Isnin, 15 Julai 2013

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


Blogger <b>di</b> Burger Bakar Abg Burn jajahan <b>Cheras</b> - YaNa YassiN

Posted: 04 Jul 2013 10:04 AM PDT

Sekarang jam menunjukkan pukul 12.40malam. Kira dah lewat malam arr kan. YY baru balik dari Burger Bakar Abg Burn yang hari nie melancarkan Burger Al-Lazat . Apakah burger Al-Lazat nanti YY citer kemudian.
Sebenarnya YY nak bgtau betapa meriah nya Majlis pelancaran nie sebab di hadiri ramai Bloggers. Dah macam Ghatering dan reunion plak. Sebab ada Bloggers yang memang susah dan jarang sangat jumpa. Meriah sangat. Masing – masing memang sibuk bergambar jer. Meh layan sape yang YY jumpa tadi.
Fatin Suhana , Cik Epal dan Fatin Liyana.
Kak Zulitha senior masa sekolah Teknik dulu.
Kami Kenyang makan burger bakar

Semua Gambor amik pakai Iphong , so memang cahaya kejap ada kejap takde yaa.
Antara Blogger yang ada tadi .


Gegurl

1. www.yanayassin.com – Yana Yassin

2. www.ruby.my – Ruby

3. www.penmerah.com – Anne Raihan

4. http://cikepal06.blogspot.com – Cik Epal

5. http://kupukupukecik.blogspot.com – Yuyu Zulaikha

6. http://fatinsuhana.blogspot.com – Fatin Suhana

7. http://honeykoyuki.blogspot.com – Fatin Liyana

8. http://ietams.blogspot.com – Zulitha

9. http://teddypinkygurl.blogspot.com/ – Nunu

10. http://c33ram00n.blogspot.com/ – Ceeramoon

11. http://ctliyana86.blogspot.com/ – Yana Ujang

12.



BoBoi

1. www.shakiddo.com

2. www.hazmanfadzil.com

3. www.jmr23.com

4. http://penaberkala.blogspot.com/

5. http://www.terbangtinggitinggi.com/

6. www.budiey.com

7.


Kalau ada yang tertinggal bagi tau eh. Nanti YY update lagi . Dah kul 1.10malam. Nak tido dulu arrr. Daaaaa Smile Gigih update tau .



12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Jom! Cuba Kari Kepala Ikan Paling Sedap <b>di Kuala Selangor</b>

Posted: 28 Jun 2013 03:00 AM PDT

Whether you are looking for the best Kari Kepala Ikan in Kuala Selangor or a decent banana leaf set that will surely satisfy your taste buds, hop over to D'Bangkok Restaurant. Guarantee sedap! No try, rugi lor!

Kari Kepala Ikan at Its Best... Bagi penggemar kari, terutamanya kari kepala ikan, meh lah try... sememangnya sedap. Specially made by our very own Chef Guna!

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


Miliki disiplin <b>tinggi</b> jika mahu berjaya dalam sukan: Dennis <b>...</b>

Posted: 12 Jul 2013 09:14 AM PDT

Posted on July 13, 2013, Saturday

MARUDI: Untuk mencapai kejayaan dalam bidang sukan, seseorang itu harus mempunyai disiplin diri yang tinggi serta berkeinginan mencapai impian mereka untuk mengejar kecemerlangan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau berkata mereka yang berdisiplin pasti akan menemui kejayaan cemerlang dalam bidang sukan.

Bagaimanapun, katanya, dalam usaha mahu mencapai kejayaan dan impian dalam sukan, jangan lupa pendidikan kerana pendidikan akan menemui jalan hidup yang lebih sempurna manakala sukan membantu memberikan kecergasan kepada kita.

"Ini kerana dalam pendidikan, kita memerlukan otak yang cergas dan sihat agar dapat belajar dan fokus dengan pelajaran di samping mempunyai displin yang baik dan disertakan dengan kerja keras," katanya ketika merasmikan Sukan Tahunan SJK (C) Sungai Jaong Ke-7, di Kompleks Sukan Marudi, di Kampung Cina, kelmarin.

Dennis berkata, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Lembaga Pengurusan Sekolah telah menganjurkan aktiviti yang amat penting membantu mengasah bakat atlet-atlet bukan sahaja di peringkat sekolah malah boleh diserlahkan ke peringkat lebih tinggi seperti peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

"Saya berharap SJK Sungai Jaong akan mampu melahirkan atlet-atlet sama ada di peringkat antarabangsa mahupun kebangsaan.

Justeru, jika ada yang berbakat teruslah didik dan berikan semangat kepada mereka untuk mencapai kejayaan.

"Hasil latihan dan bimbingan berterusan, atlet kita di Baram suatu hari kelak akan dapat mewakili Sarawak," katanya memberi kata-kata perangsang kepada pelajar.

Dennis berkata, beliau tidak mahu kekurangan kemudahan di Baram akan dijadikan sebagai alasan untuk mereka 'menyerah kalah' dan tidak mahu meneruskan bakat serta minat dalam bidang sukan.

"Jangan anggap bersukan hanya membuang masa, tetapi jadikan sebagai persaingan yang sihat, justeru kita harus menggalakkan para pelajar menyertai pelbagai sukan yang diminati," jelasnya sambil berharap kerjasama PIBG dan Lembaga Pengurusan Sekolah, guru-guru serta pihak sekolah akan diteruskan.

Pada majlis tersebut, Dennis turut mengumumkan geran peruntukan kerajaan berjumlah RM10,000 kepada PIBG SJK (C) Sungai Jaong.

Hadir sama Pegawai Penerangan Daerah Baram Joseph James, wakil Pegawai Pelajaran Daerah Nelson Munan Sang, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, Pemanca Wong Kiong Ching, Pengerusi PIBG SJK (C) Sungai Jaong, Kapitan Jimmy Kiu Boon Fatt dan Guru Besarnya, Choo Chong Lok.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Senarai Buffet Ramadhan <b>Di Shah Alam</b> 2013 | melvister.com

Posted: 09 Jul 2013 08:25 PM PDT

Senarai hotel dan restoran Buffet Ramadhan di Shah Alam 2013. Bagi warga Shah Alam khususnya, pihak hotel telah menyediakan menu atau masakan untuk berbuka dengan kadar harga yang berpatutan. Berikut adalah promosi terbaru pada bulan puasa 2013 untuk semua umat islam yang inginkan kelainan ketika berbuka puasa.

Quality Hotel Shah Alam

Senarai Buffet Ramadhan Di Shah Alam 2013

Hotel Grand Blue Wave Pakej Al-Kareem iaitu di Restoran ROYALE SONGKET

 RM108++ bagi dewasa

 

RM60++ bagi warga emas (60 tahun ke atas) dan kanak-kanak (4-11 tahun)

Hotel Grand Blue Wave Pakej Al-Mubarak iaitu di DEWAN REBANA

RM89++ bagi dewasa

 

RM50++ bagi warga emas (60 tahun ke atas) dan kanak-kanak (4-11 tahun)

Restoran Royal Songket & Dewan Rebana
Grand BlueWave Hotel,
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-5511 8811

Concorde Hotel Shah Alam @ Melting Pot Cafe
3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, Shah Alam, Selangor
Reservations: 03 5512 2200
Price: RM89++ (Dewasa) RM44.50++ (Kanak-kanak)

Concorde Hotel Shah Alam @ Grand Ballroom
3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, Shah Alam, Selangor
Reservations: 03 5512 2200
Price: RM75++ (Dewasa) RM37.50++ (Kanak-kanak)

Restoran D Kayangan
Jalan Lompat Pagar, Shah Alam

RM36.00++ Per Adult/ RM28++ Per Child

De Palma Group Of Hotels
De Palma Hotel Ampang
Jalan Selaman 1/2, Palm Square, Ampang Point Jalan Ampang, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia.

Tel: 03 4270 7070 ext 1204 / 1232.

RM55 nett per person (Shah Alam)

Anggerik Mall, Shah Alam.

Harga : Dewasa – RM29.90
Kanak-kanak – RM15.00

Hubungi:

En Sham 0192404077
Pak Wan 0182639077
Puan Siti 0172684293

Quality Hotel Shah Alam
Tempahan : 03 55103696
Harga : RM75 ++dewasa RM45 Kanak-kanak
Website : http://www.quality.com.my/SA/eventsandpromotions.php

Iftar Ramadhan Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam
Harga : RM45 ++ (kanak-kanak 20 ++)
Tempahan : 03 5511 8236

SACC Shah Alam Conventional Centre, Selangor

Tema: Berbuka Sambil Beramal

Harga: RM 75 Dewasa

Tempahan: 03-5511-8858

Kemalangan Ngeri Perodua Viva <b>Di Shah Alam</b> 16 Jun 2013

Posted: 16 Jun 2013 05:54 PM PDT

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


MPKj Muktamad Tutup Bazar Ramadan <b>Di</b> Reko Sentral <b>Kajang</b>

Posted: 11 Jul 2013 02:54 AM PDT

SHAH ALAM 11 JULAI : Keputusan untuk tidak membenarkan bazar Ramadan di Reko Sentral Kajang, Bangi adalah untuk mengelak daripada perselisihan faham antara pemilik kedai dan penganjur bazar selain kesesakan lalulintas di kawasan itu.

Pegawai Korporat Dan Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Kamarul Izlan Sulaiman berkata pihaknya membuat  keputusan tersebut setelah mendapat aduan daripada peniaga pasaraya di situ.

MPKj juga membuat keputusan itu setelah merujuk kepada Kerajaan Negeri tetang bazar itu yang diadakan di situ sejak tiga tahun lalu.

"Kita ada membuat rujukan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang tidak menyokong untuk membenarkan Karnival Bazar Ramadan di situ kerana beberapa isu.

"Antaranya aduan daripada peniaga di kawasan tersebut dan adanya pasar raya besar di kawasan itu.

"Faktor-faktor inilah yang menjadi asas kepada penutupan bazar tersebut," kata Izlan ketika dihubungi.

Beliau menambah penutupan itu juga kerana masalah aliran trafik di kawasan itu yang mengganggu kedai yang sedia ada.

Bazar Ramadan tersebut adalah anjuran Persatuan Penduduk Langat Jaya. Keputusan penutupan bazar tersebut dikecam oleh peniaga bazar dengan ada yang menyatakan mereka telah mengeluarkan modal untuk membeli barangan untuk berniaga.

"Keputusan ini adalah muktamad yang berdasarkan kepada keputusan mesyuarat dan sebarang keputusan sudah diputuskan dalam mesyuarat dan kita berpegang kepada keputusan itu," kata Izlan.

Sementara itu, ADUN Bangi, Mohd Shafie Ngah merayu agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan nasib kira-kira 200 pejaja yang ingin menyertai bazar itu.

Katanya, peniaga tersebut sudah mengeluarkan modal yang besar untuk meniaga di kawasan itu dan penutupan itu akan menjejaskan peluang pendapatan mereka.

Ujarnya, masalah aliran trafik yang menjadi isu boleh diatasi kerana wujud jalan alternatif di kawasan itu.

Tambahnya, karnival ini sudah berjalan selama tiga tahun dan tapak perniagaan alternatif sudah penuh.

"Saya mohon dipertimbangkan dan diadakan perbincangan dengan para peniaga," kata beliau.

Pendapat Anda

Pendapat

12 di sungai pelek - Google Blog Search

12 di sungai pelek - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai pelek</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jul 2013 03:05 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai pelek</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Apr 2013 03:12 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

N56 - Tuan AB Manap Calon Bebas - <b>Sungai Pelek</b> - People Against <b>...</b>

Posted: 20 Apr 2013 01:13 AM PDT


Calon Bebas yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) kelak mungkin bukan menjadi pilihan utama pengundi di Selangor kerana mereka dilihat tidak signifikan 'berperang' dengan dua parti dominan ketika ini. Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berpendapat, ini kerana trend pengundi sekarang dilihat lebih cenderung kepada parti, sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR).Beliau berkata, calon Bebas itu bagaimanapun boleh bertanding dalam pilihan raya, asalkan mempunyai karisma, pesona dan kriteria lain untuk menambat hati pengundi.
Laporan Sinar Harian - 2 March 2013
Dun Sg Pelek bakal menjadi medan mencuba nasib bagi seorang calon Bebas iaitu - Tuan AB Manap yang berasal dari Sg Pelek. Berumur 68 tahun dan pada PRU 12 yang lepas beliau merupakan calon Bebas yang bertanding di DUN yang sama. Apa yang menarik tentang calon BEBAS - Tuan AB Manap ini adalah, beliau merupakan penyokong Barisan Nasional. Aktivis politik ini yakin dan percaya bahwa beliau masuk bertanding bagi memastikan calon Barisan Nasional -  ( Ng Chok Sin ) tidak kalah dan tidak mahu DUN Sg Pelek jatuh ke tangan pembangkang terutamanya DAP. Temuramah BLOG People Against Opposition dengan beliau di PWTC minggu lepas memaparkan satu usaha murni lagi ikhlas dari aktivis veteran ini yang sedih melihat keadaan anak bangsa yang ditindas disebabkan politik "divide and conquer" yang direncanakan oleh Pakatan Rakyat telah menjadikan parti-parti Melayu dalam Pakatan Rakyat menjadi tidak dominan. Beliau turut menjelaskan bahwa tujuan beliau bukanlah untuk menang di DUN Sg Pelek tetapi sekadar membantu calon BN menentang calon DAP. Beliau yakin bahwa BN dapat membawa kemakmuran dan perubahan di Dun Sg Pelek serta membawa perpaduan kepada rakyat berbilang kaum. Perjuangan beliau sangat mudah dan bersahaja. 
"Jika kita benarkan Pakatan Rakyat berkuasa di Malaysia maka negara kita akan ditimpa malapetaka besar akibat daripada bencana yang bakal dibawa oleh falsafah kebencian yang dipelopori oleh kepimpinan Pakatan Rakyat. Dari sudut pandangan beliau yang telah lama menjadi aktivis politik, Tuan Manap menerangkan bahwa ; "Pakatan Rakyat bukanlah sebuah pertubuhan politik berdaftar sepertimana Barisan Nasional. Ianya merupakan satu pakatan sahaja yang bersetuju bekerjasama semata-mata untuk menjatuhkan Barisan Nasional. Aspirasi parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat jelas mempunyai motif politik yang berbeza. DAP memperjuangkan agenda Malaysian Malaysia dan berusaha untuk menjatuhkan kuasa majoriti orang-orang Melayu. PKR jelas hanya mahu menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri manakala PAS masih bermimpi di siang hari dengan agenda HUDUD yang telah diganti dengan Negara Kebajikan"
Apabila di tanya soalan apa yang akan berlaku jika beliau menang sebagai ADUN Sg Pelek maka Tuan Manap menjawab sebagai pemegang amanah beliau akan memulangkan amanah kepada yang memberikan amanah tersebut kepadanya. Insya Allah. 

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


GT Japan 2013 <b>di Sepang</b> | blog of amir rofie

Posted: 22 Jun 2013 12:00 AM PDT


Ahad (16/06/2013) yang lepas penulis bawa anak lelaki, Irfan ke Sepang untuk saksikan lumba kereta GT Japan 2013. Kalau ikut perangcangan nak bawak anak lelaki sulong (Syafiq) dan anak ketiga (Irfan) tapi nak main bola belah petang tu jadi penulis hanya bawa Irfan sahaja.
Dari kecik Irfan suka dengan kereta jadi penulis ambik peluang ni untuk bawa dia saksikan sendiri race di litar Sepang secara langsung. Selama ni asyik tengok kat TV aje.
Dalam perjalanan masuk, banyak kereta-kereta lagenda dipamirkan untuk tontonan para pengunjung. Antara yang menarik perhatian penulis adalah seperti dalam gambar-gambar dibawah ni. 






Perlumbaan masih belum bermula semasa kami sampai ke tempat duduk. Ketika itu kereta-kereta lumba sudah siap sedia untuk berlumba cuma menunggu masa tepat jam 4:00PM sahaja. Suasana agak tenang dengan hanya kedengaran suara-suara orang berborak sahaja. Bila announcer beri isyarat "Start your engine !!", maka suasana bertukar menjadi bingit hingga bergegar gegendang telinga. Penulis beri isyarat kepada Irfan supaya tutup telinga sebab bunyi terlampau kuat.
Penulis ada buat koleksi kereta lumba GT Japan iaitu Calsonic Nissan Skyline dan Denso Sard Supra dan Irfan perasan ada model kereta ni di dalam almari perhiasan. Jadi bila tengok live kereta-kereta ni maka dia lebih teruja.

12 di sijangkang - Google Blog Search

12 di sijangkang - Google Blog Search


Hanya sekadar perkongsian...: Tanah Lot <b>di Sijangkang</b>

Posted: 02 Jul 2013 12:05 AM PDT

Alhamdulillah... Tanah lot yang dibuka untuk jualan hampir habis. Hanya tinggal 1 lot sahaja lagi. Tanah lot yang kosong ini terletak di Jalan Tanjung, berkeluasan 50' X 50' berharga RM35,000.00 (Bertambak). Anda boleh tengok
pelan tapak yang masih kosong dan tengok gambar kawasan tapak.
Tanah lot Jalan Waja & Jalan Ros semua telah habis dijual... Terima kasih kepada para pembeli yang menyokong kami.

InsyaAllah, pada bulan Julai ini kami akan membuka tanah lot baru di Kg Sungai Buaya, Banting. Lokasi di tepi jalan besar berhampiran simpang tiga ke arah Banting - Jugra. Status Geran - Geran Putih. Sesuai untuk tapak rumah atau kedai. 

Tanah seterusnya di Olak Lempit. Lokasi juga di tepi jalan besar menuju ke arah KLIA. Tanah ini terletak sebelum Stesyen Minyak Shell. 

Minggu depan bulan Ramadhan menjelma lagi...seronok rasanya sebab tugas-tugas di 'site' akan dikurangkan. Hanya fokus kepada pembukaan tanah lot baru, menyiapkan 2 'site' kerja-kerja 'renovation' dan kerja membina jambatan. Alhamdulillah....

ads