Rabu, 27 Jun 2012

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


KLXPRESS - ISU KEDUA: Surat Sokongan Nurul Izzah Aktifkan <b>...</b>

Posted: 27 Jun 2012 02:24 AM PDT

Pada 19 April 2011, Akhbar Sinar Harian telah mendedahkan tentang pencerobohan tanah Kerajaan di Wira Damai Selayang yang dikenali sebagai Kampung Sepakat Jaya. Ia merupakan tanah Rezab Batu caves (No Warta: GN 4718-30 bertarikh 17 Jun 1930). Ekoran dari itu, Pejabat Daerah gombak telah mengeluarkan Notis Pendudukan Tanpa Kebenaran di bawah seksyen 425, Kanun Tanah Negara kepada Pak Ibrahim iaitu ketua peneroka tersebut. Di atas tanah terdapat beberapa bah rumah kekal yang hampir 75% siap. Pada 23 April 2011, Ahli Majlis Pembandaran Selayang Lim Ching How telah membuat laporan tentang penerokaan tanah secara haram ini.

Kerja-krja penerokaan telah dihentikan si atas tanah tersebut selepas notis dikeluarkan. Pejabat Tanah Gombak telah menolak semua permohonan tanah di kawasan tersebut melalui Summary Rejection pada 10 Ogos 2011. Walau bagaimanapun, penerokaan tanah di kawasan tersebut kembali aktif apabila ketua peneroka menerima surat sokongan daripada ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah bertarikh 5 Mei 2011. Kandungan surat sokongan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu membayangkan seolah-olah tanah tersebut pasti diberi milik kepada penceroboh-penceroboh berkenaan.

Perkara ini sekali lagi menimbulkan rasa tidak puas hati Ahli Majlis Perbandaran Selayang, Lin Ching How yang membuat aduan kali kedua pada 2 Februari 2012. Tidak cukup dengan itu, beberapa orang penduduk Kg. Wira Damai turut membuat aduan kepada Pejabat Tanah Gombak dan Majlis Perbandaran Selayang pada 7 Mei 2012.

Isunya di sini ialah mengapa YB Nurul izzah yang mengeluarkan surat sokongan bagi permohonan di dalam kawasan Parlimen Gombak di bawah YB Azmin Ali?

Selain itu, kenapa terdapat percanggaha antara pemimpin Pakatan Rakyat tentang dasar penyelesaian setinggan di Selangor?

Rumah-rumah setinggan yang dibina bukanlah rumah kayu yang murah sebaliknya rumah batu yang mewah.

Apa yang pasti, YB Nurul Izzah tidak sepatutnya menggalakkan rakyat melanggar peraturan semata-mata inginkan publisiti  politik murahan.

Isu Pakatan Rakyat mengeluarkan surat sokongan secara semberono sepatutnya diselidik dengan lebih mendalam agar tidak berlaku salah guna kuasa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads