Selasa, 28 Februari 2012

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


RM80-250 Promoters : KLANG <b>BUKIT RAJA</b> & KEPONG JUSCO <b>...</b>

Posted: 27 Feb 2012 07:40 PM PST

We are a company selling facial mask and now we are searching promoters for the below location:
KEPONG JUSCO PRIMA &KLANG BUKIT RAJA
BASIC PER DAY RM80 WORK WITH SHIFT

Requirement:
(1) Chinese Female
(2) Aggressive and good selling skills
(3) Presentable and Make-up
(4) Selling voucher with got commission

For those interested candidate, please send me your resume with two current photo to helenyip89@hotmail.com
helen yip 016-6099363 wait for ur call .

Mobile 0166099363 Salary RM80-250
Location klang jusco bukit raja & kepong jusco Working Hours 10-11pm
Onsite No Needed Skills Got Sales Experiences will in advantages,Independent, Self motivated and Responsible,Willing to learN.Hardworking
Start Date 2012/03/06
Duration 7days

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Papa Hebat: Roadshow Dr Hasan <b>di kuala selangor</b> 1 Mac

Posted: 28 Feb 2012 05:52 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Roadshow Dr Hasan di kuala selangor 1 Mac. Dilampirkan ... Warga Britain rogol gadis bawah umur dipenjara di Thailand. 6 hours ... Syabas Rais Yatim Kerana Membuat Keputusan Yang Cukup Berani Di Saat-Saat Akhir ...

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


Dia buat dah: Pemuda melecur 80 peratus akibat dibakar

Posted: 27 Feb 2012 03:56 PM PST

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


PETALING JAYA 27 Feb. - Seorang pemuda terpaksa bertarung nyawa untuk menyelamatkan diri apabila dibakar hidup-hidup selepas dirompak sekumpulan lelaki di ladang kelapa sawit di Kampung Sepakat, Sungai Tenggi, Bukit Tagar di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi, Muhammad Syahirudin Mohd Shauki, 20, cedera hampir 80 peratus dari paras paha ke atas selepas dipercayai dibakar dengan menggunakan minyak petrol.

Menurut seorang saksi yang dikenali sebagai Selvakodi, lingkungan 50-an, dia sempat membantu pemuda itu yang tiba-tiba muncul di hadapan rumahnya.

Katanya, mangsa juga sempat menceritakan kejadian yang berlaku sebelum dia dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk rawatan lanjut.

"Remaja lelaki itu datang dalam keadaan terbakar dan berseluar dalam. Saya segera membawanya masuk dan menyelimutinya dengan kain sebelum menghubungi talian kecemasan 999.

"Sementara menunggu ambulans datang, dia sempat bercerita tiga lelaki merompaknya sebelum dia dibakar dengan minyak petrol.

"Mangsa turut memberitahu, dia sempat terjun ke dalam longkang untuk memadamkan api yang membakar tubuhnya," kata Selvakodi ketika ditemui di Felda Gedangsa di sini hari ini.

Selvakodi memberitahu, pemuda itu sempat meminta air dan makanan kerana terlalu lapar sebelum dia diberikan air soya dan roti yang terpaksa disuap sendiri oleh cucu lelaki yang berusia 11 tahun.

Sementara itu, bapa kepada mangsa, Mohd. Shauki Dahlan ketika ditemui di Wad Kecemasan HSB berkata, dia sempat menerima panggilan daripada anak bongsunya itu sebelum dia koma dan dirawat di hospital.

"Saya menerima satu panggilan daripada nombor yang tidak dikenali dan selepas menjawab, Muhammad Syahirudin berkata, 'ayah, saya kena bakar' dan kemudian talian terputus.

"Saya yang terkejut telah mendail kembali nombor itu sebelum diberitahu anak saya telah dibawa ambulans dan dikejarkan ke hospital," katanya.

Kakak mangsa, Sri Wahyuni, 25, berkata, adik lelaki tunggalnya itu keluar dari rumah kira-kira pukul 12 tengah malam semalam selepas meminta kebenaran daripada ibunya.

"Adik saya sangat aktif dan mempunyai ramai kawan di kawasan tempat tinggal kami di Kota Damansara. Dia sepatutnya menghadiri temuduga untuk bekerja di Jusco One Utama, Bandar Utama semalam.

"Saya tidak menyangka kejadian ini berlaku kerana tidak tahu dengan siapa adik saya keluar semalam. Malah, saya yakin dia tidak pernah melakukan sebarang pekerjaan yang tidak baik," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Affandi Yahya berkata, siasatan awal mendapati, mangsa telah dipukul dan dibawa dari Kota Damansara pada awal pagi sebelum dia dibakar.


'via Blog this'

12 di ulu yam - Google Blog Search

12 di ulu yam - Google Blog Search


fikirkan sejenak: air mata air <b>di ulu yam</b>

Posted: 12 Feb 2012 02:46 AM PST

petang tadi dalam pukul 1330, saya terus memandu kereta ke ulu yam.  alamak, kira-kira 1 kilometer ke susur ulu yam berhampiran batu caves, jem pulak.  mulanya tak tahu kenapa.  ikutkan minggu lepas thaipusam, ni kenapa pulak.  agaknya thaipusam masih ada lagi kot. 
di kiri kanan jalan, penuh kenderaan.  kelihatan ada juga beberapa orang sedang mencari parking.  patutlah lambat.  dari kejauhan saya melihat kelibat orang ramai menaiki dan menuruni tangga batu caves.
namun, itu semua tidak menjadi penghalang kepada saya.
akhirnya saya sampai juga ke tempat mengambil air yang agak terkenal.  tapi, banyaknya boto-botol untuk diisi.  memangpun.  walaupun ada 4 batang pvc dipasang, hanya 3 yang mengalirkan air bumi ini.  
lebih 2 jam menunggu, akhirnya, seorang lelaki yang baik hati, memberikan saya peluang untuk mengisi. katanya kalau saya tunggu, mungkin lama lagi, memandangkan dia perlu mengisi banyak botol.
alhamdulillah, rezeki.  
ketika saya menunggu giliran, ramai juga yang berhenti, tetapi memandangkan mereka hanya mengisi botol 1.5 liter, jadi mereka dibenarkan memotong barisan.
dikhabarkan air ini sebenarnya ditemui seorang lelaki cina mualaf.  dia tinggal berhampiran ulu yam.  ayah lelaki ini sakit angin ahmar.  setelah beberapa ketika lelaki ini memberi ayahnya minum air mineral ini.  ayahnya didakwa sembuh.  jadi, tersohorlah mengenai air ini seantero malaysia.

akhirnya lelaki ini mewakafkan pvc dan pelantar untuk memudahkan orang ramai mengambil air mineral ini.

mungkin ada benarnya air ini berkhasiat. memandangkan ia mengalir dari perut bumi.  mungkin melalui batuan mineral dan juga akar-akar kayu yang mengandungi khasiat tersendiri.  siapa tahukan?

jadi, mungkin dari hari ini saya akan membiasakan diri mengambil air mineral dari mata air ini untuk kegunaan minum harian.

lokasi air ini terletak selepas air terjun terkenal di ulu yam...jika dari kuala lumpur ia terletak di sebelah kiri.

namun, barang diingatkan, perlu berhati-hati kerana telah berlaku beberapa rompakan disebabkan hari gelap... seeloknya ambil air ini ketika ada orang yang mengambil air ini. kalau boleh elakkan berseorangan.

hari ini saya berjaya memenuhkan bekas 20 liter.

saya dah rasa air ini.  memang rasanya ada mineral..sedap...

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


I-Medik <b>di Shah Alam</b> | I-Medik

Posted: 21 Feb 2012 05:29 AM PST

Shah Alam, 19 Feb 2012 – Karnival Sambutan Maulidur Rasul Surau Islah di meriahkan dengan kehadiran wakil I-Medik Selangor/Kuala Lumpur, Dr Aini Hayati Abdul Rahim (Doktor Pergigian) dan Mohd Hazwan Ab Halim (Pegawai Sains Kaji Kuman) di salah satu meja pameran.

Selain memberikan rundingan pergigian percuma kepada penduduk setempat, satu demonstrasi cara menggosok gigi dengan cara yang betul turut di adakan kepada kanak-kanak yang hadir oleh ahli Kelab I-medik, saudara Nizam (Pelajar tahun empat Fakulti Pergigian UiTM Shah Alam).

Walaupun baru pertama kali membuka meja pameran dalam bertemakan kesihatan pergigian, meja pameran I-Medik tidak sunyi dengan pendaftaran beberapa belia sebagai ahli Kelab I-medik. Semoga dengan aktviti seperti ini sedikit sebanyak dapat member peluang kepada ahli I-Medik dan ahli Kelab I-medik untuk menyumbang bakti kepada masyarakat setempat.

Di sediakan oleh

Mohd Hazwan Ab Halim

Media I-Medik

12 di ijok - Google Blog Search

12 di ijok - Google Blog Search


AKAR UMBI: Selain Khalid Ibrahim <b>Di Ijok</b>, Semalam Bertambah <b>...</b>

Posted: 24 Dec 2011 07:00 PM PST

ADUN Seri Muda Suhaimi Shafie dan MP Kota Raja Dr Mariah Mahmud menambah bilangan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat Selangor disamping MB Khalid Ibrahim yang dihamun pengundi sendiri.

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Rio Haryanto Tampil <b>di Sepang</b> - KOMPAS.com

Posted: 23 Feb 2012 12:37 AM PST

Rio Haryanto Tampil di Sepang

A. Tjahjo Sasongko | A. Tjahjo Sasongko | Kamis, 23 Februari 2012 | 15:28 WIB

Sinyo Haryanto

Pebalap Rio Haryanto naik podium di Sirkuit Monza, Italia, Minggu (11/9). Rio finis ketiga di lomba GP3 dan total mengoleksi 31 poin.

SEMARANG, Kompas.com - Pebalap nasional Rio Haryanto, bakal turun pada lomba balap formula GP 2 di Sirkuit Sepang, Malaysia, 23-25 Maret 2012.
   
Humas Rio Haryanto, Andi Mailangkay ketika dihubungi dari Semarang, Kamis, mengatakan, event di Sepang ini merupakan ajang pertama bagi Rio turun pada ajang GP 2. "Jadi keikutsertaan Rio ini hanya sebagai ajang pembelajaran saja dan tidak ada target yang terlalu tinggi untuk pembalap asal Solo ini," katanya.
    
Apalagi, lanjut dia, setengah dari peserta yang ikut ajang tersebut adalah mereka yang sudah memiliki pengalaman tampil pada ajang ini. "Ada yang sudah dua atau tiga tahun menggeluti ajang GP2, sedangkan bagi Rio adalah yang pertamanya," katanya menegakan.
    
Tetapi, lanjut dia, penampilan Rio di Sirkuit Sepang ini juga ada sisi yang menguntungkan, yaitu Rio sering tampil di sirkuit ini dibandingkan pembalap lain sehingga dari sisi pengalaman Rio lebih terbiasa.
    
Di samping itu, kata dia, dari sisi cuaca juga menguntungkan karena iklim di Malaysia tidak jauh berbeda dengan di Indonesia.
    
Bagi pebalap luar negeri seperti Eropa, kata dia, tentunya iklim akan menjadi kendala tetapi kalau main di Sepang tentunya tidak ada masalah bagi Rio.
    
Meskipun ada keuntungan bagi Rio tampil di Sepang, kata dia, tidak ada target yang spektakuler untuk Rio karena ini merupakan event pertama bagi Rio turun di lomba balap formula GP2 (sebelumnya turun di GP3).
    
Lomba balap di Sirkuit Sepang Malaysia ini merupakan seri pertama sedangkan seri kedua dimainkan di Bahrain mulai 22 April 2012. "Tetapi kita masih menunggu konfirmasi dari panitia berkaitan situasi politik di negara tersebut," katanya.

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


Ribuan juga mendengar amanat Anwar <b>di Subang Jaya</b>.. (Gambar)

Posted: 06 Jan 2012 05:25 PM PST


Dari apa yang dilaporkan oleh Tulang Besi @ Malaysia Waves, ceramah DSAI di Padang Bola 3K, Subang Jaya, SS13 hampir 10,000 Rakyat Subang Jaya telah hadir memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim.


Dalam ucapannya di Subang Jaya ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan sekiranya beliau didapati bersalah dan dihukum penjara pada 9 Januari ini ia akan membantu Pakatan Rakyat neraih lebih banyak sokongan pengundi dan rakyat Malaysia akan bangkit menentang gejala rasuah dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN).

"Jika saya dihukum penjara, kita akan dapat lebih banyak sokongan...Anwar masuk atau tidak ke dalam penjara tiada masalah, pilihan raya akan datang kita mesti menang walau apa jua cara.

"Anda boleh tahan lelaki itu dalam penjara tetapi misi akan semakin kuat seperti biasa malah lebih kukuh," katanya.

Anwar menuduh "musuh politiknya" memperbesarkan tuduhan terhadap dirinya dengan pelbagai tohmahan seperti pro-Kristian, pluralisme, ejen Yahudi dan homoseksual.

"Jangan ancam saya dengan hukuman penjara. Mereka pernah memukul saya, mereka pernah membogelkan saya.

"Tetapi jika mereka fikir dengan mengurung saya akan menyebabkan Pakatan Rakyat di hujung tanduk maka mereka salah, kami telah bersedia sejak tiga tahun lalu," dakwanya menambah pemimpin Pakatan Rakyat bersedia menghadapi "sebarang kemungkinan" yang berlaku.


Bagi aku jumlah tersebut adalah satu jumlah yang biasa dalam setiap ceramah yang DSAI merupakan pemidato utamanya.

Aku tertarik dengan ulasan sebuah Blog Pro UMNO yang dengki dengan jumlah kehadiran tersebut, dalam laporan oleh Pencacai UMNO itu beliau menulis ceramah Anwar telah gagal kerana menurutnya orang ramai telah diangkut dengan bas sekolah.

Dalam postingnya itu disertakan dua keping gambar, gambar pertama disiarnya sekeping gambar yang nampak seperti gambar pada awal ceramah diwaktu orang ramai masih belum memenuhi ruang padang.


Gambar kedua pula ialah gambar sebuah Bas Persiaran, yang ditulis sebagai gambar bas sekolah yang diletakkan jauh dari padang..

ads