Khamis, 13 Jun 2013

12 di ijok - Google Blog Search

12 di ijok - Google Blog Search


[pru13] siapa dr idris ahmad yang ganti khalid ibrahim <b>di ijok</b>!!?

Posted: 14 Apr 2013 02:30 AM PDT

Ternyata desas-desus kononnya Khalid Ibrahim akan lari ke Pelabuhan Klang jadi kenyataan apabila pada semalam beliau secara tidak rasmi mengumumkan dalam 'twitter' peribadi beliau.

Tempat beliau pula akan digantikan dengan Dr. Idris Ahmad yang merupakan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.

Persoalannya, bagaimana seorang pemimpin di Kuala Lumpur dihantar untuk menjadi calon di Selangor. Adakah sudah tiada lagi calon atau pemimpin PKR di Selangor yang layak untuk menggantikan Khalid Ibrahim?

Menurut sumber, Dr. Idris Ahmad telah memulakan gerakan sebaik nama beliau dipilih oleh kepimpinan PKR. Beliau pada semalam telah mengumpul saudara-mara dan ahli keluarganya bagi meminta sokongan mereka untuk membantunya berkempen di Ijok. Beliau juga dikatakan berasal dari Kuala Selangor.

Namun, kepimpinan dan penyokong PKR Cabang Kuala Selangor dikatakan tidak senang dengan pemilihan Dr. Idris Ahmad sebagai calon di Ijok. Mereka turut kecewa apabila pihak kepimpinan PKR tidak pernah berbincang dengan kepimpinan Cabang Kuala Selangor dalam pemilihan calon di sana.

Kemelut ini sudah pasti mengganggu persiapan PKR Kuala Selangor dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Jika tiada penyelesaian, Dr. Idris Ahmad kemungkinan berdepan dengan sabotaj oleh penyokong dan ahli PKR di sana.


PRU13: Apakah Khalid Ibrahim kekal <b>di Ijok</b>? - Harakahdaily

Posted: 05 Apr 2013 11:31 PM PDT

(Orang ramai berrebut untuk bersalam dengan Khalid dan ustaz azhar di Masjid Ijok)

SHAH ALAM: Di manakah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan bertanding dalam pilihan raya umum kali ini masih lagi menjadi tanda tanya.

Ini berikutan kenaikan mendadak pengundi luar di DUN Ijok yang kini diwakili oleh Menteri Besar Selangor itu.

Menurut sumber, 3,000 Bangladesh telah didaftarkan di kawasan itu kerana calon Umno dijangka akan bertanding semula di situ.

Dalam pilihan raya kecil Ijok, calon MIC, K Partibhan dipilih dan menang. Namun Partibhan tidak diletakkan dalam pilihan raya umum dan Khalid menang dalam pilihan raya umum itu.

Ekoran itu, para pegawai Khalid dikatakan berusaha untuk mempastikan beliau menang dalam pilihan raya kali ini dan mengelakkan diri dari terperangkap dalam permainan kotor lawannya itu.

(Orang India Bestari Jaya yang menyertai majlis Khalid dan Ambiga)

Media ada melaporkan Khalid akan ke Port Klang dan ada juga yang berkata beliau akan ke Bukit Melawati.

Namun kedua-dua kerusi itu bukanlah kerusi yang selamat. Jika begitu lebih baik Khalid kekal di Ijok.

Dalam pilihan raya umum lalu, Khalid mendapat 7,196 undi berbanding lawannya, Datuk Mohamed Sayuti Said dari BN 5,276. Khalid menang dengan majoriti 1,920 dalam kawasan 50 peratus Melayu itu.

"Kerusi yang sesuai untuk Khalid adalah Bukit Lanjan kawasan DUN Elyzabeth Wong yang dikatakan akan berpindah ke kerusi Parlimen Petaling Jaya Selatan.

"Satu lagi adalah bertukar dengan Dr Nasir Hashim di Kota Damansara," kata sumber yang rapat dengan pejabat MB itu.

Namun Khalid dikatakan bertegas mahu kekal di Ijok walaupun terpaksa kalah dalam pilihan raya ini.

(Khalid menghadiahkan buku tentang Selangor kepada Ustaz Azhar Idrus)

"Khalid orang yang tidak ada kepentingan diri. Harga diri lebih penting bagi beliau. Jika dia ke Bukit Lanjan, dia akan dituduh Umno lari dari kerusi Melayu ke kawasan kerusi Cina.

"Jadi, mengenali Tan Sri (Khalid), saya yakin dia akan bertegas mahu mempertahankan Ijok walaupun berhadapan dengan risiko kalah," kata sumber itu.

Sokongan yang melonjak kepada Khalid sejak kebelakangan ini di Ijok menambahkan lagi semangat beliau untuk kekal di Ijok walaupun berdepan dengan permainan kotor pihak lawan itu.

Semasa ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Ijok baru-baru ini, 12,000 orang telah menyertai majlis yang turut disertai Khalid itu.

"Memang antara sebab orang datang kerana Ustaz Azhar tetapi apabila bersalam, orang ramai berebut untuk bersalam dengan Tan Sri," kata satu sumber.

Majlis di Bestari jaya yang turut disertai oleh Datuk Ambiga Srenevasan juga mendapat sambutan hangat di kalangan masyarakat India di situ.

Kira-kira 5,000 orang khasnya masyarakat India temepatan menyertai majlis bersama Khalid dan Ambiga itu.

Di majlis itu, orang-orang India juga nampaknya sangat positif dengan Khalid tambahan lagi calon Umno akan bertanding di Ijok kali ini.

Antara calon Umno yang disebut-sebut bakal bertanding di Ijok adalah Datuk FD Iskandar, seorang usahawan Melayu yang berjaya dan naik dengan kekuatan peribadi.

Iskandar disebut Umno melalui laman webnya antara calon MB Selangor di kalangan Umno.

Khaled Ibrahim Bakal Kalah Jika Bertanding <b>Di Ijok</b> | KLXPRESS

Posted: 12 Apr 2013 03:41 AM PDT

SHAH ALAM: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok yang sebelum DUN dibubar, disandang Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dijangka menyaksikan pertarungan sengit calon pakatan dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum kali ini, tetapi kelebihan dilihat memihak kepada calon BN.

Penganalisis politik meramalkan bahawa keducikkkdukan Abdul Khalid akan tercabar jika BN meletakkan Setiausaha MIC Selangor K.R. Parthiban sebagai calon, yang menewaskan beliau pada pilihan raya kecil DUN itu pada April 2007.

Sungguhpun Abdul Khalid dikatakan ada kelebihan disebabkan pengaruhnya sebagai menteri besar Selangor, namun landskap politik Selangor kini sukar diramal kerana isu-isu politik semasa yang melanda negeri, terutama Abdul Khalid dibayangkan oleh Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak akan dilantik menteri besar walaupun jika partinya menang pada PRU13.

Penganalisis politik Anbumani Balan berkata Parthiban, yang merupakan antara bakal calon BN yang disebut-sebut bertanding di Ijok, berkemampuan mengambil kembali kerusi itu untuk BN kerana beliau kini mendapat sokongan yang meyakinkan daripada para pengundi di kawasan itu.

Pada pilihan raya kecil DUN Ijok 2007, Parthiban mengalahkan Abdul Khalid dengan majoriti 1,850 undi. "Sekiranya Parthiban menjadi calon di Ijok, MIC membuat pilihan bijak dengan tidak mengulangi strategi lama pada PRU12 apabila ia melepaskan kerusi tradisi Ijok kepada Umno dan menukarnya dengan kerusi DUN Bukit Melawati.

"Saya percaya kesilapan dalam strategi itu telah memberi ruang kepada Abdul Khalid yang menjadi calon PKR bagi kerusi Ijok pada PRU12, memenangi kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama. Mengulas lanjut, Anbumani berkata Parthiban mampu mendapat sokongan yang menyakinkan daripada pengundi kerana kawasan Ijok tidak asing baginya selepas menjadi Adun Ijok, walaupun untuk jangka masa pendek.

Parthiban juga sering hadir pada majlis-majlis keramaian penduduk di kawasan itu. "Beliau memahami segala permasalahan yang dihadapi penduduk Ijok dan ini membantu Parthiban memberikan tentangan hebat kepada calon lawannya," kata Anbumani. Pada PRU12, 2008 Abdul Khalid menewaskan calon BN Datuk Mohamad Sayuti dari Umno dengan majoriti 1,920 undi. Partibhan pula yang bertanding sebagai calon B Ndi kawasan DUN Bukit Melawati, kalah tipis kepada calon PKR, M.P. Muthiah dengan majoriti 297 undi.

DUN Ijok mempunyai hampir 19,000 pengundi, dengan kira-kira 49 peratus pengundi Melayu, 35 peratus pengundi India dan 16 peratus pengundi Cina serta kaum lain.

Sementara itu, Pensyarah Kanan dan Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata peluang seseorang calon untuk menang di Ijok bergantung kepada kerjasama antara calon dan jentera pilihan raya parti.

"Calon PKR akan bergantung kepada jentera parti di peringkat Selangor, manakala calon BN akan bergantung kepada bantuan jentera parti pusat. Kini perebutan di Ijok ialah sama ada jentera pusat boleh memanjangkan bantuan kepada jentera negeri," katanya.

Beliau berkata pelantikan Parthiban sebagai penyelaras Barisan Nasional (BN) DUN Ijok memberikan peluang cerah kepadanya untuk menebus kekalahan BN di kawasan itu dan beliau telah pun membuat gerak kerjanya sejak sekian lama.

Sivamurugan percaya Parthiban mampu memberikan tentangan hebat kepada mana-mana orang kuat PKR termasuk Abdul Khalid untuk kerusi DUN Ijok jika ada kerjasama antara jentera parti BN.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan beberapa puak atau kem yang wujud dalam PKR Selangor, yang tidak sehaluan dengan Abdul Khalid, boleh mensabotaj dan menjatuhkan beliau pada pilihan raya umum nanti.

Sementara itu, Parthiban, 43, yang juga bekas guru berkata beliau ingin kembali berkhidmat sebagai wakil rakyat Ijok untuk meneruskan khidmatnya yang terhenti sebagai Adun kawasan itu pada April 2007.

Katanya sokongan masyarakat India khususnya kepada BN di kawasan Ijok telah meningkat dengan signifikan kerana beliau sering mengambil berat permasalahan mereka melalui lawatannya ke kawasan-kawasan ladang sejak tahun 2008.

"Saya yakin kemenangan akan memihak kepada BN pada PRU13 kerana rakyat sudah pandai menilai situasi sebenar di Ijok, " katanya.-BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads