Ahad, 9 September 2012

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Wayang <b>di Kuala Selangor</b> larang berpasangan, pisah jantina <b>...</b>

Posted: 10 Jul 2012 05:59 AM PDT

Ditulis oleh: notakosong

Majlis Daerah Kuala Selangor menetapkan peraturan dimana, pasangan kekasih yang belum berkahwin, dilarang menonton wayang beresebalahan dan perlu duduk berasingan.

Satu-satunya wayang di daerah Kuala Selangor itu adalah pawagam panggung wayang LOTUS FIVE STAR di pusat membeli-belah 1 Plaza Kuala Selangor. Dan wujudnya tanda peringatan pada ruang pawagam itu untuk mengingatkan pasangan supaya duduk berasingan.

wayang kuala selangor Wayang di Kuala Selangor larang berpasangan, pisah jantina

Kerajaan Negeri Selangor kemudiannya mengarahkan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menangguhkan arahan peraturan itu dari dikuatkuasakan.

Suara orang ramai sudah kedengaran dimana ramai yang mengatakan tindakan sedemikian adalah tindakan fanatik dan tidak menghormati orang lain, bangsa lain. Turut dipersoalkan adalah arahan itu dibuat tanpa perbincangan.

Berdasarkan peraturan yang dikeluarkan itu, panggung wayang di Kuala Selangor yang mahu memperbaharui lesen dimaklumkan perlu mematuhi peraturan pemisahan tempat duduk dalam panggung wayang mengikut jantina.

Apa pendapat anda? Ini berlaku di Kuala Selangor, dan ianya ditangguhkan sebelum berkemungkinan bakal dikuatkuasakan.

Sumber: TheStar

Related posts:

PENIAGA MELAYU KENE HALAU <b>DI KUALA SELANGOR</b>

Posted: 17 Aug 2012 06:24 AM PDT


Bila raya makin dekat maka makin ramai la peniaga melayu yang menjual kuih muih dan lemang mengambil kesempatan untuk berniaga mencari rezeki.

Jalan-jalan utama menjadi pilihan termasuk la jalan utama Kuala Selangor yang mulai sesak dengan manusia yang nak balik raya.

Hari ni sedang aku melalui jalan tersebut aku terlihat sekumpulan Penguatkuasa MDKS mengerumuni gerai peniaga melayu yang menjual lemang.

Tak payah tanya dah tau kenapa mereka ada kat situ kan... dah tentu lah mereka menghalau peniaga-peniaga melayu tersebut dan gerai sebelahnya yang jual ketupat dah pun packing barang untuk balik sebab MDKS kata tak boleh meniaga kat situ.

Kenapa halau mereka?... sebab mereka yang berniaga tu melayu kan?.. cuba kalu cina DAP meniaga kat situ berani tak penguatkuasa MDKS halau?

Gambar ni pulak aku ambil tak jauh dari tempat orang melayu meniaga tu kene halau...


Punye besar bapak punyer signbord rumah urut tak pulak Penguatkuasa MDKS halau.. Ade lesen la tu..
Tapi kalu ade lesen maknanye dah berbelas rumah urut kat bandar kuala selangor ni ade lesen la yer... sape bagi?.. ape keperluan?.. Ramai sangat ke pelanggan urut kaki ni?... atau ramai lagi pelanggan urut lain?..
Sebab tu aku kata YB Dr Zulkifli Ahmah, Ahli Parlimen Kuala Selangor ni bangang... cakap kat Parlimen berdentum-dentum tapi kat tempat sendiri haram ntah ape yang dia buat pun aku tak tau..
Orang Melayu meniaga yang ntah berapa sen untungnye asik kene halau je tapi peniaga cina DAP yang bukak bisnes urut dan judi dibela dan dijaga.. ye laa kan kalu tak masyukkk sape nak jaga kan?...
"Buat la aniaya kat bangsa ko sendiri... makan la sampai kenyang duit haram yang korang ambik.. bagi la anak bini ko makan duit tu.."

Aku tujukan Ayat ni Khas Untuk YB Dr Dr Dzulkefly Ahmad selaku Ahli Parliman Kuala Selangor.


Makan la ko puas-puas dan jahanamkan la agama Islam ni sampai ko puas hati!!!

Duke Amiene Rev: Tempat-tempat Menarik <b>Di Kuala Selangor</b>

Posted: 12 Aug 2012 09:40 AM PDT

Tempat-tempat Menarik Di Kuala Selangor
Kuala Selangor merupakan sebuah daerah yang terletak di Barat Laut Negeri Selangor. Daerah ini disempadani oleh Daerah Klang di sebelah Selatan. Manakala Daerah Ulu Selangor menjadi sempadan di sebelah Timur dan sebelah barat ia di sempadani oleh Selat Melaka. Keluasan Daerah Kuala Selangor dianggarkan seluas 117,844 hektar.

Kuala Selangor ini dianggap bumi bertuah kerana terdapat banyak tempat-tempat yang menarik dan bersejarah yang boleh dijadikan aset utama dalam aspek perlancongan di daerah ini. Di antara yang menjadi tumpuan utama pelancong ialah Bukit Malawati, Kelip-Kelip di Kampung Kuantan dan Taman Alam Kuala Selangor. Selain itu beberapa tempat lain telah dikenalpasti sebagai potensi untuk dibangunkan sebagai kawasan perlancongan seperti Pulau Angsa, Pantai Remis dan Sungai Selangor.

Bukit Malawati
Mengikut sejarah, Bukit Malawati ini pernah ditakluki oleh Belanda dari tangan Sultan Ibrahim (Julai 1784). Setahun kemudian pada 28 Januari 1785, Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya, Dato' Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Adb. Majid Pahang, telah menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja. Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar subuh menyinsing.Di atas Bukit Malawati terdapat beberapa buah rumah pegawai-pegawai tinggi kerajaan, sebuah rumah rehat, rumah api dan kesan-kesan sejarah.

Makam Anak Dara
Lagenda mengatakan seorang gadis warak yang dipaksa pada hari perkahwinannya telah menghilangkan diri ketika mengambil air sembahyang di Sungai Selangor. Orang tuanya bermimpi, anak gadisnya melarang mereka mencarinya kerana beliau telah mendapat suatu tempat yang tenteram di sebuah pulau. Ibu bapanya hanya menjumpai baju anaknya yang tersangkut di sebatang pokok lalu sebuah makan didirikan di situ

Makam Diraja
Makam Diraja Selangor ini terdiri dari 3 makam Sultan Selangor iaitu:

  •     Sultan Selangor Pertama - Sultan Salahuddin (1742-1778)
  •     Sultan Selangor Kedua - Sultan Ibrahim (1778-1826)
  •     Sultan Selangor Ketiga - Sultan Mahmud (1826-1857)
Perigi Beracun
Airnya berisi racun, hasil ramuan beberapa jenis getah dan miang rebung. Airnya diisi sehingga paras dagu sebagai penyiksaan kepada penderhaka. Terletak di hadapan Muzium Kuala Selangor.

Tangga Seratus
Tangga ini dibuat bagi mendaki Bukit Selangor menuju terus ke pintu Malawati dari Pekan Kuala Selangor.

Telaga Tujuh
Asalnya sebuah telaga yang mempunyai 7 mata air tang tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau, tetapi kini hanya terdapat beberapa buah sahaja kerana yang lainnya telah terkambus.

Batu Hampar
Terletak di pintu masuk Kota Melawati, di atasnya satu busut besar bersaiz 5 x 5 x 2 kaki. Lagenda mengatakan bahawa batu ini adalah tempat memancung kepala penderhaka.

Busut Malawati
Terletak kira-kira 200 kaki di hadapan pintu kota. Terdapat Pohon Sena yang kini berusia kira-kira 200 tahun. Kemuncaknya rata kira-kira 20 kaki persegi membolehkan Sultan Selangor pada zaman dahulu bersemayam untuk berehat dan menyaksikan ayam bersabung.

Tempat Melihat Anak Bulan
Bangunan ringkas berkisi-kisi ini dibina khas bagi melihat anak bulan untuk menetapkan tarikh permulaan berpuasa di bulan Ramadhan, Hari Raya Syawal dan Raya Haji.

Meriam Penggawa

Meriam Penggawa ini sentiasa dibalut dengan kain kuning dan terletak di dalam kawasan makam 3 orang Sultan Selangor. Ditemui di pinggir Sungai Buluh, 12km ke Selatan Kuala Selangor pada 23 September 1966. Nama asalnya ialah Petoi Boga bererti Puteri Putih.

Bukit Belanda
Di zaman taklukan Belanda, dikenali sebagai Kota Utrecht sempena nama kapal Belanda yang berjaya mengalahkan Raja Hadi di Teluk Ketapang. Terletak di Utara Bukit Selangor, di sebelah Sekolah Men. Sri Tanjung. Merupakan Kubu Pertahanan Belanda yang pertama. Terdapat sebatang pokok besar yang dikatakan menjadi menara bagi para peninjau melihat musuh.

Kota Malawati
Dibina oleh orang-orang Melayu ketika pemerintahan Sultan Selangor ke-2 sebagai salah satu usaha mempertahankan Kuala Selangor dari serangan Belanda. Kota ini dilengkapi dengan meriam-meriam.

Perkhidmatan Keretapi
Perkhidmatan kereta api juga disediakan di Bukit Malawati. Perkhidmatan ini hanya disediakan pada hujung minggu sahaja iaitu setiap hari Ahad dan Sabtu. Setiap penumpang dikenakan tambang sebanyak RM2.00 sahaja.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads