitorang main boling, TIGA round hokeh. Gila tak gila. Tangan aku sampai jammed beberapa saat. Dah la jari asek sangkut dekat bola boling. Sakit tau. Wuwuwuwu ~ Best sangat dapat main boling dengan kawan-kawan baru tapi sedih sebab aku sakit perut dalam masa yang sama. Huhuhu ~ :(
Lepas habis main boling kitorang pergi makan dekat McD. Lepas makan aku cepat-cepat turun bawah carik kedai yang jual panadol activefast sebab kesakitan perut yang teramat sangat. :( 
Housemate yang sangat baik & prihatin + suka buli aku. Haha ! =.=
Then, kebetulan kitorang pergi ke apa ntah nama tempat tuh, aku lupa. Aku nampak Angah & Nabil atas stage. Masa tuh ada pertandingan tudung Fareeda ke apa ntah. Ramai lah model yang cantik & comel-comel kat situ masa tuh. Lelaki yang pergi kat situ untunglah kan dapat cuci mata. -.-
Pengacara yang sangat-sangat kelakar. Aku yang duk memerhati dari atas nih pun terkekek-kekek gelak. :D
Nabil suka nyakat model-model yang tengah catwalk. 
Nabil : Haa...tengok model nih muka dia ada iras-iras macam Dato Siti Nurhaliza. Tengok tuh tengok tuh, dari belakang sebijik macam Dato Siti Nurhaliza. Kau Angah, kalau tengok dari belakang macam Dato' K. 
(Dialong tuh dah diubah suai sikit sebab aku tak ingat apa yang Nabil cakap sejibik-sejibik)
Hahahaha ! Kelakar Nabil nih. :D
Masa nih pulak Nabil cakap yang baju biru tuh baju kebangsaan. Hahaha !
Kelam kabut aku tengok model-model nih berjalan atas pentas. Ada yang terlanggar sesama diaorang, ada yang jalan tak ikot step, ada yang jalan nak cepat. Macam-macam peel ada, mungkin sebab dorang neves kot. Kalau aku pun, aku tatau camne aku jalan atas stage. Dah lah aku nih pemalu. *^^*
Terbeli face mist nih. Beli sebab bekas dia comel. Nanti kalau aku rajin aku review produk nih hokeh. 

12 di kajang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kajang - Google Blog Search


Geng pecah rumah <b>di Kajang</b> tumpas | Info Gallery

Posted: 06 Mar 2012 05:00 PM PST



KAJANG — Geng pecah rumah di sekitar daerah ini, yang aktif sejak awal tahun, tumpas apabila polis menahan tiga anggotanya selepas mereka memecah masuk rumah pembantu khas anggota Dewan Undangan Negeri Balakong Yap Lum Chin di Taman Mahkota Cheras, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata, suspek yang berusia lingkungan 23 dan 30 tahun, diberkas pada hari sama selepas memecah masuk rumah serta melarikan kereta pembantu khas itu pada kira-kira 7 pagi.

Suspek pertama ditangkap di Dataran Cheras empat jam selepas itu dan polis menemui sebuah kereta lain yang dipercayai dicuri di Seri Kembangan awal tahun ini.

Suspek kedua pula ditahan di sebuah rumah di Balakong dan polis turut merampas sebuah kereta yang dilaporkan dicuri dari sebuah rumah di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi pada 1 Mac lepas, selain beberapa unit TV LCD, barangan elektrik dan kelengkapan memecah rumah.

Suspek ketiga ditangkap di sebuah hotel di Cheras dan polis menemui kereta milik pembantu khas Yap.

Semua barangan yang dirampas ketika semua suspek ditahan dianggarkan bernilai RM350,000.

Pada sidang akhbar hari ini, Abdul Rashid berkata, modus operandi kumpulan itu ialah mereka melakukan kegiatan pecah rumah pada waktu pagi bagi memastikan semua penghuni keluar bekerja

kredit : kosmo.com.my

Info Gallery - Lega sedikit apabila mendengar berita penangkapan geng ini

12 di kuala langat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala langat - Google Blog Search


PAS PETALING JAYA UTARA: Muziam Insitu Jugra, <b>Kuala Langat di</b> <b>...</b>

Posted: 24 Mar 2012 12:36 AM PDT

PAS PETALING JAYA UTARA: Muziam Insitu Jugra, Kuala Langat di rasmikan oleh Dato MB Sgor - 24/3/2012

12 di kelana jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kelana jaya - Google Blog Search


membekal PERABOT <b>di KELANA JAYA</b>... - kumpulan perniagaan <b>...</b>

Posted: 28 Mar 2012 06:36 AM PDT


sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

12 di sepang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sepang - Google Blog Search


PDRM, Please Take Note!! Tolong Tambah Anggota Pada Malam <b>...</b>

Posted: 28 Mar 2012 02:45 PM PDT

http://img476.imageshack.us/img476/8277/otttgx8.jpg

Selalunya tiap-tiap tahun kami akan race di Sepang dalam Bikerz Cup (250cc below) dalam Malaysian Super Series (MSS). Tapi untuk tahun ni, CEO Sepang Circuit yang amat angkuh telah menamatkan race kami yang sudah lebih 5 tahun berjalan. Organiser kami, Encik Abol Ismail yang telah banyak menganjur dan mengumpul racer-racer motor kecik ni dah diharamkan dari menghampiri SIC.

racer bikerz

Pak Polisi, kami just nak bagitahu supaya tambah-tambahlah anggota bertugas untuk malam Jumaat dan malam Sabtu/Minggu start dari April sampai hujung tahun.

Selalunya tiap-tiap tahun kami akan race di Sepang dalam Bikerz Cup (250cc below) dalam Malaysian Super Series (MSS). Tapi untuk tahun ni, CEO Sepang Circuit yang amat angkuh telah menamatkan race kami yang sudah lebih 5 tahun berjalan. Organiser kami, Encik Abol Ismail yang telah banyak menganjur dan mengumpul racer-racer motor kecik ni dah diharamkan dari menghampiri SIC. Alasannya kerana dikatakan jadi 'ulat tiket' untuk MotoGP 2011. Alasan yang tak masuk akal langsung. Polis kat trek pun lepaskan dia waktu kejadian tanpa keraguan.

Kami racer-racer motor kecik (kapcai/RXZ/Kips/NSR/LC etc) takde alternative lain selain berlumba dijalanraya. CEO SIC, Razlan 'Pineapple Concert' Razali ni memang takde hati perut. Motor kami dah diubahsuai untuk lumba di trek bukan di jalanraya. Dah beribu ringgit juga dihabiskan untuk motor supaya mendapat keputusan yang baik dalam perlumbaan. Semua ini dibuat atas dasar cintakan 'motorsports'. Mungkin juga kerana kami rakyat bawahan yang miskin dan tak mampu untuk membeli motor besar yang harganya melebihi sebuah kereta, kami di anak tirikan. Race yang melibatkan 600cc keatas masih boleh berjalan seperti biasa.

Selalunya race kami bermula pada April/May tapi malangnya tahun ini kami terpaksa race di jalanraya. Sepang Circuit hanya untuk orang kaya sahaja.

Oleh itu, sekali lagi pesanan untuk PDRM 'See You On The Road!!!'

Ikhlas daripada,

RACERS for BIKERZ MAGAZINE CUP

http://malaysianbikers.com.my/forum/index.php?topic=82147.0 

 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MOTOGP SUPPORT RACE ORGANISER BANNED FROM SEPANG CIRCUIT

A biking enthusiast who is also an organiser for Malaysian MotoGP Support race in Sepang Circuit has been banned from entering the track and its vicinity for all events indefinitely.

A chief editor for Bikerz Magazine and an administrator of Malaysia's biggest online biking forum at malaysianbikers.com.my or MBC, Abol Ismail has been a familiar face in Sepang Circuit for the past five years organising the small capacity (250cc and below) bike race.

Already a major headache for authority, small capacity illegal street bike racers or 'Mat Rempit' will occupy Kuala Lumpur roads during weekends in the wee hours. Police roadblocks are the norm on Friday and Saturday nights. Thus, legal races at a proper circuit with adequate attire have been promoted to curb this neverending issue. With that intention in mind, Abol had pooled many of these racers to legally compete at Sepang Circuit.

While the death of MotoGP rider Marco Simonchelli on the fateful Sepang Circuit in October leaves many of us heartbroken, many incidents have not been reported offtrack. Fans worldwide have been disgusted by how the track marshals dropped the racer's body while carrying him on a stretcher. Amateur videos uploaded at YouTube have been viewed by the thousands. Many local fans are complaining at the cutthroat food and beverages prices which many thought were similar to F1 even though the quality is not.     

An incident at the 2011 Malaysian MotoGP on 23rd October where track officers had mishandled and accused Abol of being an illegal ticket seller has prompted an ensuing battle between these two unlikely parties. Abol was dragged to a nearby police station which was more than 30 meters away. Sepang Circuit CEO, Razlan Razali defended his staff of the situation even though the police thought it was a misunderstanding. The police even let him go without any conditions.

At a recent local race, Abol received a threatening call from a circuit official to avoid coming to the race he organised and had to appoint someone on his behalf. The officer even asked him to officially write a letter to not pursue his legal intention towards the track. Started in 1999, this could be the first and only case where someone is banned from coming to his own organised event at Sepang Circuit, a public place.

Owned by Malaysian government with public money, runned by Chairman Mokhzani Mahathir (son of ex Premier) and CEO Razlan Razali (Mokhzani's cousin) the Sepang Circuit management have long been abusing the system to satisfy their needs. Razlan is more interested to run concerts and parties at the circuit rather than racing.

-------------------------------------------------------------------------------

From: Omda Abdul Malek [mailto: .......................]
Sent: Friday, 25 November, 2011 3:17 PM
To: SIC Internal Mail Listing
Subject: BANNED FROM ENTERING SIC

Dear All

Individual who named ABOL ISMAIL BIN MUNTA has been banned from entering the SIC (Paddock and Mall area) until further notice. If you recognise this person in the SIC. in any event or not, feel free to contact me at 01*-******* or Mr. Sukle (01*-******* / 01*-*******) for furtheraction. All posts have a copy of his picture.

Together, these included his picture.

Thanks

..

Omda Abdul Malek
Security Executive
Sepang International Circuit Sdn Bhd
Jalan Pekeliling, 6400 KLIA
Sepang, Selang, Malaysia




 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved