ads

Jumaat, 5 April 2013

di negeri selangor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri selangor - Google Blog Search


Exco <b>Negeri Selangor</b> Sombong Punca Air Tak Ada <b>Di</b> <b>...</b> - Keris 7 Lok

Posted: 27 Mar 2013 11:11 PM PDT

Umum tahu masalah air di Selangor semakin hari semakin serius namun ia ditenggelami dengan isu pencerobohan yang sedang berlaku di Sabah. Namun rakyat Selangor tidak akan melupakan saat tiada bekalan air.

Malahan di beberapa kawasan kebelakangan ini seperti Ampang, Pandan dan terkini pelajar UiTM kampus Puncak Perdana telah mengalami gangguan bekalan air akan penurunan paras air di kolam kerana permintaan yang meningkat.

Eh itu Puncak Perdana tu berhampiran dengan pejabat Menteri Besar Selangor kan?

tak datang pun jumpa penduduk.

Kini Keris sendiri mendengar rungutan rakyat Selangor tentang gangguan bekalan air yang dijangka berlaku tidak lama lagi. Ini yang Xavier kata cukup air? Apa yang Khalid arahkan kepada Xavier sebenarnya? Ini masalah jika beri kepada ADUN yang suka tidur dalam Sidang Negeri!

Kerajaan Selangor dengan selamba hadapnya tolak tawaran Kerajaan Negeri Sembilan yang bersedia untuk membantu dengan membekalkan air terawat kepada penduduk Selangor dan Kuala Lumpur. Tetapi malangnya Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan, dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar kata "Selangor boleh jaga diri sendiri, oleb itu Negeri Sembilan tidak perlulah susah-susah.

Haha! Jaga apanya kalau isu air yang bertahun dah tapi tak selesai-selesai pun. MB Negeri Sembilan pulak yang dituduh nak jadi hero walhal mereka tahu mereka dah tak boleh jadi hero jika MB Selangor terima tawaran bantuan MB Negeri Sembilan!

Xavier dengan berlagak sombongnya tolak walhal ketika gangguan air berlaku secara mengejut di Selangor dan Kuala Lumpur akibat kerosakan pam di rumah pam air Wangsa Maju dan Pudu Hulu akibat 'overdue usage', siapa yang hantar bantuan air?

Negeri Sembilan adalah antara kerajaan negeri yang menghantar berlori-lori tangki air dengan kapisiti air terawat bagi memastikan rakyat Selangor dapat bantuan air yang bersih. Bukan macam Kerajaan Negeri Selangor sendiri yang tak habis-habis mempolitikkan isu air.

Keris masih ingat lagi yang Kerajaan Negeri Selangor nak beli keempat-empat syarikat konsesi air Selangor dan menggunakan alasan demi rakyat Selangor, tetapi ironinya mengapa mereka tolak bantuan air daripada Negeri Sembilan sedangkan itu boleh membantu rakyat Selangor?

Ada satu benda lagi Keris nak tanya. Apakah Xavier ini memang seorang yang beradab ataupun sesiapa yang menjadi pemimpin PKR memang diajar untuk berlaku biadap? Sekalipun nak tolak tawaran bantuan dari Negeri Sembilan, tak boleh ke cakap elok-elok?

Atas dasar politik yang mana MB Negeri Sembilan orang UMNO maka niat murninya dibalas dengan perkataan-perkataan biadap? Rasanya tak perlu kurang ajar kot. Nak perli kata Negeri Sembilan nak jadi hero?

Halloooooo Xavier! Negeri Sembilan tak ada masalah air macam di Selangor! Kira untunglah jugak ada orang nak bantu. Jangan nak berlagak kata tahu urus diri sendiri bagai kalau rakyat ada yang dua tiga minggu masak dan mandi pakai air mineral yang dibeli daripada pasaraya.

Ada tu tangan dah jadi keras sebab kena angkut badi air naik tingkat 4 dan 5. Kena beli baldi banyak-banyak, pakai pun berdikit-dikit. Kesian kalau dengar cerita mereka. Jadi adakah ini kejayaan Kerajaan Negeri Selangor menguruskan air sendiri sampai sombong sangat taknak bantuan?

Jangan lupa yang Xavier dan Khalid ada 'berhutang' dengan rakyat Selangor. Nak beli konsesi-konsesi air lah, penstrukturan semula airlah, nak baiki loji lama lah, nak buat Langat 2 selepas 100 tahun lah, macam-macamlah!

Tetapi jika Keris tengok dengan teliti. Rasanya Khalid dan Xavier dah tahu yang kuasa mereka tinggal beberapa hari sahaja lagi kerana bibit-bibit kekalahan Pakatan telah mula nampak di Selangor. Sebab itu rakyat kena sedar yang mereka ini hanya datang dengan gula-gula tetapi bila dimakan rasanya kelat.

K7L : PRU13 – Tolak Pakatan dari Selangor!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved