Isnin, 15 Oktober 2012

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Curi <b>di Kajang</b>, tangkap di Melaka - Portal berita Negeri Sembilan

Posted: 10 Oct 2012 05:33 PM PDT

MELAKA , 11 Okt.– Kelicikan lima penjenayah yang melarikan lima buah kereta jenis Honda daripada bilik pameran kenderaan itu di Bandar Sungai Long, Kajang Selangor 25 September lalu tidak ke mana apabila kesemuanya diberkas selepas pulang dari Pulau Besar di sini kelmarin.

MUHD. NUR HISAMUDDIN (kiri) dan pegawainya menunjukkan salah sebuah kereta curi yang dirampas daripada lima lelaki pada sidang akhbar di Jasin semalam.

Suspek-suspek berusia antara 20 hingga 40 tahun itu diberkas pada pukul 5.20 petang kelmarin sebaik menghabiskan masa selama enam jam untuk bersembahyang di pulau tersebut.

Kesemua penyangak tersebut datang dengan menaiki dua buah kereta jenis Honda Accord pada pukul 10 pagi sebelum menaiki bot untuk ke pulau berkenaan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Muhd. Nur Hisamuddin Hashim berkata, pihaknya terus membuat intipan di Jeti Anjung Batu pada pukul 4.20 petang selepas mendapat maklumat mengatakan kereta berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, sebaik sampai, pihaknya yang membuat pemeriksaan mendapati kereta itu tidak mempunyai cukai jalan selain menggunakan nombor pendaftaran palsu.

"Kita kemudian telah menunggu selama satu jam sebelum mendapati lima lelaki berkenaan terus menuju ke kereta tersebut sebaik turun dari jeti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads