Jumaat, 12 Oktober 2012

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Pilihan Anda: Rayuan ditolak, MP <b>Sabak Bernam</b> dan pembantu <b>...</b>

Posted: 11 Oct 2012 08:15 PM PDT

|

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis mengekalkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 terhadap Anggota Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantunya Rosli Busro yang didapati bersalah atas lapan pertuduhan melakukan tuntutan palsu melibatkan RM80,000, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas menolak rayuan mereka untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Azhaniz Teh Azman Teh pada 1 Mac lepas.

Akhtar turut menolak permohonan Abdul Rahman dan Rosli untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sebaliknya memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara bermula Khamis.

Dalam penghakimannya, Akhtar berkata, Abdul Rahman menghadapi lapan pertuduhan membuat tuntutan palsu ketika menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar sementara Rosli didakwa bersubahat dengannya melakukan kesemua kesalahan itu.

Beliau berkata, peguam perayu berhujah bahawa keterangan dua saksi terpentingdalam kes itu iaitu Mohd Harmizar Sulaiman dan Rizam Ismail tidak sepatutnya diterima oleh mahkamah atas alasan kedua-dua mereka merupakan rakan sejenayah.

"Saya telah baca keterangan kedua-dua saksi itu dan saya tidak anggap bahawa mereka rakan sejenayah. Mereka lebih merupakan pak turut atau menurut apa-apa yang diminta oleh tertuduh pertama (Abdul Rahman) dan tertuduh kedua (Rosli).

Walaupun kedua-dua saksi ini dikatakan sebagai rakan sejenayah tetapi keteranganmereka telah disokong oleh keterangan saksi bebas lain.

"Justeru saya berpendapat Hakim Mahkamah Sesyen tidak melakukan kesilapan apabila menerima keterangan kedua-dua saksi ini. Jelas daripada keterangan mereka bahawa kedua-dua tertuduh jelas mempunyai niat untuk membuat tuntutan palsu," katanya.

Akhtar berkata, perkara itu terbukti apabila wang yang diterima bukandigunakan untuk program atau aktiviti seperti dalam tuntutan tetapi lebih kepadauntuk kegunaan sendiri.

"Peguam tertuduh juga berhujah bahawa tuntutan berkenaan bukan palsu kerana program berikut telah diadakan tetapi bukan di tempat yang dinyatakan seperti dalam tuntutan itu. Bagaimanapun saya lebih cenderung menyatakan ia adalah tuntutan palsu.

"Dalam rayuan ini saya puas hati bahawa Hakim Mahkamah Sesyen tidak membuat sebarang kesilapan bila mendapati kedua-dua tertuduh bersalah atas semua tuduhan dan hukuman juga adalah setimpal dengan kesalahan serta jawatan kedua-dua tertuduh. Justeru rayuan terhadap sabitan serta hukuman ditolak dan hukuman dikekalkan," katanya.

Abdul Rahman dan Rosli diwakili peguam Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah dan Badrul Munir Mohd Bukhari sementara Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa dan Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Zaki Salleh mewakili pihak responden.

Abdul Rahman, 47, didakwa menggunakan dokumen peruntukan palsu iaitu Surat Adun mengandungi butiran bagi tuntutan program dan aktiviti yang tidak pernah dijalankan.

Tuntutan itu membabitkan pembelian hadiah, cendera mata dan jamuan Program Motivasi Pelajar Peringkat Dewan Undangan Negeri Sungai Air Tawar; Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga di Dewan Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar (BNO); Program Forum Perdana Peringkat Mukim BNO; Program Mesra Rakyat dan Sambutan Maulud Nabi dan Program Mesra Rakyat Hari Keluarga Guru Kemas.

Semua tuntutan palsu itu membabitkan RM10,000 setiap satu.

Abdul Rahman didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah Sabak Bernam antara 21 Januari dan 12 Februari 2008.

Bagi setiap pertuduhan, beliau didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Rosli, 44, pula didakwa bersubahat dengan Abdul Rahman melakukan kesemua kesalahan itu. - BERNAMA

PERINGATAN: Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Berkaitan : JENAYAH, TERKINI


Share/Bookmark comments
Posted by Desperado on 11:15 AM. Filed under , .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini MILIK ASAL PENULISNYA yang dikutip dari pelbagai sumber di dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. PENULIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads