ads

Sabtu, 20 April 2013

12 di cheras - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di cheras - Google Blog Search


PENAMAAN CALON <b>DI</b> PARLIMEN <b>CHERAS</b> P123 SELESAI

Posted: 20 Apr 2013 01:27 AM PDT


















































Ketua Pemuda UMNO Bhg Cheras









 Wanita UMNO Seri Sarawak






12 di port klang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di port klang - Google Blog Search


House PK: FUYOH! 60 RIBU ORANG HADIRI MAJLIS PERDANA <b>...</b>

Posted: 20 Apr 2013 05:00 PM PDT

Untuk cerita penuh, KLIK SINI

12 di tanjung karang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di tanjung karang - Google Blog Search


Demo LoNie: Herman Tino lawan Noh Omar <b>di Tanjung Karang</b>

Posted: 20 Apr 2013 03:40 AM PDT

Noh, 55, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor merupakan anggota Parlimen selama empat penggal bagi kerusi Tanjong Karang sejak 1995.

Herman Tino (kiri), penyanyi era 80-an bertanding sebagai calon Bebas sementara calon PAS ialah Timbalan Yang Dipertua PAS Tanjong Karang, yang juga bekas guru, Mohamad Rashdi Deraman, 49.
Herman Tino atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 59, popular dengan lagu seperti 'Yale Yale' dan 'Pelita Dalam Kabus' mendapat pendidikan sehingga tingkatan tiga di Sek Men Keb Dato' Haron di sini.
Beliau akan menggunakan lambang bunga raya pada pilihan raya ini.
Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang, pertandingan tiga penjuru berlaku antara calon BN Sulaiman Abdul Razak yang juga penyandang kerusi itu, calon PKR Mohd Yahya Mat Sahri dan calon Bebas peniaga, Low Tan.
DUN Sungai Burong pula menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Datuk Mohd Shamsuddin Lias (penyandang) dan calon PAS Mohamad Judi Sarjo.
Noh yang ditemui pemberita selepas mengemukakan kertas percalonan di Dewan Datuk Hormat di Tanjong Karang, berkata kawasan Parlimen itu mencipta sejarah apabila pertama kali mempunyai calon Bebas yang bertanding pada pilihan raya umum kali ini.
Pada pilihan raya umum 2008, Noh yang berasal dari Parit 2, Sungai Burung di Tanjong Karang menewaskan Mohamed Hanipa Maidin (PAS) dengan majoriti 3,820 undi.
"Trend calon Bebas pada pilihan raya umum kali ini menunjukkan negara kita mengamalkan demokrasi, siapa pun boleh bertanding. Apapun saya yakin BN akan mengekalkan kerusi Parlimen dan dua DUN ini memandangkan kita telah memberi khidmat yang baik kepada rakyat," katanya.
Sementara itu Herman Tino ketika ditanya mengapa bertanding sebagai calon Bebas, berkata beliau sebagai seorang artis hanya ingin 'mencantikkan keadaan'.
"Saya tidak kisah kalau terlepas pandang, tetapi saya kisah kalau saya tidak dipandang," katanya.
Parlimen Tanjong Karang menjadi satu-satunya kawasan di Selangor yang mengekalkan kesemua calon BN yang bertanding pada pilihan raya umum 2008 lalu pada PRU13.
Parlimen itu mempunyai 42,410 pengundi berdaftar dengan pengundi Melayu seramai 31,096 orang, Cina (7,043), India (4,158) dan kaum lain (113).

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

Addin: Penyanyi Popular Tentang Noh Omar <b>Di Tanjung Karang</b>

Posted: 19 Apr 2013 11:05 PM PDT

Lagi ahli Umno bertanding menentang Umno!Jika di parlimen Kuala Kangsar, naib ketua wanita Umno, Kamilia Ibrahim yang geram tidak dapat dicalonkan atas tiket Barisan Nasional (BN), seorang lagi personaliti Umno juga bertanding bebas!

Penyanyi dangdut terkenal, Herman Tino atau nama sebenarnya Masron Tamsi turut bertanding di parlimen Tanjong Karang menentang BEKAS penyandang, Noh Omar dan calon PAS mewakili Pakatan Rakyat, Drs Rushdi Deraman.

Keputusan mengejut Herman untuk bertanding adalah dipercayai kerana Noh agal memainkan perana sebagai wakil rakyat walaupun sudah lama menjadi ahli parlimen selama beberapa penggal.Herman ketika ditemui berkata, walaupun kesemua ahli keluarga dan sanak saudaranya merupakan penyokong tegar Umno, ia tidak menjadi penghalang buatnya bertanding bagi memastikan suara penduduk tempatan didengar di parlimen.

Ini sekaligus memberi tamparan hebat terhadap peliang Noh untuk mempertahankan kerusinya kerana sudah pasti sekali lagi undi kepada BN akan terpecah dua, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini di parlimen itu.Ia juga mencerahkan peluang PAS untuk merampas kerusi di kubu kuat Umno itu walaupun berdepan laluan sukar kerana jentera pilihanraya yang serba kekurangan tetapi penuh bersemangat.

Difahamkan Herman akan memulakan kempennya petang ini juga bagi bertemu seberapa ramai penduduk yang majoritinya berketurunan Jawa di parlimen itu.Herman ditemani penyokongnya berarak ke pusat penamaan calon di pekan Tanjong Karang dengan disaksikan penyokong BN dan Pakatan Rakyat.



12 di bukit lanjan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Apr 2013 07:37 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Mar 2013 07:30 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BERSAMA MAZIDUL: &#39;ISTANA&#39; ACIT

Posted: 16 Mar 2013 11:27 PM PDT

Perhatikan kawasan penempatan di Desa Temuan,  Bukit Lanjan, Petaling Jaya, Selangor. 
Gambar di atas saya rakamkan tatkala berkunjung ke kolam memancing ikan di kawasan agak tersorok itu. 
Terasa pelik, bagaimana kolam memancing beroperasi di bawah kabel elektrik bervoltan tinggi, buat sekian lama.  Kini kolam itu, majoriti dikendalikan oleh pekerja berasal dari Bangladesh terbabit telah dipagar.
"Siapa tinggal di pondok itu?," soal saya kepada pekerja.
Kami memandang ke arah pondok usang di luar kolam memancing diusahakan oleh peniaga Cina.
"Acit, orang Asli, saya tengok dia tinggal di situ, kira-kira empat tahun," balasnya.
Ketika itu saya terlihat kelibat lelaki berambut unik mundar-mandir di pondok sempit itu.
"Farid, tolong dapatkan maklumat sedikit," pinta saya.
Mohd Farid Hamzah, rakan, juga anak anggota polis  dan kini menetap di Kota Damansara. Sikap peramahnya, tentu berguna untuk mencungkil maklumagt sebenar.
"Nama saya, Jamaludin Jantan atau Acit, lahir pada tahun 1960 di sini, Kampung Bukit Lanjan. Emak saya dahulu dapat rumah banglo tetapi selepas dia meninggal dunia, adik saya dan keluarga dia tinggal di rumah itu," kata Acit.
"Mengapa tidak tinggal bersama mereka?," soal Farid.
"Budak ramai, anak adik. Bising. Jadi saya membina pondok ini," balasnya.
Acit, anak kedua daripada empat beradik dan kini tinggal bersama 8 ekor anjing peliharaannya.Semua anjing ditempatkan di ruang bawah pangkin tempat Acit meletakkan selimut dan beberapa barang miliknya.
"Kalau malam, Acit  tidur di mana?," celah saya.
"Kekadang tidur di atas pangkin ini tetapi panas, jadi saya tidur di atas pasir di luar. Sambil berbaring, boleh melihat bulan dan bintang, tenang fikiran," balasnya.
Acit bukan beragama Islam.
"Kalau masuk Islam, ada juga orang datang membantu, bagi duit. Masuk Kristian pun samalah," jelasnya.
Menjelang Pilihan Raya ke-13, Acit meluahkan komennya sambil direkodkan oleh Farid menggunakan perakam audio Sony.
"Kena pilih yang sebelum inilah," ujarnya.
"Barisan Nasional?," tanya Farid.
Pakatan Rakyat, PR  memerintah Selangor, sejak kira-kira 5 tahun lalu. Jika pemimpin Barisan Nasional atau PR ingin mengetahui rasionaliti di sebalik kenyataan itu, molek jika mereka mengunjungi Acit dan bertanya sendiri dengannya.
"Makan apa hari ini?," soal saya.
"Ini, ikan. Ada orang bagi tadi, saya masak. Nasi tidak ada," katanya.
Menurut Acit, sebelum ini dia bekerja di kilang, kini mencari barangan lusuh, sepeti besi terpakai.
"Kalau rajin boleh dapat juga di antara RM20 dan RM30 sehari, kekadang RM6 sahaja. Bolehlah, lagipun  saya masih bujang. Itu di belakang, kebun saya," katanya.
Apapun cerita di sebalik kehidupan Acit, 'istana' dibinanya dipamerkan secara semulajadi kepada masyarakat.
YB ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong mungkin tidak pernah ke lokasi itu kerana agak jauh dari jalan utama.
Jika orang YB sudi mendekati Acit, jelaskan sekali, bagaimanakah kolam mamancing ikan dibenarkan beroperasi di bawah kabel bervoltan tinggi itu. Pada masa sama, papan tanda Tenaga Nasional Berhad dipacakkan di lokasi sama hanya menjadi hiasan rumah pekerja warga asing.

12 di dengkil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di dengkil - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di dengkil</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Mar 2013 03:45 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

{cerita budak jawe}: Percutian <b>di</b> Paya Indah Wetland, <b>Dengkil</b>

Posted: 20 Mar 2013 01:29 AM PDT

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, weekend lepas 16hb dan 17hb Mac 2013, aku bersama sahabat-sahabat aku bermalam di Paya Indah Wetland, Dengkil. Kitorang memang selalu plan buat aktiviti bersama camni supaya dapat rapatkan lagi ukhuwah. Ni merupakan trip pertama selepas percutian makan buah-buahan di Ulu Dong, Raub Pahang.

Walaupun tempat ni lebih kurang 15 minit je dari Putrajaya tapi aku percaya ramai yang tak pernah pergi sini:) Sebenarnya Paya Indah ni di bawah seliaan Jabatan Perhilitan Malaysia.  Luasnya kira-kira 3000 hektar.

Aku tulis kat caption gambar jelah pasni. Info semua aku letak kat situ je. Semua gambar guna kamera handphone je tanpa edit. Boleh klik gambar untuk besarkan :

Alhamdulillah dapatlah kitorang spend masa bersama-sama. Insyaallah ada rezeki nanti kitorang ada rancang camping kat lokasi lain yang lebih best lagi:) Aku sebenarnya dah penat taip ni. Tapi nak bagitau tempat ni memang berbaloi dan dapat eratkan lagi ukhuwah kitorang semua.

Kalau korang cari tempat nak rehat dan tenangkan fikiran di lokasi yang dekat dan murah bolehlah pertimbangkan lokasi ni. Tempat ni kurang pengunjung sebab kurangnya promosi. Ia memang berpotensi nak dijadikan kawasan beriadah bagi penduduk sekitar Lembah Klang.

Selain duduk kat chalet korang boleh berkhemah, berkayak, memancing, buat aktiviti jungle trekking dan lain-lain lagi kat sini. Kalau nak jalan2 petang-petangpun boleh naik basikal. 1 basikal RM5 sejam. Basikal budak-budakpun ada. Bolehlah naik basikal sekeluarga atau pun jogging kat sini. Harap info tu membantu serba sedikit bagi sesiapa yang tak tahu langsung tempat ni. Bercuti tak semestinya perlukan modal besar:)

Wassalam

PENGEDAR SAH SHAKLEE <b>DI DENGKIL</b> BANTING SEPANG KLIA <b>...</b>

Posted: 01 Mar 2013 04:30 PM PST


AlhamduLILLAH, Mac datang lagi dan kini dengan OFFER yang LAGI HEBAT dan MENARIKSS... Inilah promosi bulan ini iaitu SHAKLEE OSTEMATRIX. Apa yang SPECIAL SANGAT Ostematrix ni? Ianya special sebab Ostematrix bukan sekadar kalsium semata-mata, tapi mengandungi Magnesium (yang diibaratkan seperti sebuah 'lori' yang mengangkut kalsium), Vitamin D (untuk memastikan PENYERAPAN Kalsium pada tahap optimum), Boron ( yang bertindak sebagai 'pekerja' yang membina tulang), Mangan, Tembaga dan Zink.

HOT STUFF? Siapa yang cari botol Ostematrix ni?
-ibu menyusu yg nak BOOST susu.... detail disini
-ibu2 menyusu tadi yg belikan utk mak mereka
-para suami yg belikan utk isterinya
-kwn2 sy yg belikan utk parents...
....kesimpulannya mmg best... best kan..  kesannya.. amat mengujakan utk setiap lapisan umur
Siapa yang perlukan Ostematrix ?
1. Ibu yang mengandung, ibu yang menyusukan anaknya.
2. Mereka yg allergy pengambilan bahan2 tenusu seperti susu.
3. Mereka yang selalu mengalami sakit2 kaki, sakit2 sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk2 badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk2 dengan jarum.
4. Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.

5. Sakit kepala yang teruk dan berhari-hari.
6. Mereka yang sedang menjalani fisioterapi.
7. Mereka yang mempunyai masalah rekahan di tumit kaki.
8. Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap kali datang bulan.
9. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah.

________________________________________________________

Apa kata mereka tentang Ostematrix?..Di bawah ini sebahagian testimoni2 ibu menyusu yg dipetik dari FB tertutup ekslusif khusus buat customer kami..





dapatkan Ostematrix pada HARGA OFFER sekarang! Sekiranya berminat. terus berhubung dengan saya, email kepada rafaliah@yahoo.co.uk or sms ke 012-2541296

BLOG SELANGOR: 12 <b>di dengkil</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Mar 2013 03:17 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Azhar Hassan: Bio Velocity <b>di</b> Klinik C&C <b>Dengkil</b>

Posted: 11 Feb 2013 03:38 PM PST

Klinik Cure & Care 1 Malaysia.
Sebelum ni lebih dikenali sebagai Pusat Serenti.
Menjelang tengahari semalam aku sempat ke sini.
Sahabat kepada biz partner aku.
Beberapa hari terlantar sakit.
Terbaring je tak boleh bangun.
Doktor cuma cakap darah tinggi yg melampau.
Tp pada aku lebih dari tu sebab nampak teruk
Tak kisah la apapun yg pasti dia mmg terbaring je tak boleh bangun.
Asal gerak sikit kepala dia rasa pusing.
Kaki & tangan pun tak boleh bergerak sangat.
Syukur la aku bawa stok BV dalam kereta.
Selimutkan dia 30 minit dia kata rasa panas & berpeluh,
Isteri dia yg duk sebelah pun rasa benda yg sama.
Yg mengejutkan tu masa aku nak balik tiba2 dia boleh duduk & salam aku.
Semua macam terpinga2 kat dalam rumah tu.
Alhamdulillah dah nampak perubahan walaupun masih tak boleh berdiri.
Dengan izin Allah semuanya bakal berubah.
Semoga cepat sembuh & mampu bertugas seperti biasa.

Color of Bitt: Paya Indah Wetland, <b>Dengkil</b>

Posted: 28 Feb 2013 10:45 PM PST

Kami berada di Paya Indah Wetlands, Jabatan Perhilitan Dengkil...nak sampai situ memang jauh la...tipsnya...korang kena ikut signboard walaupon orang cakap signboard dia tak berguna...bagi saya...signboard dia betul apa...ikut sampai jumpa signboard tulis "Paya Indah Wetlands" selagi tak jumpa signboard jangan berhenti terus je...jangan pandai-pandai belok kanan atau kiri selagi tak jumpa signboard...haa gituw...kalau dia kata 5km so kira la 5km mesti sampai... ;)

Perjalanan memang jauh masuk kedalam tujuan kami untuk berbasikal...setelah tabb baca komen dibawah :


Dia terus minta saya google...paya indah wetland, walaupon sebelum ni saya pernah dengar dan pernah baca di blog lain...apa-apa pon pintu hati terbuka setelah baca komen dari mizztina...

Tapi bukan la nak harap pukul 7pagi tu...hehehe saja nak tengok tempat lain untuk berbasikal bersama....Sesampai disana, niat ku terpadam kerana panas terik, lepastu lalu untuk berbasikal tak sesuai untuk doubleIS dan kakak tasya....nasib baik ada pelbagai kolam binatang...so banyak aktiviti sebenarnya disana...niat untuk berbasikal tertunda...

Paya Indah Wetlands,
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
KM4, Jalan Dengkil-Banting,
43800 Dengkil, Selangor

Tel: 03-8768 7616 / 03-8768 8726
Faks: 03-8768 8424​ - See more at: http://www.nre.gov.my/Malay/EkoPelancongan/Pages/PayaIndahWetlands.aspx#sthash.eYzLFk2S.dpuf

post signature

12 di tanjung sepat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


Minggu Antidadah SMK <b>Tanjung Sepat</b>, Kuala Langat

Posted: 11 Apr 2013 10:45 PM PDT


Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan terus melaksanakan program pencegahan bersama komuniti supaya impaknya lebih besar kepada masyarakat. 
Bagi memastikan visi membanteras masalah penagihan dadah tercapai, AADK telah melaksanakan pelbagai program secara tersusun dan terancang bersama komuniti yang mana akan memberikan impak tinggi kepada masyarakat.
Baru-baru ini bas pameran AADK  telah diundang ke SMK Tanjung Sepat, Kuala Langat sempena Minggu Antidadah pada 14 Mac 2013. Objektif utama pameran ini adalah untuk menyampaikan maklumat dan kesedaran kepada para pelajar sekolah supaya mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjauhi dadah.
Bas pameran telah diletakkan di perkarangan bangunan SMK Tanjung Sepat bagi memudahkan aktiviti pameran dan lawatan pelajar sekolah. Aktiviti pameran bermula jam 9.00 pagi dan pelajar-pelajar telah membuat lawatan secara giliran mengikut kelas. 
Diharapkan dengan pameran seperti ini para pelajar di peringkat sekolah mendapat pemahaman tentang kesan dadah terhadap kesihatan di samping meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang bahaya dadah.

                            

hidup ini terlalu indah untuk disiakan...

12 di beranang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di beranang - Google Blog Search


OPTIMIST UiTM: JCM @ <b>Beranang</b>

Posted: 17 Feb 2013 09:52 PM PST

Sepanjang cuti semester kali ni, warga OPTIMIST UiTM telah terlibat dengan beberapa lokasi untuk program Jom Check Mata (JCM). Antaranya ialah pada 3 Februari 2013 yang lalu, JCM telah berlangsung dengan jayanya di Klinik Kesihatan Beranang, daerah Hulu Langat. 
Memetik daripada blogger Fatin yang juga merupakan pelajar optometri tahun 2, di situ terdapat empat saringan (kaunter) iaitu saringan refraksi, saringan glaukoma, saringan diabetik retinopati dan saringan katarak. Tetapi pesakit terlebih dahulu dikehendaki mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran. Selepas selesai semua saringan, optometrist yang bertugas akan memberikan konsultasi kepada pesakit.
Sekitar suasana JCM di Klinik Kesihatan Beranang;
Kaunter Visual Acuity Test. (Subjective refraction)
Kaunter Autorefraktometer (Objective refraction)
Kaunter saringan diabetik retinopati.


Kaunter konsultasi oleh Optometrist UiTM

JCM di Klinik Kesihatan Beranang yang berlangsung selama sehari ini telah mendapat sambutan yang baik oleh penduduk sekitar daerah Hulu Langat. Ribuan terima kasih diucapkan buat semua yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program JCM kali ini.  =))

Sekian,

12 di morib - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di morib - Google Blog Search


Berkelah <b>Di</b> Tepian Pantai <b>Morib</b> - Zaila

Posted: 01 Apr 2013 07:19 AM PDT

Assalamualaikum,

Hari ni lewat sikit baru dapat update blog, biaserlah Monday Blues kekdahnya:P

Sabtu yang lepas baru berpeluang bawa budak-budak ni bercuti sempena cuti sekolah. Walaupun pergi dekat-dekat aje tapi yang penting anak-anak happy:) Macam biasalah, hari Sabtu tu kami mulakan percutian dengan pergi berkelah di Pantai Morib. Aku ajak adik ipar aku untuk join sekali & kebetulan abang ipar yang duduk Kuala Selangor pon nak join juga. Pagi tu aku buat nasi kerabu & adik ipar aku bawa ayam untuk bbq.

Kami sampai dalam pukul 11 pagi di Pantai Morib. Alhamdulillah cuaca takderlah panas sangat, yang bestnya angin memang kuat so tak berpeluh sangat walaupun matahari atas kepala. Kami pilih area bawah pokok, siap bawa tikar lagi. Anak-anaklah yang paling happy, sudahler kat situ ada banyak monyet, macam duduk kat Zoo pon ada:P HAHAHA

Tapi kat Pantai Morib ni tak sesuai untuk mandi-manda sebab masa aku datang ni air tengah surut so yang ada lumpur je, kalau nak sentuh air jauh nuuuuun kena berjalan so idokler teman nak berjalan tengah panas tu, kang makin melegam plak tuan hambe ni:P


Tengok muka Husna tu, sukanya diyeeeeee

ni tukang bakar, ada ikan, sotong & ayam!

gambar ni kakak ipar aku yang ambil & tag dalam facebook..Nasib baik mood baby Azzam ok haritu, mungkin sebab angin sepoi-sepoi bahasa..syoknye dia tidur
Sepupu kesukaan anak-anak aku; Fawwaz pon ada walaupun haritu kena demam selsema tapi makan tetap laayaaaannnnn
ada mak datin (kakak ipar akuler tew) tengah posing pegang jagung bakar..Ashraf cakap "tedaaappppp"

ada baby kena buang ke ni? HAHAHA


inilah monyet yang menjadi penghibur kami haritu. Pantang baling bagi makanan semua dia makan. Pandai memilih makanan plak tu. Nampak tak orang tengah baring kat bawah pokok tu? Yang tu sekawan Mat Pakistan (kot) duduk berkelah siap bawak bantal, bakar kebab & minum teh dalam teko yang dipanaskan atas api lagi..memang rileks betul!!
Rumah tu dari kejauhan nampak macam cantik tapi sebenarnya rumah tu terbengkalai & nampak macam menakutkan je. Sayang sebab tak terurus.

Kat tepi pantai ni memang ada banyak disediakan wakaf kayu (macam dalam gambar tu) tapi sayang sebab tak terurus & kotor. Ramai juga famili datang berkelah haritu, ada juga couple budak-budak muda yang duduk lepak-lepak bawah wakaf tu tapi tak lama sebab ada je famili yang lalu-lalang perhatikan mereka..HAHAHA

Kat sini ada juga gerai-gerai makan jual makanan laut. Terliur tengok kerang bakar yang besar-besar tapi aku takde beli pon. Pastu ada juga tempat mainan kanak-kanak, orang jual layang-layang & ada juga go-kart untuk budak-budak. Kalau petang mungkin suasana happening sikit.

Sesekali bawa anak-anak berkelah di sini best juga. Oklah, nanti sambung cerita Gold Coast pula ya..tataaaa

12 di selayang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di selayang - Google Blog Search


TEMUDUGA TERBUKA <b>DI</b> HOSPITAL <b>SELAYANG</b> [22 APRIL 2013 <b>...</b>

Posted: 15 Apr 2013 05:29 AM PDT

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Hospital Selayang.
(a) Jawatan : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI  (SAMBILAN)
(b) Klasifikasi Perkhidmatan : Sokongan Gred N17
(c) Jadual Gaji RM 54.00 ( Bayaran gaji adalah mengikut hari bekerja)
(d) Syarat Lantikan: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki syarat kelayakan berikut:
  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • memiliki Sijil S.P.M sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam 5 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia dan lulus ujian Lisan atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

(e) Keutamaan : Keutamaan diberi kepada mereka yang mendapat kepujian dan Mahir Bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris.
(f) Taraf Jawatan: Sambilan
(g) Deskripsi Tugas: Bertanggungjawab melaksanakan tugas – tugas perkeranian dan operasi (kaunter perdaftaran/bahagian pengurusan)
(h) Borang boleh didapati dari Unit Perkhidmatan, Hospital Selayang : En Mohd. Fais bin Kamaruddin
Tarikh temuduga : 22 April 2013
Masa : 9.00 pagi hingga 2.00 petang

12 di hulu selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Kerana BN Menang <b>Di Hulu Selangor</b> Dan Tenang - Troopers PR <b>...</b>

Posted: 18 Apr 2013 05:32 AM PDT


Penyapu Sial ada keluarkan kenyataan yang berbaur hinaan kepada orang Felda selepas BN menang di Parlimen Hulu Selangor dan DUN Tenang yang lalu. Dikatakan para peneroka Felda di kawasan Tenang memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional.

Namun malangnya mereka dimaki oleh troopers PR ini dan menghina keseluruhan para peneroka yang berada di Malaysia. Kononnya oang Felda tak sedar diri walhal kerana mereka sedar dan ingat jasa Felda, mereka tetap sokong Barisan Nasional yang memperjuangkan hak mereka dari dulu hingga kini.

Lihat apa yang si cacai makan dedak tulis menghina peneroka Felda :


Sudahlah kata para peneroka Felda yang menyokong Barisan Nasional sebagai jahil, fitnah pula UMNO dan Barisan Nasional pasal jual tanah. Ish ish ish..

Inilah dia mentaliti puak pembangkang yang sebenarnya hanya mahukan kuasa. Mereka sanggup maki dan cerca sesiapa yang tidak menyokong mereka di Felda. Bayangkan mereka ini yang mendapat kuasa untuk orang Felda?

Rasanya semua peneroka ada potensi dihalau keluar daripada tanah itu. Ingat mengapa Felda itu penting? Kerana ia selamatkan ramai anak-anak Melayu yang mahu berusaha dalam mendapatkan tanah, rumah dan hasil pertanian.

Felda lahirkan ramai peneroka yang berjaya! Felda juga menjadi tempat yang menjana ekonomi negara dalam beberapa penghasilan pertanian. Felda tempat anak-anak Melayu tidak kira datang daripada mana untuk bersama berbakti kepada tanah.

Hormati mereka. Kerana fitnah dan cercaan itu tidak akan menjadi kudis kepada orang-orang Felda. Maka teruslah menyokong dan mengundi Barisan Nasional.

K7L : Gila ke panggil orang jahil sebab undi?..

12 di sabak bernam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Terkini Penamaan Calon PRU 13 : 2,500 Iringi Calon PR <b>di Sabak</b> <b>...</b>

Posted: 19 Apr 2013 07:40 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]10.50 AM Di SABAK BERNAM, Kira-kira 2,500 penyokong Pakatan Rakyat berarak kira-kira 1.5 kilometer bagi memberikan sokongan kepada calon Parlimen Sabak Bernam, Dr Abdul Aziz Bari (PKR), DUN Sungai Air Tawar, ...
 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved