ads

Selasa, 30 Ogos 2011

di negeri selangor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri selangor - Google Blog Search


KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS <b>NEGERI SELANGOR</b>

Posted: 24 Aug 2011 03:18 PM PDT

UMNO SUBURKAN BUDAYA MURTAD

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) menganggap Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus ibarat 'meludah ke langit dan terkena muka sendiri'. Isu yang cuba dibangkitkan adalah berkenaan pihak Pakatan Rakyat Selangor tidak berupaya untuk menjaga aqidah ummat Islam daripada dimurtadkan oleh pihak Kristian. Beliau  mengaitkan dengan tiadanya tindakan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama di atas isu yang berlaku baru-baru ini semata-mata Pakatan Rakyat amat memerlukan undi orang Kristian. Setelah 50 tahun lebih UMNO/BN memerintah Selangor dan kini setelah kehilangan kuasa barulah UMNO/BN sedar kerosakan yang telah mereka lakukan terhadap agama Islam yang menyebabkan ramai orang Islam yang susah terpaksa merempat, mengemis dan terpaksa menjual agama semata-mata untuk meneruskan kehidupan mereka. UMNO/BN cuba untuk meraih kepentingan politik semata-mata daripada isu ini tanpa ada kesedaran untuk membenteras jenayah murtad ini daripada terus berleluasa.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menasihatkan Abdul Shukur supaya tidak cuba untuk menjadi juara di dalam isu ini kerana UMNO/BNlah yang telah menggalakkan aktiviti-aktiviti yang menjauhkan Ummat Islam daripada pengamalan dan penghayatan agama Islam yang sebenarnya. Penerapan budaya hiburan melampau yang menggalakkan pergaulan bebas, pengagungan terhadap budaya hedonism, menghentikan sumbangan per kapita kepada Sekolah Agama Rakyat, menamatkan riwayat tulisan jawi, pengharaman tazkirah di bulan Ramadhan, menyenarai hitam ulamak dan penceramah agama yang tidak selari dengan kerajaan, tragedi pemecatan Datuk Ishak Baharom sebagai Mufti Selangor kerana mempertahankan Agama Islam adalah antara kezaliman dan penindasan UMNO/BN terhadap agama Islam yang telah termasuk di dalam lipatan sejarah yang tidak boleh disangkal oleh Abdul Shukur. Isu penukaran agama Ummat Islam ini tidak akan timbul dalam masa setahun dua, pastinya ia telah berlaku awal sebelum daripada pemerintahan Pakatan Rakyat pada 2008 sepertimana yang telah disebut oleh Mufti Perak, Tan Sri Dato' Seri Dr. Harussani Zakaria pada tahun 2007, telah terdapat hampir 250,000 orang Islam telah menukar agama mereaka. Selain itu, Abdul Shukur perlu melawat Jabatan Pendaftaran Negara untuk melihat borang-borang penukaran agama ummat Islam yang cukup banyak sepanjang tempoh pemerintahan UMNO/BN sebelum daripada ini.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor penuh yakin dan percaya Kerajaan Pakatan Rakyat akan mengambil langkah pendekatan yang cermat dan terbaik di dalam menangani isu ini dan akan sentiasa menjaga kesucian dan kemurnian Agama Islam dan Ummat Islam di dalam negeri Selangor daripada di jebak oleh proses Kristianisasi ataupun mana-mana agama sekalipun. Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor meminta supaya UMNO Selangor melakukan persediaan untuk menjawab penglibatan mereka dalam isu 'serbuan' JAIS terhadap Gereja Methodist Damansara Utama di mahkamah daripada cuba untuk menjadi 'hero' kepada agama Islam.

USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN
KETUA PEMUDA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

24 Ogos 2011

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved