12 di ampang - Google Blog Search |
The Unspinners: Gambar2 Komunis muncul <b>di Ampang</b>, kawasan DAP <b>...</b> Posted: 08 Jul 2011 06:30 AM PDT KUALA LUMPUR – Itulah persoalan yang terlintas di pemikiran kami di Mynewshub.my ketika kami mula-mula melihat dua imej yang berkaitan dengan komunis di kawasan Pandan Perdana, Ampang. Yang pertama, dan sangat nyata sekali adalah imej Bapa Komunis China, Presiden Mao Zedong. Imej itu dilukis pada tingkat atas salah satu unit di kawasan Pusat Perdagangan Tasik Perdana. Kami bagimanapun tidak dapat mengambil gambar penuh kerana ia terhalang dengan sebuah tembok di hadapannya dan laluan masuk ke tingakt atas juga terkunci rapat. Unit itu dipercayai sudah agak lama tidak dihuni. Beberapa ratus meter dari kawasan itu, pihak kami juga menemui satu lagi gambar yang menyerupai askar komunis negara China. Gambar yang disembur menggunakan cat hitam itu menunjukkan seorang tentera memberikan tabik hormat. Ia diletakkan pada satu papan tanda milik Jabatan Kerja Raya (JKR) di tepi Lebuh Raya Lingkaran Tengah (MRR2). Lokasi yang amat jelas untuk dilihat para pengguna lebuh raya itu. Pengamatan kami mendapati, gambar berkenaan sudah pernah ditampal dengan beberapa pelekat dan poster di atasnya, tetapi semua bahan itu dibuang dan dibersihkan oleh pihak tertentu. Seolah-olah ada pihak yang prihatin untuk menjaga imej ala-ala komunis itu. Tidak dapat ditentukan motif gambar pemimpin dan tentera komunis China dilukis di kawasan perdagangan dan di tepi MRR2 itu. Sebenarnya, kedua imej itu bukanlah tersembunyi. Ia agak jelas di mata umum. Kalau hendak dikatakan perbuatan vandelisme, rasanya tidak ramai di kalangan pelaku musnah yang kenal pemimpin komunis yang meninggal pada tahun 1976 itu. Apakah ia mencerminkan wujud pihak yang masih bersimpati dengan perjuangan komunis di negara ini? Atau ia dilukis pekerja asing warga China kerana kawasan Pandan Perdana ramai juga pekerja warga negara itu yang tinggal di situ. Apa jua, perkara seperti ini tidak boleh dipandang sepi oleh mana-mana pihak pun. Kalau tidak dikawal dikhuatiri menjadi barah. Jangan ada pihak yang mula guna istilah jangan takut pada bayang sendiri dan sebagainya. Jangan pandan ringan benda sebegini. Ideologi komunis bukan sahaja sudah tidak sesuai dengan zaman dan budaya kita, malah ia menyimpang daripada ajaran suci Islam. Elok kita cegah sebelum parah. Oleh: AK-47 DIpetik dari MyNewsHub |
You are subscribed to email updates from di ampang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan