ads

Jumaat, 15 Februari 2013

12 di cheras - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di cheras - Google Blog Search


PUTERI UMNO BAHAGIAN <b>CHERAS</b> | BLOG - BLOG PARTI UMNO

Posted: 06 Feb 2013 11:16 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

MAJLIS PENYERAHAN BAUCER BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA

Posted: 06 Feb 2013 01:45 AM PST

Majlis penyerahan Baucer Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) peringkat ke 2 telah di adakan semalam bertempat di PPR Sri Alam,Cheras Kuala Lumpur.
Penyerahan Baucer Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) telah di sampaikan oleh Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al Habshee kepada penerima - penerima yang layak di sekitar Parlimen Cheras. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras, Puan Sarina Sharif bersama  Ahli - Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Cheras dan pemimpin Parti komponen Parlimen Cheras . 
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras merasakan usaha pemberian BR1M 2.0 sangat baik dilakukan dan sepatutnya diteruskan di masa akan datang. Namun begitu dalam pada masa yang sama Kerajaan perlu mengambil serius dengan mencari jalan penyelesaian terbaik bagaimana cara untuk mengekang lonjakan kos sara hidup yang menghimpit golongan pertengahan, dan berpendapatan rendah termasuklah isu pemilikan rumah. 
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

12 di kuala selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Misteri Suara Dari Pokok Kelapa <b>Di Kuala Selangor</b> | Mohd Khalil <b>...</b>

Posted: 30 Oct 2012 01:05 AM PDT

Misteri Suara Dari Pokok Kelapa Di Kuala Selangor | Mungkin ada di antara kita pernah membaca satu keratan akhbar tentang  kes seorang lelaki yang bertindak terjun dari sebatang pokok kelapa di di Jalan Budi, Sungai Buloh-Jeram suatu ketika dahulu. Namun cerita itu sudah beberapa bulan berlalu, namun wujud pula cerita misteri di sebaliknya. Walaupun ramai yang tidak mempercayainya, cerita ini masih lagi sampai ke telinga penduduk di sana. Ikuti kisah di bawah ini.

Seorang lelaki yang pernah menggemparkan orang ramai di Jeram, Selangor semalam apabila bertindak nekad terjun dari pokok kelapa. Dia mati di tempat kejadian.

Jam menunjukkan jam 3 pagi. Dollah (bukan nama sebenar) tidak sabar-sabar lagi hendak pulang selepas waktu syif kerjanya di sebuah kilang di Kapar berakhir jam 2.30 pagi. Rumah sewanya terletak di taman perumahan di Sungai Buloh, Jeram di Kuala Selangor.

Lelaki ini memekik meminta permintaannya ditunaikan, Nekad terjun pokok selepas kemahuan gagal ditunaikan.

Bukan kepalang lagi rasa penat yang ditanggung Dollah setelah hampir 10 jam bekerja. Untuk cepat sampai ke rumah, dia memilih Jalan Budi untuk pulang meskipun sebelum ini, dia sering melalui persimpangan lampu isyarat bersebelahan projek perumahan teres setingkat yang terbengkalai untuk ke rumahnya.

Jalan kecil yang hanya muat satu kereta dalam satu-satu masa itu dilalui dengan berhati-hati berpandukan cahaya lampu motosikal.

Dengan tak semena-mena, bulu tengkuk Dollah terasa meremang. Dalam sunyi sepi itu, dia tiba-tiba terdengar bunyi seakan-akan suara orang merintih sebaik sahaja melepasi satu selekoh.

Bimbang kalau ada yang benar-benar dalam kesusahan dan perlukan pertolongan, Dollah memberanikan diri mahu berhenti. Namun sebaik sahaja dia memijak tanah tanpa mematikan enjin motosikal, dia langsung mengubah fikiran.

Dollah terus memecut laju motosikalnya dalam kegelapan malam tanpa dia menoleh ke belakang lagi. Esoknya, apa yang berlaku kepada Dollah menjadi modal sembang seluruh kampung.  

Hingga hari ini – selepas lebih dua bulan – masih lagi jadi sebutan di Kampung Sungai Buloh, Jeram. Tersebarnya cerita itu hingga ada yang percaya, apa yang didengar Dollah ada kaitan dengan kejadian seorang lelaki mati setelah terjun dari pokok kelapa di kawasan berhampiran tiga bulan lalu.

Saksi empat mata

"Saya pun pernah dengar cerita ada suara meminta tolong yang menakutkan di kawasan Jalan Budi itu pada waktu malam. Tapi cerita itu terhenti begitu sahaja," kata Penghulu Mukim Jeram, Kamaruddin Abd Rahman kepada Sinar Harian.

Menurutnya, cerita itu disampaikan seorang ketua kampung selepas selesai mesyuarat mingguan di Balai Penghulu Jeram.

"Ia agak mengejutkan memandangkan insiden lelaki terjun pokok sudah berlalu lebih beberapa bulan," katanya yang memaklumkan turut hadir melihat lelaki terjun pokok selepas dimaklumkan penduduk.

Dalam kejadian yang heboh diperkatakan buat penduduk di situ, dia tidak menyangka lelaki terbabit nekad untuk terjun pokok selepas sesi memujuk gagal.

Insiden bunuh diri seumpama itu katanya, adalah kejadian pertama kali berlaku sepanjang tempoh khidmatnya selama 13 tahun sebagai Penghulu Mukim.

"Ketika kejadian, saya antara orang terawal yang datang untuk melihat sendiri lelaki yang berada di atas pucuk pokok kelapa. Dia menjerit tidak keruan dan mahu berjumpa beberapa individu termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Saya juga ada memujuk lelaki terbabit supaya turun dari pokok dengan rela hati. Minta dia berbincang dengan baik tanpa perlu mengugut untuk membunuh diri."

Pokok kelapa ditebang

Ketika merujuk kepada Ketua Kampung Sungai Buloh, Hashim Mansor, 63, untuk mendapatkan kepastian mengenai kejadian misteri yang dikatakan berlaku selepas kes bunuh diri itu, Hashim menegaskan, itu hanya cerita yang diada-adakan.

"Rumah saya hanya 100 meter saja lebih kurang dari tempat lelaki itu mati. Tak ada pula saya dengar bunyi suara orang merintih atau apa-apa.

Kalau betul ada, tentu saya atau keluarga saya ada dengar. Bukan jauh sangat pokok tu dari rumah kami," katanya.

Menurut Hashim, dia dan keluarganya malah tidak pernah terganggu oleh apa-apa bunyi yang seumpama itu.

"Saya nak bagi peringatan. Janganlah sesiapa yang percaya kepada cerita seperti ini dan jadi taksub. Bimbang kalau kita terlibat dengan perkara khufarat yang boleh bawa syirik. Bahaya besar pada akidah kita nanti," katanya.

Atas sebab itu, Hashim mengarahkan pokok kelapa di mana lelaki itu mati, ditebang selepas sahaja jenazah lelaki itu dibawa ke Hospital Tanjung Karang.

"Saya tak mahu ia jadi tempat perbuatan khurafat, saya yang bertanggungjawab," katanya.

Mengimbas kejadian pada 13 Mei lalu, Hashim berkata, pada hari itu, seorang lelaki tidak dikenali telah memanjat pokok kelapa di kebun belakang rumah keluarganya itu, kemudian mengugut akan terjun kerana kecewa. Dia dipercayai mempunyai masalah peribadi.

"Dia menjerit-jerit atas pokok itu hingga tidur kami terganggu sejak awal pagi. Penduduk kampung keluar pujuk lelaki itu supaya turun, termasuk imam dan polis tetapi dia tetap juga berkeras mahu terjun," katanya.

Melayukini.net - Biasalah jika terdapat gangguan seperti bunyi atau jelmaan itu, sudah tentu ia adalah makhluk halus dan sudah tentu ia makhluk Allah SWT. Cerita ini sekadar menyampaikan apa yang berlaku akan tetapi janganlah kita membuat sebarang andaian untuk menokok tambahkan cerita. Semoga penduduk di sana dijauhkan dari segala gangguan misteri.

Sumbangan

Incoming search terms:

  • rawatan bekam di kuala selangor (1)

Tagged: , , , , ,

12 di puchong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di puchong - Google Blog Search


PMR 2012: 2 sekolah <b>di Puchong</b> lahir 24 pelajar semua “A” ABN <b>...</b>

Posted: 21 Dec 2012 01:12 AM PST

PMR 2012: 2 sekolah di Puchong lahir 24 pelajar semua "A" ABN News | BM ', changepicturecallback: function(){ initialize(); } }); $("#custom_content a[rel^='prettyPhoto']:last").prettyPhoto({ custom_markup: '', changepicturecallback: function(){ _bsap.exec(); } }); });

http://news.abnxcess.com/bm/wp-content/themes/abnnews

12 di klang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di klang - Google Blog Search


Mekanik Kejam DERA ANAK TIRI <b>Di Klang</b>, Selangor | Que Achmad <b>...</b>

Posted: 12 Dec 2012 03:40 PM PST


RENTETAN gambar menunjukkan seorang lelaki begitu rakus mendera seorang kanak-kanak dengan mengangkat badan mangsa, menendang, memukul dengan senduk dan memaksanya berlutut dengan mengangkat tangan di sebuah rumah di Klang.

KLANG – Perbuatan kebinatangan seorang mekanik yang mendera anak tiri lelakinya berusia tiga tahun tanpa belas kasihan memakan diri apabila dia diberkas selepas aksi kejamnya itu dirakam menggunakan kamera telefon bimbit sebelum dimuat naik di laman sosial Facebook.
Suspek berusia 32 tahun tersebut diberkas pada pukul 8 malam kelmarin di rumahnya di Taman Mas, Kapar di sini iaitu tempat di mana kejadian dera itu berlaku. Dia diberkas apabila polis menerima laporan jirannya sejam selepas dia melihat rakaman tersebut.
baca lagi dan tonton VIDEO Penderaan, Klik TAJUK ENTRI ni

Difahamkan, ketika serbuan, suspek berada di dalam rumah itu bersama mangsa tetapi isterinya telah melarikan diri.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Jani Ahmad berkata, kanak-kanak tersebut dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini dan pemeriksaan menemui kesan kecederaan dan calar di badan serta kepalanya. Katanya, polis percaya mangsa telah didera oleh bapa tirinya sejak dua bulan lalu.

12 di hulu selangor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Jawatan kosong 2012 <b>di</b> Majlis Daerah <b>Hulu Selangor</b> (MDHS)

Posted: 09 Oct 2012 04:20 PM PDT

jawatan kosong 2012 Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)

Jawatan kosong 2012: Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) ditubuhkan pada 1 Januari 1977 mengikut Seksyen 4 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).MDHS adalah hasil gabungan :Lembaga Bandaran Rawang,Majlis Tempatan Kuala Kubu Bharu dan Majlis Tempatan Kalumpang.Luas keseluruhan kawasan yang ditadbir oleh Majlis pada tahun 2002 adalah 270.38 km persegi yang meliputi 13 mukim.

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan kepada rakyat Negeri Selangor yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-

1. Penolong Pegawai Perancang Bandar & Desa
2. Pembantu Kesihatan Awam
3. Pembantu Penguatkuasa
4. Pekerja Awam

Cara Memohon

a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDHS 1 yang boleh dibeli di Jabatan Khidmat Pengurusan dengan harga RM2.00 tunai/naskah atau dimuatkan di laman web www.mdhs.gov.my. ( Percuma ).
b) Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas.
c) Borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, sesalinan surat beranak, kad pengenalan, sijil-sijil akademik dan persekolahan yang telah disahkan dari salinan asal.
d) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan Mengikut Perintah Am Bab 'A' 17.
e) Semua permohonan hendaklah dialamatkan kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR
JALAN BUKIT KERAJAAN
44000 KUALA KUBU BHARU.
(u.p.: Jabatan Khidmat Pengurusan)

f) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru atas kiri sampul surat permohonan.
g) Permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan diterima dan tidak dipertimbangkan.
h) Tarikh tutup permohonan pada 30 OKTOBER 2012

Sila klik sini untuk maklumat penuh dan sumber iklan jawatan kosong 2012 ini.
Sila klik sini untuk muat turun borang permohonan.

———————————————————————————————-

Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
->> http://bit.ly/QH82aX

———————————————————————————————–

- Jawatan Kosong 2012 -

from your own site.

12 di kajang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kajang - Google Blog Search


Sambutan Ponggal Dan Sukanika <b>Di Kajang</b> Utama - Malaysians <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2013 07:02 PM PST


Padang Permainan yang mempunyai Padang Futsal di Kajang Utama yang diguna sejak akhir tahun 2012 yang lepas pertama kali dihadiri begitu ramai penduduk memenuhi kawasan padang permainan. Ini ialah kerana pada hari ini diadakan Sambutan Ponggal yang dihadiri bukan saja masyarakat India, tetapi juga berbagai-bagai kaum. Turut sama hadir ialah Adun Bangi Y.B. Dr. Shafie Abu Bakar, Y.B. Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang, Tuan Haji Azhar Pengerusi Gabungan NGO-NGO yang juga Pengerusi Surau Al-Muhajirin , Kajang Utama, Tuan Haji Ibrahim Martibi Pengerusi Rukun Tetangga, saudara Abu Bakar, AJK, Pemimpin NGO-NGO dan penduduk-penduduk  yang berjumlah 1200 orang.
Dalam Majlis ini Tuan Haji Azhar selaku Pngerusi NGO-NGO berucap mengucapkan terima kasih kepada semua yang  hadir, khususnya Adun Bangi dan Y.B Teo Nie Ching yang menaja sambutan. Menurutnya, ``Kita pada hari ini mengadakan sambutan Ponggal, tetapi kita juga pada hari ini mengadakan  berbagai-bagai kegiatan sukan, bagi menarik semua golongan lapisan masyarakat menyertai sambutan.``
Y.B. Teo dalam ucapannya menyebut, hari yang cerah dan cemerlang menggembirakan sambutan. Kita menyambut semua perayaan kaum seperti Hari Raya Eidul Fitri, Tahun Baru Cina dan pada hari ini sambutan Ponggal. Katanya lagi,  ``Saya dapati sambutan hari ini cukup meriah dan dihadiri begitu ramai orang. Kejayaan sambutan ini saya dapat tahu kerana mendapat kerjasama NGO-NGO. Terima kasih kepada semua.``  Tetapi Y.B. Teo merasa sedih orang Kajang Utama terpaksa membuat U-turn keluar masuk sejak bertahun-tahun. Kita tunjuk perasaan akhir tahun 2012 menuntut janji yang dibuat  akhir tahun 2004 lepas menuntut agar dibuat terowong atau flyover sebagaimana dibuat janji oleh Samy Vellu Menteri Kerjaraya pada masa itu. Lepas kita tunjuk perasaan baru-baru ini Menteri Kerjaraya baru buat janji mau buat, tapi janji sudah banyak kali, bolehkah kita percaya ?`` tanya Y. B. Teo.
Adun Bangi yang berucap untuk perasmian mengucap selamat menyambut Ponggal dan juga selamat menyambut Maulidur Rasul dan juga selamat menyambut Tahun Baru Cina. Kita sambut semua. Kita sambut dan akan mengadakan sambutan khas sebagaimana kita sambut Perayaan Ponggal pada hari ini. Adun juga mengucap tahniah kepada AJK dan NGO-NGO yang memberi kerjasama yang baik bagi perayaan hari ini. Menurut Adun, ``Saya difahamkan ada 15 acara sukan yang dijalankan pada hari ini dari pagi hingga jam 1.00 tengahari. Banyak hadiah yang disediakan. Harap peserta-peserta akan bermain dan bertanding atas semangat kesukanan dan mengekalkan perasaan mesra dan muhibbah. Adun juga menyebut, kerajaan Persekutuan buat janji mau bina terowong atau flyover bagi penduduk Kajang Utama, tapi janji tidak ditepati, tapi Kerajaan Selangor  sedang membina jalan dari Jalan Reko ke Pekan Bangi. Untuk Fasa pertama dari Jalan Reko ke Belok ke jambatan Teras Jernang sedang dalam pembinaan. Banyak jalan-jalan di Taman Perumahan dan di kampung telah diturap dan dibaiki. Kini Skuad Baiki jalan kerajaan negeri sedang  berusaha membaiki jalan berlubang dan rosak. Sukan berterusan berjalan sejak sebelum dirasmikan pembukaan dan selepas perasmian.
Antara acara-acara sukan yang berlangsung ialah pertandingan futsal, tarik tali, kerusi berirama, isi air dalam botol, mewarna, masak Ponggal, timbang blok, pancing botol, jalan atas batu dan berbagai pertandingan lagi. Pertandingan melibatkan kanak-kanak, orang muda, dewasa dan permainan khusus bagi setiap kategori umur.
Antara keputusan pertandingan:
1)      Bukit Mewan
2)      Apartment Sutera
3)      Rukun Tetangga
4)      Surau Muhajirin
5)      Pasukan Citra.
4)      Rukun Tetangga
3)      Madam Lee Hoong Moi
1)      Citra  (Johan Keseluruhan)
3)      Pasukan Seksyen 1 & 2.
Hadiah-hadiah disampaikan oleh Adun Bangi (Y.B. Teo minta diri lebih awal ada program tempat lain.
Sambutan adalah meriah dan berjaya. Terima kasih kepada semua.

12 di kuala langat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di kuala langat - Google Blog Search


4000 ORANG ASLI <b>di KUALA LANGAT</b> DERITA AKIBAT

Posted: 07 Feb 2013 07:49 PM PST




4000 Orang Asli di penempatan Pulau Kempas, Kuala Langat kini dirundung masalah dengan pihak kerajaan negeri Selangor yang di bawah pimpinan Menteri Besarnya Khalid al-Gagap's apabila tanah yang menjadi penempatan adat dan tanah rayau yang telah diwarisi sejak turun-menurun telah dipindah milik oleh Pejabat Tanah Daerah Kuala Langat.


Tanah yang mempunyai keluasan 17900 ekar di Mukim Tanjung 12 daerah Kuala Langat telah dipindah milik oleh pihak Pejabat Tanah Daerah di Bangunan SUK kira-kira 3 tahun lepas dan wujudnya penipuan oleh Pejabat Tanah Daerah untuk mengambil tanah Orang Asli tanpa pengetahuan dan kebenaran penduduk, kata Jafirn Malam, wakil penduduk.
Apa yang mengejutkan, aktiviti mengorek pasir turut dijalankan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) sehingga boleh membentuk kawasan lombong yang secara tidak langsung boleh mengundang bahaya dan kemusnahan alam sekitar yang amat teruk. Jelas di sini bahawa janji mereka (Pakatan Rakyat) yang dibuat pada PRU 12 yang lalu, di mana mereka  berjanji akan menutup sebarang aktiviti mengorek pasir, tapi sehingga kini, Pakatan Rakyat meninggalkan janji mereka begitu sahaja. Malah lebih rakus melakukan aktiviti korek pasir.



Apabila diajukan soalan tersebut kepada al-Khalig Gagap's mengenai hal ini beliau telah mencabar agar Orang Asli di kawasan teresebut membawa kes ini ke mahkamah. Hebat betul permainan Khalid ni. Dan wakil penduduk Orang Asli yang diwakili Japrin anak Malam telah pun membawa perkara ini ke muka pengadilan.
Semasa ditemuramah oleh team PUcTD, beliau berkata, laporan polis pada 29 Jan 2013 terpaksa  dilakukan terhadap Pejabat Tanah Daerah Kuala Langat kerana pejabat itu telah memberikan tanah TOL tersebut kepada orang luar walaupun kes ini masih dalam proses mahkamah.
Turut hadir Tan Hwang Hwang, aktivis alam sekitar dan beberapa orang wakil penduduk.
RMK: Kerajaan MB Selangor sibuk uar-uarkan yang mereka tu telus sangat. Tapi hakikatnya lebih bijak mengaburi mata rakyat dengan berselindung di sebalik topeng 'negeri berkebajikan'. Berkebajikan la sangat! Habis tanah orang dirampas. Dapat keuntungan, masuk poket sendiri!

12 di sabak bernam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Aziz Bari Bertanding <b>Di Sabak Bernam</b> Atas Tiket <b>...</b> - Kelab Greenboc

Posted: 01 Nov 2012 05:01 AM PDT

PKR yakin dapat merampas semula kerusi Parlimen Sabak Bernam pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) selepas mengumumkan calon baru bagi kerusi tersebut iaitu bekas pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari.

Difahamkan, sebelum ini, Ketua PKR Cabang Sabak Bernam, Dr Badrolamin Baharon dicalonkan bertanding bagi kerusi itu.

Abdul Aziz berkata, pemilihannya sebagai calon bagi kerusi berkenaan adalah atas arahan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, beliau yakin dapat merampas semula kerusi Parlimen Sabak Bernam memandangkan terdapat beberapa penambahbaikan dilakukan Kerajaan Negeri sebelum ini.

Pada 2008, kerusi Sabak Bernama dimenangi oleh calon BN dari Umno, Abd Rahman Bakri, yang menewaskan Badrolamin.

"Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa penambahbaikan dalam memastikan hak rakyat tidak diabaikan dan ini adalah kekuatan kita bagi merampas kembali kerusi Parlimen di sini," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, dia tidak berasa tergugat dengan kekuatan dimiliki Umno memandangkan pihaknya mempunyai kekuatan tersendiri bagi menawan kerusi di Parlimen Sabak Bernam.

"Saya yakin ini adalah masa tepat bagi kami merampas kerusi di Parlimen ini memandangkan sokongan rakyat juga dilihat semakin kuat terhadap PKR," katanya.

Abdul Aziz berkata, menerusi ceramah-ceramah yang dijalankan di sekitar daerah ini, jelas menunjukkan rakyat semakin matang dalam memilih pemimpin bersih serta mahukan pucuk pimpinan amanah.

Beliau berkata, ia dapat dibuktikan dengan sesi ceramah yang diadakan di Bagan Terap di mana rakyat sudah bijak dalam menilai sesebuah parti politik dengan turut sama turun padang memberi sokongan ketika program dijalankan.

"Bagan Terap merupakan kawasan hitam satu masa dulu memandangkan PKR pernah kalah teruk pada 2008, namun menerusi beberapa ceramah yang dijalankan kini, jelas menunjukkan penglibatan daripada ramai penduduk yang turut turun bagi memberi sokongan," katanya.

Menurutnya, disebabkan faktor itu, Umno semakin takut menghadapi PRU13 memandangkan sokongan dilihat semakin tipis.

Katanya, kajian dijalankannya sejak 2004 jelas menunjukkan kadar peningkatan sokongan rakyat terhadap parti itu semakin meningkat memandangkan pucuk pimpinan yang dianggap telus dalam membantu mendapatkan hak rakyat.

"Saya yakin PKR akan menang berdasarkan kajian yang saya jalankan menunjukkan pertambahan sokongan bagi parti ini," katanya.

Menurutnya, pada PRU13 nanti PKR mungkin akan kalah dalam beberapa kerusi namun peratusan undian penduduk dijangka akan meningkat sebanyak lima peratus bagi setiap peti undi.

Katanya, pada PRU lalu, kebanyakan disuarakan PKR dilihat retorik namun kini parti berkenaan dapat membuktikan ia menjadi realiti di samping membuka mata rakyat.

"Ini merupakan salah satu kekuatan kita dalam memastikan kerusi Parlimen berkenaan dapat dirampas," katanya.

Dalam pada itu Abdul Aziz berkata, sebelum ini, beliau turut menerima pelawaan daripada Pas dan DAP yang memintanya untuk bertanding di beberapa kawasan lain.

Katanya, bagaimanapun pelawaan tersebut ditolaknya kerana mahu memberi perkhidmatan terbaik di kampung halamannya.

"Saya berasal dari sini dan saya mahukan perubahan terhadap pucuk pimpinan di samping memberi perkhidmatan adil kepada penduduk setempat," katanya.

Beliau berharap rakyat dapat memberi peluang kepada PKR membuktikan kemampuan mereka dalam menguruskan daerah tersebut.

Sementara itu, Badrolamin enggan memberi sebarang komen berhubung perkara tersebut.

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved