Isnin, 29 Julai 2013

12 di port klang - Google Blog Search

12 di port klang - Google Blog Search


Israel Keluar Dari <b>Port Klang</b> & Malaysia !! - BeritaTerkini

Posted: 13 Jun 2010 07:31 PM PDT

Sun

Minta keluarkan sebarang hubungan dan pengaruh Israel di Malaysia!!! Kita hanya suka melaung-laungkan sahaja tetapi realitinya? Dalam keadaan saudara Palestin kita terus ditekan oleh Israel, kita pula di Malaysia dikejutkan dengan kehadiran kapal Israel Zim Genova yang berdaftar di Israel berlabuh di Port Klang Isnin lalu. Perkara mengenai kapal-kapal Israel yang didedahkan baru-baru ini, telah disahkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Entah berapa banyak sebenarnya syarikat telah pun memberikan sumbangan kepada rejim Israel yang sudah bertapak di Malaysia setakat hari ini. Memang ada syarikat yang terlibat…..dan buktinya….

Laman Entegris

Terbaru sekali, akhirnya kewujudan  sebuah Syarikat yang ada membuat urusniaga di Israel iaitu Entegris (M) Sdn Bhd. Syarikat ini mempunyai 2 buah cawangan di Malaysia iaitu 1 di Bayan Lepas – Pulau Pinang dan 1 lagi di Kulim – Kedah yang ke 2-2nya beralamat di:

Entegris Malaysia SDN BHD
Unit 14 & 15, Lower Level 5 (Executive Wing), Hotel Equatorial
No. 1 Jalan Bukit Jambul
11900 Bayan Lepas, Penang
Malaysia
Tel. +60-4-427-4200
Fax +60-4-641-3294

Entegris Malaysia SDN BHD
Lot 17, Phase 1, Kulim Hi-Tech Park
09000 Kulim, Kedah,
Malaysia
Tel. +60-4-427-4200
Fax +60-4-403-1262

Cawangan Syarikat Entegris (M) Sdn Bhd menjalankan operasi Pengeluaran barangan komputer, Pusat Jualan dan juga Pusat Penyelidikan di Malaysia (Kulim – Kedah dan Bayan Lepas – Pulau Pinang). Syarikat ini juga mempunyai cawangan di Israel:

Entegris Israel Limited
Izmargad Street 12
Kiryat-Gat
Israel
Tel. +972 (0) 73 221 00 00
Fax +972 (0) 73 221 00 22

Entegris (M) Sdn Bhd kali terakhir sekali telah membuat penghantaran barangan Komputer (Wafer Container) ke Negara Israel yang melibatkan 2 transaksi bernilai USD292,441.60. Bagus niat kerajaan Malaysia menarik pelabur luar negara untuk membangunkan ekonomi Malaysia. Seperti kata Professor Emeritus Datuk Dr. Mohamed Ariff yang merupakan Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) telah mengatakan Foreign Direct Investment (FDI) sepatutnya berada pada kadar 12% bukannya 2% ketika pengumuman Rancangan Malaysia ke sepuluh tempoh hari. Tetapi janganlah sampai kita  mengejar angka, terdesak sehingga memberikan ruang dan peluang kepada syarikat-syarikat seperti ini masuk ke Malaysia..

Kita tidak mahu dikatakan sebagai 'talam dua muka' apabila berusaha untuk membawa bantuan kemanusian kepada rakyat Palestin yang dizalimi Israel. Namun, pada masa yang sama kita memberi peluang kepada pihak Israel memasuki Malaysia menerusi hubungan perdagangan.

P/S : Kita tiada hubungan diplomatik dengan Israel, tetapi dalam masa yang sama ada hubungan perdanganan pula dengan Israel. Macam mana agaknya tu? Kejap kita berkeras, kejap kita berlembut!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads