Sabtu, 19 Oktober 2013

12 di kuala kubu - Google Blog Search

12 di kuala kubu - Google Blog Search


GAMBAR KEMALANGAN TRAGIS <b>DI KUALA KUBU</b>

Posted: 13 Oct 2013 12:00 AM PDT

GAMBAR MENYAYAT HATI KEMALANGAN MENGORBANKAN TIGA MANGSA DI KUALA KUBU | MENYAYAT HATI…Dua wanita dan bayi berusia setahun terbunuh akibat nahas jalan raya yang melibatkan sebuah kereta Proton Waja yang dikatakan hilang kawalan sehingga terbabas dan terjunam ke dalam sungai, pagi tadi.
Kejadian menyayat hati di Kuala Kubu Bharu itu telah mengakibatkan kedua-dua wanita berkenaan mati serta-merta di tempat kejadian.
Menurut info yang diperoleh menerusi laman Facebook Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu itu, bayi lelaki tersebut  telah dihanyutkan sejauh lebih kurang dua kilometer sebelum dijumpai oleh anggota bomba yang bertugas dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.
Operasi menyelamat itu turut disertai jabatan bomba Tanjung Malim dan anggota polis dari Balai Hulu Bernam.
Ingat, malang tidak berbau…


12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


Suspek ugut bunuh KPN serah diri <b>di</b> IPD <b>Cheras</b> – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 13 Sep 2013 08:42 PM PDT

Posted on September 14, 2013, Saturday

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga jualan langsung menyerahdiri di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras semalam berhubung kes ugutan bunuh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata suspek berusia 33 tahun itu menyerah diri kira-kira jam 9.30 pagi semalam.

"Suspek itu datang seorang diri untuk serah diri, dan kami telah hantar suspek itu ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk diambil keterangan lanjut," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek yang berasal dari Negeri Sembilan dan menetap di Melaka itu tiada rekod lampau.

Peniaga itu didakwa mengeluarkan komen dalam laman sosial Facebook di bawah nama Murugan Nagaretinam dengan menulis: "can anyone just hire gunman to shoot down this police or igp?" semasa memberi komen dalam laman sosial kawannya mengenai kejayaan polis menembak mati dua lelaki dipercayai anggota kongsi gelap Geng 36. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

12 di salak tinggi - Google Blog Search

12 di salak tinggi - Google Blog Search


<b>Bandar Baru Salak Tinggi</b> • View topic - Rumah Lelong/Subsale di <b>...</b>

Posted: 16 Aug 2013 12:00 AM PDT

Salam Perkenalan/Aidilfitri,

Saya merupakan freelance agent untuk hartanah lelong dan subsale. Saya mempunyai banyak maklumat tentang rumah lelong di sekitar kawasan Salak tinggi/ Bandar Seriemas/ Enstek.

Lelongan terbaru di Bandar Seriemas

Double Storey Semi D,
No 35, Jalan Laman Kemboja,
Kota Seriemas
RP 400K
Auction Date 3/9/2013

Lelongan Terbaru Di Putra Nilai

Single Storey End Lot
No 248, Jalan Indah 24
Desa Indah Seri Inai,
Putra Nilai
RP 145K
Auction Date 24/08/2013

If Interested call Zack 0126478021

jika ada sesiapa ingin menjual rumah tapi tak dapat buyer lagi , saya boleh membantu anda. Komisen hanya 2% dari harga rumah.

Lelaki warga asing kurang siuman <b>di</b> sekitar Pekan Lama Nilai <b>...</b>

Posted: 24 Sep 2013 11:00 PM PDT


Lelaki warga asing kurang siuman di sekitar Pekan Lama Nilai, Salak Tinggi dan Labu | Pihak berwajib digesa mengambil tindakan segera terhadap seorang lelaki warga asing yang didapati kurang siuman dan sering merayau-rayau dekat sekitar Pekan Lama Nilai, Salak Tinggi dan Labu. Warga prihatin, P Arivalagan, 31, berkata, kelibat lelaki dipercayai warga Bangladesh yang bergelandangan itu mula kelihatan sejak awal tahun lalu. "Menurut cerita orang sekeliling, sudah hampir lima tahun lelaki berkenaan menetap di negara ini atas urusan kerja. Namun, tidak diketahui pula bila dan bagaimana dia menjadi tidak siuman. "Selain merayau-rayau tidak tentu hala dan sering meminta duit daripada orang ramai, ada kalanya dia akan terjerit-jerit macam orang kerasukan lalu menggesel-geselkan mukanya pada permukaan tanah," katanya. Katanya, risau dengan keselamatan orang awam, dia segera melaporkan perkara tersebut kepada 1Malaysia One Call Centre (1MOCC) pada 22 Julai lalu.

"Beberapa hari kemudian, saya dimaklumkan 1MOCC bahawa aduan dibuat telah pun dimajukan kepada Majlis Perbandaran Nilai (MPN) untuk tindakan lanjut. Bagaimanapun MPN terpaksa menolak kerana berada di luar bidang kuasa mereka. "Kemudian, saya diberitahu masalah berkenaan telah dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri. Tetapi, sama seperti MPN, pihak JKM juga tidak mempunyai kebenaran untuk mengendalikan kes ini atas alasan yang sama," katanya. Menurutnya, dalam panggilan yang dibuat kepada JKM pada 14 Ogos lalu, dia turut dimaklumkan bahawa kes itu akan dikemukakan kepada Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan.

"Pada 19 Ogos 2013, saya hubungi pula Imigresen untuk mendapatkan respons mereka. Pihak terbabit menjelaskan tidak ada operasi dilakukan sehingga penghujung Ogos. Justeru, mereka perlu menunggu arahan pihak atasan terlebih dahulu sebelum langkah sewajarnya diambil. "Namun, sehingga kini masih tiada tindakan daripada mereka walaupun saya pernah mengetengahkan hal ini kepada sebuah akhbar berbahasa India lebih kurang 20 hari lalu," katanya. Arivalagan berkata, dia agak kecewa dengan situasi tersebut. Justeru, dia berharap masalah itu dapat diselesaikan secepat mungkin sebelum kejadian tidak diingini berlaku. -SH

.

12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


Ngeri! Adengan Tetak Menetak Kumpulan Gangster <b>Di Batang Kali</b> <b>...</b>

Posted: 05 Jul 2013 07:30 PM PDT

Ngeri! Adengan Tetak Menetak Kumpulan Gangster Di Batang Kali | Jika anda pernah menonton filem Gangster, maka gambaran bagaimana sesebuah kumpulan itu bergaduh boleh digambarkan bagaimana. Baru-baru ini, di Batang Kali satu kes tetak telah berlaku. Mangsa hanya seorang lelaki ditetak beberapa kali di kepala, badan dan tangan. Melayukini.net difahamkan, mangsa ditetak sehingga terjatuh. Selepas itu mangsa cuba melarikan diri, namun akibat kesakitan yang amat sangat, mangsa rebah di lokasi berhampiran.

tetak2

BATANG KALI – Umpama babak dalam drama gengster apabila sekumpulan tiga lelaki memegang parang sambil mengejar mangsa dan menetaknya beberapa kali sehingga rebah.

Mangsa yang pada awalnya cedera di kepala, masih mampu berlari dan cuba menyelamatkan diri, namun tiga lelaki terbabit terus mengejar dan menetak badan serta tangan mangsa hingga tidak berdaya.

Penjenayah tidak bertopeng itu hanya beredar setelah melihat mangsanya terbaring dan tidak mampu berdiri lagi.

Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Diana, 24, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.15 petang itu bermula di sebuah tempat cuci kereta dan berakhir di kawasan stesen minyak.

"Saya nampak dia berlari dari belakang stesen minyak dan dikejar tiga lelaki berparang.

tetak1
"Dua kali dia jatuh ditetak, kemudian dia bangun ditetak lagi, sampailah dekat tepi jalan itu, dia tumbang dan terus kena cincang," katanya berhampiran tempat kejadian, malam kelmarin.

Seorang lagi saksi dikenali sebagai Adib, 19, berkata, kekecohan bermula dari sebuah tempat cuci kereta di sebelah stesen minyak sebelum mangsa dilihat berlari dengan berlumuran darah dan cedera di kepala.

Menurutnya, situasi ketika itu agak tegang dan menakutkan sehingga semua pelanggan yang mengisi minyak tidak mampu berbuat apa-apa kerana bimbang dicederakan.

"Memang macam drama gengster, orang yang melihat kejadian itu hanya diam tanpa buat apa-apa. Sampailah lelaki itu terbaring di hujung sana, tiga penjenayah berparang tadi terus menetak tangan kirinya sampai putus," katanya.

Adib berkata, mangsa yang hanya memakai baju T lengan pendek dan seluar pendek berkemungkinan menunggang motosikal sebelum diserang kerana terdapat sarung tangan pada tangan kiri mangsa yang putus.

Kenalan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Kanna, 36, berkata, mangsa merupakan seorang penarik kereta dan tinggal di Taman Wawasan di sini.

Katanya, sebelum kejadian, dia ada ternampak dua kenderaan mencurigakan menggunakan cermin gelap dan bernombor pendaftaran Melaka, singgah di sebuah restoran berdekatan.

"Tidak pasti sama ada mereka ada kaitan dengan kejadian tersebut atau tidak. Tapi, kejadian itu berlaku selepas saya lihat kenderaan mencurigakan. Jadi, mungkin ada kaitan. Tapi saya lupa nombor pendaftarannya," katanya.

Sementara itu,  Ketua Polis Daerah, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, mangsa, N Sangar, 33, berasal dari Bandar Utama Batang Kali, selain mempunyai sebuah kedai mencuci kereta di sini dan kedai makan di
Hulu Yam.

"Polis masih menyiasat motif sebenar kejadian mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya, semalam.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal kes, Balai Polis Batang Kali menerima panggilan telefon daripada orang awam yang memaklumkan berlaku pergaduhan dekat sebuah stesen minyak.

Katanya, pemanggil itu memberitahu seorang lelaki ditetak dengan parang sehingga putus pergelangan tangan kiri dan luka di bahagian kepala.

"Bertindak atas maklumat tersebut, anggota polis ke tempat kejadian dan mangsa yang parah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB).

"Bagaimanapun, lebih kurang jam 6.55 petang, pihak hospital memaklumkan mangsa meninggal dunia akibat pendarahan di kepala dan bahagian badan," katanya.

P.S. I – 10 Tempat Paling Pelik Di Dunia
P.S. II – Keukenhof – Taman Ajaib Eropah
P.S. III – Subhanallah! Gambar Tasik Ais Gergasi Di Planet Marikh

Sumber : Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 di dengkil - Google Blog Search

12 di dengkil - Google Blog Search


MatKilauPenang: 3 Sekeluarga Ditemui Mati Dibunuh <b>Di Dengkil</b>......

Posted: 30 Aug 2013 05:52 AM PDT


Tiga sekeluarga ditemui mati disyaki dibunuh di sebuah rumah di Taman Dengkil Jaya, Selangor, siang tadi.
Salah seorang mangsa adalah kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.
Kejadian disedari salah seorang ahli keluarga mangsa yang baru pulang dari tempat kerja kira-kira jam 2.30 petang.
Dia bagaimanapun terkejut apabila menemui tiga mangsa yang berlumuran darah.
Perkara itu dimaklumkan kepada jirannya dan polis.
Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman berkata siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku antara jam 11 pagi hingga dua petang.
Pasukan forensik menemui mayat seorang wanita warga emas berusia 64 tahun di ruang tamu rumah.
Mayat seorang lelaki dipercayai cucu wanita itu yang berusia 21 tahun ditemui mati di bahagian dapur.
Pemeriksaan mendapati terdapat kesan hentakan di kepala dan tikaman di badan mangsa.
Manakala mayat kanak-kanak perempuan itu ditemui mati di dalam bilik tidur dengan kesan kelar di leher.
Jelas Superintendan Imran lagi, tiada kesan pergelutan dan geledah ditemui.
Tiada senjata ditemui di tempat kejadian.
Motif sebenar kejadian masih dalam siasatan.
Kesemua mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

12 di ulu kelang - Google Blog Search

12 di ulu kelang - Google Blog Search


Jelajah Eidul Adha Ke 8 Buah Masjid Dan Surau di DUN <b>Hulu Kelang</b>

Posted: 15 Oct 2013 04:50 AM PDT

Hulu Kelang, 15 Oktober 2013 – Saari telah berkesempatan meninjau 8 lokasi ibadat korban 1434H di masjid dan surau sekitar DUN Hulu Kelang.

1. Surau Al-Islah, Taman Sri Keramat AU2A

Saari menyampaikan ucapan Eidul Adha kepada semua penduduk di Taman Sri Keramat AU2A

Saari menyampaikan ucapan salam Eidul Adha kepada semua penduduk di Taman Sri Keramat AU2A

Saari melihat kerja-kerja melapah lembu selepas selesai disembelih

Melihat penduduk mengangkat lembu yang telah selesai disembelih

Sebahagian penduduk yang hadir ke ke majlis tersebut

Sebanyak 7 ekor lembu telah dikorbankan di Surau Al-Islah

2. Masjid Al-Khairiah Keramat AU3

Melihat penduduk bergotong-royong melapah lembu korban

Melihat penduduk bergotong-royong melapah lembu korban

13 ekor lembu telah dikorbankan di Masjid Al-Khairiah

13 ekor lembu telah berjaya dikorbankan di Masjid Al-Khairiah

Bergambar bersama Nazir Masjid Al-Khairiah, Hj Munawir Tambrin dan petugas program

Bergambar bersama Nazir Masjid Al-Khairiah, Hj Munawir Tambrin dan petugas program

3. Surau Al-Falah, Taman Sri Keramat Tengah AU4

Saari membantu memotong daging korban

Saari membantu memotong daging korban

Sebanyak 6 ekor lembu telah dikorbankan di Surau Al-Falah

Membantu menimbang daging korban untuk diagih-agihkan

Sebanyak 6 ekor lembu telah dikorbankan di Surau Al-Falah

Sebanyak 6 ekor lembu telah dikorbankan di Surau Al-Falah

4. Surau At-Taqwa, Lembah Keramat AU5D

Saari membantu mengangkat daging korban untuk dilapah

Saari membantu mengangkat daging korban untuk dilapah

Penduduk bergotong-royong membantu memotong daging korban

Penduduk bergotong-royong membantu memotong daging korban

Sebanyak 12 ekor lembu berjaya dikorbankan

Sebanyak 12 ekor lembu berjaya dikorbankan

5. Surau Taman Permata

Melihat penduduk melapah lembu korban

Melihat penduduk bergotong-royong melapah lembu korban

Penduduk setempat turun membantu memotong daging korban

Penduduk setempat turun membantu memotong daging korban

Sebanyak 10 ekor lembu berjaya dikorbankan di Surau Taman Permata

Sebanyak 10 ekor lembu berjaya dikorbankan di Surau Taman Permata

6. Surau Al-Mustaqim, Lembah Keramat AU5C

Membantu memotong daging korban

Membantu memotong daging korban

Muslihat turut membantu memasak untuk dihidang kepada petugas

Muslimat gotong-royong memasak untuk dihidang kepada petugas

Sebanyak 15 ekor lembu dan 3 ekor kambing berjaya dikorbankan

Sebanyak 15 ekor lembu dan 3 ekor kambing berjaya dikorbankan

7. Masjid Kg Klang Gate

Membantu memotong daging korban

Membantu memotong daging korban

Menyantuni muslimat di dapur yang sibuk memasak daging korban untuk dihidangkan kepada petugas

Menyantuni muslimat di dapur yang sibuk memasak daging korban untuk dihidangkan kepada petugas

Sebanyak 13 ekor lembu berjaya dikorbankan pada tahun ini

Sebanyak 13 ekor lembu berjaya dikorbankan pada tahun ini di Masjid Kg Klang Gate

8. Surau At-Taqwa, Ukay Perdana

Beramah mesra bersama penduduk

Beramah mesra bersama penduduk yang sedang menjamu selera daging korban

Bersama penduduk menjamu lauk daging korban yang telah dimasak

Bersama penduduk menjamu lauk daging korban yang telah dimasak secara bergotong-royong

Sebanyak 9 ekor lembu dan 5 ekor kambing berjaya dikorbankan

Sebanyak 9 ekor lembu dan 5 ekor kambing berjaya dikorbankan

12 di padang jawa - Google Blog Search

12 di padang jawa - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di padang jawa</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Oct 2013 01:22 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di padang jawa</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Oct 2013 01:22 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kuat Merayau: Puasa Kali Pertama <b>di Padang Jawa</b>

Posted: 17 Jul 2013 04:06 PM PDT

Hai! Ramadhan kali ini adalah Ramadhan pertama berpuasa di Padang Jawa. Yup! Rumah sewa kat Padang Jawa, Selangor. Meriah sungguh kat sini. Lalu dekat jalan utamanya (jalan mati) meriah macam masuk bazar naik kenderaan sendiri. Boleh beli ala drive thru tau. Haha. Seronok!

Apa-apapun, setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan serumah yang sungguh rajin masak sahur. Kadang-kadang je beli. Ikhlas daripada HY yang tak reti masak. Apa yang boleh bantu, tolong bawak 'rice cooker' jela dari rumah. Pinjam dengan mama. Macam-macam menu yang dimasak tau. Antaranya tomyam, telur sambal, telur goreng, sardin, spagheti dan lain-lain. Masakan mudah? Lelaki bujang kalau nak bangun sahur pun kira eksklusif ya. Haha. Thank you, guys!

Semoga Ramadhan kita lebih bermakna tahun ini!

"Kampung Seni" <b>Padang Jawa</b> jadi ikon usaha murni anak muda <b>...</b>

Posted: 05 Jun 2013 09:33 PM PDT

"PADA mulanya masyarakat kampung agak janggal dengan cadangan saya…" – Aisyah Baharuddin, Artis

TEMBOK kelabu yang kusam, comot dan berdebu sudah hilang. Dinding pagar yang warnanya luntur, sudah pun berubah wajah. Pemandangan menyakitkan mata dengan lambakan tempelan poster ubat kuat, urut batin, pinjaman wang yang terpamer sepanjang tembok jejantas dan laluan jalan atas sudah ghaib. Semuanya digantikan dengan karya lukisan mural dan grafiti oleh artis, anak-anak muda dan kanak-kanak sekitar yang peduli pada lingkungan mereka.

Dua kampung yang menjadi titik temu sempadan bandaraya Shah Alam dan Klang telah menjadi saksi bangkitnya sebuah gerakan seni untuk masyarakat. Kampung Padang Jawa dan Kampung Karuppiah (kejiranan Padang Jawa) melakar sejarahnya tersendiri.

Anak muda peduli pada lingkungan

Gerakan seni ini dipelopori oleh sebuah komuniti seni yang dinamakan T.I.G.A bermaksud Tindakan Gerak Asuh. Ia diasaskan oleh Aisyah Baharuddin, seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Halus daripada UiTM bersama dua lagi teman iaitu Mohamad Idham Ismail, graduan Unisel yang menamatkan pengajian dalam jurusan Senireka Grafik dan Farhana Mohd Tajali juga graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Halus UiTM.

Aisyah merupakan tunjang utama T.I.G.A  berpengalaman luas dalam bidang seni lukis, mural, seni persembahan dan hampir 15 tahun menceburkan diri sepenuh masa dalam aktiviti seni malah beliau acap kali menyertai pameran lukisan yang diadakan di seluruh negara.

Hingga setakat ini, komuniti T.I.G.A yang beroperasi di Pusat Sekitar Seni, Kampung Karuppiah berjaya memimpin kanak-kanak dan remaja kejiranan ini untuk turut serta meraikan kepelbagaian seni dan menambah kemahiran mereka dalam bidang seni lukis. Hujung minggu bagi anak-anak ini tidak lagi menjadi satu hujung minggu yang membosankan dengan tayangan Sponge Bob yang diulang-ulang.

"Kampung seni pertama di Selangor"

Siapa sangka, kejiranan Padang Jawa mencatat sejarah pada 23 Mac 2013 lalu apabila sebahagian besar dinding tembok dan pagar rumah laluan utama dilakar dengan pelbagai bentuk lukisan mural dan grafiti berwarna-warni membawa mesej sivik mengangkat tema alam sekitar dalam Festival Seni Jalanan Padang Jawa atau lebih dikenali sebagai Padang Jawa Street Art Festival 2013 (PJSAF).

Tema alam sekitar dengan mempromosikan aktiviti kitar semula dan menjaga kebersihan amat bersesuaian dengan implementasi dasar hijau Kerajaan Negeri Selangor mahu pun Kerajaan Persekutuan. Atas usaha gigih komuniti ini, kini kejiranan Padang Jawa sudah digelar orang sebagai "Kampung Seni".

Menurut Pengarah PJSAF, Aisyah Baharuddin, festival sebegini merupakan julung-julung kali diadakan dalam kejiranannya itu dan beliau tidak menolak kemungkinan ianya adalah yang pertama kali dianjurkan di Selangor.

"Idea untuk menjalankan festival ini timbul apabila melihat kepada persekitaran kampung dan berasa 'sakit' dengan pemandangan tembok yang banyak ditampal dengan 'iklan haram'.

"Saya fikir, dengan kemahiran yang ada bersama teman yang lain, mungkin kami boleh lakukan sesuatu untuk kampung dan masyarakat di sini," ujar Aishah ketika ditemui baru-baru ini.

Ditanya mengenai sumber kewangan dan peralatan, pengasas T.I.G.A itu berkata mereka mendapat tajaan dari syarikat swasta, Nippon Paint (M) Sdn Bhd dan kerajaan melalui Dana Belia 1Malaysia.

PJSAF turut mendapat kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Padang Jawa, Balai Seni Visual Negara (BSVN), Komuniti Buku Jalanan, Media Legal dari Jakarta, gabungan artis tempatan seperti Escape, Medea Project, dan beberapa individu artis yang lain.

Langit petang yang suram dengan hiruk-pikuk kenderaan pulang dari kerja di tempat lain tidak lagi sama dengan kejiranan Padang Jawa. Di balik deruan enjin kenderaan, waktu petang di sini menjanjikan pemandangan yang berbeza.

Atas usaha gigih T.I.G.A yang mendapat kerjasama baik penduduk kampung, JKKK dan kelab belia sekitar, kini, kejiranan Padang Jawa bertukar wajah dan boleh diangkat sebagai sebuah destinasi pelancongan. Sebuah 'perkampungan seni' buat pertama kalinya dalam sejarah negeri Selangor.

Mengukuh perpaduan kaum melalui aktiviti melukis

Kedudukan kawasan kampung yang terletak di antara dua bandar ini menjadikan ianya satu kawasan campuran pelbagai kaum dengan penempatan komuniti Melayu, India dan Cina.

Bagi Aisyah, selain mendidik masyarakat mengenai peri-pentingnya menjaga kebersihan dan persekitaran, PJSAF yang berlangsung selama tujuh hari itu telah merapatkan lagi hubungan antara masyarakat pelbagai kaum di sini.

"Kami menerima sokongan penduduk kampung dan ketika festival ini berlangsung, kami dapat lihat bagaimana masyarakat sekitar terutama remaja dan kanak-kanak berlainan kaum dapat berinteraksi dan melakukan aktiviti bersama-sama.

"Biasanya, aktiviti majmuk sebegini cuma dapat dilakukan di sekolah atau padang bola sahaja," ujar Aisyah.

Beliau berpendapat, usaha untuk memasyarakatkan seni ini harus terus mendapat sokongan penduduk, masyarakat sivik atau kerajaan dalam menjamin satu kerangka untuk mendidik masyarakat melalui seni sekaligus merapatkan jurang perbezaan antara kaum.

Meluaskan aktiviti komuniti untuk masyarakat

Walaupun PJSAF telah berlalu, T.I.G.A masih giat meneruskan aktiviti kesenian mereka dengan memperbanyakkan lagi lukisan mural dan grafiti dengan pembabitan remaja dan anak-anak muda setempat.

"Selain melukis, kita juga membuat kelas membaca secara percuma untuk kanak-kanak yang dijalankan di pusat komuniti kami di sini (Pusat Sekitar Seni) hampir setiap hujung minggu," jelas Aisyah.

Katanya, T.I.G.A turut merancang memperluaskan lagi aktiviti mereka seperti penganjuran bengkel percuma seperti bengkel penulisan, lukisan, asas fotografi dan sebagainya.

"Pusat Sekitar Seni ini mempunyai ruang yang selesa dan cukup untuk menjalankan aktiviti dalaman dan kita berharap masyarakat kampung terutamanya golongan remaja dan kanak-kanak mendapat manfaat," kata beliau.

Bagi seluruh penduduk di Shah Alam mahu pun di seluruh negara, usaha komuniti ini dalam memasyarakatkan seni perlu menjadi perhatian dan diberi sokongan samada dalam bentuk peralatan atau kewangan.

Di akhir perbualan kami, Aisyah menegaskan bahawa hasil karya seni tidak hanya eksklusif di galeri yang jauh daripada masyarakat. Seni juga harus memasyarakat dan dimasyarakatkan.

"Seni perlu memberi sumbangan dalam membentuk sebuah persekitaran kejiranan yang ideal dan kukuh," katanya.

T.I.G.A boleh dicapai dalam talian di [email protected] atau melalui www.facebook.com/streetartfest2013pdgjawa atau terus hubungi 013-6613243 (Aisyah Baharuddin)

12 di morib - Google Blog Search

12 di morib - Google Blog Search


^AF-aziey^ : Celebrate besday <b>di</b> Gold Coast <b>Morib</b>

Posted: 02 Oct 2013 05:50 AM PDT

Voucher utk pakej cuti2 di Gold Coast Morib (GCM) ni dah lama aku beli..x silap aku bulan jun yg lepas kot..

Asalnya, aku plan nak pegi tmpt ni bulan november depan..tapi, tetiba dlm pertengahan bulan september yg lepas, en faiz ajak utk pegi tmpt ni masa besday aku iaitu 29hb september.
So, aku pun booking utk that date..family cikun n ayu pun join sekali..
Aku bertolak dr bangi dlm kul 11 pg and sampai pantai Morib kul 12tghr. Dsbbkan awal lagi, kami lepak kejap di pantai morib sambil mengisi perut.
Then kami gerak ke GCM. Jarak pantai morib n GCM ni dlm 5 km gak.. sampai kat hotel, receptionist inform yg kunci bilik bo ambil kul 3pm..lambatnya!!!! Aduhh..so aku bw anak2 jln2 tepi pantai....
Angin kuat sangat..best wooo...:)
Anak2 mmg x bg mama n abah nak berdua2an..huhuhu
Sempat lg budak2 ni main pasir
Tu diaaa....ramai lak org queue nak ambik kunci....
Ni dia bilik aku..bilik no 1210. Siap katil bertiang lg..hihihi, boleh ler aku buat tarian tiang kan..oppppssss..hehehe
Tv pun besar gak..(sila abaikan hiasan sampingan tu :))
Balkoni pun ada set kerusi...
View dr balkani bilik aku (site kiri)
View dr site kanan..not bad kan...
Haa..ni yg terbaik..private jakuzi di setiap bilik..Best woo...(sila abaikan 2 model tu...x cukup umur lg tu..hihihi) 
Nampak je kolam air tu, anak2 dah melalak nak main air...mera n yana mmg enjoy main air...mera mmg dah hilang fobia kolam air, malahan terlebih berani lak.. aku yg asyik menjerit panggil dia..huh, mesti org lain kata aku garang...
x kisahler org nak kata apa, yg penting anak2 selamat..huahuahua... amar lak x berani nak naik gelungsur tu...setakat main kat tempat cetek je ler.. terbalik lak sifat anak lelaki n anak perempuan aku...(sambil garu kepala konfius...)
Sesi melayan anak2 main air..
Mera nak ikut gak gaya abah...
Abah n mera tgh enjoy..amar lak tgh kecut perut tu....Hihihi...
Huhuhu..besttttt...i like this picture!
Tu ler budak terlebih berani... lbh 10 kali gak dia naik benda ni...
Mlm tu, kitorang dinner di restoran Juvita Seafood. Okay gak ler.. cuma x sempat nak amik gambar dek sibuk melayan anak2...
balik hotel,  aku terus siapkan yana n mera utk tido. Dlm sibuk2 tu, tetiba aku dgr org nyanyi lagu besday dr luar bilik...huuwaaa..rupa2nya En faiz buat surprise le plak...terharunya saya....
Malunya I....hihihihi...kek chocolate brownies tu dari secret recipe. Sedap!!!!
Thanks kekawan sbb sudi menceriakan hari jadi I...hihihi...
Esoknya, dlm kul 8pg, kami turun breakfast. Makanan yg disediakan pun best, banyak pilihan dan berbaloi le jugak..
lepas kenyang melantak, kami naik bilik and tukar baju mandi..kali ni mmg main air puas2...kul 11pagi, kitorang naik bilik untuk kemas barang sbb kul 12tghr dah kena checkout...
Lepas checkout, kami bertolak balik..sampai area banting, kami singgah jap Kerepek House utk memborong kerepek.. then, terus balik Bangi...selamat tinggal GCM, semoga kita ketemu lagi di lain masa...:)

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Smart Investor Talk <b>di Shah Alam</b>, Selangor - Azhar Mokhtar (Dot)

Posted: 01 Oct 2013 08:03 AM PDT

885209_10201230181290583_174206948_o

Syukur & tahniah kepada mereka yg mengikuti sesi 'Smart Investor Talk' di Shah Alam pada minggu lepas. Saya berharap anda semua memanfaatkan perkongsian yang diberi & tanamkan formula S.H.A.R.E.S dalam minda agar anda kaya & berjaya dalam pelaburan saham. Jadilah pelabur yg bijak.

Sesi "Smart Investor Talk" julung kalinya bakal berada di Kota Bharu, Kelantan pada 3-4 Oktober bertempat di Hotel Sutera Inn, KB. Hubungi 0192102796 utk sebarang pertanyaan.

Sila Share

12 di balakong - Google Blog Search

12 di balakong - Google Blog Search


Agent / Pengedar Shaklee <b>di</b> Serdang, <b>Balakong</b>, Taman Equine <b>...</b>

Posted: 13 Oct 2013 07:01 PM PDT

"Assalamulaikum...Saya pengedar Shaklee di Serdang, Balakong, Taman Equinne, Bangi dan kawasan sekitar. Untuk COD anda boleh la hubungi saya Fakhriyah (sms/whatsapp 013-8270894), pm di facebook Fakhriyah Othman Antara produk yang disediakan adalah Set hamil, Set pantang, Set Penyusuan, Set kesihatan optimum, Set Kesihatan optimum, Set alahan / resdung / alergi , Vitamin untuk kanak-kanak dan lain-lain lagi hanya yang terbaik dari Shaklee. "
Alhamdulillah...Makin lama makin bertambah pengedar-pengedar Shaklee dibawah bimbingan saya. Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan produk secara cod.boleh la menghubungi Fakhriyah ye. Fakhriyah kini aktif di laman facebook. Jika tidak keberatan boleh add friend dengan nya. 
Untuk info lanjut atau pesanan
Shaklee Independent Distributor (SID 920211)
sms/ whatsapp : 012-6102263
Cod area : Putra heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan, Shah Alam 

12 di sepang - Google Blog Search

di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Fizo Omar Tunggang Motosikal <b>Di</b> Litar <b>Sepang</b> - MyNewsHub

Posted: 20 Aug 2013 11:51 AM PDT


PETALING JAYA – Pelakon Fizo Omar memperluaskan hobinya sebagai penunggang motosikal berkuasa tinggi dengan menunggangnya di litar Sepang, dekat sini.

Fizo, 28, berkata, dia mula mempelajari teknik berlumba di litar dengan cara yang betul bersama pelumba-pelumba sebenar.

"Saya belajar menunggang motosikal di litar Sepang dengan kawan-kawan saya yang memang seorang pelumba motosikal profesional. Ia hanyalah sekadar suka-suka dan tiada niat saya untuk menyertai mana-mana perlumbaan.

"Apa yang saya dapat adalah satu kepuasan yang berbeza berbanding menunggang motosikal dia jalan raya," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Tambah Fizo, cabaran terhadap aktiviti tersebut iaitu perlu memberikan fokus yang tinggi ketika berada di litar menjadikan dia seorang yang lebih berdisiplin.

"Banyak yang saya belajar tentang teknik berlumba dan perkara paling penting ialah tumpuan yang lebih ketika berada di litar.

"Dengan itu juga ia sedikit sebanyak menjadikan diri saya seorang yang sentiasa peka dan berhati-hati," katanya.

Tambah Fizo lagi, sejak menyertai aktiviti tersebut beberapa bulan lalu, dia meluangkan masa hampir setiap minggu untuk menunggang di litar. – mStar Online

Fizo Omar Tunggang Motosikal Di Litar Sepanghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/08/Fizo-Omar.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/08/Fizo-Omar-150x150.jpgMyNewsHub myArtisTerkini

PETALING JAYA - Pelakon Fizo Omar memperluaskan hobinya sebagai penunggang motosikal berkuasa tinggi dengan menunggangnya di litar Sepang, dekat sini. Fizo, 28, berkata, dia mula mempelajari teknik berlumba di litar dengan cara yang betul bersama pelumba-pelumba sebenar. 'Saya belajar menunggang motosikal di litar Sepang dengan kawan-kawan saya yang memang seorang pelumba...

<p style="text-align: justify;">PETALING JAYA - Pelakon Fizo Omar memperluaskan hobinya sebagai penunggang motosikal berkuasa tinggi dengan menunggangnya di litar Sepang, dekat sini.</p> <p style="text-align: justify;">Fizo, 28, berkata, dia mula mempelajari teknik berlumba di litar dengan cara yang betul bersama pelumba-pelumba sebenar.</p> <p style="text-align: justify;">"Saya belajar menunggang motosikal di litar Sepang dengan kawan-kawan saya yang memang seorang pelumba motosikal profesional. Ia hanyalah sekadar suka-suka dan tiada niat saya untuk menyertai mana-mana perlumbaan.</p> <p style="text-align: justify;">"Apa yang saya dapat adalah satu kepuasan yang berbeza berbanding menunggang motosikal dia jalan raya," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.</p> <p style="text-align: justify;">Tambah Fizo, cabaran terhadap aktiviti tersebut iaitu perlu memberikan fokus yang tinggi ketika berada di litar menjadikan dia seorang yang lebih berdisiplin.</p> <p style="text-align: justify;">"Banyak yang saya belajar tentang teknik berlumba dan perkara paling penting ialah tumpuan yang lebih ketika berada di litar.</p> <p style="text-align: justify;">"Dengan itu juga ia sedikit sebanyak menjadikan diri saya seorang yang sentiasa peka dan berhati-hati," katanya.</p> <p style="text-align: justify;">Tambah Fizo lagi, sejak menyertai aktiviti tersebut beberapa bulan lalu, dia meluangkan masa hampir setiap minggu untuk menunggang di litar. - <strong>mStar Online</strong></p> <p style="text-align: justify;"></p>