Ahad, 20 April 2014

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


Cemburu Isteri Dipandang Orang Suami Belasah Lelaki Depan <b>...</b>

Posted: 27 Feb 2014 11:04 PM PST

Kuala Lumpur: Akibat cemburu, seorang lelaki bertindak memukul seorang lelaki yang didakwa memandang isterinya dalam kejadian di hadapan sebuah bank di Cheras, di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mangsa dipercayai sedang menaip SMS kemudian mendongakkan kepalanya ketika lelaki terbabit bersama isteri lalu di hadapannya.

Bagaimanapun, tindakan mangsa itu disalah erti menyebabkan lelaki berusia 27 tahun itu menjadi berang sebelum berhenti lalu mencekik dan memukul mangsa bertubi-tubi di bahagian kepala.

2

Menurut sumber, dalam insiden itu, lelaki terbabit mengaku dirinya gengster di kawasan berkenaan dan turut mengambil alat pembuka skru tayar di dalam kenderaannya sebagai ugutan untuk memukul mangsa. "Orang ramai yang berada di tempat kejadian cuba meleraikan pergaduhan itu, namun lelaki itu terus memukul mangsa selain turut meludah ke arah mangsa sebelum beredar," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

"Suspek sudah menyerah diri di Balai Polis Sungai Besi petang tadi (semalam). "Pihak kami akan menjalankan kawad cam sebelum suspek dituduh di mahkamah. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 KK kerana mencederakan dengan niat, "katanya. -myMetro

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


shopping <b>di</b> daiso dan mr.DIY @ AEON <b>Bukit Raja</b> - They are <b>...</b>

Posted: 08 Mar 2014 12:35 AM PST

terkejut dgr berita kapal terbang MAS hilang hari ni. 
moga masih ada harapan utk mereka survive insyaallah...
khamis lepas, sempat juga kami singgah di AEON Bukit Raja
byk dah perubahan kat sini.
lot food court kat hujung tu tlh di ambil alih oleh DAISO, MR.DIY dan game centre (x ingat nama)
food court dah bertukar ke area cinema kat tgh2 tu.
tak lama pun kat sini...mana sy larat nak berdiri lama2 dah, mengah wei.
DAISO dia kecik jer..tp oklar byk jugak brg2 yg dijual.
 ini yg sy beli dr DAISO
 ini pula yg dibeli di MR.DIY.
termasuk habuan utk anak2 ni ha..lg murah dr tempat lain
so antara DAISO and MR.DIY, sy lg suka membeli kat DAISO kot hehehe...sebab murah. kat mr.diy blh tahan jugak mahal harga brg2nya. tp sbnrnya 2 kedai ni menjual brgn yg berbeza...
jom tgk apa projek weekend ni.
 pengurusan plastik yg sgt huru hara sebelum ni
sekarang dah jadi mcm ni..alhamdulillah, lapang sket mata memandang.
byk plastik yg sy dah buang terutama yg bersaiz kecil.
nak lipat satu-satu plastik ni semua? i is malas hahaha

 bekas mega block anak2 yg dah koyak ni perlu diganti baru
malangnya kat DAISO dah kehabisan storage/box bersaiz besar
kat MR.DIY ada jual storage, tapi mahal huhuhu
sudahnya sy guna jer kotak tricycle ni. masih elok, siap ada pemegang lg
tricycle amal ni pun dah lama kena curi huhu..

 saiz dia sdang elok nak menampung kesemua mega block anak2.
 kemas toys kat bilik anak2 dgn meletakkan toys dlm storage yg lbh teratur
 kalau rajin nnt blh label, kalau malas biar jer mcm ni hikhikhik
yg ni letaknya di atas almari pakaian anak2.
dan yang ni pula di bawah katil anak...
emm bilik kerja kami kat bilik nom.3 ni panas woooo
bilik kecik jer, kipas syiling pun kuat tp still berbahang
sudahnya sy selalu jer transfer laptop ni ke bilik anak2, tumpang meja depa sbb kat bilik depa ada econ hehehe
wahai en.suami..taknak ke install sebijik econ kat bilik kerja ni? dapat yg 1hos pun dah mencukupi sbb bilik ni kecik jer kan...plz..plz..plz...

12 di kuala kubu - Google Blog Search

12 di kuala kubu - Google Blog Search


Hadiah RM100 untuk lepasan SPM <b>di Kuala Kubu</b> Bharu <b>...</b>

Posted: 31 Mar 2014 09:30 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Oleh: HAFIZAN TAIB. SHAH ALAM 1 APRIL : Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 di DUN Kuala Kubu Bharu yang memperoleh 6A dan ke atas akan menerima hadiah wang RM100 seorang daripada Adunnya, Lee Kee Hiong pada ...

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


Jemputan ke Majlis Yaumul Walidin <b>di Selayang</b> - Majlis Ta&#39;lim <b>...</b>

Posted: 17 Apr 2014 01:09 AM PDT

Pertubuhan Kebajikan Darul Murtadza (No. Akaun: 3980008513)
Majlis Ta'lim Darul Murtadza tidak menerima wang zakat dan semakna dengannya -

"Dan tiada mereka menafkahkan suatu nafkah yang kecil dan tidak (pula) yang besar serta tidak melintasi suatu lembah, melainkan dituliskan bagi mereka (ganjaran amal soleh) kerana ALLAH akan memberi balasan kepada mereka yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." {At-Taubah: 121}

12 di balakong - Google Blog Search

12 di balakong - Google Blog Search


Derita tanpa air <b>di Balakong</b> | ACT for Malaysia

Posted: 27 Feb 2014 08:37 PM PST

balakong water crisis photo 1BALAKONG: Semenjak penutupan dua buah loji rawatan air di Selangor kerana kandungan amonia yang tinggi di Sungai Langat 28 Jan lalu, kawasan Balakong mula mengalami masalah bekalan air bersih.

Kini, sudah hampir sebulan penduduk Balakong menderita dek kerana bekalan air bersih yang terhad itu menjejaskan kehidupan seharian penduduk di sana.

Semalam, FMT telah melawat beberapa kawasan di Balakong yang terjejas dengan masalah ini.

Menurut seorang penduduk di Pangsapuri Kenari, Syaria Kassim, 43 tahun, dia terpaksa berulang-alik tiga tingkat tangga untuk mengambil bekalan air untuk kegunaan isu rumahnya.

Menurut ibu kepada lapan orang anak itu, bebanan ini menyebabkan penyakit asma yang dihidapinya bertambah buruk.

"Ini menjejaskan kesihatan sebab kita penat. Sebelum itu kita tak penat, semenjak ada (bekalan) air (kecemasan) ini, dah dua kali kita pergi ke klinik untuk terima rawatan," katanya.

Menurutnya lagi, walaupun diserang asma, dia terpaksa mengambil bekalan air kecemasan untuk kegunaan keluarganya di siang hari kerana suaminya bekerja.

"Kita anak ramai tak cukup juga ni. Kita pun kadang-kadang pukul 1 petang, pukul 3 petang keluar ambil air tapi bekalan pun tak cukup.

"Orang ramai, ada empak blok (pangsapuri), bekalan air ini memang tak cukup," katanya lagi.

Di Taman Impian Ehsan pula, sebuah keluarga terpaksa berbelanja lebih untuk menjamu selera apabila mereka terpaksa makan di luar semenjak krisis bekalan air ini bermula.

"(Kos perbelanjaan) tak dapat nak cakap sebab sepanjang tiga minggu ni makan di luar. Kalau seorang dalam RM10, ada lima orang dalam rumah jadi dah RM50 sekali makan. Kalau tiga minggu?," kata Izzatul Mohd Rahim, 20 tahun.

Menurut Izzatul, yang sedang menjalankan latihan amali di sebuah hotel, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan pihak tentera menghantar bekalan air kecemasan kepada penduduk di sini.

Jadual tak tentu

Namun, menurut Izzatul, waktu bekalan air dihantar yang tidak menentu menyukarkan penduduk untuk merancang jadual masing-masing.

"Selalu dia hantar malam… kadang-kadang pukul tiga pagi… jadi orang baru nak tidur terpaksa bangun untuk ambil air untuk mandi, untuk anak pergi ke sekolah.

"Malam dah ambil air siap-siap, dah lambat tidur, pagi nak kena bangun lagi. Kalau kerja petang, pagi nak kena menunggu mereka masuk dan tambah bekalan air," katanya lagi.

Tambah Izzatul, ada penduduk yang terpaksa menumpang rumah saudara, pergi ke hotel atau perhentian-perhentian lebuh raya terdekat hanya untuk mandi.

Selain itu, bekalan air yang dihantar juga terlampau sedikit berbanding jumlah penduduk di sana.

"Mereka isi semula tong air itu sehari sekali atau dua hari sekali. Dan ia hanya bertahan lima hingga 10 minit kerana orang ramai yang datang mengambil," jelasnya.

Sementara itu, seorang pekerja kedai dobi di sini berkata pihaknya terpaksa menaikkan harga servis mereka kerana mereka terpaksa membeli bekalan air untuk menyambung operasi mereka.

"Dah dua minggu kami tutup, air pun kami beli sendiri dengan harga RM100 setong. Kos perniagaan meningkat dalam 30%.

"(Sambung operasi) merugikan ada la, beli tong (air) pun dah ratusan ringgit…sepanjang dua minggu (tutup kedai) itu tak ada pendapatan langsung," kata Liza Abdul Rasul, 28 tahun.

Tandas restoran

Sementara itu, Restoran Thaqwa Corner di Taman Balakong Jaya pula terpaksa menutup tandasnya dari digunakan pengunjung untuk mengurangkan penggunaan air.

Bukan itu sahaja, mereka juga terpaksa menggunakan cawan dan pinggan pakai buang untuk tujuan yang sama.

"Kita dah tahu biasa dah dekat sebulan (masalah air) ini jadi kita dah simpan air dalam tong. Kos kita meningkat kerana terpaksa beli peralatan pakai buang ini.

"Pelanggan pun ada yang kurang selesa terpaksa menggunakan cawan pakai buang ini semua. Kita pun terpaksa cari lebih kerja untuk membantu jadi kos memang meningkat," kata pengurusnya, Riaz Kan.

Menurutnya, walaupun pada asalnya pelanggan ada yang tidak berpuas hati kerana kurang selesa, namun kini mereka memahami masalah yang dihadapi oleh pihaknya.

from your own site.

12 di sijangkang - Google Blog Search

12 di sijangkang - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di sijangkang</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Feb 2014 01:49 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sijangkang</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Feb 2014 01:14 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sijangkang</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Jan 2014 01:36 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sijangkang</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jan 2014 02:05 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sijangkang</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Dec 2013 01:20 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Tsunami Politik Sabah dan Konspirasi Air Selangor (DUN <b>Sijangkang</b>)

Posted: 09 Sep 2012 10:14 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Sinopsis: Rancangan ini telah disiarkan secara langsung oleh TVSelangor pada 6 September 2012 di Padang Awam, Taman Rambai Indah Batu 13, Kg Sungai Rambai, DUN Sijangkang, Selangor.

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Geng Penyamun Berlagak Sopan <b>Di Sabak Bernam</b> - Siakap Keli

Posted: 25 Mar 2014 08:48 PM PDT


SABAK BERNAM – Seorang daripada lima penyamun berlagak sopan apabila memberi salam dan mengucapkan terima kasih selepas merompak wang tunai RM1,400 di sebuah kedai perkakasan di Batu 37 Jalan Sekendi di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, Farah Ayu Jumri, 27, yang tinggal keseorangan di kedai itu melihat sebuah kereta dipercayai Proton Saga BLM berwarna ungu diletakkan di hadapan kedai terbabit.
Farah Ayu berkata, dia yang tidak mengesyaki sesuatu kemudiannya didatangi seorang lelaki lingkungan 20-an bertopi sempat memberi salam dari luar kedai dan kemudiannya menuju semula ke kereta dengan mengajak dua lagi rakannya yang lain.
"Tiga daripada suspek yang keluar daripada kenderaan terus masuk ke dalam kedai. Salah seorang daripada mereka pura-pura tanya nak nak beli gergaji dan saya pun tunjukkanlah] barang tu ada di luar kedai.
"Selepas saya ambil gergaji dan masuk semula dalam kedai, seorang daripada mereka yang bawa beg sandang pura-pura nak bayar. Tapi, saya terkejut apabila seorang daripada mereka yang ikut saya dari belakang terus acukan parang," katanya.
Menurut Farah Ayu, ketiga-tiga suspek lelaki itu kemudiannya mengugutnya supaya mendiamkan diri sebelum ikat kedua-dua tangannya dengan tali sambil seorang lagi terus mengacukan parang ke arah mangsa.
"Mereka ugut saya supaya beritahu di mana wang diletakkan dan kemudian buka laci. Mereka juga rampas telefon bimbit jenis Samsung milik saya di laci atas. Ketiga-tiga mereka buka laci dan ambil duit tu.
Salah seorang dari mereka juga sempat ucapkan terima kasih sebelum tergesa-gesa tinggalkan kedai," katanya sambil memberitahu dalam keadaan panik dia sempat memerhatikan gelagat dua lagi suspek yang menunggu di luar kedai untuk meninjau keadaan persekitaran sementara seorang lagi berada di dalam kereta sebagai pemandu.
"Kejadian berlaku dalam tempoh lima minit. Lepas mereka pergi, terus jerit minta tolong pekerja stor belakang untuk buka ikatan dan telefon majikan," katanya.
Majikannya, Kenny Tee, 47, berkata, ketika kejadian, dia tiada di kedai kerana ada urusan di bank dan hanya dihubungi keraninya itu ketika dalam perjalanan ke Sekinchan.
"Saya terus patah balik ke kedai. Hasil Rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV), saya nampak lima suspek melakukan jenayah itu," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, polis menerima aduan daripada kerani terbabit berhubung kejadian itu pada jam 9 malam hari yang sama.
"Semua suspek dianggarkan berumur lingkungan awal 20-an dan tidak memakai topeng semasa kejadian. Lakaran fotofit suspek sudah dibuat," katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana kesalahan samun berkumpulan menggunakan senjata. – Sinar Harian Online

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


Majlis Bertandang <b>di Kelana Jaya</b> | The Junx - KaraokeKahwin

Posted: 13 Apr 2014 07:47 AM PDT

Majlis Perkahwinan Fakrul Imran & Shazreen

Tarikh : 13/04/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Taman Universiti, Kelana Jaya

Bandar: Petaling

Combo Pilihan : Combo A (PA System  – Deejay – Karaoke )

Catatan:

  1. Tempahan dilakukan oleh penyedia katering untuk majlis ini iaitu Puan Maliza dari Manisa Catering.
  2. Majlis berlangsung meriah dengan 6 buah kanopi arabic yang diletakkan dihadapan kediaman Prof. Dr Mohamed dan Puan Siti Zainab iaitu ayahanda dan bonda pengantin lelaki.
  3. Warna tema ahli keluarga pengantin lelaki adalah hijau dan seluruh ahli pengantin mengenakan pakaian (baju kurung dan baju melayu) mengikut warna tema.
  4. Hidangan yang disajikan oleh Manisa Catering sangat enak sekali dan kakitangannya sangat cekap mengendalikan majlis.
  5. Jurufoto yang berkhidmat untuk majlis ini adalah dari SweetPhotography.
  6. Rombongan pengantin perempuan tiba ke lokasi majlis tepat jam 1PM dan mereka disambut dengan paluan kompang dan lagu selawat dari sistem audio kami.
  7. Bacaan doa disampaikan oleh bapa saudara pengantin lelaki yang di bawa khas dari negeri kelahiran ayahanda bonda pengantin lelaki iaitu Kelantan.
  8. YB Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II juga hadir sebagai tetamu kehormat majlis ini.
  9. Cuaca ketika majlis ini berlangsung redup dan kelihatan para tetamu dan pengantin sangat selesa.
  10. Kelihatan seluruh tetamu dan ahli keluarga sangat gembira sekali sepanjang majlis dan kami doakan agar pasangan mempelai Imran dan Shazreen bahagia bersama, selamanya.

Foto Majlis: 

PA System Kelana Jaya PA System Kelana Jaya PA System Kelana Jaya PA System Kelana Jaya PA System Kelana Jaya PA System Kelana Jaya PA System Kelana Jaya PA System Kelana Jaya PA System Kelana Jaya

Lagi yang menarik dari kami

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


Lepak <b>di</b> Main Place USJ <b>Subang Jaya</b> | encikarman.com

Posted: 02 Apr 2014 09:16 PM PDT

Aku ni kadang-kadang suka gak lepak-lepak kat shopping mall nih. Ni yang terbaru, baru buka Main Place kat USJ, seberang jalan dengan One City jer. Tempat ni baru buka, serentak kebanyakkan kedai dalam Main Place USJ Subang Jaya ni buka, tak macam One City, kedai makan je banyak buka dan masih banyak kosong lagi lot-lot kedai. One City ni kalau dari Shah Alam menghala ke Puchong, ada kat sebelah kiri, ala bangunan yang terbengkalai lama tuh.
Setelah di paksa pergi dan dekat dengan rumah aku, aku pun pegi ler, tengok-tengok jap apa yang ada, ambik gambar skit sebagai kenangan hihi. 3 Tingkat dari bawah, shopping mall, tingkat-tingkat atas apartment atau kondo. Ada masa, pe kata lepak kat Main Place USJ nih, McD kat depan punti masuk jer. 


 Pernah singgah tak?

12 di ijok - Google Blog Search

12 di ijok - Google Blog Search


KLXPRESS | Khaled Ibrahim Bakal Kalah Jika Bertanding <b>Di Ijok</b>

Posted: 12 Apr 2013 03:41 AM PDT

SHAH ALAM: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok yang sebelum DUN dibubar, disandang Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dijangka menyaksikan pertarungan sengit calon pakatan dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum kali ini, tetapi kelebihan dilihat memihak kepada calon BN.

Penganalisis politik meramalkan bahawa keducikkkdukan Abdul Khalid akan tercabar jika BN meletakkan Setiausaha MIC Selangor K.R. Parthiban sebagai calon, yang menewaskan beliau pada pilihan raya kecil DUN itu pada April 2007.

Sungguhpun Abdul Khalid dikatakan ada kelebihan disebabkan pengaruhnya sebagai menteri besar Selangor, namun landskap politik Selangor kini sukar diramal kerana isu-isu politik semasa yang melanda negeri, terutama Abdul Khalid dibayangkan oleh Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak akan dilantik menteri besar walaupun jika partinya menang pada PRU13.

Penganalisis politik Anbumani Balan berkata Parthiban, yang merupakan antara bakal calon BN yang disebut-sebut bertanding di Ijok, berkemampuan mengambil kembali kerusi itu untuk BN kerana beliau kini mendapat sokongan yang meyakinkan daripada para pengundi di kawasan itu.

Pada pilihan raya kecil DUN Ijok 2007, Parthiban mengalahkan Abdul Khalid dengan majoriti 1,850 undi. "Sekiranya Parthiban menjadi calon di Ijok, MIC membuat pilihan bijak dengan tidak mengulangi strategi lama pada PRU12 apabila ia melepaskan kerusi tradisi Ijok kepada Umno dan menukarnya dengan kerusi DUN Bukit Melawati.

"Saya percaya kesilapan dalam strategi itu telah memberi ruang kepada Abdul Khalid yang menjadi calon PKR bagi kerusi Ijok pada PRU12, memenangi kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama. Mengulas lanjut, Anbumani berkata Parthiban mampu mendapat sokongan yang menyakinkan daripada pengundi kerana kawasan Ijok tidak asing baginya selepas menjadi Adun Ijok, walaupun untuk jangka masa pendek.

Parthiban juga sering hadir pada majlis-majlis keramaian penduduk di kawasan itu. "Beliau memahami segala permasalahan yang dihadapi penduduk Ijok dan ini membantu Parthiban memberikan tentangan hebat kepada calon lawannya," kata Anbumani. Pada PRU12, 2008 Abdul Khalid menewaskan calon BN Datuk Mohamad Sayuti dari Umno dengan majoriti 1,920 undi. Partibhan pula yang bertanding sebagai calon B Ndi kawasan DUN Bukit Melawati, kalah tipis kepada calon PKR, M.P. Muthiah dengan majoriti 297 undi.

DUN Ijok mempunyai hampir 19,000 pengundi, dengan kira-kira 49 peratus pengundi Melayu, 35 peratus pengundi India dan 16 peratus pengundi Cina serta kaum lain.

Sementara itu, Pensyarah Kanan dan Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata peluang seseorang calon untuk menang di Ijok bergantung kepada kerjasama antara calon dan jentera pilihan raya parti.

"Calon PKR akan bergantung kepada jentera parti di peringkat Selangor, manakala calon BN akan bergantung kepada bantuan jentera parti pusat. Kini perebutan di Ijok ialah sama ada jentera pusat boleh memanjangkan bantuan kepada jentera negeri," katanya.

Beliau berkata pelantikan Parthiban sebagai penyelaras Barisan Nasional (BN) DUN Ijok memberikan peluang cerah kepadanya untuk menebus kekalahan BN di kawasan itu dan beliau telah pun membuat gerak kerjanya sejak sekian lama.

Sivamurugan percaya Parthiban mampu memberikan tentangan hebat kepada mana-mana orang kuat PKR termasuk Abdul Khalid untuk kerusi DUN Ijok jika ada kerjasama antara jentera parti BN.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan beberapa puak atau kem yang wujud dalam PKR Selangor, yang tidak sehaluan dengan Abdul Khalid, boleh mensabotaj dan menjatuhkan beliau pada pilihan raya umum nanti.

Sementara itu, Parthiban, 43, yang juga bekas guru berkata beliau ingin kembali berkhidmat sebagai wakil rakyat Ijok untuk meneruskan khidmatnya yang terhenti sebagai Adun kawasan itu pada April 2007.

Katanya sokongan masyarakat India khususnya kepada BN di kawasan Ijok telah meningkat dengan signifikan kerana beliau sering mengambil berat permasalahan mereka melalui lawatannya ke kawasan-kawasan ladang sejak tahun 2008.

"Saya yakin kemenangan akan memihak kepada BN pada PRU13 kerana rakyat sudah pandai menilai situasi sebenar di Ijok, " katanya.-BERNAMA

ads