ads

Selasa, 30 Ogos 2011

12 di sepang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di sepang - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air <b>Di</b> Wilayah <b>Sepang</b> September

Posted: 26 Aug 2011 11:48 PM PDT

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Wilayah Sepang akan mengalami gangguan bekalan air sementara pada 7 dan 8 September ini.

kawasan terlibat adalah Ladang Sungai Rawang/ Tanjung Rhu/ Sungai Belankan; Ladang Teluk Merbau; Taman Telok Merbau; Taman Sri Merbau; Kampung Bagan Lalang.

Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Som berkata, gangguan bekalan air pada 7 September itu akan berlaku pada pukul 10 malam hingga 4 pagi.

"Manakala gangguan bekalan air dikawasan terlibat seterusnya akan berlaku pada 8 September ini.

"Oleh itu para pengguna dinasihat menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut," katanya melalui satu kenyataan media semalam.

Abdul Halem berkata, gangguan bekalan air itu berlaku kerana kerja-kerja Pengalihan Paip Bersaiz 200MM di Sungai Sepang Kecil, Sepang ekoran daripada kerja-kerja Menaiktaraf Jambatan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Justeru, kata beliau, Pihak SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara akan bersabar dan mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut diminta menghubungi pihak Syabas.

Jelasnya, orang ramai boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) Syabas menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL<jarak><aduan/pertanyaan> dan hantar kepada 39222.

Menurutunya, informasi berkenaan ganggguan bekalan air juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel atau melalui laman sosial facebook dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'. – mynewshub.my

Berita Berkaitan:

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved