ads

Khamis, 15 Mei 2014

12 di klang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di klang - Google Blog Search


3 Maut Termasuk Bayi <b>di Klang</b> - KeZooM - Blogger

Posted: 21 Apr 2014 10:01 AM PDT

3 Maut Termasuk Bayi di Klang | Tiga termasuk seorang bayi perempuan maut dan tiga lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Haji Abdul Manan di Klang. Menurut laporan awal, kejadian yang berlaku pada pukul 9.20 malam Ahad itu berlaku apabila sebuah kereta Proton Satria dan sebuah Honda Accordin dipandu laju dari Klang Sentral menuju ke Kapar bergesel sesama sendiri sebelum sebuah daripadanya terbabas ke dalam semak manakala sebuah lagi memasuki laluan bertentangan..

Kereta Honda Accord terbalik dan terbabas di tepi jalan, manakala Proton Satria memasuki laluan bertentangan merempuh pembahagi jalan dan bergesel dengan sebuah kereta Proton Saga yang datang dari arah bertentangan sebelum melanggar sebuah kereta Toyota Camry.

Mereka yang terbunuh adalah dari Proton Satria, dikenal pasti sebagai Mohd Ezwan Shah Yazid, 27, Farah Natasya Fadzly, 18, dan Nur Ezzara Lemani Abdullah, lapan bulan.

Seorang lagi di dalam kereta tersebut terselamat namun mengalami kecederaan. Penumpang di dalam kereta Honda Accord dan Toyota Camry bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Menurut sumber polis, kesemua mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk bedah siasat.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2014/04/21/tiga-maut-kemalangan/

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved