Khamis, 15 Mei 2014

12 di morib - Google Blog Search

12 di morib - Google Blog Search


Album Kenangan: Gold Coast <b>Morib</b> Part 1

Posted: 17 Apr 2014 02:03 AM PDT

Selalunya ibu tengok saja gambar-gambar percutian yang dikongsi oleh kawan-kawan di IG dan FB tentang pengalaman diorang di Gold Coast, Morib. Mulanya macam tak percaya, eh ada GoldCoast juga di Msia ni? Ingatkan di Australia je ada Gold Coast. Tapi tak hairan juga, sebab kampung New Zealand pun ada kan?
Alhamdulillah, hari Selasa dan Rabu lepas kita dapat juga jejak kaki di GoldCoast Morib dan ThemePark nya. Jauh perjalanan dari KL ke Morib hanyalah dalam 2 jam saja. Ayah ikut PLUS ke KLIA terus tembus ke Banting. Ini adalah antara pakej penginapan dan percutian yang ayah beli di MATTA Fair hari tu. Kalau pergi weekend, tentu tak berpeluang nak mandi-manda di ThemeParknya. Dengar cerita pengalaman orang, kalau weekend, pengunjung terlalu ramai hingga kolam mandi semua penuh dan sajian buffet nyaris berebut. Huh gerun juga tu. Oleh itu, marilah kita ke sana pada hari bekerja. Ica kenalah ponteng sekolah 2 hari. Sorry..
Kita bertolak pada jam 9.30 pagi untuk mengelakkan jem di Setapak dan Genting Klang pada hari bekerja. Alhamdulillah tiba di Morib pukul 12.30 tengahari dan boleh check-in.
Bilik 1104 mengadap kolam mandi. Nampak kemas dan selesa. Ada 2 katil single dan keperluan lain lagi yang selalu ada dalam bilik hotel. Harga penginapan ni, alamak lupa nak tanya ayah ;)
 Ada minibar di bawah dan atasnya ada cerek air. Macam biasa.
 Ayah cuak sebab dapat katil single. Dalam order minta king size bed. Kalau macam ini, ada budak bakal jatug terselit di tengah nanti ;) ayah cuba minta tukar dari kaunter, tapi, kena tunggu sampai pukul 3 petang baru boleh finalised sebab kebanyakan pengunjung baru nak check-out. Masa kita sampai memang ada ramai pengunjung cina yang berduyun-duyun nak naik dari kolam dan keluar dari kawasan hotel. Nak tak nak, kena tunggu lah.
 Tingkap kayu memisahkan ruang katil dan bilik air yang besar.
 Ibu tak cukup syarat kalau tak selfie (-_-) Maaflah ya Ica.
 Dalam toilet ada jakuzi. Tapi ayah dan ibu tak sempat nak menikmatinya. Ica je yang mandi kat sini.
 Ruang mandi dan memerut. Eh. Ada budak tengah yak. Sorry..
 Lepas yak, terus mandi pulak. Eh. Sempat main cak-cak dengan ayah kat tingkap tu.
 Lepas tu siap pakai pakaian nak main dalam pool kat bawah tu.
Kawasan pool tak besar sangat. Ada bahagian untuk mandi dan riadah. Tapi paling dalam pun hanya paras pinggang orang dewasa saja.
 Gelungsur biru ni pendek sangat untuk orang dewasa.
Ini betul-betul depan balkoni bilik kita.
Ayah tak jadi nak tunggu sampai pukul 3 untuk tukar bilik. Jadi, ayah rapatkan katil, dan lap sawang kat bawah katil. Lepas tu kita bertiga tidur sementara tunggu cuaca redup sikit sebelum turun ke kolam. Dalam pukul 3.30 petang, lepas solat jamak Zuhur-Asar barulah kita turun.
Kaunter tiket. Untuk Ica kena bayar RM20. Tiket ayah dan ibu dah covered dengan harga bilik. Tapi kalau beli asing RM35.
Setiap seorang dapat gelang macam pesakit hospital ni. Kena pakai sampai lah check-out hotel, kalau tak, tak boleh masuk theme park.
 Suasana kat bawah masih terik panasnya.
Ibu lupa bawa monopod, terpaksa gunakan tangan-pod saja ;) ayah bukan main tak puas ati kat ibu..
Cari port yang sesuai untuk letak kasut dan beg berisi kad masuk ke bilik. Tuala terlupa bawa. Selalunya kalau kat hotel yang ada pool, mesti ada bagi tuala kat kaunter bawah ni kan? Rupanya, tidak kat sini :-(
Lepas sesi penyejukan badan, kita pun main pelampung keliling taman atau water rafting. Ambik gambar macam mana ni? Letak saja atas bench yang kat tepi kolam. Gigih kan ;)
Gelungsur air yang pendek saja. Tapi kena tutup hidung sebab tak nak masuk air bila kat bawahnya nanti ;)
 Takde orang naik gelungsur biru yang bertutup tu. Paling tinggi kat sini. Tapi tak lah tinggi sangat. Sesuai untuk kanak-kanak. Tapi sebab panas terik, jagi bahagian dalamnya juga panas. Tak boleh lalu, kata ayah.
 Belakang ayah yang kuning tu boleh gelungsur, tak panas sebab kena bahagian redup. Kelakar bila ibu cuba turun, tak boleh menggelungsur sebab seluar ibu jenis cotton. Melekat kat gelungsur tu. Kena kayuh pakai tangan baru sampai ke bawah ;) aduh la...
 Jadi, ayah dan Ica lah yang berulangkali main benda ni. Apa namanya? Entahlah. Ibu panggil gelungsur air je ;)
 Gelungsur batu ni sepatutnya licin. Tapi bila ibu yang lalu, kena juga kayuh dnegan tangan ;) lain kali jangan pakai seluar cotton ya.
 Ica mulanya sangat takut nak turun kat sini. Tapi lepas dah 2 jam berendam, barulah ada keberanian.
 Debush! Ibu kena tunggu Ica kat bawah ni... Ibu dah macam terlipat dua ke apa tu ;) Air kat sini cuma paras lutut orang dewasa saja. Jadi kalau nak berendam, kenalah buat gaya macam buaya tu ;)
 Tak tahu kenapa ibu rasa masa kat sini berlalu terlalu lambat. Mungkin games yang tak banyak pilihan atau sebab ibu asyik teringat yang kat Legoland haritu ;) Tapi seriusnya rasa bosan betul. Bila lah nak naik ni. Lapar pun ya juga sebab lunch tadi hanya dengan 2 ketul ayam kfc. Eh. 2 ketul tu...
 Ibu jadi kuda laut dan Ica jadi ketam.
Kalau time Ica takde ni, maknanya Ica tengah naik tangga nak ke gelungsur biru tu ;)
Berendam dalam kolam ni sejak pukul 3.30 petang sampai la pukul 6. Lepas tu ibu terus naik mandi dan bersiap-siap sementara ayah dan Ica jalan-jalan tepi pantai Morib.
Pantai Morib ni tak macam Port Dickson atau Pantai Chenang atau Pantai Batu Burok yang kita pernah pergi. Pantai Morib ni airnya hitam, tak sesuai untuk mandi manda. Tapi pengusaha chalet bijak menggunakan kecantikan yang masih ada dengan membuat tempat rekreasi atas pasir pantai.
Ada banyak gazebo dan khemah didirikan kat sini untuk pengunjung duduk-duduk sambil menikmati hembusan angin petang dari pantai. Memang nyaman.
 Malah gazebo yang ini seolah-olah dibina di atas air.
 Tempat laluan pejalan kaki juga dibuat dengan kemas menggunakan bata dan simen.
 Gazebo yang tersusun elok sepanjang laluan tadi menghala ke pantai.
 Macam naik kapal pun ada kan..
Bestnya kalau ada family day kat sini... ;)
Lepas dah habis jalan, ayah dan Ica pun balik ke bilik untuk mandi dan bersiap-siap untuk turun ke kafe menikmati buffet makan malam yang best ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads