Ahad, 12 Mei 2013

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


ZUL NORDIN LAWAN KHALID SAMAD <b>DI SHAH ALAM</b> - The Posto

Posted: 16 Apr 2013 09:23 AM PDT

Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Nordin menjadi calon BN untuk kerusi Parlimen Shah Alam menentang penyandang dari PAS Khalid Samad. Pencalonan Zulkifli agak menarik kerana inilah kali pertama BN membenarkan lambangnya digunakan oleh bukan ahli komponen untuk digunakan sebagai simbol PRU.

Zulkifli sebelum ini merupakan MP bebas Kulim Bandar Baru.

Di PERLIS, kerusi tumpuan adalah Parlimen Arau di mana bekas MB Datuk Seri Shahidan Kassim akan bertanding menentang Timbalan Muryidul Am PAS Datuk Dr Harun Din.

Manakala untuk kerusi DUN pula tumpuan menyurus kepada DUN Sanglang, di mana anak jati Perlis Dr Fathul Bari Mat Yahya akan menjadi calon BN menentang calon PAS yang belum diumumkan lagi.

Dr Fathur adalah Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia dan anak kepada bekas Mufti Perlis Mat Jahaya Hussin.

Di KEDAH, bekas MP Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir akan bertanding DUN Ayer Hitam menguatkan spekulasi bakal dilantik MB jika Kedah berjaya ditawan BN.

Selain itu, Bekas Setiausaha Parlimen Datuk Othman Abdul dipilih semula sebagai calon BN untuk menentang Timbalan Presiden PAS Mat Sabu di Pendang

Di Pulau Pinang, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Datuk Reezal Merican Naina Merican akan menggantikan bekas PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di kerusi Parlimen Kepala Batas.

Manakala tokoh agama Datuk Shahbudin Yahya akan menggantikan Tan Sri Nor Mohamad Yaakob di Tasek Gelugor.

Manakala di Pematang Pauh BN membariskan tokoh korporat Naib Presiden Telekom Malaysia Dr Mazlan Ismail sebagai calonnya di situ.

Orang lama, Datuk Dr Hilmi Yahya kembali dicalonkan di kerusi Parlimen Balik Pulau.

DI PERAK Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar ganti Tan Sri Rafidah Aziz di Kuala Kangsar.

Manakala di Negeri Sembilan Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad kembali dicalonkan ke kerusi Parlimen Jempol (kerusi pertama beliau) menentang penyanyi Wan Aisyah Wan Ariffin dari PAS.
Penamaan calon akan diadakan pada 20 April ini manakala pengundian pada 5 Mei nanti.-16/4/2013

Sumber: Agenda Daily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads