Isnin, 15 Oktober 2012

12 di ijok - Google Blog Search

12 di ijok - Google Blog Search


Selangor Sedia Bantu “Kafa Dalam Surau” <b>Ijok</b>

Posted: 11 Oct 2012 10:50 PM PDT


SHAH ALAM 12 OKT : Kerajaan Negeri sedia membantu Sekolah Kafa Integrasi Al-Falah di Kota Puteri, Ijok yang menggunakan surau bagi tujuan pembelanjaran sejak awal tahun lalu.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata pihak sekolah boleh memohon bantuan daripada Kerajaan Negeri pada bila-bila masa sahaja.

Katanya, permohonan itu boleh dibuat di bawah peruntukkan Kerajaan Negeri kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang berjumlah RM9 juta bagi tahun ini.

"Kita sedia membantu mereka. Sememangnya bantuan itu diberikan kepada mana-mana sekolah yang memerlukan.

"Sejak 2009, kita memperuntukkan sebanyak RM6 juta tetapi untuk tahun ini Kerajaan Negeri menambah peruntukkan bagi SAR itu," katanya ketika ditemui di Parlimen, semalam.

Sebelum ini, akhbar Sinar Harian melaporkan pada 6 Okt seramai 25 murid di Kafa tersebut menggunakan surau yang diubahsuai untuk tujuan pembelajaran sejak awal tahun lalu.

Pihak surau itu berkata mereka sedang mencari sumbangan orang ramai bagi membina bangunan khusus bagi menempatkan sekolah tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads