Sabtu, 5 Mei 2012

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


Demo Pra-Bersih Depan Kuil <b>Batu Caves</b>

Posted: 23 Apr 2012 10:46 PM PDT

KUALA LUMPUR – Satu perhimpunan aman bakal diadakan di depan kuil Sri Subramaniyar Swami, Batu Caves jam 10 pagi pada 27 April ini sebagai sebahagian program Himpunan Bersih 3.0 yang dijadualkan berlangsung pada keesokan harinya di Dataran Merdeka.

Demonstrasi pra-bersih berkenaan akan diadakan sebelum waktu solat Jumaat dan dianggarkan disertai lebih 10,000 penyokong dari seluruh negara.

Menurut sumber yang rapat dengan Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0, peserta demonstrasi di depan kuil itu seterusnya akan 'berkampung' di situ sehingga lewat malam sebelum mula berarak beramai-ramai ke Dataran Merdeka.

"Kita akan memastikan perhimpunan di Batu Caves berlangsung dengan aman dan bebas dari unsur keganasan atau gangsterisme," katanya.

Menyedari bahawa berkemungkinan besar pihak berkuasa akan melakukan beberapa s0ekatan di jalan-jalan utama pada hari Sabtu ini, para penyokong himpunan Bersih 3.0 terpaksa mengambil inisiatif untuk berhimpun lebih awal dari jangkaan, jelas sumber berkenaan.

Himpunan itu adalah sejajar dengan perhimpunan aman menyokong hak asasi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) pada jam 2.30 petang,  hari yang sama di hadapan bangunan Majlis Peguam di sini.

Demo Pra-Bersih Depan Kuil Batu Caves

Himpunan Bersih 3.0 akan bermula di Dataran Merdeka pada jam 8 pagi serentak di seluruh negara dan di luar negara bagi menuntut proses pilihan raya yang adil dan bersih.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini menolak untuk memberi keizinan kepada Bersih 3.0 untuk menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan itu ekoran dipercayai mengandungi unsur-unsur politik atau bantahan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail bagaimanapun menawarkan tiga buah stadium iaitu Stadium Badminton, Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras atau Stadium Titiwangsa di Taman Tasik Titiwangsa kepada Bersih 3.0 untuk dipilih sebagai lokasi himpunan 'duduk bantah' itu.

Namun, kebanyakan Jawatankuasa Bersih 3.0 nekad untuk enggan beralih lokasi himpunan dan tetap mahu menggunakan Dataran Merdeka untuk himpunan yang akan bermula jam 8 pagi pada Sabtu ini.

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads