Sabak Bernam, 28 Zulhijjah 1433 = 12 November 2012 (Isnin):
Sejak Adun dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) Januari 2012, semua muzium di negeri Selangor telah Adun lawatai, kecuali Muzium Pertanian di Sabak Bernam. Dalam Mesyuarat AJK Pelaksana PADAT pada awal bulan ini, Adun cadang untuk membuat lawatan ke Muzium Pertanian Sabak Bernam tersebut.
Pagi ini Adun memandu ke PADAT dan kemudian menaiki kereta PADAT bergerak dengan tiga buah kenderaan, Adun bersama En. Aris Kuritor PADAT, Puan Azlinda Azman Ketua Pegawai Executive bersama Setiausahanya dan sebuah lagi tenaga-tenaga lain dari PADAT. Bertolak dari PADAT jam 9.30 dan sampai ke Muzium Pertanian di Sabak Bernam jam 11.30. Adun dapati bangunan Muzium Pertanian ini adalah cantik. Ianya dibina bersebelahan dengan Perpustakaan Daerah yang terletak di Taman Rekreasi di tepi Sungai Bernam berhadapan dengan negeri Perak. Bangunan Muzium dibina pada 2005. Adun diberi taklimat oleh Pegawai yang menjaga Muzium di sini, iaitu En. Ruslan dan En. Rumaizi, di samping mereka ada dua lagi pekerja di sini. Pameran Pertanian di dalam bangunan ini adalah static (bukan barang hidup) yang diletak di dalam ruang pameran berkaca. Di dalamnya dipamerkan tentang padi yang mana Daerah Sabak Bernam – termasuk di bawahnya Skinchan terkenal sebagai kawasan yang menghasilkan padi bermutu (Tanjung Karang juga terkenal, tetapi terletak di bawah Daerah Kuala Selangor). Juga dipamerkan hasil kopi (kini tanaman ini makin berkurangan di Sabak Bernam), cocoa (juga makin berkurangan), getah, kelapa, kelapa sawit (hasil terutama kini), pisang (kini bermasalah diserang penyakit, hingga hasil berkurangan), jagung (terkenal di Sekinchan).
Selain dari pertanian jenis tanaman, ialah pertanian dalam bidang perikanan. Tempat terkenal menjadi tempat mendarat ikan nelayan laut ialah Bagan Nakhoda Omar (sempena seorang Nakhoda Peniaga dari Melaka yang berulang alik antara Melaka, Jugera, Jeram dan Sabak Bernam pada separuh akhir abad ke 19). Pada bahagian pertanian dipamer perahu peralatan menangkap ikan laut dari pukat, kail dan jorang. Peralatan bagi perikanan darat seperti bubu, tuau, serkap, dan tempat ternakan ikan laut dan sungai. Dipamerkan juga peralatan petani dan nelayan seperti pisau pemotong dan galah bagi memotong kelapa sawit, kukur kelapa, alat menorah getah dan kilang mempross getah. Seterusnya hasil-hasil produk seperti margarine, chocolate dan sabun dari kelapa sawit dan berbagai lagi. Kekurangan bagi pengunjung ialah untuk melihat pameran bahan-bahan life dan tidak terpaksa ke laut, ladang dan kebun.
Bila ditanya kepada pegawai yang mengiringi Adun, ``Berapa ramai pengunjug dalam sebulan ? Beliau menjawab hanya lebih kurang 1,000 orang sebulan. Di luar dapat dilihat pameran tentang mesin getah, perahu, tempat proses yang menghasilkan beras (lesung, pengisar, tampi dan sebagainya.
Melihat bahagian luar kawasan tidak diberi penjagaan rapi, retak di sana sini juga rosak. Pihak Perbandaran Sabak Bernam perlu menjaga kebersihan dan maintenance. Kami juga naik melihat model Rumah Melayu bersebelahan muzium. Muzium masih banyak ruang dan bahan perlu dipertingkatkan. Mungkin dapat ditambah dengan bahan-bahan life dari bahan-bahan pameran yang dapat lebih menarik perhatian. Kerosakan taman rekreasi perlu dibaiki. Usaha mengelak dari bandlisme juga perlu diambil perhatian. Usaha mengisi kegiatan terutama pada hari-hari minggu perlu dibuat bagi memberi manfaat kepada pengunjung-pengunjung.
Dari Sabak Bernam kami bertolak turun mengarah ke Kuala Selangor selepas makan, tengahari. Dalam perjalanan pulang ini kami singgah dan melawat Rumah Tradisi di Kg. Batu 1, Sabak Bernam. Rumah ini dijangka berusia 200 tahun dan kini didiami cicik pemilik yang membina rumah ini. Pemilik kini Mak Cik Maimunah bt. Muhammad bin Ali bin Abdullah. Rumah ini dijaga dengan baik dan masih dihuni Mak Cik Maimunah dan anak-anak. Mereka mendirikan rumah di sekelilinbg rumah ini. Selain dari bangunan berbentuk tradisional, terdapat ukiran tebuk tembus dan silang-silang kayu bertindih yang menjadi ruang kemasukan angin. Apa yang lebih menarik rumah ini menggunakan pintu yang ditutup secara pasak dengan 4 tiang dan selak secara melintang untuk mengelak dari dimasuki pencuri. Rumah ini juga mempunyai loteng bagi anak dara yang dapat bersembunyi pada bahagian loteng tersebut. Walau bagaimana jika mau dibandingkan dari segi kehalusan seni dan estetika dengan rumah di Permatang Pasir, Kuala Selangor, rumah di Permatang Pasir jauh lebih indah, antic dan berseni. Selepas dari sini kami juga melawat ke Muzium Persendirian yang terdiri dari bahan-bahan antic milik En. Sarji bin Gharib (67). Menurut En. Sarji yang pernah bekerja sebagai Penghantar Notis Pejabat Kerajaan itu, beliau memiliki hobi menyimpan barang antic sejak umur beliau sepuluh tahun. Beliau menjadikan rumah teres satu tingkat No. 2174, Lorong Seluang, Taman Setiajaya, 45,300 Sungai Besar, Sabak Bernam tempat simpanan barang antiknya. Tumpuan terhadap barang antic ini dipertingkat selepas beliau pencen 12 tahun yang lepas. Kini rumah beliau ini penuh dengan barang antic yang antaranya, piring hitam, typewriter, telefon lama, jam, tempayan, alat-alat muzik, peti nyanyi, majalah, akhbar, buku, peralatan senjata, lampu antic, gasoline, kukur, basikal dan berbagai lagi. Penyusunan tidak begitu teratur dan barang-barang tidak berada di dalam hawa dingin, menyebabkannya lebih mudah rosak. Muzium peribadi ini dijadikan tempat kunjungan mereka yang datang melancong ke Sabak Bernam, misalnya beliau mempunyai kerjasama dengan pengusaha homestay di Parit Haji Dorani dan tempat-tempat yang lain. Pada masa kami berkunjung ada sahabat yang mengusahakan homestay turut datang. Beliau ialah Ustaz Jalil yang pernah bekerja sebagai guru di bawah JAIS (10 tahun). Bila ditanya,Encik Sarji, Adakah beliau bercadang untuk menyerahkan bahan-bahan koleksinya kepada sebarang muzium untuk diabadi dan menjaga keselamatan (khususnya) dari kebakaran. Menurutnya beliau tidak bersedia, sebaliknya mewasiat kepada anaknya menjaga muziumnya yang rumah juga diwasiatkan sebagai muzium.
Daripada Muzium persendirian kami singgah di Muzium Kuala Selangor, tempat yang paling ramai pengunjung, kerana kedudukan muzium di atas Bukit Melawati, yang juga menjadi tempat tarikan pengunjung sebagai tempat rekreasi. Tempat ini buat masa ini lebih berdaya maju menarik pengunjung berbanding dengan Muzium Sultan Alam Shah, di Shah Alam. Sayang muzium Permainan Tradisi yang rosak terbakar hampir dua tahun masih tidak dibaiki, walaupun dikatakan sudah ada peruntukan – pampasan insuran, terlampau lambat tindakan diambil. Muzium dan kawasan di sini wajar dipertingkat dan dinaiktaraf seperti pembesaran dan penambahan bahan. Kita difahamkan tidak ada bilik air, maka sewajarnya disediakan bagi kemudahan pengunjung. Rumah Bekas Pegawai Daerah dan Bekas Jurutera Daerah yang diserahkan kepada Padat perlu diisi segera, misalnya pameran bahan-bahan Kejadian Alam di rumah Bekas Pegawai Daerah dan bahan-bahan hasil kraf penduduk di Kuala Selangor dan Sabak Bernam perlu di isi bagi rumah Bekas Jerutera Daerah. Aspek-aspek lain yang dapat menambah tarikan pengunjung perlu difikirkan. Misalnya pada hari minggu yang lebih ramai dengan pengunjung perlu diisi dengan pertunjukan dan pemeran yang dapat menambahkan maklumat pada pengunjung.
Selepas dari kunjungan di Muzium Kuala Selangor kami bertolak pulang, kerana ada taklimat di Bangunan Annex Pejabat Dewan Undangan Negeri pada jam 5.30 petang ini.