Jumaat, 14 September 2012

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


SEKOLAH KEBANGSAAN <b>BUKIT LANJAN</b> (ASLI): PENDAFTARAN <b>...</b>

Posted: 29 Aug 2012 09:37 PM PDT

Satu sesi pendaftaran dan taklimat kepada peserta-peserta KEDAP telah diadakan bertempat di kelas Pendidikan Khas SK Bukit Lanjan. Untuk makluman, SKBL telah terpilih untuk mengadakan kelas dewasa (KEDAP) fasa 2 dan baru sahaja menerima peruntukan di saat-saat akhir. Oleh yang demikian kelas pembelajaran terpaksa diadakan setiap hari bermula dari jam 2 hingga 5 petang bermula Isnin ini hinggalah cukup masa 150 jam yang dieruntukkan. Dalam taklimat ini, penyelaras KEDAP Puan Masliza, PK 1 En Aslian dan Guru Besar Puan Nur Ma telah menyampaikan taklimat dan kata-kata semangat kepada peserta-peserta KEDAP yang akan membuat pendaftaran. Walaupun agak terlewat untuk SKBL terpilih dan memulakan kelas, semua warga SKBL terutamanya guru-guru KEDAP komited untuk menjayakan program KPM ini agar mencapai matlamat yang diharapkan iaitu membasmi buta huruf di kalangan ibu bapa Orang Asli dan akhirnya dapat membantu anak-anak mereka dalam bidang pelajaran ketika mereka berada di rumah. Terima kasih kepada guru-guru yang bersetuju menjadi tenaga pengajar KEDAP walaupun diberitahu pada saat-saat akhir.

ADMIN : Tuntutlah ilmu dari bayi sehinggalah ke akhir hayat.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads