Sabtu, 26 Mei 2012

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Pemuda melecur 80 peratus akibat dibakar

Posted: 27 Feb 2012 03:11 PM PST

PETALING JAYA 27 Feb. – Seorang pemuda terpaksa bertarung nyawa untuk menyelamatkan diri apabila dibakar hidup-hidup selepas dirompak sekumpulan lelaki di ladang kelapa sawit di Kampung Sepakat, Sungai Tenggi, Bukit Tagar di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi, Muhammad Syahirudin Mohd Shauki, 20, cedera hampir 80 peratus dari paras paha ke atas selepas dipercayai dibakar dengan menggunakan minyak petrol.

Menurut seorang saksi yang dikenali sebagai Selvakodi, lingkungan 50-an, dia sempat membantu pemuda itu yang tiba-tiba muncul di hadapan rumahnya.

Katanya, mangsa juga sempat menceritakan kejadian yang berlaku sebelum dia dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk rawatan lanjut.

"Remaja lelaki itu datang dalam keadaan terbakar dan berseluar dalam. Saya segera membawanya masuk dan menyelimutinya dengan kain sebelum menghubungi talian kecemasan 999.

"Sementara menunggu ambulans datang, dia sempat bercerita tiga lelaki merompaknya sebelum dia dibakar dengan minyak petrol.

"Mangsa turut memberitahu, dia sempat terjun ke dalam longkang untuk memadamkan api yang membakar tubuhnya," kata Selvakodi ketika ditemui di Felda Gedangsa di sini hari ini.

Selvakodi memberitahu, pemuda itu sempat meminta air dan makanan kerana terlalu lapar sebelum dia diberikan air soya dan roti yang terpaksa disuap sendiri oleh cucu lelaki yang berusia 11 tahun.

Sementara itu, bapa kepada mangsa, Mohd. Shauki Dahlan ketika ditemui di Wad Kecemasan HSB berkata, dia sempat menerima panggilan daripada anak bongsunya itu sebelum dia koma dan dirawat di hospital.

"Saya menerima satu panggilan daripada nombor yang tidak dikenali dan selepas menjawab, Muhammad Syahirudin berkata, 'ayah, saya kena bakar' dan kemudian talian terputus.

"Saya yang terkejut telah mendail kembali nombor itu sebelum diberitahu anak saya telah dibawa ambulans dan dikejarkan ke hospital," katanya.

Kakak mangsa, Sri Wahyuni, 25, berkata, adik lelaki tunggalnya itu keluar dari rumah kira-kira pukul 12 tengah malam semalam selepas meminta kebenaran daripada ibunya.

"Adik saya sangat aktif dan mempunyai ramai kawan di kawasan tempat tinggal kami di Kota Damansara. Dia sepatutnya menghadiri temuduga untuk bekerja di Jusco One Utama, Bandar Utama semalam.

"Saya tidak menyangka kejadian ini berlaku kerana tidak tahu dengan siapa adik saya keluar semalam. Malah, saya yakin dia tidak pernah melakukan sebarang pekerjaan yang tidak baik," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Affandi Yahya berkata, siasatan awal mendapati, mangsa telah dipukul dan dibawa dari Kota Damansara pada awal pagi sebelum dia dibakar.

Dipetik dari Utusan Malaysia

12 di dengkil - Google Blog Search

12 di dengkil - Google Blog Search


Rakaman Ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim <b>Di Dengkil</b>,Selangor <b>...</b>

Posted: 28 Jan 2012 10:20 PM PST

[unable to retrieve full-text content]2005 - 2012. Tahun 2005 · Tahun 2006 · Tahun 2007 · Tahun 2008 · Tahun 2009 · Tahun 2010 · Tahun 2011 · Tahun 2012 · Langgan Newsletter. Rakaman Ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim Di Dengkil,Selangor 27/01/2012 ...

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


Minta RM10 juta: MP <b>Kapar</b> cabar Khir Toyo dedah bukti <b>...</b>

Posted: 22 May 2012 02:29 AM PDT

(Oleh Norutul Ilham)

SUBANG JAYA 22 Mei: Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam mahu mantan Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo mendedahkan bukti berhubung dakwaan tawaran RM10 juta.

Katanya, jika Khir berani, beliau sepatutnya tampil mendedahkan bukti, bukannya sengaja memburukkan namanya.

"Dia boleh cakap dia ada bukti, tunjukkan kepada saya, buktikan bahawa saya yang panggil dia untuk jumpa. Buktikan!

"Tapi kenapa lepas empat tahun, dia (Khir) cakap dalam akhbar Sinar Harian (17 Mei lalu), bahawa BN tidak mengamalkan cara begini.

"Kalau betul, kenapa tak buat laporan ke atas saya. Kamu (Khir) boleh lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya pada sidang media di pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne di sini hari ini.

Hadir sama, Gwo Burne dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Tegas Manikavasagam, bagi membuktikan laporan itu berniat jahat, beliau akan membuat laporan polis dan memanjangkannya bagi menyaman penyebar berita itu.

"Dalam kes ini, saya akan buat laporan polis berdasarkan laporan bertajuk 'MP Kapar Minta RM10 Juta Dari Khir Toyo Untuk Keluar PKR' ditulis oleh M Zakrul Adam daripada blog Sel13.com.

"Kemudian saya akan lantik peguam bagi menyaman mereka, saya sudah rancang untuk memfailkan saman itu dalam masa terdekat," katanya.

Mengimbas kembali kejadian yang didakwa beliau bertemu dengan Khir untuk meminta wang RM10 juta, Manikavasagam memberitahu, beliau sendiri terkejut dengan tawaran tersebut.

"Dia (Khir) yang cakap dengan saya begini: YB, jika kamu tidak gembira, datanglah kepada kami, kami akan jaga kamu. Kami akan beri kamu duit RM10 juta.

"Bukan dari mulut saya, semuanya dari mulut dia. Kemudian saya cakap, tengoklah…tidak sampai lima minit, dia (Khir) terus jalan," katanya.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, pujukan dan tawaran untuk keluar parti turut dialaminya sejak beberapa tahun dahulu tetapi pendiriannya tetap utuh bersama Pakatan Rakyat.

"Sejak 2008, saya sudah senaraikan beberapa orang yang mahu saya keluar parti, sehingga sanggup menunggu berjam-jam di luar rumah saya. Mereka letak kereta di depan rumah saya.

"Hari ini, Exco Kerajaan Negeri Perak seorang wanita, saya tidak mahu beritahu namanya, tapi jika dia cabar saya, saya akan sebut semua nama dalam senarai saya yang datang ke rumah dan pejabat saya di Kapar. Semua saya ada," jelas beliau lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=30772

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


VIVAnews - Heboh Ikan Patin Raksasa <b>di Sungai</b> Cisadane

Posted: 24 May 2012 05:04 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Heboh Ikan Patin Raksasa di Sungai Cisadane. Patin yang dipancing Suharnis memiliki panjang 1 meter dan berat 47 kilogram. Jum'at, 25 Mei 2012, 07:04 WIB. Elin Yunita Kristanti, Muhammad Iyus (Tangerang). Follow @vivanews ...

12 di sekinchan - Google Blog Search

12 di sekinchan - Google Blog Search


TERKINI!!SEBUAH VAN TERBAKAR <b>DI SEKINCHAN</b>!!

Posted: 23 May 2012 11:07 PM PDT

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


&#39;Sembang, Duduk, Bantah&#39; 21 April <b>di Shah Alam</b>

Posted: 10 Apr 2012 01:32 AM PDT

SHAH ALAM, 10 April: Sebuah NGO, Prorakyat Selangor hari ini menyatakan satu pra Himpunan Bersih 3.0 akan diadakan di Dataran Shah Alam pada 21 April jam 3 petang.

Himpunan yang bertemakan 'Sembang-sembang, Duduk-duduk, Bantah-bantah' itu bertujuan untuk menaikkan semangat rakyat dalam membantah tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang enggan melaksanakan pilihan raya bersih dan telus.

Presidennya, Khairul Anuar Othman memberitahu Prorakyat juga turut mengambil ketetapan untuk bersama-sama 84 buah NGO dalam menyertai perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April nanti.

"Selain daripada penganjuran pra himpunan pada 21 April nanti, Prorakyat juga akan turut serta untuk bersama-sama berada di Dataran Merdeka pada 28 April sebagai menyatakan sokongan terhadap pilihan raya bersih dan adil kepada semua parti-parti politik dalam negara ini.

"Kita melihat sistem pilihanraya di Malaysia ini perlu direformasikan kerana terdapat banyak kepincangan yang berlaku dalam SPR pada masa kini," jelasnya pada sidang media di Shah Alam.

Tambahnya lagi, SPR dilihat lebih mengikut telunjuk pemerintah sedangkan ia adalah sebuah badan yang bebas dari cengkaman kuasa eksekutif dalam negara ini.

"Kewujudan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi menambahbaik sistem pilihan raya juga dilihat gagal meyakinkan rakyat seluruh negara apabila tiada penyelesaian kukuh bagaimana daftar pengundi yang meragukan boleh dibersihkan," sambungnya lagi.

Setiausaha Agungnya, Mohd Naquib Carmeil Roseli menyatakan pra himpunan pada 21 April tidak memerlukan permit perhimpunan.

"Himpunan ini adalah himpunan yang aman bersesuaian dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan setiap warganegara berhimpun secara aman tanpa senjata dan tidak mengancam keselamatan negara dan orang awam.

"Matlamat utama himpunan pra Bersih 3.0 ini adalah untuk menunjukkan sokongan rakyat untuk melihat sebuah pilihanraya yang bersih dan adil tertegak di negara kita yang tercinta," katanya.

12 di balakong - Google Blog Search

12 di balakong - Google Blog Search


Geng pecah rumah <b>di Kajang</b> tumpas | Info Gallery

Posted: 06 Mar 2012 05:00 PM PST



KAJANG — Geng pecah rumah di sekitar daerah ini, yang aktif sejak awal tahun, tumpas apabila polis menahan tiga anggotanya selepas mereka memecah masuk rumah pembantu khas anggota Dewan Undangan Negeri Balakong Yap Lum Chin di Taman Mahkota Cheras, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata, suspek yang berusia lingkungan 23 dan 30 tahun, diberkas pada hari sama selepas memecah masuk rumah serta melarikan kereta pembantu khas itu pada kira-kira 7 pagi.

Suspek pertama ditangkap di Dataran Cheras empat jam selepas itu dan polis menemui sebuah kereta lain yang dipercayai dicuri di Seri Kembangan awal tahun ini.

Suspek kedua pula ditahan di sebuah rumah di Balakong dan polis turut merampas sebuah kereta yang dilaporkan dicuri dari sebuah rumah di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi pada 1 Mac lepas, selain beberapa unit TV LCD, barangan elektrik dan kelengkapan memecah rumah.

Suspek ketiga ditangkap di sebuah hotel di Cheras dan polis menemui kereta milik pembantu khas Yap.

Semua barangan yang dirampas ketika semua suspek ditahan dianggarkan bernilai RM350,000.

Pada sidang akhbar hari ini, Abdul Rashid berkata, modus operandi kumpulan itu ialah mereka melakukan kegiatan pecah rumah pada waktu pagi bagi memastikan semua penghuni keluar bekerja

kredit : kosmo.com.my

Info Gallery - Lega sedikit apabila mendengar berita penangkapan geng ini

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


afasz.com: Paradigm Mall VS Giant <b>Kelana Jaya</b>

Posted: 25 May 2012 11:32 AM PDT

Paradigm Mall merupakan sebuah shopping complex yang baru dibuka bermula Rabu , 23 Mei 2012. Bangunan yang cukup besar bagi aku. Paradigm Mall terletak di SS7 Kelana Jaya. Bersebelahan dengan LDP. Kalau dari rumah sewa aku , kena lalu ikut laluan bawah tanah terus ke parking Paradigm Mall. Aku masih belum berkesempatan untuk datang ke Paradigm Mall. 
Aku snap dari Giant Kelana Jaya.

Tesco VS Giant - Mana pilihan korang kalau nak shopping?
Aku jarang shopping di Kelana Jaya sebab tiap-tiap minggu aku balik rumah family aku di Bandar Baru Bangi. Sekali sekala je beli barang dari Giant Kelana Jaya ni. Sekarang dah buka pula satu shopping complex baru yang sangat besar. Ada TESCO pula tu. Bersaing la Tesco & Giant. Sebelah-sebelah plak tu, 
Sabtu ni, 26 Mei 2012 ada Faizal Tahir akan buat persembahan di Paradigm Mall. Bagi peminat Faizal Tahir, boleh la terjah sini.
Shila Amzah pula akan berada di Paradigm Mall pada 27 May 2012 , Ahad.  


ads