ads

Rabu, 26 Jun 2013

12 di cheras - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di cheras - Google Blog Search


BLOG TERHOT: 2o buah rumah terbakar <b>di Cheras</b>

Posted: 11 May 2013 07:04 PM PDT


 Kira-kira 100 orang hilang tempat tinggal apabila 20 unit rumah panjang dua tingkat yang mereka diami di Taman Ikan Emas, Cheras di sini musnah dalam kebakaran petang Sabtu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak, Abd Rahman Hassan Abu Hassan berkata pihaknya menerima panggilan awam pada 2.29 petang mengenai kejadian itu yang dikatakan berlaku pada kira-kira 2.15 petang.
Pihaknya menghantar tujuh jentera dengan 46 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak, Seputeh, Keramat, Pudu dan Hand Tuah ke tempat kejadian, katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira 6 petang dan jumlah kerugian masih disiasat.
Menurutnya siasatan awal mendapati kebakaran itu berpunca dari sebuah rumah kosong terletak bersebelahan rumah panjang itu.
"Kita percaya api merebak dengan pantas kerana faktor lantai yang diperbuat daripada kayu selain setiap rumah itu sendiri tidak mempunyai dinding pemisah di bahagian bumbung," katanya.
Abd Rahman Hassan berkata tiada penghuni yang cedera dalam kebakaran itu namun dua anggotanya cedera ringan ketika memadamkan api dan mereka dirawat sebagai pesakit luar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sementara itu, mangsa, A.Palaniayee, 83, berkata beliau sedang berehat di rumahnya semasa menyedari kebakaran itu merebak ke rumah jirannya.
"Saya terus keluar menyelamatkan diri tanpa sempat membawa barang-barang," katanya.
Mohd Ali Khalidin, 30, pula berkata beliau sedang minum di sebuah gerai berdekatan rumah panjang itu apabila melihat kebakaran itu.
Beliau segera menghubungi pihak bomba dan Tenaga Nasional Berhad untuk memaklumkan kejadian itu. - BERNAMAKebakaran
Anggota Bomba dan Penyelamat bertungkus- lumus memadam kebakaran di Taman Ikan Emas Kuala Lumpur, hari ini. Sebanyak 12 rumah yang terlibat dalam kebakaran tersebut. Tiada kemalangan jiwa dan punca kebakaran masih disiasat. - Foto Bernama
«»

12 di semenyih - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di semenyih - Google Blog Search


Batu vs Kayu: Pecah Undi <b>di Semenyih</b>, Kota Damansara dan <b>...</b>

Posted: 07 May 2013 04:03 AM PDT


SHAH ALAM 7 Mei: KEADILAN sama sekali tidak menyalahkan PAS berhubung pertindihan kerusi di Kota Damansara, kata Pengerusi KEADILAN Selangor, Azmin Ali.
Katanya, Pakatan sebaliknya perlu terus melangkah ke hadapan dan menumpukan kekuatan untuk berhadapan dengan BN.
"KEADILAN tidak tuding jari dan hormati masalah ketika itu. Penjelasan Khalid (Samad) menunjukkan sikap keterbukaan dan semangat Pakatan. Kita hargainya.
"KEADILAN bersama DAP dan PAS tidak toleh ke belakang. Bagi KEADILAN Selangor dan Pusat, saya hargai kenyataan Khalid (mengenai) sedikit masalah salah faham di Kota Damansara dan Semenyih," katanya pada sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam di sini.
Terdahulu dalam sidang media sama Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad berkata, calon KEADILAN berhak menang di kerusi DUN Kota Damansara jika calon PAS menarik diri.
"Calon PAS yang diarahkan tarik diri. Tapi hingga saat akhir enggan tarik diri sehingga Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali terpaksa turun berceramah di situ dan umum calon KEADILAN adalah calon rasmi Pakatan," katanya yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.
Dalam PRU ke-13 calon BN, Halimaton Saadiah Bohan menang dengan 16,387 undi, manakala calon KEADILAN, Mohd Nasir Hashim menerima 14,860 undi dan calon PAS, Ridzuan Ismail, 7,312 undi.
Kata Khalid, kejadian pecahan undi di Semenyih, Kota Damansara dan Sungai Acheh memberi pengajaran kepada calon Pakatan supaya tidak besar kepala dan terlalu yakin sehingga mengkhianati amanah rakyat.
Sehubungan itu katanya, PAS Selangor akan menghantar laporan kepada PAS Pusat bagi menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap insiden berkenaan.
Pilihan raya umum kali ini menunjukkan Pakatan Selangor berjaya mendapat dua pertiga majoriti dengan KEADILAN menang 14 kerusi, DAP (15) dan PAS (15).

12 di kuala selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Cantik Betul Kelip-Kelip <b>di</b> Kampung Kuantan, <b>Kuala Selangor</b>

Posted: 26 May 2013 04:56 PM PDT

Semasa pi makan kat Aroma Ikan Bakar, Kuala Selangor baru-baru ini, sempat singgah di Kampung Kuantan untuk melihat kelip-kelip.
Bacalah sedikit sebanyak mengenai kelip-kelip ya. Memang unik betul serangga ni yang mana ianya mengeluarkan cahaya pada waktu malam. Lagi gelap lagi bagus. Kalau tengah malam lagi jelas kita boleh nampak cahayanya.
Nak tengok kelip-kelip ni kena naik sampan. Satu sampan bayaran sebanyak RM50 dikenakan bagi 4 orang. 
Perjalanan lebih kurang 15-20 minit. 
Jaket keselamatan disediakan. Pakai jangan tak pakai ya.
Beginilah situasi pengayuh sampan. Memang bukan senang kerja macam ni. By the way, mengikut pengayuh sampan yang membawa kami, RM20 diberikan kepada mereka bagi satu trip. Dalam sehari dapatlah 3-6 trip.
Lebih kurang 30 pengayuh sampan ada kat Kampung Kuantan ni.
Inilah "jeti" yang membawa kita pergi tengok kelip-kelip. 
Kelip-kelip akan hinggap kat pokok ni dan menghisap nektar dalam daun ni. 
Nampak tak kelip-kelip? Ni saya ambil menggunakan kamera telefon samsung Galaxy Ace.
Actually dalam bulatan tu kelip-kelip yang berada kat pokok. Bila tengok ianya semacam pkok krismas yang ada lampu. Memang sungguh cantik dan menarik. Ingat ya, kalau nak ambil gambar jangan guna flash, kalau tak memang tak nampak sebab kelip-kelip tu kan mengeluarkan cahaya.
Setelah hampir 20 minit tamatlah perjalanan kita untuk melihat kelip-kelip. Walaupun tambang RM50 dikenakan, ianya satu pengalaman yang sukar dilupakan dan my daughter cakap, ianya sangat best.

Kalau tak silap, kelip-kelip ni boleh didapati di tiga negara iaitu Malaysia, Brazil dan New Zealand. Hmmm, by the way, masa kanak-kanak dulu saya pernah tengok kelip-kelip kat kampung.

Kalau pi tengok kelip-kelip kat Kampung Kuantan, Kuala Selangor ni, sentuh boleh tapi jangan bawa balik rumah ya, kan tak dapat generasi akan datang untuk tengok dan anda mungkin didenda sebanyak RM1,000.

Sebelum balik, sempat anak-anak bergambardi hadapan pintu masuk.
Ada juga cenderahati dijual di sini berupa magnet peti sejuk dan juga keychain. Baju pun ada dijual di sini. So begitulah sedikit sebanyak cerita mengenai pengalaman tengok kelip-kelip di Kampung Kuantan, Kuala Selangor.

12 di batang kali - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di batang kali - Google Blog Search


#PRU13 : Mat Taib Serah Borang PAS <b>Di Batang Kali</b>? - AAKJ World

Posted: 21 Apr 2013 06:30 PM PDT



Kehadiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib pada majlis Jamuan Rakyat di Sungai Choh dekat sini, yang diadakan ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-13 berlangsung, mengejutkan banyak pihak.

Kemunculan beliau sekali gus mengesahkan laporan sebelum ini bahawa seorang bekas menteri besar akan menyertai komponen Pakatan Rakyat.

Menurut calon kerusi Parlimen Hulu Selangor, Khalid Jaafar, Muhammad dijangka mengumumkan secara rasmi penyertaan beliau sebagai ahli Pas di Ibu Pejabat Pas Pusat hari ini.

"Saya melihat pengunjung hampir 2,000 orang yang hadir di majlis Jamuan Rakyat ini terkejut melihat kehadiran bekas Menteri Besar Selangor ini.

"Sambutan diterima cukup hangat daripada penduduk sekitar," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Persatuan Bengkulu Malaysia yang turut dihadiri Presidennya, Brigadier Jeneral Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab dan turut hadir ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Choh.

Turut hadir, calon kerusi Dun Batang Kali, Datuk Dr K Ramachandran.

Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mat Taib yang merupakan bekas Adun Batang Kali dan pernah menang tanpa bertanding sebanyak dua kali di kawasan itu.

"Beliau turut menjulang tangan saya bersama Datuk Ramachandran sebagai sokongan terhadap pencalonan kami di kawasan ini.

"Mat Taib turut dijangka menghadiri program bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Mei ini, insya-ALLAH," katanya.

Muhammad merupakan bekas menteri Kabinet dan Naib Presiden Umno.

12 di jenjarom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di jenjarom - Google Blog Search


Ketua Wanita UMNO <b>Jenjarom</b> 1 maut kemalangan | Berita2u.tk

Posted: 11 Jun 2013 02:51 PM PDT

Banting: Ketua Wanita UMNO Cawangan Jenjarom 1, Nor Asmah Paniti, 52, maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah lagi motosikal di depan Klinik Kesihatan Jenjarom, di sini, kelmarin.
Source: RSS Berita Harian – Nasional  

Short URL: http://www.berita2u.tk/?p=63245

12 di sekinchan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sekinchan - Google Blog Search


GEMPAR #GE13!: BALAI RAYA BN <b>DI SEKINCHAN</b> TERBAKAR!

Posted: 23 Apr 2013 09:04 PM PDT

Pagi tadi rakan RMK kirimkan beberapa keping gambar yang menunjukkan kesan terbakar pada bahagian dinding luar Balai Raya Parit 9, Sungai Leman, Sekinchan, Kuala Selangor.




Semalam heboh isu letupan di ceramah BN di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Pagi ini pula, kesan terbakar jelas kelihatan di balai raya BN di Sekinchan pula. Apa maksud ini semua??


[KEMASKINI 2.00 petang]


12 di kuala langat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala langat - Google Blog Search


Terkini : Sekolah <b>Di Kuala Langat</b>, Subang Jaya, Shah Alam, Seri <b>...</b>

Posted: 25 Jun 2013 01:58 AM PDT

sekolah ditutup jerebu Terkini : Sekolah Di Kuala Langat, Subang Jaya, Shah Alam, Seri Kembangan Ditutup Semula

Sekolah Di Kuala Langat, Subang Jaya, Shah Alam, Seri Kembangan Ditutup Semula | Kementerian Pendidikan pada Selasa menarik balik keputusan untuk membuka semula sebahagian sekolah di Selangor apabila sebanyak 203 sekolah di Kuala Langat, Subang Jaya, Shah Alam dan Seri Kembangan terpaksa ditutup semula ekoran jerebu yang masih teruk.

Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Mohd Salleh Mohd Kassim berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan arahan Kementerian Pendidikan berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat pukul 7 pagi Selasa di kawasan berkenaan mencatatkan tahap yang "tidak sihat" dan "sangat tidak sihat".

"Bacaan IPU di Kuala Langat setakat pukul 7 pagi ialah 292 manakala bagi kawasan di bawah Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana (PPDPP) yang meliputi Shah Alam, Subang Jaya dan Seri Kembangan pula mencatatkan bacaan IPU 289.

"Sehubungan itu, kesemua 203 sekolah di kawasan tersebut diarahkan tutup bermula pagi ini. Pihak sekolah telah pun memaklumkan kepada ibu bapa supaya mengambil anak-anak mereka bagi pelajar yang bersekolah pada sesi pagi.

"Bagi persekolahan sesi petang ini, ia juga diarahkan tutup. Buat masa ini, kesemua sekolah ditutup pada hari ini," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Mohd Salleh berkata, arahan itu adalah berkuat kuasa untuk sesi persekolahan pada Selasa dan sebarang perkembangan sama ada keputusan untuk meneruskan penutupan atau pembukaan semula sesi persekolahan esok akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

"Bacaan IPU sentiasa berubah-ubah. Kita tak dapat nak jangkakan. Apa sahaja keputusan akan dimaklumkan kelak," katanya.

Beliau menambah, 203 sekolah itu meliputi 71 sekolah di Kuala Langat dengan 17 sekolah menengah dan 54 sekolah rendah, manakala 132 sekolah di Petaling Perdana pula ialah 47 sekolah menengah dan 85 sekolah rendah.

Bacaan IPU antara 51 dan 100 dikategorikan "Sederhana", 101 sehingga 200 sebagai "Tidak sihat" dan 201 sehingga 300 "Sangat tidak sihat".

Sebarang bacaan melebihi 300 adalah "Berbahaya" manakala bacaan melebihi 500 dikategorikan sebagai "Darurat".

Menurut Mohd Salleh, arahan penutupan sekolah turut kekal di kawasan Pelabuhan Klang berikutan bacaan IPU setakat pukul 7 pagi Selasa ialah 487 – tahap yang sangat tidak sihat.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua pelajar agar menjaga kesihatan berikutan kualiti udara yang tidak baik.

"Mereka (pelajar) dinasihatkan supaya memakai topeng muka apabila berada di luar, banyakkan minum air dan kurangkan aktiviti di luar. Ibu bapa diminta untuk menasihati anak-anak mereka sebagai langkah berjaga-jaga," katanya.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Pendidikan), Datuk Sufaat Tumin pada Isnin berkata, semua sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor yang diarah tutup pada Isnin berikutan keadaan jerebu teruk, akan dibuka semula pada Selasa kecuali di Pelabuhan Klang. -mstar-

162 total views, 15 views today

Incoming search terms:

  • gambar Diana Danielle sewaktu kecil
  • perkahwinan anne ngasri dan somali
  • Aziz Sattar
  • perkembangan terkini penutupan sekolah petaling perdanal
  • perkembangan terbaru sekolah yang ditutup
  • status twrkini ipu di shah alam
  • info terkini ppd kuala langat
  • petua ibu mengandung
  • berita terkini tentang penutupan sekolah di shah alam
  • gambar ikan laga hiasan

Tags: , , , , , , , ,

12 di kelana jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kelana jaya - Google Blog Search


video langsung perhimpunan bantah pru 13 <b>di</b> stadium <b>kelana jaya</b>

Posted: 08 May 2013 05:19 AM PDT

Video live Himpunan Bantah Keputusan PRU13  8 Mei 2013 di Stadium Kelana Jaya

live perhimpunan di kelana jaya 8 mei 2013 video langsung perhimpunan bantah pru 13 di stadium kelana jaya

Perhimpunan yang di anjurkan 'pembangkang' adalah bermatlamat bagi menyatakan bantahan ke atas penipuan yang didakwa dilakukan dalam Pilihanraya 5 Mei 2013 tempoh hari

Menurut laporan yang disiarkan akhbar, Tanpa notis 10 hari lebih awal, polis mengklasifikasikan himpunan yang akan diadakan oleh pakatan pembangkang di Stadium Kelana Jaya pada malam Rabu itu sebagai perhimpunan haram

Mengenai perkembangan perhimpunan bantahan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) orang ramai dilihat lengkap berpakaian serba hitam mula membanjiri Stadium Kelana Jaya termasuk kawasan berhampiran

Dalam pada itu, Penyokong "Blackout" dari pelbagai arah dengan menaiki kereta, motosikal, bas dan LRT berhampiran, sambil berjalan kaki menuju Stadium Kelana Jaya

Kira-kira pukul 6.30 petang hujan mula turun dan semakin lebat. Namun ia tidak mematahkan semangat penyokong Pakatan Rakyat

Difahamkan Kira-kira 5,000 penyokong PR telah mengambil tempat masing-masing dalam stadium itu pada jam 8.00 malam dan jumlah kehadiran dijangka akan bertambah dari masa ke semasa

Untuk mengikuti perkembangan dan situasi secara live streaming di internet dalam paparan video sila layari atau klik pada tajuk pautaHimpunan Bantah Keputusan PRU13 di Stadium Kelana Jaya ataupun video yang dipautkan dari laman youtube seperti dibawah

12 di sepang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sepang - Google Blog Search


<b>Di</b> Resta inspired by Perez perfomance at <b>Sepang</b> | Grand Prix 247

Posted: 28 Mar 2012 12:04 AM PDT

28 March, 2012

Paul Di Resta (GBR) Force India F1. Formula One World Championship, Rd2, Malaysian Grand Prix, Practice, Sepang, Malaysia, Friday 23 March 2012.

Paul Di Resta in Malaysia

Mar.28 (Reuters) Paul Di Resta believes Force India could match Sergio Perez's surprising Malaysian Grand Prix podium if circumstances go their way this season.

Paul di Resta (GBR) Force India VJM05. Formula One World Championship, Rd2, Malaysian Grand Prix, Race, Sepang, Malaysia, Sunday 25 March 2012.

Paul was in the thick of things in Malaysia

Perez finished second for Sauber at rain-lashed Sepang on Sunday to become the first Mexican driver in 41 years on the F1 podium. It is arguable that he could have won had he not run wide with five laps to go while chasing Ferrari's Fernando Alonso.

Force India have only once finished in the top three, when Giancarlo Fisichella finished second in the 2009 Belgian Grand Prix, but Di Resta felt another visit was in the realms of possibility for his team.

"I don't think you can rule that out," the Scot told reporters at the Buddh International Circuit on the outskirts of Delhi.

"You have to be ready for that (the opportunity of a podium), should that happen. It's going to be a massive task and a difficult one," said the driver who turns 26 next month.

"You want it to happen, you go and prepare yourself for the weekend, if you can. We only saw this weekend what Sauber achieved, and Perez [achieved].

"We have to believe that it can happen to us, if every circumstance goes the right way."

(L to R): Nico Hulkenberg (GER) and Paul di Resta (GBR), Sahara Force India Formula One Team. Sahara Force India Formula One Team Driver Studio Photoshoot, Silverstone, England, 3 February 2012.

Paul di Resta and Nico Hulkenberg

Di Resta has made a strong start to the season, collecting seven points from two races, while team mate Nico Hulkenberg managed a couple from his ninth place finish in Malaysia.

Di Resta identified Sauber, Williams and Toro Rosso as Force India's chief midfield rivals and said was looking forward to the new package his team would introduce before the series shifts to Europe in May.

A much a needed boost for the Silverstone-based team would be the healthy competition between their drivers, said Hulkenberg.

"I don't get along with Paul at all, we hate each other," the 24-year-old German joked before turning serious. "We both are pretty hungry for success. [It's the] early stage[s] of our F1 careers.

"We are pushing each other very hard on the circuit for our own good and for the team's good. We will keep our heads down, trying to make the car faster, ourselves faster.

"To come away with seventh and ninth (positions) in Malaysia was a huge success, looking from where we started and in qualifying, things didn't look bright," said Hulkenberg.

"The speed is not where we want it to be at the moment but it's early days in the season with only two weekends, 18 more to go. So there are plenty of opportunities to develop the car, make the car faster and maximise our performance from here."

Subbed by AJN.

Berita tentang Rumah Amal Giching, <b>Sepang di</b> Utusan Malaysia 21 <b>...</b>

Posted: 21 Jun 2013 06:38 PM PDT

Beginilah yang umum rakyat Malaysia mahu.

12 di subang jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di subang jaya - Google Blog Search


Pengedar Shaklee <b>Di</b> Putra Heights, <b>Subang Jaya</b> | Perkongsian <b>...</b>

Posted: 10 Jun 2013 02:50 AM PDT

Hari ini rasa mahu membuat hebahan sikit. Bukan hebahan penting pun tapi agak pentinglah pada sesiapa yang mencari pengedar shaklee area Putra Heights kan. Ada setengah orang malas nak pos ni leceh, kalau boleh nak barang sampai depan mata. Jadi inilah masanya untuk anda yang tercari-cari pengedar di Putra Heights, harap maklum barang anda akan dihantar on the spot. Pantas tak servis i hihii...



Tujuan saya menulis ni sebab ramai pula yang mencari pengedar shaklee di putra height tapi hendak dihantar barang terus ke rumah. Bila saya menyoal siasat (macam edisi siasat pulak), maka jawapannya "saya google je". Maknanya blog ini mencatat ranking dalam google jugak lah kan untuk pengedar shaklee kawasan subang jaya. Terasa dihargai hihiiii.
Tapi jangan kecil hati pulak mereka yang di tempat lain, kawasan kejiranan berdekatan dengan Putra Heights juga boleh dipertimbangkan seperti Puchong dan USJ, atau Saujana Putra. Yang pastinya terbaik untuk anda semua:)



Jadi pada mereka yang tercari-cari Shaklee Independant Distributor (SID) yang sah area Putra Heights ni, apa tunggu lagi, silalah hubungi. InsyaAllah saya sentiasa available kerana sekarang saya sudah bebas dari ikatan kerja, sudah menjadi surirumah yang bekerja dari rumah. Sambil-sambil hantar produk kalau anda ingin tahu apa kaedah dan bestnya bisnes ini bolehlah kita ambil sedikit masa.

Tapi jangan silap faham, saya takkan datang rumah anda untuk berceramah atau buat demo :)
Kerana apa? Kerana saya pengedar shaklee online:) I love online biz lebih dari segalanya.
Jom order:)

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email wfatihanum@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved