Ahad, 10 Julai 2011

12 di salak tinggi - Google Blog Search

12 di salak tinggi - Google Blog Search


Bandar Baru <b>Salak Tinggi</b> • View topic - Bad Reception - Wireless <b>...</b>

Posted: 06 Jul 2011 09:38 PM PDT

Salam Geng, kalau korang nak tahu status Unifi atau Streamyx kat area umah korang, bleh email kat saya di zaiuse@streamyx.com coz saya bekerja di TM. Cuma saya perlukan No tel umah kalau xda minta no tel jiran atau sapa2 yg berada berdekatan dgn umah atau di salak tinggi atau alamat rumah yg lengkap. Insyallah saya bleh bantu.Saya pun bru bli rumah di Tmn Ixora, maybe siap 2012. Utk general info about Unifi, area penduduk Salak Tinggi dijangka akan dpt menikmati perkhidmatan Unifi pada tahun 2012 sepenuhnya coz Unifi skrg ditawarkan ke seluruh negara mengikut secara berperingkat.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


The Unspinners: Gambar2 Komunis muncul <b>di Ampang</b>, kawasan DAP <b>...</b>

Posted: 08 Jul 2011 06:30 AM PDT

KUALA LUMPUR – Itulah persoalan yang terlintas di pemikiran kami di Mynewshub.my ketika kami mula-mula melihat dua imej yang berkaitan dengan komunis di kawasan Pandan Perdana, Ampang.

Yang pertama, dan sangat nyata sekali adalah imej Bapa Komunis China, Presiden Mao Zedong.

Mengapa Ada Imej Komunis Di Kawasan Ampang?

Imej itu dilukis pada tingkat atas salah satu unit di kawasan Pusat Perdagangan Tasik Perdana.

Kami bagimanapun tidak dapat mengambil gambar penuh kerana ia terhalang dengan sebuah tembok di hadapannya dan laluan masuk ke tingakt atas juga terkunci rapat.

Unit itu dipercayai sudah agak lama tidak dihuni.

Beberapa ratus meter dari kawasan itu, pihak kami juga menemui satu lagi gambar yang menyerupai askar komunis negara China.

Mengapa Ada Imej Komunis Di Kawasan Ampang?

Gambar yang disembur menggunakan cat hitam itu menunjukkan seorang tentera memberikan tabik hormat. Ia diletakkan pada satu papan tanda milik Jabatan Kerja Raya (JKR) di tepi Lebuh Raya Lingkaran Tengah (MRR2).

Lokasi yang amat jelas untuk dilihat para pengguna lebuh raya itu.

Pengamatan kami mendapati, gambar berkenaan sudah pernah ditampal dengan beberapa pelekat dan poster di atasnya, tetapi semua bahan itu dibuang dan dibersihkan oleh pihak tertentu.

Seolah-olah ada pihak yang prihatin untuk menjaga imej ala-ala komunis itu.

Tidak dapat ditentukan motif gambar pemimpin dan tentera komunis China dilukis di kawasan perdagangan dan di tepi MRR2 itu.

Sebenarnya, kedua imej itu bukanlah tersembunyi. Ia agak jelas di mata umum.

Kalau hendak dikatakan perbuatan vandelisme, rasanya tidak ramai di kalangan pelaku musnah yang kenal pemimpin komunis yang meninggal pada tahun 1976 itu.

Apakah ia mencerminkan wujud pihak yang masih bersimpati dengan perjuangan komunis di negara ini?

Atau ia dilukis pekerja asing warga China kerana kawasan Pandan Perdana ramai juga pekerja warga negara itu yang tinggal di situ.

Apa jua, perkara seperti ini tidak boleh dipandang sepi oleh mana-mana pihak pun. Kalau tidak dikawal dikhuatiri menjadi barah.

Jangan ada pihak yang mula guna istilah jangan takut pada bayang sendiri dan sebagainya. Jangan pandan ringan benda sebegini.

Ideologi komunis bukan sahaja sudah tidak sesuai dengan zaman dan budaya kita, malah ia menyimpang daripada ajaran suci Islam.

Elok kita cegah sebelum parah.

Oleh: AK-47

DIpetik dari MyNewsHub

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di jeram - Google Blog Search

12 di jeram - Google Blog Search


My Real Fairy Tales: Makan-makan seafood <b>di Jeram</b> Kuala Selangor <b>...</b>

Posted: 08 May 2011 12:00 AM PDT

Last week kan long weekend,sabtu gi birthday party
then Ikea

Hari Ahad hari bersama family Pia,sempena hari ibu nanti

Pia n hubby bawak pergi makan seafood,celebrate awal sikit

Nanti nak balik kg hubby pulak,sambut dgn MIL

Kami makan di Restoran Ikan Bakar Jeram

posing tanpa jemu,pilih2
nice view,enjoying kelapa jelly sementara tunggu makanan
kena sabar,ramai sgt orang datang.ehehe umi suke buat muka felik sikit mase amek gambar


the seafood,ni je sempat snap busy makan hihihi

kami pilih sotong putih besar 2

1 bakar,1 goreng tepong

pari bakar

udang butter

cili crab(my fav!)

Siakap stim halia

Jus tembikai 1 jag

nasi putih 6 orang makan

Total RM135

Price sangat reasonable,seafood is fresh!!!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di tanjung karang - Google Blog Search

12 di tanjung karang - Google Blog Search


Serebrum: 4 Jam <b>di Tanjung Karang</b>.

Posted: 03 Jul 2011 11:04 AM PDT

Pergi ke Tanjung Karang, memang sudah menjadi tradisi buat saya dan kawan-kawan. Singgah di rumah Haniff - dan memang mahu bermalam kalau ada kesempatan.

Tambah-tambah lagi sambutan mesra daripada ibu dan ayah Haniff, hati mana yang tidak tergerak untuk datang berkunjung. Dalam suasana desa, ada damai yang menyapa.

Kali ini - saya berasa agak serba salah. Kami merancang untuk bertolak hari Jumaat selepas study circle UIA. Masyaqqahnya ialah, saya ada kenduri malam itu, dan jika tiada pun saya perlu kembali bekerja keesokan harinya. Dan Nidzam yang jadi driver pula terpaksalah mengikut keterbatasan saya. OK, dah menyusahkan ramai orang... maaf banyak-banyak. Jadi niat untuk tidur di rumah Haniff memang tidak kesampaian.

Walaupun singkat pertemuannya, tidak pernah mengecewakan. Saya, Nidzam dan Fadil pun "mendaftarkan" diri untuk kursus penyembelihan ayam kampung di rumah Haniff.

Kecoh. Dek kerana tidak tahu mengawal magnitud sembelihan pisau, teknik yang tepat, cara potong saya yang agak salah dan juga desakan pihak-pihak berwajib , kepala ayam saya bercerai daripada badannya. Nidzam dan Fadil alhamdulillah sukses juga - jauh lebih elok daripada saya.

Kemudian belajar pula cara nak buang bulu daripada badan ayam, cara potong ayam dan lain-lain. Yang tak perlu belajar ialah cara melantak ayam waktu makan malam.

Belajarkan. Dan mungkin sebab trauma darah ayam memancut, saya jadi lack of common sense petang itu. Bukan salah ayam, bukan salah saya, tapi salah sekolah dulu nak buat kursus sembelihan tiada bajet  tapi salah saya.

Pengalaman pertama menyembelih ayam. Alhamdulillah.

Kemudian, makcik pun menghidangkan kami hasil sembelihan petang itu. Sungguh kami kekenyangan!

Haha, bak kata Nidzam, nak ziarah masa Haniff takde, kekok rasanya. Jadi setahun sekali sahaja dapat. [untuk gambar aksi 18 SG penyembelihan, klik sini]

Jadi untuk Haniff:

Terima kasih kerana sudi untuk melayan kami, jutaan terima kasih untuk makcik, pakcik dan Hamim sebab sudi menerima dan melayan kami dengan cara yang amat terbaik - terbaik dari ladang. 

Maaf sebab tak dapat nak hantar kau ke KLIA... Dah lah tak dapat bermalam. Sedih, sedih.

InsyaAllah, teruskan perjuangan kau di Bumi Jordan dan jadi doktor yang merawat jasad dan jiwa ummat. InsyaAllah, kita akan jumpa lagi, jika tidak sempat di dunia - moga dipertemu dalam syurga Allah kelak. Doakan keberadaan aku di bumi USA kelak ye. 

Dan sekali lagi, aku menggesa zahirkanlah facebook anda untuk kami. Hehe.


p/s: Pak cik aku (yang orang jawa), aku bagi dia bubur kacang durian, dia kata sedap gila! Dan kerepek pisang tu pun, satu famili aku puji! Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


AhmadHumaizi.Com » Laluan MRT <b>Sungai Buloh</b>-Kajang Terkini <b>...</b>

Posted: 08 Jul 2011 08:18 AM PDT

Salam,

Rasanya ramai yang tertunggu nak tahu latest MRT Route..akhirnya…PM kita umumkan laluan MRT Terkini tadi, iaitu 8 Julai 2011. Pada pemerhatian aku, tak adalah banyak beza sangat pun dengan sebelum ini…tapi kita saksikannnya..sendiri..

 Ini adalah laporan yang dipetik dari Berita Harian hari ini, 8 Julai 2011.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata projek Lembah Klang My Rapid Transit (MRT) dijangka menjana antara RM8 bilion dan RM12 bilion di segi projek limpahan.

Perdana Menteri berkata, projek itu akan turut meningkatkan pembangunan hartanah dengan anggaran nilai RM15 bilion di segi hartanah baharu, yang dijangka disiapkan di dalam tempoh 10 tahun akan datang.

"Pendapatan Negara Kasar RM3 bilion diunjurkan dijana berasaskan kenaikan 20 peratus di segi nilai projek komersil dan kediaman antara jejari 0.5 km dan 1.0 km pada laluan MRT itu di dalam tempoh 10 tahun akan datang," katanya semasa pelancaran projek MRT dari Sungai Buloh Kajang.

Najib juga mengumumkan kelulusan jajaran akhir projek MRT itu, yang sebaik disiapkan, akan memanfaatkan lebih 10 juta pengguna.

MRT itu direka bentuk menjadi tulang belakang ke arah mewujudkan rangkaian rel antara bandar yang terdiri daripada Transit Aliran Ringan (LRT) dan Sistem Komuter KTM.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata pelancaran dan pengumuman jajaran muktamad, kerja pembersihan tanah akan bermula bagi laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) itu, iaitu laluan MRT pertama yang dikhususkan bagi inisiatif Greater Kuala Lumpur.

MRT itu adalah projek infrastruktur awam terbesar yang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi.

"Projek itu akan menyaksikan permulaan kerja tanah di tiga lokasi sepanjang jajaran itu di Sungai Buloh, Cochrane dan Semantan," katanya.

Beliau juga mengumumkan kajian kemungkinan yang sedang dilaksanakan bagi mengkaji daya maju menyambung sistem itu ke Johor Bahru dan Pulau Pinang.

"Inisiatif itu adalah sebahagian daripada perancangan jangka panjang SPAD bagi memastikan sistem MRT dan rangkaian pengangkutan yang lebih meluas boleh digunakan oleh setiap lapiran masyarakat," katanya.

"Pembinaan laluan Sungai Buloh-Kajang sejauh 51 km itu akan bermula pada November apabila pakej tender pertama diberikan," katanya, sambil menyatakan bahawa projek itu dijadualkan disiapkan pada 2016 dan memulakan operasi pada Januari 2017.

"Sebaik beroperasi, projek MRT Lembah Klang itu akan mempunyai 31 stasen, dengan lapan stesen bawah tanah," katanya.

Akan terdapat empat stesen pertukaran (interchange) yang menghubungkan Laluan Komuter KTM, Laluan LRT Ampang dan Laluan LRT Kelana Jaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di beranang - Google Blog Search

12 di beranang - Google Blog Search


Malaysia Japan Industrial Institute...Kolej Kemahiran Tinggi MARA <b>...</b>

Posted: 08 Jul 2011 03:41 AM PDT




8hb Julai 2011, KKTM Beranang mencatatkan sejarahnya yang tersendiri kerana mulai hari tarikh ini Surau Riyadus Solihin KKTM Beranang telah mendapat kebenaran untuk mengadakan solat Jumaat.

Ianya dapat memudahkan pelajar-pelajar KKTM Beranang, KPM Beranang, penduduk Fasa Baiduri, Fasa 2 dan Fasa 7 Taman Kesuma bagi menunaikan solat Jumaat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Kebakaran <b>di</b> Pekan <b>Bangi</b>

Posted: 03 Jul 2011 10:06 PM PDT

Sabtu. 02 Julai. 2011. Penduduk di sekitar pekan Bangi dikejutkan dengan insiden yang sangat mengejutkan ini. Deretan kedai-kedai gunting, hardware, kedai makan dan perabot habis di telan si jago merah. Jam 2.45 pagi, bermulanya di kedai makan paling kanan, kemudian memamah dengan rakusnya papan-papan yang ada disampingnya. Hal ini membuat kereta Bomba tak sempat menyelamatkan kesemuanya.

Untungnya tiada nyawa yang melayang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bandar Seri Putra: Blog YB: Kebakaran Besar <b>Di</b> Pekan <b>Bangi</b>

Posted: 03 Jul 2011 12:26 AM PDT

Kebakaran Besar Di Pekan Bangi

Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2011/07/kebakaran-besar-di-pekan-bangi.html Pekan Bangi, 30 Rajab = 02 Julai (Sabtu):

9 buah kedai sederet di Pekan Bangi terbakar pagi ini. Api merebak dari kedai makan kira-kira jam 2.30 pagi dan segera merebak ke kedai-kedai lain yang hanya bertiang batu, tetapi bahagian yang lain daripada papan (kayu). Dijangka berlaku litar pintas. Menurut pegawai bomba Encik Khairuddin, pihak bomba menerima maklumat jam 3.00 pagi dan dapat sampai ke Pekan Bangi, tempat terbakar 12 minit kemudian. Menurutnya 4 buah kereta bomba tiba ke lokasi, 2 buah dari Bangi, 1 buah dari Kajang dan 1 buah dari Serdang. Operasi diketuai oleh Haji Imran Ahmad Pegawai Bomba dari Bandar Baru Bangi. Menurutnya `Api segera merebak oleh kerana bahagian bangunan berusia 70 tahun itu adalah dari kayu dan tidak dapat diselamatkan, walaupun bekalan air tidak terganggu.

Adun Bangi mendapat maklumat jam 8.30 pagi ketika bersiap ke Program di Cheras Jaya. Adun mengarahkan Haji Rushdi bersiap dengan bantuan dan peruntukan tambahan, selain dari kewangan yang ada pada Adun. Arahan juga agar pengiring-pengiring ikut sama. Dalam masa membuat persediaan Adun segera ke Cheras Jaya yang turut ke sana YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang. Dari program di sana bersama pengiring-pengiring Adun berkejar ke Pekan Bangi dan tiba di lokasi jam 11.00 pagi menemui Pegawai-Pegawai Bomba, pemilik-Pemilik Kedai yang terbakar dan melihat kerja-kerja memadam masih sedang dilakukan. YB Teo Nie Ching yang juga dari Program di Cheras Jaya bersama pengiring turut sama tiba. Adun Bangi yang bertemu mangsa-mangsa mensenaraikan nama-nama mereka yang kehilangan bangunan dan harta, iaitu seramai 8 orang (seorang memiliki dua unit kedai). Mereka ialah:

1) Puan Sapura Baby – Ibu tunggal menyewakan bangunan sebagai kedai makan
2) En. Tony yang berniaga hardware
3) En. Rama Samy
4) Mr. Tan Hoi Tiong berniaga perabut
5) En. Rama Muthu peniaga kedai gunting
6) En. Kian Phat Leong Yeow
7) Mr. Chong
8) Kow Soon Hing
9) Penyewa Kedai Puan Sapura

(Mungkin berlaku kesilapan ejaan bagi sebahagian dari nama-nama di atas – mohon maaf, kerana dalam keadaan tergesa-gesa dan perlu dibuat rujukan kembali).

Mereka semua diminta Adun & Ahli Parlimen Teo Nie Ching berhimpun di sebuah warung berhampiran bangunan yang terbakar. Adun Bangi YB Dr. Shafie Abu Bakar dan YB Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan permulaan kepada setiap mangsa dan juga penyewa serta berjanji akan disusuli dengan pertemuan berikut bagi membincangkan kedudukan dan bagaimana mengatasi serta memberi sumbangan.

Kerugian dijangka melebihi 5 juta. Walau bagaimana bersyukur kepada Allah tiada berlaku kemalangan jiwa. Menurut seorang pegawai bomba, tiga buah kereta terpaksa dipecahkan cermin bagi mengalihkan kereta dari terbakar. Turut sama hadir ke lokasi terbakar ialah YB Dr. Che Rusli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat, Haji Zakaria Ketua Kampong Bangi, En. Lau Ketua Kg. Baru Cina, Pekan Bangi,Dato` Fathil Ketua Umno Serdang, Tuan Haji Sukaimi Setiausaha Pas Serdang, pemimpin-pemimpin setempat dan orang ramai.

Hingga jam 12.00 tengahari orang ramai masih berhimpun menyaksikan kebakaran yang dapat disifatkan besar dan belum pernah berlaku sebelumnya sebegini. Apabila Adun bertanya tempat kediaman sementara kepada mangsa-mangsa terbakar, buat masa ini masing-masing mempunyai keluarga yang mereka dapat menumpang buat sementara. Mereka tidak memerlukan lindungan sementara. Kami akan terus berusaha membela dan memberi perhatian terhadap kepentingan mangsa-mangsa terutama membawa masalah mereka ke peringkat Negeri dan ke Dewan Negeri Selangor yang akan bersidang pada minggu akan datang.

Terima kasih.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


Papan Hitam: UNTUK DIJUAL : Rumah Teres 3 tingkat <b>di Selayang</b> Mulia

Posted: 06 Jul 2011 05:51 AM PDT

skip to main | skip to sidebar

Pages

Wednesday, July 6, 2011

UNTUK DIJUAL : Rumah Teres 3 tingkat di Selayang Mulia

Rumah Teres 3 tingkat di Selayang Mulia

Rumah Teres untuk dijual 

16x75

4 bilik tidur

4 bilik air.

Jika berminat sila hubungi: zura 0129561236

0 comments:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di ulu yam - Google Blog Search

12 di ulu yam - Google Blog Search


WartaShubhi Photostory: Suasana Damai <b>Di Ulu Yam</b>

Posted: 02 Jul 2011 01:09 AM PDT

Kenapa saya rasa berbaloi untuk memberikan perhatian dan membina minat terhadap dunia kamera ini ialah apabila ianya dapat digunakan sebagai serampang dua mata dalam membina hubungan keluarga.

Seorang isteri yang sepenuh masa bertugas sebagai suri rumah tangga sudah tentu ingin melepaskan rasa lelah dan bosannya terperuk di rumah sepanjang minggu.

Hari yang baik untuk aktiviti itu adalah pada hujung minggu atau pada masa cuti-cuti tertentu di mana suaminya tidak bekerja.

Saya pula apabila mempunyai kamera, pantang ada kelapangan masa cuti akan mengatur rancangan lawatan atau kembara ke destinasi tertentu yang membolehkan saya mengambil gambar.

Anak-anak pula, apa sahaja yang boleh dikategorikan sebagai berjalan menjadi kegembiraan mereka apa lagi jika dapat pergi ke kawasan perkelahan yang ada sungai atau air terjun.

Hujung minggu baru-baru ini saya mengajak semua ke Ulu Yam untuk berkelah sambil saya berlatih mengambil gambar pemandangan di sana. Pagi-pagi lagi kami berangkat dari rumah menuju ke Batu Caves dan seterusnya menyelusuri ke kawasan perkelahan di Ulu Yam. Saya perlu sampai ke sana awal ketika tiada manusia lagi sampai bagi memudahkan saya mengambil gambar alam sekitar. Sampai awal juga membolehkan kami sekeluarga memilih tempat yang selesa dan sesuai untuk kami sekeluarga.

Waktu pagi juga merupakan masa yang amat sesuai untuk merakamkan gambar alam sekitar dengan keadaan cuaca yang redup dan segar ia dapat menimbulkan suasana damai dan menambahkan lagi warna-warna segar pada alam sekitar. Di Ulu Yam di sediakan pondok-pondok kecil yang dapat kita jadikan tempat berteduh sepanjang perkelahan di sana.

Berikut saya paparkan hasil gambar yang dapat di rakam sepanjang pagi itu. Siapa sangka tak jauh dari pusat bandar KL ada kedamaian dan kesegaran. Kesemua gambar di ambil dengan menggunakan kamera kompak Ricoh Caplio GX200 saya. Klik pada gambar untuk besarkannya.

Full Feed Generated by
Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Demo Baju Kuning Gelombang II <b>Di Shah Alam</b> Malam tadi!

Posted: 09 Jul 2011 10:02 AM PDT

Setelah kita dihidangkan dengan kisah-kisah Demo Bersih 2 di Kuala Lumpur siang tadi, di Seksyen 17, Shah Alam pula berlaku satu perhimpunan baju kuning tanpa permit pada sebelah malam. Jom lihat gambar-gambar di bawah ini:

Peserta demo mula berkumpul

Pemimpin utama sedang membincangkan strategi dan membaca doa mencari keberkatan

Peserta demo sedang menikmati juadah mengalas perut untuk meneruskan perjuangan.

Inilah dia peserta sebenar demo baju kuning yang diraikan dalam satu majlis tahlil beramai-ramai di 17/3, Seksyen 17, Shah Alam.

Bersihkanlah hati masing-masing. Kalau nak jemput mereka datang kenduri atau majlis harijadi anak-anak anda pun boleh. Mereka ini lebih memerlukan sokongan anda kerana mereka adalah aset negara masa akan datang yang pasti BERSIH daripada menyokong pemimpin-pimimpin yang belum pasti lagi BERSIH hati nurani mereka.

Related Posts : Anak Yatim, Masyarakat, moral

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di bandar sunway - Google Blog Search

12 di bandar sunway - Google Blog Search


SUS n d FELT PRODUCT: FELT CRAFT WORKSHOP BERSAMA SUS <b>DI BANDAR</b> <b>...</b>

Posted: 30 Mar 2011 07:35 AM PDT

Salam n Hye sem0.. SUS akan turun ke Bandar Sunway pd 21 MAY 2011 utk mengadakan felt craft workshop.. Waktu pd pukul 3-6 ptg.. Kpd yg berminat boleh la mendaftar dgn menghantar email kpd lvbeii604@gmail.com atau utk info lanjut boleh ke The Handmade Movement..


  1. Peserta akan didedahkan dengan jenis felt yg ada di pasaran serta kegunaan setiap jenis felt.
  2. Peserta akan diperkenalkan dgn jenis peralatan dan jenis benang yg sesuai dengan jenis jahitan dan aplikasinya pd felt.
  3. Peserta akan diajar 4 jenis jahitan dan cara menjahit dgn betul :
  • Jahitan blanket stitch/insang pari.
  • Jahitan backstitch.
  • Jahitan  sembat.
  • Jahitan jelujur.
    4.   Peserta juga akan diajar cara-cara utk membuat dan melukis pattern pada felt.
    5.   Design yg akan diajar :
  • Keychain love
  • Hair clip bunga
  • Brooch burung hantu

Alamat lokasi workshop :  

Bfree. 12A-3, Jalan PJS 8/11,  

Dataran Mentari, Bandar Sunway,  

46150 Petaling Jaya,  

Selangor D.E, Malaysia

*KLIK GAMBAR UTK PETA LOKASI YG LEBIH BESAR..

Date : 21 May 2011 (SATURDAY)
Time : 3pm - 6pm
Class Language : Malay & English
Class Fee/ person : RM120 (inclusive of materials)
Class Deposit : RM50 (this fee is non refundable in the case of absentee)
Maximum Participants Capacity : 4 - 12 person

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads