Khamis, 21 Februari 2013

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


Misteri Hospital Lama Lady Templer <b>Cheras</b> | Diari Si Froggie

Posted: 18 Feb 2013 07:03 PM PST


Hospital Lady Templer yang terletak di Cheras ini dibina pada tahun 1952 dan dirasmikan oleh Lady Templer iaitu isteri kepada bekas Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Gerald Templer. Hospital ini memberi rawatan khas kepada pesakit jantung, paru-paru dan batuk kering. Ianya juga merupakan hospital pertama di Malaysia yang mengadakan pembedahan jantung. 

Kerajaan Negeri Selangor telah menyerahkan sebidang tanah seluas 20.3 hektar di Jalan Cheras, Kuala Lumpur. Di Peringkat awal kakitangan hospital ini terdiri dari pakar perubatan, tiga orang pegawai perubatan, jururawat, juru x-ray, dan pembantu jururawat. Hospital ini mula menerima pesakit pada Ogos 1955 kebanyakkan pesakit yang diterima adalah pesakit yang tidak sembuh walaupun sudah diberi perubatan oleh hospital lain.

Walaubagaimanapun hospital lady templer ini telah ditutup pada tahun 1985 dan hanya sebahagiannya sahaja dibuka dan dijadikan poliklinik sehingga tahun 1995. Rumah mayat hospital ini juga pernah menempatkan mayat-mayat mangsa tragedi 13 Mei 1969.
Batu asas Lady Templer Hospital
Click Entry Penuh Click Sini untuk melihat gambar hospital tinggal Lady Templer

Kini hospital ini telah dirobohkan dan kawasan itu juga sedang dalam pembinaan, bina apa tak pasti nampak macam kondominium tak pun hospital nie dibangunkan semula. Sejak penutupan hospital ini banyak kisah misteri telah berlaku. Antaranya kelibat perempuan yang mendukung anaknya, perempuan berambut panjang. Kalau korang nak baca kisah-kisah misteri yang pernah terjadi pada orang yang pergi hospital nie boleh baca kat link bawah nie :
Abam Mazidul pernah pergi tapak hospital nie, aida pun ada baca kisah pekerja buruh pembinaan yang duduk kat tapak hospital kat blog abam Mazidul jugak. Pekerja tu kata pernah jumpa perempuan rambut panjang terapung dekat pokok, dengar suara orang menangis, mengerang, ada yang pernah terserempak dengan mayat tanpa kepala. 
(Gambar terbaru bangunan yang sedang dalam pembinaan ditapak asal Hospital Lady Templer)
Nak tahu cerita lebih lanjut boleh baca sendiri dekat blog abam Mazidul 
Tak banyak sangat info pasal hospital nie, dapat pun banyak versi sangat tak tahu nak ambil yang mana.. sebenarnya makin lama baca makin takut jadinya :P korang search je keywords 'Hospital Lady Templer' dekat Google konpem banyak versi keluar. 
p/s : hospital yang beroperasi pun kadang-kadang ada.. nie kan pula hospital tinggal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads