ads

Jumaat, 21 Jun 2013

12 di semenyih - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di semenyih - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

12 di cheras - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di cheras - Google Blog Search


Saya Pengedar Sah Shaklee <b>di</b> Kawasan Anda (<b>Cheras</b>, Bandar <b>...</b>

Posted: 17 Jun 2013 08:41 AM PDT

Salam semua. Untuk penghantaran sebarang set Shaklee di kawasan Cheras, Bandar Tun Razak, Jalan Tun Razak, Ampang atau kawasan yang sama waktu dengannya, boleh hubungi Ira untuk mendapatkan supplement-supplement anda.

Maklumlah, Shaklee semakin terkenal sebab banyak testimonial yang bagus dan ramai yang berikan feedback yang baik. Jadi, semuanya nak Shaklee cepat sampai di tangan. Jangan risau bagi kawasan yang Ira nyatakan di atas, atau mana-mana kawasan sekalipun (Lembah Klang of course!) Ira boleh COD insyaAllah jika masa mengizinkan.
Bagi kawasan-kawasan lain, boleh refer di sini, pengedar-pengedar Shaklee di sekitar anda. 
Your trusted Shaklee Distributor

Tonton Final Axiata Cup <b>di</b> Stadium Badminton Kuala Lumpur <b>Cheras</b>

Posted: 13 Apr 2013 06:17 PM PDT

Semangat Axiata Cup sudah sampai ke Final. Siapa pergi tonton perlawanan akhir Axiata Cup hari ini? Jumpa anda disana ya..

Ribuan terima kasih kepada Celcom kerana memberi 2 keping tiket yang bernilai RM 33 sekeping kepada saya untuk menyaksikan perlawanan Akhir Piala Axiata pada 14 April 2013 di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras. :)

Voucher Axiata Cup

Dapatkan yang terbaik daripada Piala Axiata dari The Cube! Langganlah wallpaper Axiata Cup dari The Cube dan jawab soalan-soalan mudah berkaitan sukan untuk melayakkan anda memenangi kereta baru Nissan Teana. Selain itu, jika anda terpilih sebagai pemenang harian, anda berpeluang untuk memenangi pek eksklusif badminton bernilai RM 2,000 dan peluang untuk mencabar radio cruiser bermain Gateminton di depan pintu rumah anda. Jika anda dapat mengalahkan cruiser, anda akan memenangi wang tambahan bernilai RM2, 000!

Axiata Nissan Teana

Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Dail *888# dan pilih Axiata Cup 2013 kemudian, pilih "stand to win Nissan Teana". Ingin mengetahui cara-cara untuk memenangi hadiah-hadiah yang lebih hebat? Jom layari http://www.thecube.my

Okaylah sekarang sudah jam 9 pagi. Jumpa anda di Stadium Badminton Kuala Lumpur Cheras.

xoxo!

sign5.png

12 di bukit raja - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bukit raja - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

12 di kuala kubu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala kubu - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

12 di teluk datok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di teluk datok - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

12 di port klang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di port klang - Google Blog Search


Jom Makan Seafood <b>di</b> Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan, <b>Port</b> <b>...</b>

Posted: 01 Jun 2013 07:36 PM PDT

Semalam, kami sekeluarga pi ke Port Klang untuk menikmati makanan laut di Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan.
Nak tahu lebih lanjut boleh le call 03-3176 6929 or 3176 6001. Waktu ditutup adalah sehingga pukul 3 pagi hari minggu dan dibuka pukul 5.30pm.
Ni alamat lengkap ya, di Jalan Sultan Hishamuddin, Kawasan 20, Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang, Selangor. 
Memang besar betul tempat ni, entah berapa ratus boleh muat, rasanya paling kurang 300 ratus.
Pilihlah tempat duduk yang sesuai ya.
Ni senarai harga makanan. Harga untuk yang dimasak dan dibakar adalah berbeza.
Pilihlah makanan laut yang nak ya.
Udang, sotong, ketam dan macam-macam lagi.
Kalau pepahat dan lala, ianya dijual dalam betuk pek. Bagi lala, ianya RM25 sekilo bagi yang dah siap dimasak.
Penggemar ikan jangan risau, mesti ada, sebut tu tempat ni menggunakan nama ikan bakar.
Lepas pilih then timbang, kita diberi benda alah ni, then bawa ke tempat duduk kita then panggil le pekerja untuk order benda lain.
Danish dan Afiqah asyik tengok apa yang nak dipesan.
Sate, buah, tauhu bakar, aiskrim ada kat sini.
Ni le ikan jenanah masak sweet sour yang kami pesan. Saiz kecil ni RM18, sesuai le untuk saya ngan wife makan. Secara keseluruhan ikan ni, just OK, tak nak bagi pandangan banyak dan ratingnya 7.0 out of 10.
Sotong ni, murah aja, RM7.50. Ianya sedikit liat dan tepungnya memang garing. Oleh itu, saya bagi 6.7 out of 10.
Lala @RM25 ni dimasak merah dan for me tak berapa segar sangat. Actually makanan laut ni tak sesegar kat Aroma Ikan Bakar. Yang ni saya bagi rating 6.3 out of 10.
Banana split untuk anak-anak boleh tahan juga. Harganya pun berpatutan @RM5.50.
Ingat ya kat sini tak disediakan tisu yang biasa kita dapat kat tempat lain, diaorang "bagi" tisu basah yang dikenakan caj sebanyak 30 sen satu paket ni. Dalam ni ada satu helai aja. So untuk 4 orang, RM1.20 dikenakan.
Bil keseluruhan adalah RM72.60. Bagi saya harganya berpatutan dan suasana kat sini memang cantik. Maklumlah tepi pantai. Tak sempat nak ambil gambar kapak besar. Anyway untuk pemandangan sunset, saya akan share dalam entri akan datang ya. (update: Cantik betul tengok sunset).
Kalau datang awal mudah gak nak parking tepi-tepi jalan ni. Tapi after maghrib, memang ramai betul.
Parking jangan tak parking ya.
Untuk solat, jangan risau, surau disediakan.

 Ni le sekeping gambar yang diambil di tepi laut. Itu le tisu basah yang saya maksudkan tadi, dipegang oleh Afiqah.

12 di salak tinggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di salak tinggi - Google Blog Search


Bandar Baru <b>Salak Tinggi</b> • View topic - Vacancy at AVON <b>SALAK</b> <b>...</b>

Posted: 04 Jun 2013 12:00 AM PDT

Salam Semua,

Maaf tak dapat reply pada PM sebab saya masih orang baru dalam forum ini,

Kedai Avon Salak Tinggi akan mula beroperasi semula pada 14 Jun 2013 (Jumaat);

Hari Operasi: Isnin - Sabtu dan hari-hari terpilih pada hari Ahad
Waktu: 10.00 pagi hingga 7 petang
Alamat:
AVON
No 5A, Jalan ST1C/6, Medan 88,
Bandar Baru Salak Tinggi
(belakang Maybank / berhadapan Empress Hotel).
Tel: 87066330
Kami memohon ribuan maaf kerana dalam masa yang sama, AVON Salak Tinggi sedang mengadakan proses naik taraf dan ubah suai kepada warna baru-magenta -pink. Demi keselesaan pelanggan semua, segala kesulitan harap di maafkan.

Dalam masa yang sama kami masih mengadakan process recruitment untuk menambah pekerja di kedai kami.

Sekian, jumpa anda di sana - Avon Salak Tinggi
Maserra

12 di kuala selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Cantik Betul Kelip-Kelip <b>di</b> Kampung Kuantan, <b>Kuala Selangor</b>

Posted: 26 May 2013 04:56 PM PDT

Semasa pi makan kat Aroma Ikan Bakar, Kuala Selangor baru-baru ini, sempat singgah di Kampung Kuantan untuk melihat kelip-kelip.
Bacalah sedikit sebanyak mengenai kelip-kelip ya. Memang unik betul serangga ni yang mana ianya mengeluarkan cahaya pada waktu malam. Lagi gelap lagi bagus. Kalau tengah malam lagi jelas kita boleh nampak cahayanya.
Nak tengok kelip-kelip ni kena naik sampan. Satu sampan bayaran sebanyak RM50 dikenakan bagi 4 orang. 
Perjalanan lebih kurang 15-20 minit. 
Jaket keselamatan disediakan. Pakai jangan tak pakai ya.
Beginilah situasi pengayuh sampan. Memang bukan senang kerja macam ni. By the way, mengikut pengayuh sampan yang membawa kami, RM20 diberikan kepada mereka bagi satu trip. Dalam sehari dapatlah 3-6 trip.
Lebih kurang 30 pengayuh sampan ada kat Kampung Kuantan ni.
Inilah "jeti" yang membawa kita pergi tengok kelip-kelip. 
Kelip-kelip akan hinggap kat pokok ni dan menghisap nektar dalam daun ni. 
Nampak tak kelip-kelip? Ni saya ambil menggunakan kamera telefon samsung Galaxy Ace.
Actually dalam bulatan tu kelip-kelip yang berada kat pokok. Bila tengok ianya semacam pkok krismas yang ada lampu. Memang sungguh cantik dan menarik. Ingat ya, kalau nak ambil gambar jangan guna flash, kalau tak memang tak nampak sebab kelip-kelip tu kan mengeluarkan cahaya.
Setelah hampir 20 minit tamatlah perjalanan kita untuk melihat kelip-kelip. Walaupun tambang RM50 dikenakan, ianya satu pengalaman yang sukar dilupakan dan my daughter cakap, ianya sangat best.

Kalau tak silap, kelip-kelip ni boleh didapati di tiga negara iaitu Malaysia, Brazil dan New Zealand. Hmmm, by the way, masa kanak-kanak dulu saya pernah tengok kelip-kelip kat kampung.

Kalau pi tengok kelip-kelip kat Kampung Kuantan, Kuala Selangor ni, sentuh boleh tapi jangan bawa balik rumah ya, kan tak dapat generasi akan datang untuk tengok dan anda mungkin didenda sebanyak RM1,000.

Sebelum balik, sempat anak-anak bergambardi hadapan pintu masuk.
Ada juga cenderahati dijual di sini berupa magnet peti sejuk dan juga keychain. Baju pun ada dijual di sini. So begitulah sedikit sebanyak cerita mengenai pengalaman tengok kelip-kelip di Kampung Kuantan, Kuala Selangor.

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Apr 2013 07:41 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Feb 2013 07:24 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Senarai dan Lokasi Perangkap Laju / Speedtrap | Isu Halal Terkini

Posted: 14 Aug 2012 12:24 AM PDT

Automated Enforcement System (AES): Berhati-hati,beratus kamera akan menjadi "mata" anggota polis sebaik anda memulakan perjalanan.

Aidilfitri datang lagi,semua perantau akan pulang beraya di kampung masing-masing.Elakkan tragedi,pandu berhati-hati,bila mengantuk berhenti.Jangan pandu laju-laju,ingat orang tersayang,ingat jugak saman…kah!kah!kah!

Sebagai panduan,berikut adalah senarai lokasi pemasangan sistem baru perangkap hadlaju yang telah dipasang oleh pihak PDRM:

PLUS Arah Utara

■ Di bawah jambatan di 456km, Sg Buloh simpang.
■ Di bawah jambatan di 459km, Bukit Lanjan interchange.
■ Di bawah restoran overhed di Sg Buloh.
■ Di bawah jambatan terakhir sebelum tol Sg Besi pada 309.2km.
■ Di bawah jambatan di 296.5km, Bangi persimpangan.
■ Di bawah jambatan baru dibina di 289.0km, selepas simpang Utara Penilaian.
■ Di bawah jambatan di 286.5km, Penilaian Utara simpang.

PLUS Arah Selatan

■ Di bawah papan tanda di 454.6km dan 455.2km, Sg Buloh layby.
■ Di bawah jambatan selepas Subang persimpangan di 11.3km.
■ Di bawah jambatan di 22km, Bukit Lanjan simpang.
■ Di bawah jambatan sebelum Mint hotel, Sg Besi Tol. 80km / h sahaja!
■ Di bawah jambatan di 302.8km, Kajang simpang.
■ Mengenai 1km selatan persimpangan Bangi, kedua-dua selatan dan utara terikat luar lorong
■ Pada 296.5km dan 297km, Bangi simpang.
■ Di bawah jambatan yang baru dibina di 289.0km, sebelum simpang Utara Penilaian.
■ Pada 285.5km dan 285.8km, Penilaian Utara simpang.
■ Pada pembahagi pusat di 251.8km dan 253km selepas Senawang simpang.
■ Selepas simpang Alor Gajah di 213.9km, bersebelahan dengan taman tema air.
■ Di sebalik halangan nahas tangan kanan di 198.4km.

Lebuhraya Elite Perhubungan Timur Tengah / Utara

■ Pada sebelah kiri di 4.8km selepas Batu Tiga / Shah Alam keluar
■ Di bawah restoran overhed di persimpangan USJ / Hicom kira-kira 8.5km. 90km / h zone!
■ Di bawah jambatan sebelum simpang USJ / Hicom di 10.5km.

Lebuhraya Elite Perhubungan Barat Tengah / Selatan

■ Di bawah restoran overhed di persimpangan USJ / Hicom kira-kira 8.5km. 90km / h zone!
■ Di bawah jambatan sebelum simpang USJ / Hicom di 10.5km.
■ Selepas keluar dari tol KLIA ke lapangan terbang, di bawah Jalan Pekeliling flyover.90km. / H

NKVE Arah Timur / Utara

■ 300m sebelum tol Jalan Duta, 60km / h!
■ Di sebalik penghadang jalan di sebelah kiri apabila pergi ke arah tol Jalan Duta, di 24.9km, 80km / h!
■ Di bawah jambatan di Damansara Junction, 17.5km

NKVE Arah Barat / Selatan

■ Di sebalik penghadang jalan di sebelah kiri apabila keluar dari tol Jalan Duta dari KL, pada 25.3km dan 25.7km, 80km / h!
■ Dari Jln Duta, di bawah jambatan, 23km, 80km / h zone!
■ Daripada Jln Duta, di laluan bawah tanah di Sungai Buloh Y-persimpangan, 22km.
■ Di sebalik halangan kemalangan di Damansara Junction, 17.7km dan 16.8km
■ Di bawah jambatan keretapi di 11.2km
■ Di bawah jambatan di persimpangan Shah Alam.

Lebuhraya Kesas Timur

■ Di bawah jambatan di 44.8km, menuruni bukit yang berjalan selepas Puchong simpang.
■ Kesas West Bound
■ Pada sebelah Sg Besi Tol Timur Bound. Bandaraya Kuala Lumpur
■ Jalan Duta; di bawah jejambat di persimpangan Damansara, 70km / h zone.

Lebuhraya Kesas – Klang

■ jalan Dwi antara Klang dan Pelabuhan Klang. Ke Arah Klang arahan, pada kira-kira 13 km batu batu. 70km / h sahaja!

Leburaya Pantai Timur

■ Timur berjilid, menuruni bukit selepas Raub persimpangan.
■ Maran, 60km / h zone.
■ Paya Marang, 70km / h zone.

Kawasan Negeri Johor Arah Selatan

■ persimpangan Tangkak.
■ Di bawah jambatan selepas Yong Peng
■ simpang Utara di 97.3km.
■ Ayer Hitam simpang.
■ simpang Sedenak.

Jalanraya Sekitar Utara  Malaysia  - Arah Utara

■ Around Ayer Hitam in 60km / h zone.
■ Sebelum Perwaja Steel.
■ Sg Petani persimpangan.
■ Antara persimpangan Seberang Jaya dan Tol Sg Dua.
■ Jambatan Pulau Pinang di pulau end.Speed  ​​menghadkan 80km / j.

Jalanraya Sekitar Utara  Malaysia  - Arah Selatan

■ Jambatan Pulau Pinang Pulau akhir. Had laju 80km / h.
■ Mengenai 2km sebelum had Juru Tol Speed  ​​90km / h

Kawasan Perak Jalanraya Arah Utara

■ Di bawah jambatan di 197.1km dan 198.8km, selepas Kamunting Junction.
■ Di bawah jambatan di 204.3km, selepas Kamunting Junction.
■ Di bawah jambatan di 208km, sebelum Kamunting Junction.
■ Di bawah jambatan di 214.8km, sebelum Kamuntingjunction.
■ Ipoh Point Vista pada kira-kira 263km. Had laju 80km / h.
■ Di bawah jambatan di 271km, Ipoh North Junction.
■ Di bawah jambatan di 274.4km, Ipoh South Junction.
■ Di bawah jambatan di 286.9km, Simpang Pulai Junction.
■ Di bawah jambatan di Persimpangan 296km, Gopeng.
■ Di bawah jambatan di 352.6km, selepas Simpang Sungkai.
■ Di bawah jambatan di 353km, Sungkai Junction.
■ Di bawah jambatan di 373km, Sungai Junction Slim.

Kawasan Perak Arah Selatan

■ Di bawah jambatan di 199km, sebelum Kamunting simpang.
■ Di bawah jambatan di 241.9km, di persimpangan Kuala Kangsar.
■ Di bawah tiang isyarat di 296.1km, sebelum Gopeng Junction.
■ Di bawah jambatan di 297km, Gopeng Junction.
■ Di bawah jambatan di 300km, selepas persimpangan Gopeng.
■ Di bawah jambatan di 308.6km, selepas persimpangan Gopeng.
■ Di bawah jambatan di 372.6km, di simpang  Slim   River .

Berhati-hati ketika memandu, semoga anda semua selamat sampai ke destinasi.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Abd. Rahman

http://www.halalscience.com

12 di batang kali - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di batang kali - Google Blog Search


Pembunuhan <b>Batang Kali</b> - ABN News | Eng - ABNxcess

Posted: 18 Jun 2013 08:00 AM PDT

KUALA LUMPUR – Sejumlah 10,000 poskad yang ditandatangani rakyat Malaysia bagi menuntut Kerajaan Britain memohon maaf secara terbuka berhubung pembunuhan 24 penduduk kampung secara salah oleh tentera British di Batang Kali pada 1948, diserah kepada Suruhanjaya Tinggi Britain di sini hari ini.

Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Simon Featherstone menerima poskad itu daripada pengerusi Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), Tan Yew Sing dan penyelaras Jawatankuasa Bertindak Bagi Mengutuk Pembunuhan Beramai-ramai Di Batang Kali, Quek Ngee Meng.

Projek poskad anjuran dua badan bukan kerajaan itu, yang bermula Disember lepas, bertujuan mewujudkan kesedaran rakyat negara ini tentang kedudukan kerajaan Britain dalam perkara berkenaan, di samping untuk mengajak rakyat Malaysia menyuarakan keprihatinan mereka melalui kempen tanda tangan itu.

Peristiwa malang itu berlaku pada 12 Disember 1948 ketika tentera British melancarkan operasi terhadap pengganas komunis setelah berkahirnya perang Dunia Kedua.

Menurut dakwaan, Platun Ketujuh G Kompeni, Scots Guards Kedua, telah mengepung sebuah ladang getah di Sungai Rimoh dan menembak mati 24 penduduk kampung, sebelum membakar kampung berkenaan.

Pada Januari 2009, Pejabat Luar Britain menolak seruan agar satu siasatan diadakan, tetapi tiga bulan kemudian, kerajaan negara itu dilaporkan menimbang semula keputusan itu.

Pada September 2012, Mahkamah Tinggi London mengekalkan keputusan kerajaan Britain untuk tidak mengadakan siasatan awam terhadap pembunuhan 24 orang awam yang berlaku di Batang Kali lebih 60 tahun lepas.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Tan berkata Featherstone menyuarakan simpati beliau terhadap mereka yang menjadi mangsa dalam pembunuhan beramai-ramai itu dan berjanji akan menyampaikan keprihatinan rakyat Malaysia berhubung kejadian berkenaan kepada kerajaannya.

"Kami (anggota jawatankuasa) kagum dengan usaha beliau dan kami bersikap serius serta memandang berat tentang isu ini kerana keadilan perlu ditegakkan demi memelihara dan meningkatkan hubungan baik antara kedua-dua negara pada masa akan datang.

"Kami berharap kerajaan Britain akan menutup bab ini dengan membuat permohonan maaf secara terbuka serta membayar pampasan kepada keluarga terbabit dan mereka perlu bersedia untuk membincangkan serta menyelesaikan perkara ini di luar mahkamah," katanya.

Sementara itu, seorang anggota keluarga mangsa dikenali sebagai Lim Kok berkata permohonan maaf itu sekurang-kurangnya akan dapat membantu meredakan kesengsaraan yang dirasainya hingga kini apabila bapanya, Lim Tian Swee, dibunuh dalam kejadian itu.

"Saya amat berharap kerajaan Britain akan membuat permohonan maaf secara ikhlas kepada kami berhubung perkara ini dan membayar pampasan bagi segala penderitaan yang kami tanggung selama ini" katanya. – Bernama

12 di jeram - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di jeram - Google Blog Search


Memang Superb Ikan Bakar <b>di</b> Aroma Ikan Bakar, <b>Jeram</b> Kuala <b>...</b>

Posted: 25 May 2013 08:52 PM PDT

Semalam kami sekeluarga pi makan kat Aroma Ikan Bakar yang bertempat di Pantai Jeram, Kuala Selangor. Anyway from Wangsa Maju ianya memakan masa lebih kurang 1 jam menggunakan Latar Expressway. Ada le 3 tol yang mana setiap tol adalah RM2 so kesemuanya pergi balik RM12.
By the way nak sampai sini lebih kurang 72km yang mana 30km adalah expressway.
Kat Aroma Ikan Bakar ni ianya dibuka seawal pukul 12 tgh bagi hari Sabtu dan Ahad manakala hari biasa from kul 3 petang.
Parking jangan risau banyak tempat disediakan. Kalau tak cukup bolehlah parking tepi jalan ya.
Ni le meja kami, laman 2. 
Mula-mula nak dok kat saung yang mana ianya berdekatan dengan pantai tapi dah penuh. Anyway kalau dok kat sini kena caj extra RM10.
Nak makan kat bamboo pun penuh juga walaupun kat sini cajnya adalah RM20. Yang ni lagi dekat dengan pantai.
Beginilah rupa teratak bamboo. Kalau nak tengok matahari terbenam memang sesuai sangat le.
 Cantik betul kawasan ni.
Sempat rakam matahari terbenam. Memang sungguh cantik.
Since dah penuh bolehlah dok kat meja ni ya. Banyak meja yang ada. Tapi memandangkan waktu cuti sekolah dan juga hari minggu memang penuh gak. Nasib baik kami sampai lebih kurang kul 6.30 petang so adalah tempat dduduk.
Dok kat sini pun OK juga dekat ngan pantai ya.
Dah dapat meja apa lagi, beraturlah untuk pilih ikan or seafood lain yang kita nak.
Ni le senarai harga. Hmmm, ingat nak makan pepahat tapi ianya dijual dalam pek berharga RM50 untuk satu paket. Kalau setakat makan dua orang memang banyak le sangat.
Macam-macam jenis ikan ada kat sini. Ketam pun sodap. Ketam kat sini berharga RM45 sekilo. Kalau kat Umbai, Melaka ianya berharga RM32 sekilo. Bagan Lalang pula RM55. Langkawi pun RM55. Port Dickson pun RM55.
Pilihlah ya, memang sungguh segar.
Ni le pepahat dalam paket.
Udang dan sotong pun sodap.
Ni le menu kami. Ketam masak cili sebanyak 2 ekor. Rasanya memang sedap, tak berapa pedas dan kuahnya membuatkan kami rasa nak datang lagi. Rating untuk ketam ni saya bagi 8.4 out of 10.
Ikan bakar cencaru dan kembung tidak mengecewakan. Ianya dibakar dengan sempurna dan ladanya memang perfect. Lebih suka makan ikan cencaru memandangkan ikan kembung ni jenis yang lembut. Yang sedap lagi ikan bakar ni adalah sambal lada dan kicap. Memang sangat sempurna hidangan ini. Ratingnya adalah 8.7 out of 10.
Sotong kami ambil seekor yang sedang. Walaupun ianya tak begitu crispy tapi isinya tak liat membuatkan sedap dimakan. Hidangan yang wajib jika saya pi makan seafood. Sosnya pun sodap dan banyak. Rating saya bagi 8.0 out of 10.
Ni sup untuk Afiqah, ianya tak begitu pekat tapi Afiqah memang suka. sampaikan hirup kuahnya. Rating untuk sup ayam ni adalah 7.6 out of 10.
Semua sekali adalah RM46.60 termasuk air kelapa, air teh o, air teh o ais dan juga air milo. Nasi kami ambil 3 memandangkan Danish makan benda lain. Harganya adalah berpatutan.
Tempat solat juga disediakan bagi memudahkan pelanggan mengerjakan ibadat.
So bagi peminat ikan bakar ataupun makanan laut, jangan lupa terjah di Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram, Kuala Selangor. Boleh call 019-208 4452 atau 017-316 3117 untuk tempahan atau maklumat lanjut ya.

Boleh baca pandanagn rakan-rakan blogger mengenai Aroma Ikan Bakar:

12 di puchong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di puchong - Google Blog Search


PEMBEKAM WANITA <b>DI PUCHONG</b> SELANGOR ~ Bekam <b>...</b>

Posted: 12 Jun 2013 04:03 PM PDT

ASSALAMUALAIKUM WAROHMATULLAH....

BAGI KAUM WANITA YANG INGIN MENDAPATKAN RAWATAN BEKAM DI AREA PUCHONG BOLEHLAH MENGHUBUNGI PUAN HASNAH DI NO. 019-6054686.
ALAMAT BELIAU DI F1-2-20 JALAN PERMAI 2/2, TAMAN PUCHONG PERMAI SELANGOR. (boleh cari lokasi kat google map yer).

WAKTU PERKHIDMATAN : 9 PAGI - 10 MALAM
BUKA SETIAP HARI KECUALI HARI RABU TUTUP.
KHUSUS UNTUK WANITA SAHAJA.
SILA BUAT TEMUJANJI AWAL.

Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT".

12 di sungai buloh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai buloh - Google Blog Search


FOTO : PERHIMPUNAN HARAM <b>DI</b> PENJARA <b>SUNGAI BULOH</b> <b>...</b>

Posted: 29 May 2013 10:39 PM PDT

Sebelum ini MiM telah menulis satu entri tentang Hishamuddin Aris serah diri dan Safwan Awang masuk Penjara Sungai Buloh : BACA SINI


Di antaranya :
Tetapi Safwan Anang menolak diikat jamin dan dibawa ke penjara Sungai Buloh untuk proses penahanan. Beliau tolak ikat jamin kerana kononnya tanda protes. Stupid! 
Kita tunggu dan lihat sama ada ada penyokong-penyokong Pakatan Pembangkang beragama Islam akan ikut serta aktiviti syirik candlelight vigil di hadapan Sungai Buloh seperti yang berlaku sebelum ini.
Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil. Muzakarah telah memutuskan bahawa: 
1. Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam. 
2. Umat Islam dilarang menyertai aktiviti candlelight vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam. 
Sila baca seterusnya : KLIK SINI 
MiM mencadangkan agar ada pihak yang dapat hadir ke perhimpunan itu dan mengambil sebanyak foto orang-orang Islam pro-pembangkang yang masih degil turut serta aktiviti candlelight vigil, jika ada. seterusnya
Dan memang benar ada perhimpunan kecil yang tidak signifikan langsung berkumpul di depan Penjara Sungai Buloh. Tetapi syukur Alhamdulillah kerana daripada foto-foto yang disiarkan, MiM tidak nampak ada lagi upacara syirik candlelight vigil seperti yang diagung-agungkan oleh Pakatan pembangkang termasuk pemimpin-pemimpin beragama Islam.
Atau MiM terlepas pandang dan pembaca sekalian boleh kongsi bersama jika Pakatan pembangkang masih dengan candlelight vigil mereka?

Jika sah tidak ada upacara syirik itu, ianya menunjukkan mereka telah sedar dengan saranan kita tentang fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang melarang umat Islam menyertai candlelight vigil.

Dan jika mereka mendengar kata, apa kata jika mereka juga mendengar saranan kita supaya tidak lagi terjebak dengan perhimpunan haram Blackout505 yang sia-sia dan bermotifkan 'Anwar Spring' sahaja.

12 di sungai panjang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai panjang - Google Blog Search


Mangsa serangan buaya trauma pulang ke rumah <b>panjang</b> <b>...</b>

Posted: 15 Jun 2013 09:57 AM PDT

Posted on June 16, 2013, Sunday

TRAUMA: Willie yang mengalami kecederaan di paha (sisipan) terlantar di Hospital Bintulu sejak 1 Jun lalu selepas diserang buaya di Sungai Tatau.

BINTULU: Kejadian dibaham buaya yang hampir meragut nyawa tidak akan dilupakan seumur hidup bahkan meninggalkan kesan trauma mendalam ke atas seorang wanita dari sebuah rumah panjang di Sungai Tatau pada 31 Mei lalu.

Willie Guran, 33, dari Rumah Guran Tanjung Melintang, Nanga Separai Sungai Tatau merupakan mangsa serangan buaya berdekatan rumah panjangnya sebelum perayaan Hari Gawai Dayak lalu.

"Kejadian antara jam 1 dan 2 petang, 31 Mei lalu tidak akan saya lupakan. Kini saya berasa amat takut dan gementar untuk pulang ke rumah panjang," katanya semasa ditemui di Wad Ortopedik Wanita Hospital Bintulu, semalam.

Beliau yang mempunyai tiga anak berumur lima hingga 12 tahun menceritakan detik-detik cemas, bagaimana buaya menyerang dan membaham paha kanannya dalam peristiwa yang pertama berlaku sejak lebih 20 tahun mendiami kawasan itu.

"Saya ke sungai untuk membuang air besar di sebuah 'jelatung' berdekatan rumah panjang saya. Selesai membuang air besar dan hendak memakai seluar, tiba-tiba seekor buaya dengan pantas menggigit saya dari belakang lalu menarik saya ke dalam air di bawah 'jelatung.'

"Saya jatuh ke dalam sungai itu, namun sempat memegang tali yang mengikat 'jelatung.' Begitupun, buaya berukuran 10 kaki itu bertindak membaham paha kanan saya sehingga menyebabkan daging paha saya terkoyak.

"Saya bergelut antara hidup dan mati melawan buaya itu hampir lima minit serta berusaha melepaskan diri. Akhirnya buaya itu melepaskan gigitan dan cengkaman mulutnya tetapi paha saya terkoyak.

"Adik saya, Sipea, 17, yang berada di atas rumah mendengar bunyi sesuatu jatuh dalam sungai dan terkejut apabila mendapati saya sedang dibaham buaya. Dalam jarak 10 meter dari rumah, adik saya pantas berlari ke arah saya untuk membantu mengangkat saya ke atas 'jelatung.'

"Pada masa itu, saya tidak berasa sakit bahkan mampu berjalan meminta tolong daripada ibu bapa saya yang berada di rumah, manakala adik saya memanggil suami saya yang berada di rumah lain memandangkan sambutan Hari Gawai hendak diadakan pada keesokannya," jelasnya.

Willie berkata, beliau tidak menjangka buaya menyerang manusia memandangkan mereka telah mendiami kawasan Sungai Tatau itu lebih daripada 20 tahun.

"Gigitan buaya itu sangat kuat sehingga menyebabkan saya hampir lemas dan tenggelam di dasar sungai. Lebih kurang lima minit saya bergelut untuk menyelamatkan nyawa melawan reptilia itu yang cuba menarik saya ke dasar sungai, mujur ada tali pada 'jelatung' untuk saya berpaut.

"Dua kali saya terlepas pautan pada tali 'jelatung' dan pegangan kali kedua saya kukuh sehingga menyebabkan buaya itu hanya berupaya mengoyak daging paha saya sekali gus melepaskan saya.

"Saya amat bersyukur dan lega kerana masih hidup dan selamat dalam kejadian ini," katanya.

Menurutnya, ibu bapanya amat terkejut apabila melihat keadaan beliau tidak bermaya di tangga rumah panjang dan mula berasa kesakitan daripada gigitan buaya itu.

"Selepas itu, adik memanggil abang saya, Muyong Guran, 40, lalu membawa saya dengan ditemani suami saya, Suata Nuin, 43, ke Pekan Tatau dan seterusnya ke Klinik Kesihatan Tatau sekitar jam 2 petang.

"Semasa saya dibawa dengan bot panjang, buaya yang membaham saya masih berlegar-legar di sungai itu, bahkan merenung saya.

"Saya tidak pasti mengapa buaya itu merenung saya, mungkin masih dapat menghidu bau darah dari paha saya. Saya tidak pasti mengapa buaya itu bertindak menyerang manusia atau kemungkinan kehabisan makanan," jelasnya.

Menurutnya lagi, selepas tiba di Klinik Kesihatan Tatau, dia dibawa dengan ambulans ke Unit Kecemasan Hospital Bintulu dan menerima beberapa jahitan pada paha yang dibaham buaya dan jari kaki kirinya yang tercedera terkena kayu.

"Kini, saya berasa sangat trauma dan takut untuk pulang ke rumah panjang saya," katanya sambil menambah dia membuang air besar di sungai pada waktu itu kerana ketiadaan air di rumah panjang, malah kawasan itu tidak menerima bekalan air bersih.

"Tandas memang ada di rumah, tetapi kami tidak mempunyai bekalan air paip bersih, jadi terpaksa mengharapkan sungai untuk mandi, membasuh kain malah membuang air besar, Namun, risikonya kami perlu berdepan dengan buaya," katanya.

Rumah Guran Lanyau yang terletak kira-kira 800 meter dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Annau hanya menggunakan kemudahan jana kuasa dan bergantung kepada hujan sebagai bekalan air mereka.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

12 di sijangkang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sijangkang - Google Blog Search


kiai haji husain haji abbas pengasas pondok <b>di sijangkang</b>

Posted: 07 May 2013 06:46 PM PDT

Susunan oleh Mohd Zulhairie

Dikenali sebagai Kiai Haji Husain bin Haji Abbas @ Abdullah Kafi bin Qaribun, adakalanya beliau dipanggil dengan nama jolokan (kunyah) 'Abu Bakar' di awal namanya. Hal ini kerana anak sulungnya adalah seorang perempuan, sebagaimana adat kebiasaan di kalangan orang-orang Arab, dan ada juga dipanggil dengan gelaran 'al-sijankani' di hujung namanya sebagai nasab kepada kampung Sijangkang.

Beliau  dilahirkan antara tahun 1918 atau 1919, tidak dapat dipastikan tarikh sebenar kerana salasilah keturunan beliau tidak dapat dipastikan dengan jelas, kerana beliau tidak suka menceritakan tentang nasab atau asal-usul keturunannya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1981.

Namun diriwayatkan bahawa makam datuknya iaitu Kiai Qaribun yang terletak di Yogjakarta, Indonesia adalah di kawasan perkuburan orang-orang besar dan kuburnya agak berlainan dengan kubur orang biasa kerana lebih besar dan mempunyai ukiran-ukiran yang indah.

Sejak kecil lagi beliau sudah didik dengan Ilmu agama, dan antara guru terawal beliau ialah bapanya. Sebelum mengembara ke tanah jawa untuk menambahkan lagi ilmu beliau. Di Tanah Jawa, beliau belajar di beberapa buah pondok, antaranya Pesantren Lirboyo, Kota Kediri.

Di pesantren tersebut, beliau berguru dengan seorang guru yang bernama Kiai Haji Abdul Karim (1856-1954) iaitu pengasas pondok berkenaan, serta para penggantinya iaitu Kiai Haji Marzuqi Dahlan (1906-1975) dan Kiai Haji Mahrus Ali (1907-1985).

Beliau juga pernah belajar di beberapa Pesantren lain, antaranya Pesantren Termas dan Pesantren Tebuireng dan Pesantren Krapyak, Yogjakarta. Pesantren Krapyak atau Pesantren al-Munawwir diasaskan oleh Kiai Haji M. Moenawwir (1942) yang terkenal sebagai pakar al-Qur'an dan qiraat. Di pondok tersebut juga Kiai Husain tekun mempelajari al-Quran dengan gurunya Kiai Moenawwir dan menghayatinya sehinggalah beliau berjaya menghafaz keseluruhan 30 juzuk al-Quran serta menguasai seni qiraat.

Kecintaan beliau yang begitu tinggi terhadap ilmu agama dan rasa tanggungjawab beliau terhadap agama, menyebabkan Kiai Husain membuka sebuah pondok pengajian sekitar tahun 1944. Pondok yang didirikan tersebut dikenali sebagai 'Pondok Kiai Haji Husain Sijangkang' atau disebut di kalangan masyarakat Jawa sebagai 'Pondok Kiai Kusin'.

Di awal pembukaan Pondok tersebut, beliau mendapat galakan daripada penduduk di sekitar Sijangkang. Malah pondok ini juga disebut sebagai 'Asrama Haji Husain' dan 'Ma'ahad al-Talabah al-'Abbasiyah'.

Sistem pembelajaran adalah sama seperti sistem pondok-pondok lain di Malaysia, iaitu tiada peperiksaan, tiada kelas tambahan dan tiada sijil dikeluarkan.

Ini kerana objektif penubuhannya adalah untuk melahirkan pelajar yang alim dan mahir dalam bahasa Arab, dengan harapan mereka dapat memimpin masyarakat setempatnya apabila pulang ke kampong masing-masing.

Sebagai pengasas pondok tersebut, maka beliau adalah ketua dalam segala hal. Disebabkan itu segala kitab yang dibaca, disiplin dan perkara yang berkaitan pondok ditentukan sendiri oleh Kiai Hussin.

Pada umumnya kitab yang dibaca dapat dibahagikan kepada dua. Pertama kitab bagi pelajar baru dan kedua bagi pelajar-pelajar lama. Di antara kitab-kitab yang pernah dibaca golongan pertama ialah Matn al-Jurumiyyah (Nahu), Matn al-Taqrib (Fiqh), Matn al-Safinah (Fiqh), Matn Sullam al-Tawfiq (Fiqh), Matn Bina' (Sorof), Matn al-Arba'in (Hadis), Matn al-'Izzi (sharaf) dan Muqaddam.

Berikut pula adalah kitab-kitab yang dibaca bagi gologan kedua, iaitu:

Kitab-kitab Nahu, iaitu: Nizam al-'Umriti, Matn al-Fiyyah, Mutammimah, Syarh Ibn 'Aqil dan lain-lain lagi.

Kitab-kitab Fiqh, iaitu: Syarh al-Bajuri, Fath al-Mu'in, I'anah al-Talibin, al-Iqna', Nihayah al-Zain, Fath al-Wahhab dan lain-lain lagi.

Kitab-kitab tafsir, iaitu: Tafsir al-Jalalain, Tafsir al-Munir dan kitab-kitab tafsir lain.

Kitab-kitab sharaf, iaitu: Matn al-Bina', Matn al-Izzi, Matn al-Maqsud dan lain-lain lagi.

Kitab-kitab Hadis, iaitu: Matn al-Arba'in, Mukhtasar Ibn Abi Jumrah, Hadith Bukhari, Hadith Muslim, Mustalah al-Hadith dan lain-lain lagi.

Kitab Akhlak, iaitu: Ta'alim al-Muta'alim.

Kitab-kitab Tasauf, iaitu: Hidayah al-Salikin, Maraqi al-'Ubudiyyah dan Ihya' Ulum al-Din.

Cara pertama dipanggil 'sorokgan' iaitu selepas guru mengajar, pelajar mestilah membaca seorang demi seorang di hadapannya dengan betul. Kadang-kadang dikehendaki menghafal kalimah tersebut. Cara ini digunakan biasanya kepada pelajar baru.

Cara kedua secara 'bandungan' iaitu pelajar dikehendaki memahami kitab yang dibaca oleh kiai dan mencatit makna kalimah. Cara ini digunakan kepada pelajar lama khasnya yang telah membaca kitab-kitab asas.

Sesuai dengan gelaran seorang ulama yang menghafal 30 juzuk al-Quran keseluruhannya pada zamannya, beliau memiliki sebuah mushaf al-Quran kecil bersaiz poket dan sentiasa membawanya bagi mengingati ayat-ayat al-Quran yang dihafalnya. Sebagai seorang hafiz al-Quran, beliau sering mengulang-ulang kelancaran hafalannya, terutama di bulan Ramadan, yang mana beliau akan mengkhatamkan al-Quran dalam solat tarawih.

Beliau juga memberikan ijazah khas al-Quran dengan qiraat Hafs 'an 'Asim yang disebut sebagai Syahadah al-Qurianiyyah kepada murid-muridnya yang telah khatam al-Quran dengan beliau.

Kiai Haji Husain juga dikenali sebagai ahli dalam ilmu falak dan mengajarkan ilmu tersebut kepada murid-muridnya. Bahkan pondok yang diasaskan boleh beliau turut mengeluarkan sendiri kalendar tahunan yang mengandungi takwim hijrah yang disertakan dengan kalendar jawa dan waktu solat.

Kalendar tersebut dikeluarkan pada setiap tahun dan masih wujud sehinggalah kini dan masih digunapakai oleh masyarakat Jawa, khususnya di Selangor hingga ke selatan Perak.

Sebagaimana ulama-ulama lain yang banyak menghasilkan karya dalam penulisan, Kiai Husain juga banyak menghabiskan masanya dengan menyalin kitab-kitab, termasuklah syair-syair, hadis-hadis sehinggalah kitab-kitab yang agak tebal. Bahkan dikatakan sehingga kini sebahagian kitab-kitab yang disalinnya masih tersimpan dengan baik.

Namun, tidak diketahui sebarang karya asli yang dihasilkan oleh beliau. Dalam kajian pembentang tersebut, hanya ditemui sebuah sahaja iaitu, terjemahan Matn Ajrumiyah ke dalam bahasa Jawa yang diselesaikan oleh beliau pada tahun 1348 H dan masih berbentuk tulisan tangan.

Beliau kembali ke rahmatullah pada 11 Zulhijjah tahun 1401 H (1981 M) dan dikebumikan di Perkuburan Islam Simpang Lima, Klang. Beliau pernah menyatakan bahawa beliau tidak mahu melebihi umur NabI Muhammad SAW, dan ditakdirkan beliau menghembuskan nafas terakhir sekitar umur 62 tahun.

Di akhir-akhir hidupnya, beliau juga pernah menyuruh anaknyaMuhammad Mahin untuk membuatkan meja rendah, dengan alasan mudah untuk meletakkan makanan dan menjaganya agar tidak dihurung semut. Namun, beliau menyuruh agar dibuat lebih panjang sehingga ukuran seseorang dapat berbaring atasnya. Dengan takdirnya meja yang tersebut jugalah yang digunakan untuk meletakkan jenazah beliau.

Selain itu, terjadi juga sesuatu yang menghairankan semasa kematian beliau, di mana tarikh di kalendar bertukar menjadi warna hitam, walhal kalendar tersebut dicetak tidak menggunakan dakwat hitam. Namun apabila ditanya kepada pihak percetakan, mereka juga tidak dapat memberi jawapan tentang perkara tersebut.

Kiai Haji Husain mendirikan rumah tangga dengan anak perempuan seorang tokoh ulama Jawa yang terkenal di Selangor suatu masa dahulu iaitu Kiai Haji Dahlan bin Haji Hassan Isbath.

Hasil perkahwinan dengan Hajah Darwiyah tersebut, beliau dikurniakan lapan cahaya mata, iaitu Hajah Jamalah, Hajah Fauziah, Haji Muhammad Mahin, Haji Mujib, Hajah Aishah, Hajah Barirah, Hajah Munah dan Hajah Jumanah.

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved