Khamis, 2 Februari 2012

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Detikdaily - Aziz Bari Akan Tanding <b>Di Sabak Bernam</b>?

Posted: 25 Jan 2012 04:45 PM PST

Oleh Mohd Sayuti Omar

Malam ini Anwar Ibrahim akan turun ke Sabak Bernam, Selangor dan akan bersama ceramah di mini stadium di sana. Katanya sempena ceramah itu juga Anwar akan mengumumkan bekas pensyrah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Abdul Aziz Bari bakal menjadi calon PKR yang akan bertanding di Parlimen Sabak Bernam

Dengan pengumuman itu nanti akan tamatlah desas desus mengenai masa depan Aziz Bari yang sebelum ini tidak jelas beliau akan memilih parti mana sebagai wadah baru dalam politik.

Pengumuman itu nanti sudah tentu akan disambut dengan penuh kegembiraan oleh penduduk Sabak Bernam. Abdul Aziz adalah anak jati Sabak Bernam.

Sebeum ini Pemuda Pas menjemput Aziz Bari menyertai parti berkenaan dan tawaran itu disambut baik oleh para pemimpin Pas termasuk dua Naib Presiden. Kerusi Sungai Besar katanya ditawarkan untuk Aziz Bari.

Terdengar juga khabar kononnya Abdul Aziz Bari akan dibawa bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu.

Tetapi dengan pengumuman bakal dibuat Anwar malam ini jelaslah Aziz Bari melilih PKR untuk meneruskan perjuangannya bukan Pas. Pengumuman itu juga menamatkan spekulasi pakar perlembagaan itu mengenai masa depannya.

Selamat berpolitik kepada Aziz Bari.

http://msomelayu.blogspot.com/

Full content generated by Get Full RSS.

Aziz Bari Mungkin Bertanding <b>di Sabak Bernam</b> | AIDC

Posted: 27 Dec 2011 05:25 PM PST

Profesor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Abdul Aziz Bari mungkin bertanding di kawasan parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya umum akan datang, seandainya terdapat permintaan dan sokongan agar beliau bertanding di situ.

MerdekaReview dimaklumkan sumber bahawa ada tanda-tanda Aziz Bari bertanding di kawasan parlimen tersebut, melihat kepada kekerapan beliau kembali ke kampungnya di situ kebelakangan ini.

Ketika dihubungi MerdekaReview, Aziz Bari enggan mengulas panjang, tetapi berkata, "Kalau ada sokongan, kena fikirkanlah juga, untuk perubahan…"

Dalam PRU 11 pada tahun 2004, calon PKR Badrul Amin Bahron tewas kepada Mat Yasir Ikhsan dari UMNO dengan perbezaan 5,348 undi. Badrul Amin meraih 8,478 undi dari jumlah 30,862 orang pengundi, sementara Mat Yasir memenangi 13,826 undi. Bagaimanapun, undi majoriti dikurangkan sehingga 1,335 undi dalam PRU 12 pada 8 Mac 2008, Abdul Rahman Bakri dari UMNO menang dengan 12,055 undi berbanding Badrul Amin yang mendapat 10,720 undi. Daripada jumlah 31,381 orang pengundi, 81.25% adalah Melayu, 13.61% adalah Cina, 5.12% adalah India dan 0.02% lain-lain.

Menurut seorang sumber maklumat yang enggan mendedahkan identitinya, tinjauan mendapati kawasan Sabak Bernam mungkin ditembusi Pakatan Rakyat pada PRU akan datang. Sumber berkata, PKR sepatutnya telah menembusi kawasan itu dalam PRU 12 yang lalu, namun berlaku "politiking" dalaman sehingga calon PKR tewas tipis dengan perbezaan 1,335 undi.

Meskipun mengakui bahawa Badrul Amin juga seorang pemimpin yang baik, namun sumber tersebut mendakwa bahawa "politiking" yang berlaku di PKR Cabang Sabak Bernam menyebabkan akar umbi gagal disatu-padukan.

Menurut sumber lagi, seandainya Aziz Bari direstui pimpinan tertinggi PKR untuk bertanding di Sabak Bernam, beliau yakin bahawa kemunculan Aziz Bari mampu "meneutralkan" keadaan yang sedia ada.

Sumber yang dekat dengan parti komponen Pakatan Rakyat ini berkata, penampilan Aziz Bari mampu menyuntik keyakinan agar PR menawan kerusi Sabak Bernam.

Badrul Amin juga mantan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), terlibat dalam gerakan Reformasi sejak tahun 1998. Beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama dua tahun, bersama Tian Chua, Hishamuddin Rais, Saari Sungib, Mohd.Ezam Mohd Nor dan lain-lain.

Aziz Bari mencetus kontroversi apabila mendakwa "tindakan Sultan Selangor campurtangan dalam isu pemeriksaan gereja Methodist di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu, bukan tindakan lazim", ketika ditemuramah Malaysiakini.

Kenyataan pakar perlembagaan ini dibidas dalam Utusan Malaysia, malah ada yang membuat aduan polis terhadap Abdul Aziz Bari dan Malaysiakini. Ekoran daripada itu, Abdul Aziz Bari dan wartawan Malaysiakini disoal-siasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada 17 Oktober 2011.

Jawatan Aziz Bari digantung, dan beliau menerima surat tunjuk sebab daripada UIAM pada 19 Oktober 2011. Siswa-siswi dan orang awam bangkit mempertahankan Aziz Bari, mengutuk tindakan mencabul kebebasan akademik. Keputusan penggantungan tersebut ditarik balik kemudian lantaran desakan umum, namun Aziz Bari akhirnya memilih untuk meletak jawatan – MerdekaReview

Full content generated by Get Full RSS.

Ceramah PR <b>di sabak bernam</b> : Memang benar tak ramai semalam <b>...</b>

Posted: 26 Jan 2012 10:47 PM PST

Ini gambar aku sendiri. Ini pengalaman aku sendiri. Korang jangan spin larh weh puak2 pakatan pembangkang. Cubalah menjadi orang yang menerima hakikat dan realiti. Menipu tak menjadikan ko lebih baik daripada bn. Ramai ke tak ramai ke time orang berceramah bukan isu. 
Isu nya ialah sejauh mana apa yang disampaikan kepada para hadirin yang hadir ke ceramah malam tadi dapat disebarkan dan disampaikan secara meluas kepada rakyat kebanyakkan di malaysia. Ibarat facebook dan twitter yang ada button share dan retweet. Apakah manusia2 yang hadir ke ceramah semalam boleh share dan retweet balik apa yang disampaikan oleh penceramah2 malam tadi?
Hanya ada 3 penceramah yang bawa topik relevant bagi aku semalam. 
1. Yb dap Ng suee lim <-- dia memang lawak. Aku asyik tergelak2 je.. pernah tengok dia berceramah di youtube tapi rupanya depan2 dia lagi lawak.
2. Prof Aziz bari <-- penuh dengan fakta dan keterangan.
3. Yb zuraidah <-- memperincikan isu nfc.
Harus di ingat, relevant bagi aku bukan bererti relevant bagi ko. Begitu juga sebaliknya. Tidak relevant bagi aku bukan bererti tidak relevant bagi ko juga. Oleh kerana aku online 24 jam maka banyak berita2 yang aku lebih tahu berbanding dengan orang2 yang tak online.
Mereka ketinggalan banyak isu dan point2 yang penting. Jadi mungkin ini juga sebab nya ada di antara penceramah politik yang ulang balik apa yang aku dah tahu ketika berceramah. Ini berbeza setiap di antara kita disini.
Yang lain2 termasuk dsai sekalipun hanya bawa isu2 yang dah aku ketahui. Azmin ali haram nampak batang hidung walhal poster terpampang gambar dia. Kalau tak jadi datang bagitau larh. Minta maaf ka apa ka. Maybe gak jurucakap dah minta maaf masa aku merayau2 time ceramah tue.. tak pasti pula aku. Kalau dah minta maaf lupakan sahaja, kalau tak minta maaf memang suwey. Jangan buat poster tayang muka kalau takmo datang.
Bukanlah kehadiran dia penting sangat tapi bila dah tayang muka at least dia dah bagi hint bahawa dia nak hadir. Tak salah pun kalau dia ada hal dan taknak hadir tapi at least sebagai adat sopan santun, bagitau orang bahawa dia sekian2 neh ada hal sekian2 neh. 
Benda neh nampak kecik tapi dari sekecik2 neh larh.. ia boleh tawan ahti orang. Macam isu air. Nampak mudah dan murah tapi sekecik2 neh larh yang orang rasa dan nikmati secara bulanan dan akhirnya orang akan hargai.
PR kepada azmin elok belajar benda neh. Tiada istilah bodek dalam kamus rakyat macam aku. Sorry. Gambar2 ketika ceramah sedang berlangsung.
                               nota : gambar di atas neh di ambil pada jam tepat 9 malam.
Ya. Ini gambar dari belakang. Ketika tiga orang penceramah politik berceramah aku lepak belakang amek angin. Best. Stadium mini neh besar. Boleh memuatkan lebih ramai orang lagi. 
Ini pula pandangan dari sisi depan. Time neh aku pergi depan nak amek gambar. Time neh yb zuraidah tengah memberikan ceramah politik ;






                                                           Dsai hadir dengan paluan kompang.
Memang tak ramai. Sepatutnya boleh memuatkan lebih ramai orang lagi. 
Okey, kat depan memang ramai orang. Orang2 yang duduk kat kerusi stadium depan, tepi memang penuh. Yang duduk kat kerusi belakang tak penuh tapi orang masih ramai. Walaupun stadium tue boleh memuatkan lebih ramai orang tapi jumlah kehadiran pada malam semalam adalah amat baik. Kenapa?
1. Ia di anjurkan di negeri pr. So rakyat di sana sering berpeluang pergi ke ceramah2 pr. Walaupun demikian, ia masih mendapat sambutan orang ramai meskipun tidak memenuhkan stadium tetapi berjaya menyaratkan stadium dengan jumlah hadirin yang ramai.
2. Ia di anjurkan pada hari bekerja. Esoknya [hari neh] ramai orang bekerja. Tapi dorang sanggup datang dan dengar ceramah lepas isyak sampai ke 11.50 malam. Biasanya time neh tidur lagi bagus. Jumlah yang hadir semalam memang ramai. Macam aku cakap tadi. Ia tak memenuhi ruangan stadium tapi masih berjaya memadatkan stadium.  Macam esoknya cuti pula.
3. YB zuraidah cakap sabak bernam ialah kubu kuat umno. Aku macam pelik sikit bila dia cakap macam tue. Kalau benar sabak bernam kubu kuat umno apahal ramai yang datang semalam? Mana ada bas dari luar walaupun aku sendiri datang dari luar selangor [perak]. Kebanyakkan rakyat [focus disini] yang hadir berceramah adalah dari kawasan sekitar.

Kalau sungguh sabak bernam neh kubu kuat umno, jumlah hadirin semalam adalah lebih dari memberangsangkan. Pasal kalau ko berada di kawasan kubu kuat sesuatu parti, berjaya mengumpulkan orang tempatan sehingga memenuhi lebih daripada separuh kawasan stadium, ini memang baik. 
Apatah lagi suasana semalam tiada provoke memprovoke daripada geng2 umno. Maybe masih tersentak dengan insiden samseng jalan kebun kowt. Apa pun tanpa polis, kawalan yang bagus dari unit amal pas sentiasa no 1.
4. Banyak peniaga2 habis jualan nya terutamanya makanan dan minuman. Clear.  Minuman larh yang paling laris. Ini bukti orang memang ramai semalam walaupun tak berjaya memenuhi ruangan stadium tapi still berjaya memadatkan stadium. 
Aku tak reti anggar jumlah hadirin semalam. Tapi lebih dari separuh kawasan stadium [bukan kira jumlah kerusi] memang penuh dengan orang ramai. Apa yang perlu pr focus dalam setiap kempen2 neh, bila dah berjaya collect orang ramai macam neh di satu tempat, edarkanlah leaflet pasal penyelewengan. 
Kalau boleh collect derma, takan tak boleh edar risalah penyelewengan? Photostat baru berapa? Kejayaan datang dengan usaha. Aku buat blog neh pun zero2. Pembaca yang bagi duit bila klik iklan. No iklan, no money tapi blog still jalan sebab penyelewengan tak pernah berhenti.
Jadi, biarlah bersusah2 sedikit asalkan kita boleh banteras penyelewengan supaya sesama kita boleh sama2 senang kelak. Owh yer, sebelum aku terlupa. Tak silap aku ada orang umno yang isytiharkan sokong pr semalam di ceramah neh. Malahan dia akan bawa lebih ramai lagi ahli2 umno masuk ke pr selepas neh. Bai.
Ameno : Pas neh aku nak pergi ceramah najib arh pula.. muahaha.. agak2 ramai tak macam neh? Dengar citer hari neh di lumut..
Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads