Ahad, 8 Julai 2012

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


GELOMBANG WANGSA MAJU: PARAH ... Rosmah &#39;MALUKAN <b>...</b>

Posted: 08 Jul 2012 06:00 AM PDT


Dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor 'lupa diri' dengan kekayaan yang dimilikinya kini ternyata berbeza realiti sebenar.
Situasi ini dapat dibuktikan pada  Program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Selangor di Teras Jernang, Bandar Baru Bangi hari ini.

Beliau (Rosmah) berkeras untuk makan menggunakan bekas makanan polistren walaupun urusetia ingin memberikan pinggan kepadanya.


Beliau makan dalam bekas polistren sama seperti dengan tetamu lain yang hadir pada program tersebut.
Selain itu, beliau juga kelihatan tidak kekok untuk bergaul dengan kaum wanita yang hadir dan kelihatan begitu mesra melayani mereka.

Sehubungan itu, bukti ini jelas menangkis segala tohmahan sesetengah pihak yang sering menyebarkan perkara yang tidak elok mengenai beliau.

Pada program tersebut, lebih 20,000 orang menyambut ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut hadir bersama isterinya itu.

Sah ... Rosmah 'malukan' Najib dengan makan menggunakan bekas makanan polisterin. Apa kelas you makan dalam polisterin ... Memang sahih bakal jadi bahan fitnah dan tohmahan puak-puak pembangkang.

Sampai bila pembangkang akan menjadikan DS Rosmah sebagai bahan cacian, umpatan, tohmahan dan fitnah? Hanya masa yang akan menentukan.

Pelik juga dengan sikap pembangkang, lebih-lebih lagi puak-puak cicak mengkarung yang memakai serban dan kopiah ini.
Tidak payah kita pertikaikan Anwar Ibrahim dan puak-puaknya. Jangkaan GWM ...  mulut Anwar Ibrahim lebih busuk dari bau longkang yang dicemari najis khinzir.
Namun apa yang lebih pelik lagi adalah sikap dan mulut seorang wanita yang dianggap sebagai 'wanita terbaik' pernah dilahirkan oleh pembangkang.
Wanita yang dianggap sebagai 'role model' puak-puak pembangkang yang 'buta dalam celik' ini.

GWM hanya mempu menggelengkan kepala melihat betapa petahnya Wan Azizah sempat mengumpat dan memfitnah DS Rosmah ... dalam bulan Ramadhan Al Mubarak lagi.
Artikel dari Malaysiakini Ogos 2011, ini bukti 'ciri-ciri wanita impian' puak-puak ngentot Anwar Ibrahim. Mengumpat dan memfitnah dalam bulan puasa.
Kegagalan Wan Azizah mengawal mulut dalam bulan puasa jelas menunjukkan sifat hasad dengki dan iri hati terhadap DS Rosmah.
Walhal tidak pernah timbul dalam mana-mana media massa baik kerajaan mahupun pembangkang DS Rosmah menyerang peribadi Wan Azizah.
Terpampang jelas sifat disebalik wajah keibuan Wan Azizah sebenarnya ... Wajah yang dianggap sejuk dan lembut dilihat rupanya mempunyai hati yang cukup busuk terhadap DS Rosmah.
Tidak ada bezanya Anwar Ibrahim dan Wan Azizah ini ... mulut tak ada insurans!
Barangkali Wan Azizah perlu mengenang kembali apa yang telah diperkatakan oleh arwah Dr. Lo'lo terhadapnya suatu masa dahulu ...


Wan Azizah ... Jadikan kata-kata hikmat arwah Dr. Lo'lo sebagai penguat semangat untuk tidak lagi menjaga tepi kain orang, walhal kain sendiri sudah koyak rabak dicarik sang suami.
Jadikan kata-kata hikmat arwah Dr. Lo'lo sebagai penguat semangat untuk menegur sang suami yang masih rakus bernafsu dari membalun jantan dan betina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads