ads

Khamis, 13 Jun 2013

12 di bukit raja - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di bukit raja - Google Blog Search


Pembelian Tanah <b>Di Bukit</b> Kiara: <b>Raja</b> Nong Chik Buat Laporan <b>...</b>

Posted: 29 May 2013 09:16 PM PDT


Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin membuat laporan polis berhubung tindakan anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mengaitkan beliau dalam urusan pembelian 4.856 hektar tanah di Bukit Kiara.

Beliau berkata ia bagi membolehkan pihak polis menyiasat kenyataan yang dilemparkan Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, sehari sebelum hari pengundian pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Raja Nong Chik mendakwa kenyataan itu berunsur fitnah.

"Saya serahkan perkara ini kepada polis untuk jalankan siasatan. Saya akan mempertimbangkan untuk mengemukakan petisyen (pilihan raya) dan saman terhadap beliau (Nurul Izzah)," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Pantai pada kira-kira 3 petang ini.

Nurul Izzah menewaskan Raja Nong Chik, yang merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, pada PRU13 5 Mei lepas dengan majoriti 1,847 undi.

-Bernama

12 di salak tinggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di salak tinggi - Google Blog Search


Bandar Baru <b>Salak Tinggi</b> • View topic - Vacancy at AVON <b>SALAK</b> <b>...</b>

Posted: 04 Jun 2013 12:00 AM PDT

Salam Semua,

Maaf tak dapat reply pada PM sebab saya masih orang baru dalam forum ini,

Kedai Avon Salak Tinggi akan mula beroperasi semula pada 14 Jun 2013 (Jumaat);

Hari Operasi: Isnin - Sabtu dan hari-hari terpilih pada hari Ahad
Waktu: 10.00 pagi hingga 7 petang
Alamat:
AVON
No 5A, Jalan ST1C/6, Medan 88,
Bandar Baru Salak Tinggi
(belakang Maybank / berhadapan Empress Hotel).
Tel: 87066330
Kami memohon ribuan maaf kerana dalam masa yang sama, AVON Salak Tinggi sedang mengadakan proses naik taraf dan ubah suai kepada warna baru-magenta -pink. Demi keselesaan pelanggan semua, segala kesulitan harap di maafkan.

Dalam masa yang sama kami masih mengadakan process recruitment untuk menambah pekerja di kedai kami.

Sekian, jumpa anda di sana - Avon Salak Tinggi
Maserra

12 di kuala selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Cendol Bakar <b>Kuala Selangor</b> Kini <b>Di</b> Dengkil - cikgu naman

Posted: 20 May 2013 07:44 PM PDT


Pada Ahad lepas, balik je dari Seminar Buat Duit Dengan Blog, kami sekeluarga menghala ke Dengkil kerana ada urusan. Alang² dah sampai Dengkil, terasa terpanggil-panggil pulak oleh Cendol Bakar Kuala Selangor yang kini ada di Dengkil. Di Pekan Dengkil sudah ada banner Cendol Bakar Kuala Selangor @ Dengkil.



Lokasi Cendol Bakar Kuala Selangor @ Dengkil


Koordinat gps 2.859927 101.692717.

Sampai di situ, ramainya tengah beratur untuk mendapatkan semangkuk atau bermangkuk-mangkuk Cendol Bakar Kuala Selangor yang popular itu.
Yang menariknya, siap ada pandu lalu lagi..hehe. Tapi janganlah menyamakannya dengan McD atau KFC, sebaliknya akan ada seorang pekerja yang akan mengambil order dan menghantar cendol yang siap kepada pembelinya.


Agak janggal dengan cara 'layan diri'. Biasanya kalau layan diri, semuanya kita ambil sendiri pergi bayar je. Kali ni layan diri ni order dan ambil..hehe.


Akhirnya dapat juga cendol bakar yang sedap ini. Saya order 2 jenis cendol dan sepinggan tauhu untuk 2 orang.






Rasanya memang sedap. Ada rasa pahit² seakan-akan kopi mungkin kesan daripada air gulanya yang dibakar. Dengan harga yang murah, ianya sangat berbaloi-baloi untuk buat U-Turn sejauh 3km untuk balik ke Putrajaya.

Cadangan
1. Kebersihan perlu ditingkatkan lagi setaraf dengan kepopularan yang ada.
2. Buat sistem nombor. Ambil order, diberikan nombor. Jadi pelanggan² tak perlulah berpanas beratur panjang. Sistem ini ada dipraktikkan di Gerai Roti Canai di Presint 9 Putrajaya.

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


Tentang Aku: Santai Malam <b>Di</b> Tepi <b>Sungai</b>

Posted: 07 Jun 2013 10:09 PM PDT

Bersantai di malam hari ... seronok jugak rupanya kannn .... melihat keindahan alam di waktu malam ... cuaca sejuk ... angin bertiup tenang ... best sangat ... tak terfikir nak bersantai cam ni ...
Ini lori yang jual cucuk-cucuk tu ... lori ni berjualan di belakang taman mainan yang menghadap sungai Kota Tinggi ... dekat ngan Jeti Tun Seri Lanang ... berhadapan dengan pasaraya Hwa Tai yang dah tak beroperasi lagi tu ... berdekatan jugak dengan pasaraya KINI dan Restoran Pizza Hut ... orang Kota Tinggi mesti tau tempat ni laaa kannn ... popular jugak tempat ni ... tempat untuk beriadah dan santai-santai ... waktu siang pun buleh .. waktu malam pun buleh ... tak siapa nak marah ... asalkan tak buat benda yang tak senonoh ... haha

Ternampak pulak lori jual steamboat ... kami panggil cucuk-cucuk ... sebab makanannya dicucuk kat lidi kannn .. haha ... kami pun singgah la ... en.suami kata makan cucuk-cucuk kat sini sambil tengok kanak-kanak main di taman waktu malam ... kedengarannya sungguh menyeronokkan walaupun kami hanya datang berdua tanpa anak-anak ... haha ...
 Cucuk-cucuk yang ada kat dalam lori ... kata penjualnya .. dah banyak yang abis ... en.suami nak kerang pun tak de .. yang ada tinggal yang biasa-biasa aje ... paru ada ... sotong ada ... bebola sotong ... macam-macam la ... yang biasa jek la kann ... yang luar biasa tak de ... jangan nak banyak songeh sangat .... nak yang bukan-bukan .. hahaha 
Ni bahagian tepi ... pic paru tak termasuk pulak ... yang dalam tong merah besar tu ... air tin ... air mineral ... air botol pun ada ... sebab dia tak de jual air yang dalam balang tu ... dia buh dalam tong tu dengan air batu sekali ... jadi sejuk la air-air itu ... yang kat tong putih tu jelly kelapa ... saje dia letak atas tu untuk peragakan ... kalau nak beli ... amik kat dalam tong tu .. sejuk dan menyegarkan ... gituuuuu ... 
Amik tak banyak cucuk-cucuknya ... sebab nak makan lagi lepas ni .. di tempat lain pulak ... haha ... takut nanti kekenyangan pulak kalau dah makan cucuk-cucuk ni bebanyak ... sebenarnya lebih kepada nak mencuba ... selalu tengok jek lori cucuk-cucuk ni .. hari ni singgah dan cuba .. haha .. aku amik 5 cucuk jek .. peniaga tu tengok jek aku .. agaknya dia cakap orang ni cam main-main jek kott .. haha ... rega untuk 5 cucuk makanan tu adalah rm 5 ... 1 batang cucuk-cucuk tu harganya rm 1 ... ok la tu ... berbaloooiiii
 Ini jek cucuk-cucuk yang aku amik ... haha ... sebelum ni dah makan jagung cup secawan ngan cocunut shake ... aku beli kat bazar karat Kota ... en.suami dah makan nasi kat umah sebelum keluar tadi ... perut masih kenyang ... saje nak mencuba rasa .... kuah kacangnya cam biasa jek ... yang buat power sambal dia ... pedas tak hinggat ... haha ... makan tanpa air pulak tu ... amik koooo ... kuar air idung ... haha ... peringatan tu .. sediakan air sebelum makan ... hahaha ...
Taman permainan ... kat sini lah selalunya si aisy main ... kalau gi Kota jek mesti nak main kat sini ... abah aku memang bawak dia ke sini la selalu ... tapi siang-siang hari la ... malam-malam cam ni memang tak pernah la ... belah sana ramai bebudak main buaian ... belah sini dah kurang .. susah agaknya nak memanjat memalam ni .. gelap .. tak nampak tangga ... karang jatuh ... tak memasal ... haha
Ok ... siap sesi makan ... masa untuk berjalan-jalan ... menikmati pemandangan malam di tepi sungai ... ramai orang memancing kat tepi sungai tu ... kat tepi pagar jek sebenarnya  ... ada yang setia memegang batang pancing ... sambil berasap mulutnya ... ada jugak yang tinggal jek pancing nya .. merayap entah ke mana ... beli air atau makanan barangkali ... atau pegi membuang .. hahaha ... tak tau main tibai jek cakap ... hahaha ... 

 Dari tempat kami duduk ... nampak cahaya tu dari Jeti Tun Seri Lanang ... ramai orang duduk kat depan sana ... couple la kebanyakkannya ... yang muda-muda ... yang veteran cam kami ni ada jugak ... tapi tak de la seramai yang muda-muda ... just duduk-duduk tak salah kannnn ... hehe
Yang bangunan bercahaya tu la Pasaraya KINI ... yang hujung sekali tu Restoran Pizza Hut ... ramai orang time ni ... kul 9 ke atas memang orang tengah ramai keluar ... bersoping dan cuci mata ... gituuuu 
En.suami snap-snap pic .. aku pun ada gak snap-snap pic ... tapi gambar tak berapa nak clear ... malam kannn ... nak pakai flash yang dekat jek nampak terang ... yang jauh tetap gelap .. lagipun nanti orang cakap ni pelancong mana la agaknya ... amik gambo bagai ... menggangu jek cahayanya kannnn ... 
Syok jugak tengok permukaan sungai tu .. tenang jek ... kat Jeti Tun Seri Lanang ni berkunci pagarnya ... ada bot penumpang ... leh bawak penumpang keliling Sungai Johor kott ... mungkin hari-hari tertentu jek kottt dibuka untuk orang ramai ... mesti best kan naik bot tu ... lagi-lagi waktu malam ... macam kat Melaka tu ... kannnn ... berangan jek la mak buyung ni kannn ... mana leh naik bot dalam keadaan membuyung tu .. karang terberanak dalam bot ... sape nak menjawabnya tu ... haha ... 
 Jeti Tun Seri Lanang ... itulah bot yang aku maksudkan ... bestkan kalau dapat naik bot tu ... pusing-pusing Sungai Johor ni ... bila agaknya bot ni beroperasi ea ...

12 di ulu kelang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di ulu kelang - Google Blog Search


Good MMC workshop Ampang/<b>Ulu Kelang</b>/Wangsa Maju <b>...</b>

Posted: 13 Jun 2013 08:42 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Hi i have just bought an old mitsubishi car year 1996 using 6a13 engine. Anyone can help to suggest a good workshop around the above area? Car showing.

12 di sungai buloh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Solidariti Untuk Safwan Anang <b>Di</b> Penjara <b>Sungai Buloh</b> <b>...</b> - mb online

Posted: 29 May 2013 03:49 AM PDT

Safwan Anang membuat keputusan di luar jangkaan, dia enggan diikat jamin. Semasa pendengaran perbicaraan beliau menyatakan bahawa dia tetap menjunjung sistem raja berperlembagaan serta menghormati undang-undang dan keputusan mahkamah.

Namun apa yang mendukacitakan ialah seluruh sistem di negara ini telah menjadi tunggangan untuk kepentingan politik Umno BN.

Beliau sempat memberi 3 pesanan penting kepada kami supaya disampaikan kepada rakyat seluruhnya;

1) Penahanan dan dakwaan ini bermotifkan politik. Tindakan saya ini sebagai protes dan memberi signal penolakan terhadap salahguna kuasa untuk kepentingan hayat Umno BN.

2) Tindakan saya juga demi sayangkan negara dan ingin pulihkan demokrasi yang makin tenat.

3) Dan ini juga mesej jelas kepada anak muda bahawa kita benar-benar serius perjuangkan hak kita. Saya di dalam tetapi saya yakin kalian di luar sana tetap akan terus bangkit brrjuang lawan penipuan!

Dalam fasa kebangkitan anak muda hari ini, Umno BN jelas terdesak sehingga sanggup menggunakan apa cara sekalipun demi menjaga survival politik mereka yang kian rosak. Tangkapan kepada mahasiswa dan anak muda jelas bermotif politik demi menyekat kemaraan dan kebangkitan yang kian memuncak. Kerajaan minoriti ini jelas tergugat dengan kebangkitan rakyat.

Demi menyelamatkan demokrasi yang kian nazak di Malaysia, Safwan Anang rela untuk terus dikurung di lokap. Safwan Anang rela berhadapan dengan polis dan SB sepanjang di dalam lokap nanti.

Safwan Anang rela untuk tidur beralas simen dan makan ala kadar seperti banduan. Safwan Anang berkorban masa untuk bersama isterinya yang sedang mengandung. Ini semua demi perjuangan menuntut keadilan.

Justeru saya seru seluruh mahasiswa, anak muda dan rakyat yang cintakan keadilan untuk sama-sama bangkit lawan regim yang jelas menindas rakyat dengan kekuasaan. Ayuh kita nyatakan solidariti untuk Safwan Anang dengan berhimpun secara aman di hadapan Penjara Sungai Buloh. 

Masturah Abu Bakar, Isteri Safwan Anang.





Sementara itu isteri beliau yang sedang mengandung berkata, "Walaupun saya bersedih dengan keputusan ini, tetapi saya bangga mempunyai suami yang cekal dan berani seperti dia".

Dia buat sebegini kerana sayangkan negara Malaysia.Tidak mahu Negara ini berada dalam cengkaman pemerintahan yang zalim. Walaupun saya sayang dan perlukan dia, tetapi Negara ini lebih memerlukannya.

Saya seru semua rakyat terutama kaum wanita untuk turun solidariti di Penjara Sungai Buloh" Masturah Abu Bakar, Isteri Safwan Anang.

Walaupun Masturah sedang mengandung, tetapi itu tidak pernah mematahkan semangat beliau untuk terus menyambung perjuangan demi negara tercinta.

12 di klang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di klang - Google Blog Search


PERGH!!!!!... RIBUAN RAKYAT KAPAR, <b>KLANG</b> <b>...</b> - Omak Kau!!!!

Posted: 01 May 2013 05:27 AM PDT


LOKASI:-   HADAPAN ECONSAVE TAMAN KLANG UTAMA, KLANG.

TARIKH/WAKTU:-   1hb Mei 2013/4.30 ptg

Cukup punya dahsyat sambutan diberikan oleh rakyat Parlimen P109 Kapar kepada "Ejen Sulu" DSAI petang tadi.

Inagatkan apabila dituduh pelbagai ejen dari yahudi, CIA, Cina dan terbaru ejen Sulu, rakyat akan menjauhkan diri dan boikot apa jua ceramah maupun program yang melibat DSAI....rupa-rupanya tidak beb!!!...lagi kuat dituduh ejen segala ejen lagi berbondong rakyat sokong dan dakap perjuangan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat walaupun dibawah matahari terik.

Nampaknya taktik UMNO nak pikat hati rakyat dengan serang DSAI dari pelbagai sudut tidak memberi sedikit pun kesan dan impak.

Sebelum beliau hadir bapa Saiful Bukhari Azlan lazim pula buat U-Turn kata betula DSAI liwat anaknya..Ingatkan cara pengakuan flip flop itu rakyat sudah pastilah naik meluat dan menyampah kepada DSAI...tapi tidak juga.

Agaknya sekarang UMNO/BN pimpinan Najib Razak sebagai Presiden dan Mahathir sebagai penasihat sudah pasti dah mati akal cara mana nak sekat DSAI dari menjadi PM ke-7 selepas 5hb Mei 2013 ini.

Hari yang bersejarah ini dihadiri sama calon PKR/PR Parlimen Kapar Sdr Manivannan Gowindasamy dan Ketua Gabang PKR Kapar Tuan Azizi Ayub.

Parlimen P109 Kapar, Ins'y Allah akan kekal ketangan Pakatan Rakyat jika diambil kira sambutan dan mood rakyat petang tadi.

INI KALILAH TUKAR.....JOM UBAH... SELAMATKAN MALAYSIA...PAS GANTI UMNO...PR GANTI BN.

12 di tanjung sepat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di tanjung sepat</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Apr 2013 11:12 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di tanjung sepat</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Feb 2013 11:58 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

my wey of life a day trip to <b>tanjung sepat</b> malaysia - Gadget Release <b>...</b>

Posted: 19 Nov 2012 09:00 AM PST

My wey of life: a day trip to tanjung sepat, malaysia., While i was in malaysia for chinese new year holiday, my friends and i went to a lil town call tanjung sepat. tanjung sepat is near morib. which is famous for the.
Tzee meng's blog: a day trip to tanjung sepat, This is because i have been hearing people talked so much about this place and also seeing many blogs reviews. therefore, this year's hari raya public.
~*edryanne's story*~: one day trip to tanjung sepat, Heys! i just camp back from 4 days 3 night church camp! :) but now i planned to blog about the previous trip to tanjung sepat first yeah, it was on 29.
places to eat in kl just another malaysia food blog travel tip secret

Tanjung sepat (01.02.2011) 2/8 ~ hungry nomads, Tanjung sepat (01.02.2011) february 7, 2011 at 9:58 pm feeling bored since we are on leave and chinese new year is still two days away, wife has decided to.
Cuti-cuti tanjung sepat | dexxy.net, Tanjung sepat is a town in kuala langat district in selangor, malaysia. located at straits of malacca, primarily is a fishing town. most of the inhabitants have some.
~brought up 2 share~: mari makan di tanjung sepat, When dad suggested that we should go out together, it must be something we should all game for..

Sekinchan: a family day trip – parentwonder.com, This idea was mooted after our highly enjoyable trip to tanjung sepat and sepang gold coast. after some planning and research, 3 families (sp family, lee family, and.
As i travel /my kembara, Travelling places, sharing experience. this blog share lots of photos too because photo says a thousand words.
Sepang gold coast – escaping kuala lumpur | fly myself – around, Sepang gold coast is a great escape from busy city life in kuala lumpur. a great place to go when you are bored with going to the same shopping center in kl..

My Wey of Life: A day trip to Tanjung Sepat, Malaysia.

Crazy for Photography: Day trip to Tanjung Sepat

places to eat in kl just another malaysia food blog travel tip secret

Related post for My Wey Of Life A Day Trip To Tanjung Sepat Malaysia

12 di meru - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di meru - Google Blog Search


KHIDMAT MERU: PENGHARGAAN KEPADA PENGUNDI <b>DI MERU</b>

Posted: 10 Jun 2013 08:19 AM PDT






YB Dr Rani menyampaikan sumbangan buah kurma dan buah tin dari Tunisia kepada peniaga-peniaga dan pengunjung-pengunjung gerai di Pasar Pagi Jalan Kedah sebagai penghargaan kepada sokongan mereka kepada beliau didalam PRU yang ke 13 yang lalu. YB Dr Rani menang dengan majoriti 9,079 undian bertanding melawan calun Umno di DUN Meru.

12 di batu caves - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di batu caves - Google Blog Search


Jom! Mengaji Al Quran <b>di Batu Caves</b>, Selayang dan Gombak <b>...</b>

Posted: 21 May 2013 05:24 AM PDT


Pengambilan pelajar baru setiap Bulan. Jom sertai Kelas mengaji Al Quran. Hubungi 03-61869901 / 013-279-1608 untuk ketahui jadual kelas terkini.
Kelas Asas, Pertengahan dan Lanjutan. Untuk semua peringkat umur!

12 di sepang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sepang - Google Blog Search


Greenblacks: Parlimen <b>Sepang</b> : Pas Menang Bergaya, Najib <b>...</b>

Posted: 16 May 2013 10:28 AM PDT



 Tahniah kepada gerak kerja Pas/PR Selangor.

Kemenangan calon Pas di Parlimen Sepang membuka lembaran baru politik Selangor
selepas PRU-13.

Kemanisan kemenangan Pas/PR ini adalah satu titik sejarah kerana selepas 56 tahun kemerdekaan, inilah kali pertama Pas berjaya mengambil peluang.Sepang sejak dulu dikenali sebagai kubu Umno.Ini juga kejayaan gemilang Pas Selangor kerana mendapat 15 kerusi DUN.

Walaupun Pas hanya menurunkan calon 'underdog' tetapi keputusan ini mencerminkan
sikap pengundi Selangor khususnya sudah meluat dengan janji janji dan tingkah laku pemimpin BN.


Najib terus diam dengan kekalahan yang boleh dikatakan agak besar di Selangor sehinggakan PR menguasai majoriti DUN 2/3.

Frustnya Najib (Ketua Perhubungan Umno Selangor) telah diterjemahkan dengan tidak ada langsung Menteri Kabinetnya dari Selangor.( how you doing Noh Omar?)

Maka benarlah apa yang pernah dikatakan oleh Khalid Ibrahim dan Anwar serta Khalid Samad ,PRU-13 adalah PRU anak muda.Pengundi SALURAN 3,4 dan seterusnya sudah membayangkan PRU-14 lebih meriah dari PRU-13.Kita tunggu saatnya nanti.

Sebelum itu, SPR mesti dirombak dan diletakkan dibawah Parlimen.Semua penipuan SPR dalam PRU-13 harus diadili terlebih dahulu.Hapuskan Undi Awal dan Undi Pos.


 Tiada menteri dari Selangor, manakala Johor hanya dua orang sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

 Malang  datang bertimpa buat Umno Selangor, setelah kalah besar dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu, kini tidak ada seorang pun menteri dalam kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengguguran Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Noh Omar di luar jangkaan kerana ahli parlimen Tanjong Karang itu merupakan orang kuat Umno di negeri itu yang diharap merampas kerajaan negeri dari Pakatan Rakyat.

Kabinet Najib itu hanya memilih seorang wakil dari Selangor – Datuk Noriah Kasnon yang diberi jawatan Timbalan Menteri Perusahaan  Peladangan dan Komuniti.

Buat kali pertama dalam sejarah, Selangor tidak ada menteri sesuatu yang sukar untuk dipercayai kerana negeri ini begitu ramai melahirkan tokoh Umno, antaranya Datuk Harun Idris yang pernah menjadi Ketua Pemuda Umno yang sangat berpengaruh.

Manakala tokoh-tokoh lain termasuk Datuk Seri Ahmad Razali yang pernah menjadi Menteri Besar Selangor dan yang terakhir Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Dengan perhimpunan agung Umno November ini sengit kerana beberapa jawatan utama parti dijangka dicabar, Najib hanya memilih dua wakil Umno dari Johor, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Hantar isyarat

Najib seolah-olah menghantar isyarat kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa negeri terkuat Umno itu tidak semestinya mendapat ramai menteri. Seperti wujud khabar angin orang Umno negeri itu mahu Muhyiddin bersuara lantang dalam perhimpunan itu seperti yang dilakukan sehingga bersarannya Tun Abdullah Ahmad Badawi ekoran prestasi buruk Barisan Nasional dalam pilihan raya umum tahun 2008.

Prestasi Najib dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu juga buruk kerana hanya menang 133 kerusi parlimen, sekaligus gagal mendapat 2/3 majoriti.

Mengejutkan kerana negeri kelahiran Umno itu hanya mempunyai dua menteri iaitu  Muhyiddin  sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi, manakala Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan.

Pada kabinet  Abdullah dalam pilihan raya umum tahun 2008, Johor mempunyai enam menteri – Muhyiddin, Hishamuddin, Tan Sri Shahrir Abdul Samad (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan); Tan Sri Syed Hamid Albar (Menteri Dalam Negeri) dan Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri Pelancongan).

Kedudukan Johor dipintas oleh Sabah dan Perak yang masing-masing  mempunyai tiga orang menteri, Datuk Shafie Apdal, Datuk Seri Anifah Aman dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (Sabah) manakala Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dari Perak.

Begitupun dua negeri lagi iaitu Melaka dan Pulau Pinang juga mengalami nasib sama seperti Selangor, tidak ada seorang pun wakil rakyat berjawatan menteri.

Melaka paling malang

Namun, Melaka yang paling malang kerana tidak ada menteri dan timbalan yang dilantik menganggotai kebinet baru Najib ini.

Pulau Pinang mempunyai seorang timbalan menteri iaitu Datuk Seri Dr Hilmi Yahya yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Kesihatan.

Bagaimanapun, berdasarkan prestasi `hitam' Umno negeri dalam pilihan raya umum lalu, keputusan Najib itu dianggap adil dan munasabah.

Seolah Umno Pulau Pinang tidak ada lagi tokoh yang berkaliber seperti mereka memiliki Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjadi ancaman terbesar kerajaan.

Pada pilihan raya umum tahun 2008,  Pulau Pinang mempunyai seorang menteri kabinet iaitu Datuk Seri Nor Yackob Mohamed, Menteri Jabatan Perdana Menteri.

Perlantikan Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan tidak mengejutkan atas kapasitinya menjadi Ketua Pemuda Barisan Nasional dan Umno, namun pengguguran bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor di luar dugaan memandangkan beliau masih sepenggal menjadi anggota kabinet dan usianya masih muda.

Sabah, Perak pintas Johor

Kedudukan Johor dipintas oleh Sabah dan Perak yang masing-masing  mempunyai tiga orang menteri, Datuk Shafie Apdal, Datuk Seri Anifah Aman dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (Sabah) manakala Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dari Perak.

Terengganu mempunyai dua menteri iaitu Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Seri Ahmad Shabbery Cheek; Negeri Sembilan (dua); Pahang (tiga), Negeri Sembilan (dua); Kelantan (satu); Perlis (satu) dan Wilayah Persekutuan (seorang).

Dalam kabinet Najib ini juga dua menteri bolah dianggap sebagai kitar semula. Datuk Seri Tengku Adnan sebelum ini pun pernah menjadi Menteri Wilayah Persekutuan semasa era Tun Dr Mahathir Mohamad.

Semasa Abdullah menjadi Perdana Menteri, Tengku Adnan merupakan Menteri Pelancongan.
Manakala Idris Jusoh juga selain pernah menjadi Menteri Besar Terengganu (2004 hingga 2008), menjadi Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan pada tahun 1999.

oleh Muda Mohd Noor

Hanipa lawan 3 calon Umno <b>di Sepang</b> - Harakahdaily

Posted: 20 Apr 2013 05:41 PM PDT

(Hanipa melambaikan tangan kepada penyokongnya semalam)

SEPANG: AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin terpaksa berdepan dengan tiga calon Umno di Parlimen Sepang.

Selain calon Umno yang bertanding atas tiket BN, Datuk Seri Mohd Zain Mohamed, dua lagi calon bebas adalah AJK Umno Bahagian Sepang.

Hanafiah Mohamad dan Datuk Suhaimi Mohd Ghazali  turut mengemukakan borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi di sini semalam.

Hanafiah Mohamad adalah AJK Umno Bahagian Sepang.

Datuk Suhaimi adalah Ketua Pemuda Umno Sepang Dan AJK Umno Sepang.

Beliau juga adalah mantan Ketua Pemuda Umno Selangor dan juga mantan Adun Umno di DUN Dengkil pada tahun 2004.

Kedua dua calon Umno ini menjadi calon bebas kerana tidak setuju nama Zin dicalonkan sebagai calon Umno di Parlimen Sepang.

Semalam, berlaku suasana yang penuh emosi di kalangan penyokong Umno di sini apabila ada yang menangis dengan apa yang berlaku di sini.

Seorang penyokong Umno dilihat memeluk Suhaimi sambil menangis kerana sedih dengan apa yang berlaku. (gambar atas)

Semalam Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin mengumumkan akan memecat semua ahli dan pemimpin Umno yang bertanding calon bebas.

Ini bermakna Umno akan kehilangan berpuluh-puluh ahli khasnya mereka yang memegang jawatan kanan dalam Umno termasuk Naib Ketua Wanita, Datuk Kamilia Ibrahim.

Sebelum dipecat, Kamilia semalam telah mengumumkan perletakan kesemua jawatannya dalam Umno

Pabila Lapar ~ Burger <b>di</b> Selambe Corner,Salak Tinggi,<b>Sepang</b> | the <b>...</b>

Posted: 06 Jun 2013 07:50 AM PDT


Satu lagi lokasi yang best untuk menikmati burger
Betul2 di tepi simpang berdekatan deretan Avon
Van putih ni senang je nampak
Betul2 depan kedai Pinjaman Wang Berlesen(ceti ler)

 Ramai suka burger di sini
walaupun ada gerai burger lain yang berdekatan

 Anak gadis ambil order & anak bujang di belakang tolong siapkan bahan2
Dah lama berniaga di sini lebih kurang 9 tahun lebih
Kadang2 mereka pakai t-shirt 'uniform' hijau bertulis Selambe Corner
Punyalah panjang signboard tu,hah

Kak Lea pilih burger ayam biasa je
Kadang2 suka pilih yang ada cheese
Bosan nak hirup tomyam kalau selsema
macam biasalah ada serbuk cili,black pepper dll
Kalau korang kebetulan ada di Salak Tinggi

12 di pandamaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di pandamaran - Google Blog Search


video Bangla dan myanmar kena belasah <b>di pandamaran</b> <b>...</b>

Posted: 06 May 2013 03:20 PM PDT

Sebuah bas dikesan membawa myanmar dan bangla di Pandamaran,klang, 5,5,2013. Bas tersebut berjaya ditahan dan semua penumpang diarahkan turun daripada bas.

Orang ramai yang berada di situ mengumpulkan mereka di dalam sebuah bangunan yang kelihatan seperti restoran.

Orang ramai meminta mereka mengeluarkan kad pengenalan. Kedengaran suara "ambil ic, ambil ic!!!"

Dalam perjalanan dari bas ke banguan tersebut kelihatan satu aksi pukul-memukul berlaku.

 Sambil-sambil tu mohon jengok  POLL "kami mahu TS Khalid MB Selangor" kat atas tu dan sila undi.- terima kasih

kredit video meshmesh
Dua lagi video menunjukkan Bangla dan Myanmar

RUSUHAN <b>Di Pandamaran</b>, Dua Lelaki Cina Tak Mengaku Bersalah...

Posted: 10 May 2013 06:00 AM PDT


KLANG 10 Mei - Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan melakukan khianat memecahkan cermin bas bersenjatakan topi keledar dan besi ketika berada dalam rusuhan di Pandamaran pada hari Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu.
Majistret Maslina Mohamed menetapkan jaminan RM5,000 terhadap Yap Kwee Heng, 37 dan RM2,000 terhadap Lim Song Kuan, 32, masing-masing dengan seorang penjamin. - UTUSAN ONLINE

12 di petaling jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di petaling jaya - Google Blog Search


Himpunan <b>di Petaling Jaya</b> tetap diteruskan, Sabtu ini <b>...</b>

Posted: 23 May 2013 05:31 AM PDT

PETALING JAYA 23 Mei: Perhimpunan bagi membantah penipuan pilihan raya anjuran Gabungan "Suara Rakyat 505″ akan tetap diteruskan Sabtu ini, kata penggerak utamanya, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Pemimpin SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, NGO itu bertekad memastikan himpunan itu mencapai matlamat, walaupun beliau sendiri mungkin ditahan.

"Himpunan ini adalah himpunan rakyat, semua yang hadir tanpa pangkat tetapi sebagai rakyat menuntut demokrasi yang dirampas regim legasi penjajah untuk kekal berkuasa," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau turut mengutuk keras tindakan tidak bertamadun pihak berkuasa menangkap Ahli Parlimen batu, Tian Chua, peguam aktivis, Haris Ibrahim dan pemimpin veteran, Thamrin Ghaffar hari ini.

Katanya, penangkapan yang bermula dengan penahanan aktivis mahasiswa, Adam Adli minggu lalu itu dijangka berterusan dengan beberapa lagi siri tangkapan.

"Negara seolah-olah berada dalam keadaan 'belum merdeka' ketika mereka yang bersuara bercakap benar disumbatkan ke dalam lokap seterusnya didakwa atas akta yang sepatutnya telah dimansuhkan.

"Peristiwa hari ini mengingatkan kita bagaimana penceroboh Sulu diberi layanan dan masa yang selesa, tetapi rakyat sendiri dilayan umpama penjenayah besar. Inilah Malaysia, rakyat perlu bangkit membetulkan negara ini!," Seru beliau.

Semalam, Gabungan Suara Rakyat 505 yang terdiri daripada lebih 50 NGO dalam kenyataan berkata, ia akan tetap meneruskan Himpunan itu yang diadakan di Padang Timur, berdekatan Amcorp Mall, Petaling Jaya bermula jam 5 petang, Sabtu ini.

Himpunan bertema warna hitam sebagai simbolik kepada kematian demokrasi itu, merupakan rentetan daripada siri-siri himpunan Black 505 yang diadakan di seluruh negara, sejak 8 Mei lalu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52431

HIMPUNAN #BLACKOUT505 BERMULA <b>Di Petaling</b> <b>...</b> - Jalan Pulang

Posted: 25 May 2013 03:44 AM PDT



Selepas berlangsungnya lapan siri perhimpunan Blackout 505 di seluruh negara, kini perhimpunan kesembilan dan terakhir yang digelar 'Perhimpunan Suara Rakyat 505' - akan berlangsung di Petaling Jaya jam 5 petang ini.

Perhimpunan, di mana NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) adalah antara penganjur utamanya, diadakan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya dan salahlaku dalam pilihan raya umum baru-baru ini.


Pihak berkuasa menyiasat atau medakwa mereka yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan Blackout 505 di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA), kerana didakwa gagal memberi notis 10 hari kepada pihak polis.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata perhimpunan hari ini merupakan "satu tindakan provokasi" dan tidak mengikut peruntukan di bawah APA.

Perhimpunan sebelum ini telah menarik puluhan ribu orang - yang terbesar diadakan di stadium Kelana Jaya tidak jauh dari tempat perhimpunan hari ini. 



Kira-kira 120,000 orang membanjiri perhimpunan pada 8 Mei itu - sama ada di luar atau di dalam stadium yang penuh sesak.

Bagi perhimpunan hari ini - di Dataran Petaling Jaya - mempunyai kapasiti maksimum kira-kira 80,000. Jika mengambilkira perhimpunan sebelum ini, maka ia juga dijangka dibanjiri puluhan ribu hadirin.

LAPORAN LANGSUNG



6.22pm: Jumlah peserta semakin meningkat, kira-kira 10,000 orang kini memenuhi padang.

6.10pm: Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali antara pemimpin Pakatan Rakyat yang paling awal muncul di Dataran Petaling Jaya.

Menurut Azmin, beliau hadir ke himpunan ini pada sebelah petang kerana akan menghadiri majlis di Batu Caves anjuran ADUN Batu Caves, Amir Shari pada sebelah malam.



5.40pm: Imam masjid yang pernah dipenjarakan kerana membaling selipar kepada hakim, Imam Hoslan dalam ucapannya memberitahu orang ramai isterinya melahirkan anak ke-11 mereka sewaktu beliau dipenjarakan."Jangan takut untuk beranak ramai-ramai tuan-tuan dan puan-puan kerana anak-anak kita yang ramai ini akan menumbangkan semua mereka yang zalim," laung Imam Hoslan disambut sorakan orang ramai.

5.30pm: 

Hanya beberapa orang anggota polis dilihat berkawal di perhimpunan hari ini. Sebilangan anggota tersebut dilihat mengawal lalulintas.

5.27pm: 
Aktivis siswa Safwan Anang menjadi individu pertama berucap.


"Ada sesetengah orang tak faham bahasa, mereka kata jika orang yang tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya, boleh keluar dari Malaysia. Ini kenyataan bodoh, betul atau tidak?," katanya yang disambut dengan laungan "Ya" oleh para peserta.

5.24pm: Orang ramai berdiri tegak apabila acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Malah, individu yang dilihat sedang menyeberang jalan dari kompleks Amcorp Mall juga berhenti di tengah jalan dan berdiri tegak sewaktu lagu kebangsaan dinyanyikan.

5.15pm: Pengerusi majlis memulakan acara dengan mengumumkan tiga tujuan utama untuk mengadakan perhimpunan hari ini:


  • menuntut pemimpin SPR meletak jawatan.
  • menuntut pilihan raya diadakan semula di kawasan yang disyaki berlaku penipuan
  • menyokong tribunal BERSIH untuk menyiasat dakwaan kes penipuan pilihan raya.
Sementara itu, jumlah peserta semakin meningkat - kini dianggarkan 5,000 orang di kawasan padang.

4.45pm: Jumlah peserta meningkat kepada kira-kira 500 orang dalam suasana yang semakin meriah. Salah seorang peserta, Yusri Mohd Yusof berkata perhimpunan ini bagi menyatakan kemaharan ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya atas dakwaan penipuan yang berlaku dalam pilihan raya.

Pensyarah berusia 41 tahun itu yang turut hadir di perhimpunan di Kelana Jaya berkata beliau berharap perhimpunan kali ini sebagai perhimpunan paling besar.

Ditanya mengenai kenyataan Ahmad Zahid bahawa perhimpunan hari ini tidak menepati keperluan Akta Perhimpunan Aman 2012, Yusri berpendapat sebaliknya.

Katanya, para peserta tidak menyebabkan kekacauan atau mengadakan perhimpunan jalanan.

"Kita hanya berhimpun di sini secara aman," katanya.

4.42pm: Salah satu gerai yang dibuka di kawasan perhimpunan ini didapati cuba mengumpul 100,000 tandatangan individu yang menuntut demokrasi.


.: Lebih 50 Ribu Rakyat Bangkit <b>di Petaling Jaya</b> - MSO

Posted: 25 May 2013 08:36 AM PDT

TERKINI                                                                                     

Himpunan Black Out 505 sebagai membantah dan menyatakan kebencian kepada sikap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berdolak dalih dan mempertahankan apa didakwa ke atas suruhanjaya itu sebagai penipu dan tidak adil yang diadakan di padang Amcorp Mall Petaling Jaya malam ini dilimpahi lautan manusia.

Lebih 50,000 yang hadir berhimpun dengan aman sambil mendengtar ucapan dan pidato para pemimpin politik dan Ngo. Mereka yang hadir sebahagian besar memakai baju warna hitam sebagai lambang atau pergabungan atas apa yang berlaku.

Mereka yang kebanyakannya golongan muda datang sejak awal senja lagi memenuhi padang berkenaan. Himpunan malam ini merupakan kemuncak kepada himpunan Black Out505 yang diadakan dibeberapa negeri sebelum ini.

Himpunan ini bermula di Petaling Jaya didikuti di Perak, Johor, Negeri Sembilan, Melaka kemudian Kedah dan Terengganu sebelum ia berakhir di Petaling Jaya. Hanya Perlis dan Kelantan tidak bersedia mengadakan himpunan berkenaan.

Sementara itu difahamkan seperti diumumkan himpunan malam ini tidak akan berakhir di situ tetapi ia akan diteruskan untuk ke Padang Merdeka. Himpunan malam ini berjalan lancar tidak ada apa-apa halangan dan pihak keselamatan tidak perlu bertungkus lumus untuk mengawal keadaan kerana ianya berlangsung dalam penuh berdisiplin.

Inysa-Allah saya akan mengulas dan sorot himpunan BlackOut505 - Suara Rakyat ini esok. [pjy.sel.11:29 pm 25/05/13]

12 di sabak bernam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Zelinda: Berkursus <b>di</b> Inst.Perakaunan Negara, <b>Sabak Bernam</b>

Posted: 22 May 2013 02:35 PM PDT

Asalamualaikum...

PERINGATAN....!!! ENTRI INI SANGAT PANJANG & BANYAK SANGAT CERITA BERGAMBAR..:) TERIMA KASIH DI ATAS KELAPANGAN ANDA MEMBACA ENTRI INI..

Okeh sayang-sayangku..Apabila kita bertugas sebagai penjawat awam,7 hari berkursus sudah semestinya..Dan baru2 ni nama saya terpilih untuk mengikuti Kursus Gaji,elaun & Kemudahan Penjawat Awam di Institut Perakaunan Negara (IPN) Sabak Bernam selama 4 hari..Haa berkampung la kat IPN dari 13-16 Mei 2013..Kursus bermula pada 14hb tp disebabkan kami perlukan asrama,so perlu daftar awal untuk dapatkan asrama..Owhh saya tidak kesorangan untuk kursus kali ni..(ayat mcm dah banyak kali pergi kursus je..) Saya berdua ngan kak wana..Sebelum jejak kaki kat IPN ni,macam2 cerita yg best aku dengar dari kawan2 ofis..so,memang i teruja sangat okeh..Sebelum cerita lebih lanjut,percaya @ tak, saya cuma bawak beg galas belakang SAHAJA untuk disumbat baju 4hari 3 mlm saya sepanjang berada di sana..Macam tak caya kann..? Biasanya orang pempuan ni,banyak barang2 nak dibawak..Kursus 4hari mcm nak gi sebulan..!! hhahaha..

13 Mei 2013 (ISNIN)
Disebabkan kami perlukan tempat penginapan untuk berkursus,so kami dikehendaki mendaftar sehari awal sebelum kursus..So,aku & k.wana sepakat untuk amik cuti.Dah janji ngan kak wana untuk ketemu di LRT Masjid Jamek..Oowhh lupa,kursus2 yg dianjurkan oleh IPN, IPN menyediakan pengangkutan untuk ke Sabak Bernam.Mereka sediakan bas yg setia menunggu di Putrajaya Sentral pada jam 2ptg.So,kami dah berusaha untuk dapatkan driver HKL untuk hantar kami ke IPN,tapi usaha kami gagal..Makanya,kami naik pengangkutan IPN di Putrajaya Sentral..Kami tiba di Putrajaya Sentral pukul 12lbh..Owhh masih awal lagi.So,bole berehat-rehat dahulu setelah penat mengejar tren,naik turun tangga di stesen2 tren..Dah lunch hour,kita makan dulu...!! Pikir2 mesti sampai kat IPN dah petang.Sure la pihak IPN hanya sediakan dinner pada petang tu kann..Ajak kak wana lunch dulu..Lagipun bas IPN belum sampai lagi..

Selesai saja makan,kami berdua gerak ke bahagian bawah..di mana tempat bas2 berkumpul..Tepat jam 1.30ptg nampak kelibat bas IPN..kelibat u oll..mcm kelibat hantu pulakk..hihi..Dalam bas,apa lagi..pulun tido la..walaupun tak berapa nak lena sangat.

Tiba di IPN jam pukul 5ptg..Ok lps daftar asrama,terus naik bilik..wah terpaku jap tgok keadaan bilik..Memang chantek mcm kat hotel u oll..trus landing ats katil..Konon nak jalan2 ptg tu,tp mcm x larat..Trus baring n siap2 utk mkn malam..Ptg sampai malam mmg xde buat apa2..Jes malam tu siapkan iron baju untuk kuliah pagi esoknya..dan selepas tu zzZZzzz...Malam tu,aku ngan k.wana tak berapa nak lena tdo may be berubah tempat kott..nite u oll....!!!

14 Mei 2013 (SELASA)
Pagi tu bangun dengan penuh semangat..Semangat la sangat,dah la x dapat tido malam tu.Dapat lena pun dah pukul 2.00pg..Hadoiii..macam mana lah dalam bilik kuliah nanti..Letak lidi kat mata..huhu..

Saja je mengenakan warna ceria di hari pertama kuliah..membangkitkan semangat berkursus..!sangat la kann.. Hari pertama berkursus tentang Gaji..Okehh,aku bertugas bukan di bahagian gaji..So knwledge pasal gaji memang zero..Ini satu ilmu yg bermakna buat aku.Mana tahu lepas ni kalau tukar ofis hour,dapat bahagian gaji ke..Hari pertama kelas bermula jam 8.30-4.30..Ada la break minum pagi,makan tengahari..Dan selepas 4.30ptg kami sume free..!! Yeayyy..! Tapi malam tu kami ada kelas pulakk..huhu sungguh tidak suke kelas malam..sebab ngantuk..Malam tentang elaun perjalanan..Walaupun ada kelas malam,tp kami tak lepaskan peluang beriadah..hahaha beriadah la sangat kann..Keluar jalan2 menghirup udara segar petang tu..Serius,IPN mempunyai tanah yg luas & menempatkan banyak blok bangunan serta asrama..aman sekali bagi aku..Ohh dalam beg kursus yg kami dapat ada sertakan sekali sekeping kertas di mana terkandung aktiviti yg kami boleh lakukan sepanjang di IPN.. Ehh sape Ila tu..? Kata datang berdua je ngan kak wana..?hihi..Ila tu kawan yg kami kenal sama2 kursus di sini..Dai dari Jabatan Pelajaran Klang.Dia datang kursus seorang diri..Hari pertama kami nak ke kelas,dia duduk semeja ngan aku dan kak wana..So start dari situ kami jadi kawan dan macam dah lama kenal je..Gila2 masing2..Dia dah kawen anak 3 lagi u oll...Senang kata,kami bertiga ni bini orang la..Tengah ronda2 IPN ngan kereta Ila tiba2 bos aku msg..Cehh dia kat tempat memanah rupenya.Bos aku pun ada kursus gak tp cuma 2 hari sahaja.Bermula 15-16 Mei..Kursus Perolehan Kerajaan tak silap aku.. Nak main basikal tapi basikal 1 pun tak ada..Mungkin habis digunakan oleh peserta Induksi..So,jalan2 je la..tiba2 tanya bos kat mana nak tgok pantai..Bos pun tunjuk jalan la..Kami berempat naik kereta Ila ke tepi pantai.Saja je nak tgok sunset..wah..wah..mcm orang frust bercinta je nak dok tepi pantai,layan perasaan kannn..  Haa jangan ingat kami terus balik ke asrama..Kami menyinggah sekejap..Ada je kami ni kann..Rasanya orang lain buat tak apa yg kami buat ni..??Nasib baik dapat bos yg kaki layan je..Tq again boss..
Ok cukup2 bergambar tu..cepat2 makan malam pastu terus naik bilik,bersiap utk gi kelas malamnya pulakkk...

15 Mei 2013 (RABU)
Pagi tu bangun dengan rasa sungguh segar sebab dapat tidur dengan lena..Dah kepenatan sangat kot.Letak kepala terus naik jet..! Pagi tu ada kelas tentang elaun makan,elaun lebih masa..Pada petangnya pulak free..Sebab penceramah yg sepatutnya datang beri ceramah tentang pinjaman perumahan tu tak dapat datang dan beritahu kpd pihak urusetia last minit.So,urusetia tak dapat nak gantikan dengan slot lain..Agak menghampakan sedikit.Sebab topik tu yg paling nak aku tahu..Maklumlah kita sebagai penjawat awam pastinya nak tahu lebih detail tentang pinjaman perumahan & apa keistimewaan kita sbg penjawat awam dalam pinjaman perumahan kann..Tapi,walaupun tiada kelas,tetap ada slot kami tersendiri yg kami rancangkan 1 kelas..hebat otak kami kann..

Gambar kat atas ni,gambar sebelum memulakan kelas tau..Lepas ni banyak lagi gambar..Ini muke kekenyangan selepas sarapan pagi..semua gambar2 aku taken by kak wana..tq kak wana..mmuuaahh..!! Sangat berpuas ati dgn hasil tangan kak wana..Tangan tu ada seni photograher laa u..!

Gambar dalam kelas tiada okehh..Seperti yg dinyatakan di atas,kelas petang arini tiada.so kami free..Dan kelas pada pagi ini hanya setakat jam 11pg saja..So,dari pukul 11pg tu kami abiskan masa bergambar sana sini setiap sudut IPN..IPN memang banyak tempat dan sudut yg cantik2..Biasalah,kami ni 1st time datang ke IPN memang agak teruja sikit..Tapi lepas ni datang lagi,kuranglah sikit keterujaan tu..

Tak tahulah berpa lama kami abiskan asa bergambar sana sini tu..Tapi naik bilik je,jam dah pukul 12lbh..Lama jugak tu..Aku ngan kak wana decide x nak makan tengari.Sebab kelas kami plan nak keluar makan mee udang  dan shopping2 sikit..Berumpul di lobi pukul 2.30 ptg bersama sebijik bas IPN..Kalau makan tengahari nanti,dah kenyang..kang x abis plak mee udang tu nanti kann..Rugi..Sebab warga IPN kata,Mee udang kat kedai tu memang terbaekk la..

Okehh,lepas solat zohor kami pun berkumpul di tempat yg dijanjikan..Tepat jam 2.30 bas pun sampai..Aku memang salute kepada abang2 driver bas IPN ni..dorang ni punctual..! Memang menjaga masa..Big claps for IPN..! Serupa jugak masa amik kami di Putrajaya Sentral aritu..Tepat masanya..!

Destinasi pertama,gi ATM machine..ada peserta nak keluarkan duit..Kalau sape2 yg berkursus kat IPN tu,bawak la duit lebih sikit yea.Sebab kat IPN takde ATM machine..Yg berdekatan pun kat Politeknik Sabak Bernam..Itupun Bank Islam punya mesin..Ok la kann,janji duit boleh keluar ek..Lepas tu kami terus menuju ke kedai Mee Udang yg di katakan tu..Abg driver ni saja je jalan jauh kot..Pusing2 kampung kata orang.. Memang cepat servis kat kedai ni.Pekerjanya pun ramai tak hingat.sebab tu cepat..tak sampai 10 minit kami order,makanan dah sampai depan mata.kelasss kau..! Ila order kuetiow udang,aku plak mee udang dan kak wana order nasi goreng udang..tapi lastly,aku ngan kak wana bertukar makanan..nak rasa 2-2 senang kata..Nasi goreng udang/mee udang/kuetiow udang semuanya berharga rm6.00 sepinggan..Aku kira dalam 1 pinggan tu ada 7 ekor udang yg dicampur udang besar dan udang kecik..Akan datang,kalau kursus lagi kat IPN ni tah berapa hengget..Lupe nak cerita,kenapa namanya MEE UDANG B.N.O..??? B.N.O stand for  Bagan Nakhoda Omar iaitu nama kampung terletaknya kedai itu.. Tapi betul tau...aku boleh dikategorikan suka makan udang.Lagi2 udang celup tepung..sampai jilat2 jari la kalau makan..wallahhh...!!Tapi,aku tak suke kopek udang..Mau kalau aku yg kopek udang tu,udang tu pasti idup balik.Lagi2 kopek pakai sudu dan garfu..Masa zaman2 bercinta dulu,MIA la yg kopekkan udang tu..Tapi dah kawen ni,xde lagi makan udang ngn suami..hikhik..tq kak wana bersusah payah untuk i..luv u laa..!! Aku orang paling last abiskan makanan..Aku memang lambat sikit bab2 makan ni.Dari dulu sampai sekarang..Kalau makan2 mst aku paling akhir..Makan ala2 pengantin lagi kott..choii..!! Dah lepas zaman makan2 pengantin tu ye cik lin..(oppss puan)..even dah bergelar puan,kawan2 aku especially kwn2 rapat masih panggil i cik okehh.. Okehh tab dah menunjukkan signal yg bateri hampir padam...So,gambar seterusnya ini dari hp canggih k.wana..nasib baik ada penyelamat..!! Selesai makan mee udang kat BNO, abg driver bawak kami ke kilang kerepek..tak jauh pun dari kedai mee udang tu..pusing2 situ jugakk.. Aku ngan kak wana tak beli satu pun..Memandangkan,beg kami dah cukup padat..Lagipun harga dia sama je ngan harga kat KL..Cuma kat sini kerepek2 dia mungkin baru2..Kalau yg jual2 kat kedai2 tu mungkin dah lama la..Orang lain tgh sibuk memilih kerepek,kami berdua sakan bergambar kat luar..
Yess petang nanti ada menda lagi kita nak buat..Walaupun kelas kami tiada,tapi aku ngan kak wana bijak mengatur jadual kami seharian agar tak sia-sia masa tu.Lagi2 kami ni 1st time sampai ke IPN..Memang nak jelajah abis 1 IPN..Aku rasa seronok berpartner kan orang yg sama kepala ngan aku.Macam kak wana..Senang kata,kami ni x reti dok diam..Masuk bilik hanya mandi,solat,tidur saja..Dulu,sebelum kawen,aku sorang yg pasif..Kalau masuk hotel ke bilik ke,haa duduk diam je la dalam bilik tu,Tak gi mana2..Tapi bila dah kawen ngan suami ni,jadi tak reti dok diam pulak..Yess husband aku memang kuat jalan..Bagi dia istilah bercuti tu adalah berjalan serata tempat bercuti tu..So,sekarang bini dia dah terikut sama..Jalan,makan satu kemestian..! So,im grateful coz kak wana like my husbnad too..Shes never say "no", "tak nak" ke, "malas" ke..Kalau ape yg aku plan,mesti dia follow..I like...!!! Dari kilang kerepek,balik la asrama kann..Jam pukul 4.30ptg..Okehh rehat2 jap..redakan perut yg kenyang..Pas semayang asar,dalam pukul 6.15ptg kami keluar lagi..Hadoii..mesti korang pelik kann..Kami ni tak reti penat ke ekk..kaku bab jalan,hidup masing2..(itu ayat mak aku masa zaman bujang kalau aku kuar jalan2 ngan Fiza)..Aktiviti petang cuma jalan2 keliling IPN je..So,inilah view IPN di waktu petang..




Cukup2 untuk petang tu..malam tu ada aktiviti haramm nak dibuat ngan kak wana..Nak buat aktiviti haram pun siap bagitahu boss..hahaha..nasib baik tak tanya aktiviti ape..Dia cuma kata,buatlah..dia x boleh nak join sbb ada kelas malam..sian boss..Lepas makan malam,naik bilik sembahyang maghrib trus siap2 nak gi spa..Hahhh..??? spa..?? Ada spa ke kat IPN ni? Ada sayang oii..Spa ni baru je dibuka sebulan lepas.. Masa ari pertama check in tgok ada pamplet ni,ati terdetik jugak nak gi spa..Ye la,gi spa aritu pun masa honeymoon..Kali ni nak rasa jugak gi spa,memanjakan diri..Dah aim ni..tapi diamkan je dalam ati..Nak ajak kak wana takut kak wana tak mo pergi..Tapi tak sangka pulak,bila aku suarakan hasrat ati nak gi spa,kak wana pun nak join jugakkk...caya laa,...!!! So tgahri sebelum kami makan mee udang tu,aku dah buat appoinment untuk datang malam tu jam 8.30mlm..Buat body scrub dan juga Lavender oil massage..Sebenarnya,ikutkan ati nak buat Traditional malay massage..Biasanya kalau traditional malay massage ni mesti pakai minyak urut yg bau2 serai ke,dan yg urut semestinya orang tua..Tapi,nasib aku x baik..traditional malay massage cuma available siang saja...Kalau dapat makcik2 yg urut,perghh sedap badan wehh..Harga berpatutan la..Kalau kat luar or hotel2 caj lebih dari tu or 2x ganda dgn harga aku buat kat sPA IPN ni..Mulanya kak wana nak buat body scrub je,ntah macam mana dia pun nak massage..Ini pengalaman pertama kak wana ber spa..Lepas ni boleh buat lagi kan kak wana..Hahaha..dah keje,mana la sempat untuk semua tu..Tak salah kalau duit yg ada tu utk memanjakan diri.Badan kita penat,teruk dengan kerja seharian kat ofis,kat umah,so tak salah kann..?? Selesai ber scrub,ber massage pukul 10lbh..perut macam berbunyi je nih..Ajak kak wana gi kantin..Kot2 ada makanan yg boleh kami santap kann..Alhamdulilah..minum malam dah ada.. Selesai minum malam,ber chit chat jap ngan kak wana kat kantin,barulah kami naik bilik..Naik bilik bukannye terus tidur..Kami siapkan packing bag.Supaya esok ari senang..Takdelah tergopoh gapah..Setel pasal beg,terus tidur..wahh lena sangat tido kami maklumlah badan kami sedap bila diurut..So,ready for last day tomorrow..!!!! Nite...

16 Mei 2013 (KHAMIS)
Oyeahh..today is a last day..Sudah mau pulang memulakan tugas..Berakhir sudah kursus di IPN..Happy ada, sedih pun ada..haha sangattt la kann..sebabnya berkursus di IPN umpama bercuti okehh..Pagi tu walaupun ari terakhir masih ada lagi slot kursus..Berkenaan tajuk Pinjaman Pendahuluan diri,Pinjaman komputer..Harus semangat okehhh...


Cukup2 bergambar..tgok jam tu,dah pukul 8.00pg tau..kelas mau start sudahh..Ok selesai slot,ada majlis penyampaian sijil untuk semua peserta..Yang disampaikan oleh penceramah tersebut.. Selesai penyampaian sijil,kak wana terus gi lunch..Aku..?Terus naik bilik sebab gigi sakit.Nak kunyah makanan pun tak boleh..Perut memang lapar,tp tahan je la..Balik bilik packing beg lagi..Haihh dah kata perempuan,tak abis2 packing begnya..hihi..Tepat pukul 2.15 kami bersiap sedia mahu pulang.. Tepat jam 2.30ptg bas pun sampai..Memang bas ni menepati masa la..good..!!! Pastinya akan merindui saat2 di IPN..Sudah jatuh cinta kat IPN..Jatuh cinta bukanlah dengan peserta kursus di sana.Kena sedar ye,kini status isteri orang..Tak boleh nakal macam dulu2..Jatuh cinta dengan suasana,kehijauan IPN..rindu dgn bilik yg kami menginap,rindu nak tgok sunset di petang ari..rindu segalanya tentang IPN..Ini yg dinamakan cinta pandang pertama..Kami tiba di Putrajaya Sentral jam 5.00ptg..Kak wana husband dia amik kat sana..dan aku..?? Bermalam di Putrajaya..huhu kesian kena tinggal ngan kak wana..hihi tak de la..Dah terlanjur sampai di Putrajaya, x sedap pulak tak jenguk kawan baik aku yg sorang tu..Memang dia dok kat Putrajaya..So,plan ngan dia mahu ketemu ngan dia,chit chat ngan dia dan bermalam di rumah dia..Mesti Yan teruja nantikan kehadiran aku kann..Selalunya,dia je selalu datang umah aku..

Setengah jam jugak menunggu si Yan ni..Maklumlah orang baru balik keje,si dengan jammed lagi..Tak pe,i okehh je..Malam tu kononnye nak berchit chat sampai ke pagi la sebab yan ni sanggup amik cuti demi aku okehh..sayangg kamu..Tapi malangnya,aku kan sakit gigi..efek dari sakit gigi tu,kepala jadi sakit..So,malam tu memang terus tido..lena sangat2..Esok paginya baru lah berborak sakan berdua ngan yan..Kitorang ni memang,pantang jumpa..mesti ada je menda nak diceritakan..

17 Mei 2013 (JUMAAT)
Sebelum pulang ke rumah,harus sangatlah aku dan yan berdating berdua kann..Kalau nak tahu,inilah 1st time aku naik kereta yg dipandu oleh yan..Yan ni lesen lama dah dapat,tapi baru thn lps berani bawak kereta..Pape pun,tahniah dear akhirnya berjaya jugakk..!!

Pagi jumaat tu banyak sangat cabang perjalanan kami..kejap nak ke Alamanda,kejap nak ke Seri Kembangan..jap ke KPT(Kementeria Pengajian Tinggi) anta barang la..mcm2 nak dibuat.. Ingatkan Aeon ni meriah macam yg ada2 kat KL..Rupenya tak meriah mana pun..Aeon ni kecik comel je..Tak sempat penat pusing dah abis 1 bangunan kami tawaf..Memandangkan sudah tengahari,kami lunch aje kat situ..Nak buat pilihan makan kat mana pun susah..sebabyg ada fast food aje..Jangan ingat ada tempayaki ke, Nasi Ayam Linda Onn ke..hahaha..Kenapa nasi ayam Linda Onn..?Sedangkan aku makan sekali je pun nasi ayam tu..So,pilihan tekak kami adalah Pizza Hut.. Sebabnya..aku mengadu ngan dia pasal sakit gigi..Dia terus cakap,ini bukan sakit gigi biasa..hahh?Aku pun mcm terpinga-pinga la..Dia kata,adik dia dulu pun sakit gigi macam aku..rupe-rupenya jeng..jeng..ada orang dalam perut..Puas la laki adik dia mencari ubat sana sini..Ini first time aku dengar fakta ni..Mungkin jugak,sebab baby dalam perut sedut skit kalsium kita tu yg kita pun kurang kalsium and jadi sakit gigi..Puas si Yan ni larang aku jangan makan nenas yg ada kat pizza tu..Tapi,insyaallah tak de apa.Nenas yg dah dimasak,kurang sikit tajamnya berbanding nenas yg mentah2 tu kita makan kann..itu mmg tajam btol.Lidah pun jadi sakit kalau makan nenas yg baru saja dipotong tu..Sayang jugak kawan aku ni kat aku..Mmmmuuaahh...

Lama jugak kami melepak kat Pizza Hut ni..dari xde orang sampai penuh orang la..Paksa si Yan abiskan pizza..Jangan pelik dgn friendship kami ni tau..Kalau dah lama sangat tak jumpa,pasti salah sorang akan plan untuk jumpa,datang tido umah ke..Dan kalau dah lama sangat tak jumpa mak Yan,aku pun mula lah rindu kat mak dia..Mak ayah Yan,mak ayah aku jugakk...

Selesai makan,kami keluar dari Aeon pukul 2.30ptg..Yan terua anta aku kat Putraja Sentral..Nak balik dah..sedeyy..Tak tahu bile dapat jumpa lagi..Semalaman untuk bercerita tak cukup rasanya..Kami ni banyak sangat cerita..Masa kat stesen ERL Putrajaya Sentral nampak la muka masing2 macam sesih..hihi ye ke..?Ke aku je yg rasa macam tu..Hover tau..!


Haa..itulah ceritanya dari ari Isnin sampai la Jumaat..Pergi kursus umpama pergi bercuti,tp ilmu yg kami dapat sepanjang kursus tiada nilainya..Banyak perkara baru yg aku pelajari..Terima kasih sangat kpd pasrtner sama2 kursus,Kak Wana menjaga adik dia yg nakal dan saya pun jaga Kak wana sebaiknya..Hahaha jaga la sangat kann..Paling tak terucap ialah,melayan kerenah adik dia ni haa..menjadi photograher kpd i untuk di story dan dikongsikan dalam blog ini..Sampaikan,tiap2 ari kak wana tanya,dah update ke blom kursus IPN..? Untuk pengetahuan semua,untuk entri kali ni saya mengambil masa 3hari,3 malam untuk mengarang..Serius..Time keje malam saja aku dapat mengadap blog ni..Kalau kat umah,memang tak sempat.Kat umah masa untuk kejar bantal saja..hihi..

To husband,thanx izinkan pergi kursus kali ni..Ini kali pertama berkursus dgn status isteri orang..:) dan terima kasih jugak izinkan saya spent time,berfoya-foya ngan kawan baik saya..To Yan,thanx for everything..i'm happy for u,happy dgn pencapaian yg kamu ada sekarang..! Semangat..! Kita sbg perempuan jgn patah semangat tau..Aku sentiasa ada untuk kamu..Aku sedia untuk pinjamkan telinga ini buat kamu..Chaiiyyoookk..!!!

**Cuti sekolah hampir tiba..Ke mana destinasi kamu semua..?Mesti pergi holiday kann..??Kepada yg pergi bercuti,balik kampung ke,hati-hati memandu.Semoga selamat sampai ke tempat yg ditujui..Sama jugak aku,Jumaat ni akan bertolak ke kampung sbb cousin kawen di Simpang Renggam,Johor tp sebelum tu kita turun ke bawah sikit ke JB..Wahh 1st time turun JB drive sendiri ni..Semata-mata nak jumpa husband u oll..Selama abg driver je yg anta sampai ke JB..Kali ni kene drive sendiri..Ntah sesat ke tak,tak tahu la..Padahal nak balik umah husbnad je pun..So,take care everyone..

NOTE : Terima kasih kepada anda sudi meluangkan masa yg agak lama untuk baca entri ini..Jenuh jugak nak membaca kann..??Janji lepas ni tak buat lagi entri berjela panjang mamcam ni..Dah macam tulis kat diary lak rasanya..Anyway,sayang kamu semua..mmuuaahh...!!!!

AIDC: Ceramah Anwar <b>Di Sabak Bernam</b> Tidak Dapat Sambutan

Posted: 25 Apr 2013 04:06 AM PDT

AIDCNews - 25/04/13 - Ceramah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Padang Taman Air Manis, Parlimen Sabak Bernam semalam tidak dapat sambutan, lapor GAP.

Ceramah 'Sepetang Bersama Anwar Ibrahim' anjuran calon PKR Sabak Bernam, Dr Aziz Bari.

"Semalam bertempat di Padang Taman Air Manis, Sabak Bernam, Anwar Ibrahim telah hadir bagi menjayakan program yang dianjurkan oleh Dr. Aziz Basi, calon PKR Parlimen Sabak Bernam dengan program 'Sepetang Bersama Anwar Ibrahim'.

 "Ramai yang tak minat mendengar kelentongan penjual pil kuda dari permatang pauh ini...,"lapornya.

Pengedar Produk TIB <b>di</b> Sg Besar/ <b>Sabak Bernam</b>, Selangor <b>...</b>

Posted: 23 May 2013 01:13 AM PDT


Yang berhajat bolehlah menghubungi beliau :
Ustaz Zulhakim/ Puan Rosnida
[Sabun al-Bayt/ Sabun Belireh/ Sabun Nuur Aura al-Bayt/ Sabun Resdung/ Sabun Sireh/ Sabun Marigold]
Sungai Besar, Sabak Bernam
 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved