Jumaat, 17 Jun 2011

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


bukit raja blogger: Kehidupan <b>di bukit raja</b>

Posted: 21 May 2011 01:02 AM PDT

Wow, terbaca kat forum bukitraja.net pasal nak letak link kat forum tuh, aku terus buat posting ni supaya aku tak lambat utk bulan ni.

Kehidupan kat bukit raja, ok jer. Jiran2 mesra dan aku rasa best je stay sini. tak rugi aku beli rumah kat sini. Aku dok jalan mana tak yah le bagitahu, nanti tak best plak aku nak buat post yg panas2 nanti kan..ahaks..

Harap2 pihak bukitraja.net boleh le letak blog aku ni kat mukadepan forum tu ye, sebulan pun jadi lah.
tq bukitraja.net

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


SMK <b>Telok Datok</b> Banting Selangor Malaysia Kunjungi SMAN 1 Sibolangit «

Posted: 17 Jun 2011 02:47 PM PDT

Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok Banting (Tedi SMKTD) Jalan Sultan Abdul Samad Banting Selangor Darul Ehsan Malaysia, Kamis (2/5) siang mengunjungi SMA Negeri I Sibolangit Kabupaten Deli Serdang,.Kedatangan rombongan dipimpin Kepala (Pengetua sekolah) Tn Hj Abdul Wahid bin Takat mengadakan lawatan belajar, setelah sebelumnya mengadakan lawatan ke Medan, Prapat dan Berastagi sekaligus mengadakan kajian belajar.Rombongan disambut Kepala SMA Negeri 1 Sibolangit Drs. Jhoni Siregar bersama 25 guru dan 25 pelajar di pendopo sekolah itu.Roseman Bina Abdul Rahman selaku Kepala unit Bahasa Tingkatan Enam SMK Telok Datok Banting selaku pengelola lawatan belajar ke Sumatera Utara mengucapkan terimakasih atas sambutan, bahkan menyatakan sangat senang atas penerimaan rombongan.Lebih membesarkan hati, kata Roseman, kedua sekolah yang serumpun itu sama-sama komitmen menggelar program "Go Green" menanam pohon herbal di komplek SMA Negeri 1 Sibolangit sebagai lambang persahabatan kedua sekolah Malaysia-Indonesia, kata Roseman."Kami sumbangkan RM 500 guna membantu keperluan SMA Negeri 1 Sibolangit guna menjayakan program "Go Green", kata Roseman.Tn.Hj.Abdul Wahid Bin Takat selaku Pengetua Cemerlang Menengah Kebangsaan SMK Telok Datok Banting menyatakan rasa gembira karena berjumpa dengan sahabat serumpun, hingga lawatan ini dapat menjadi tali persahabatan di kemudian hari.Ia berharap, agar guru dan pelajar SMA Negeri 1 Sibolangit dapat berkunjung (melawat) ke Selangor Malaysia.Seorang guru Selangor menyampaikan keberhasilan lawatannya ke Indonesia, antaralain, peranan ketua komite sekolah cukup baik sekali dan pihak Kerajaan Malaysia termasuk pendana (donatur) seperti pengusaha tetap menanti permintaan kebutuhan sekolah. Prestasi para guru di Malaysia maupun pelajar, tetap diperhatikan pihak Kerajaan.Ketua Komite SMA Negeri 1 Sibolangit Drs.Djamin Gintings merasa bangga, selanjutnya dikatakan masalah peran komite di sekolah ini cukup baik, tetapi tersandung dengan pendapatan perkapita para orangtua pelajar, hingga komite tidak begitu banyak bisa berbuat dalam membantu penyelenggaraan pendidikan, katanya.Dalam kesempatan itu dilakukan penyerahan cinderamata dari Tn. Hj.Abdul Wahib Biun Takat kepada Drs. Jhoini Siregar dan sebaliknya, dilanjutkan penanaman pohon herbal.Penanaman pertama dilakukan Tn.Hj.Abdul Wahid Bin Takat bersama-sama Kepala SMA Negeri 1 Sibolangit, kemudian Ketua MPP SMK Telok Datok Banting Siti Aishah bersama-sama Ketua Osis SMA Negeri 1 Sibolangit Syahrizal serta Ketua Komite SMA Negeri 1 Sibolangit Drs. Djamin Gintings bersama-sama denganKamarudin Bin Osman selaku Pan.Kanan Tingkatan Enam Sek Men Telok Datok 42700 Banting Selangor Malaysia, diakhiri peninjauan lokasi sekolah SMA Negeri 1 Sibolangit dipandu Kepala SMA Negeri 1 Sibolangit diikuti seluruh rombongan.
Guru SMK Telok Datok Banting yang berkunjung, En Rosemen Bina Abdul Rahman, Tn.Hj.Kamarudin Bin Osman, Tn.Hj.Abdul Wahid Bin Takat,Pn.Hjh.Masliza Binti Sirat, Pn.Haliza Bin Husesin, Pn.Zaliha Binti Atan, Cik Rafiah Binti Mohd. Taib, Cik Siti Fatimah Binti Abdul, Pn.Hjh.Suzaini Binti Sihar, Pn Hjh.Siti Mariah Binti Radiyo.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di kuala kubu - Google Blog Search

12 di kuala kubu - Google Blog Search


AnakSipotLism Space: Seminggu <b>di kuala kubu</b> baru..

Posted: 20 May 2011 09:20 PM PDT

Pejam celik..pejam celik..pejam celik..

nasib baik pejam celik balik

klu pejam tak celik2..

apa jadi..hehehehehe

diam tak diam..dah seminggu dah

rupnyan aku kat kuala kubu baru

dalam tak suka

dalam penuh kepayahan..dah seminggu dah upanya

walaupun kat sana serba kekurangan

tapi aku masih hidup lagi..cuma berat badan jerk yang menurun

mana lah tahu..2 bulan aku kat sini..aku leyh kurus..

hahahahaha..tak akan punyer

aku tak tahu lah..mcm mn nak hidup dua bulan kat sini

serba kekurangan,,

dah lah final exam kat sini

aku dah lemah sikit bab2 neuro nih..

harap2 aku lulus dengan jayanyer..

aku tak mahu fail

aku nak kerja sebagai physio

nenek kat sini pun..paham2 sendiri lah

macam2 kerenah ada

semua nak kena layan dengan baik

bila aku dah seminggu kat sini

betapa seksanay kat sini

aku berazam kat dalam diri

aku tidak akan letak mak aku kat dlm rumah org tua tua

kesian kat dia..

klu seorg ibu tak boleyh jaga 10 org anak

tak akan seorg anak

tak boleyh jaga seorang ibu

SAYANGI LAH IBU DAN AYAH ANDA..

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di semenyih - Google Blog Search

12 di semenyih - Google Blog Search


HARTANAH PROPERTY 2U: Tanah Pertanian seluas 205 ekar <b>di Semenyih</b>

Posted: 15 May 2011 03:47 PM PDT



Price : RM 24 000 000 Type: Land, For sale Area: Semenyih
Title type: Leasehold Tenure: 99 Other info: Bumi Lot
Size: 205 Acres Estate agency no: 31240
Property Type: Agricultural

Tanah 205 ekar untuk dijual. Data seperti berikut:

No. Lot: PT 2331
Daerah : Ulu Langat
Mukim : Mukim Ulu Semenyih
Kategori Tanah : Pertanian

Tanah ni telah di tanam pokok kelapa sawit di mana:
- 160 ekar adalah pokok ditanam semula
- 30 ekar adalah pokok tua
- 10 ekar belukar

Lokasi berdekatan dengan PLKN Semenyih

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


1001 Sajian Kehidupan <b>di</b> Taman Tasik <b>Ampang</b> Hiliran

Posted: 16 Jun 2011 06:28 PM PDT

20110617-092531.jpg

Ada Makcik Arab pakai Jubah berlari sambil menolak stroller yang di dalamnya ada bayi perempuan comel tersengih-sengih dengan henjutan.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Ada pakcik-pakcik pencen berketayap, berjalan pantas bersama dua rakan sesurau, agaknya.

Ada suami dan isteri yang berpeluh-peluh berdiri mengadap tasik. Isteri dengan penuh kasih sayang mengusap-usap perut suami. Memberi sokongan agar kandungan 'digugurkan' barangkali.

Ada sekumpulan kru penggambaran sedang sibuk menyiapkan set di lokasi. Beberapa orang yang saya tidak kenal, sibuk berlatih pengucapan skrip di tepi pagar.

Ada sekumpulan 'Bro' yang usai berlari sedang menjamu selera dengan nasi lemak berkalori mewah.

Ada dua Akak singgah di gerai Kudap-kudap bertanyakan Gula Kapas. Terkenang zaman kanak-kanak dahulu barangkali.

7 sudu gula teh berlebihan sehari yang tidak dibakar, menghasilkan 7kg berat tambahan setahun.

Rakyat Malaysia mengambil 26 sudu teh gula sehari ketika Sunnatullah menetapkan keperluan mereka hanya 10 sudu teh!

Ada seorang ibu berjogging bersama anak lelaki dan anak perempuannya. Sesekali si ibu berkata-kata sambil mengusap belakang kedua anak-anaknya.

Ada seorang warga emas berkerusi roda, ditolak oleh pembantu rumah Indonesia mengelilingi Tasik.

Ada seorang lelaki yang lengkap berbaju sukan tetapi dua kali saya melintasinya dia masih belum berpeluh, sebaliknya sibuk membelek DSLR kesayangan.

Ada dua pelajar universiti barangkali, berjogging dengan selipar Pandang ke Timur.

Saya pula usai berlari 3.5km sekitar setengah jam, berehat dengan dua biji telur separuh masak. Plan mahu membeli kopi o ais dibatalkan. Sudah ditegur isteri, sudah ditegur rakan Facebook.

Saya mahu jadi baik.

Saya meminta kopi o panas tanpa gula.

Pagi ini kepala saya disaji dengan 1001 peristiwa berkandung ibrah.

Ia lebih menyihatkan berbanding pemandangan di Gimnasium. Saya meremang bulu tengkuk melihat para lelaki sasa mengangkat dumb bell di depan cermin sambil mata tidak lepas merenung dan sesekali mengusap otot lengannya.

Kawan-kawan yang lain pun memuji sama.

Erk!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Taman Tasik Ampang Hiliran

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 


© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2011)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Memaknakan Sebuah Kehidupan "Ok guys, I'm going back to my room", saya tinggalkan...
  2. Motivasi Pagi -1-: Menghargai Sebuah Kehidupan Bermula pagi ini, saya akan mula bersiaran di Radio IKIM.FM...
  3. Ihsan Dalam Sebuah Kehidupan "Beribadahlah kamu seakan-akan kamu melihat Allah. Jika kamu tidak sampai...
  4. Ujian Kehidupan di Perantauan Galway, pemandangan dari udara "Sakit sangat dah ni. Bengkak pun...
  5. Isteri Dan Mata Hati "Astaghfirullah. Hei you, it's HARAM!", seorang lelaki Arab tiba-tiba menengking...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di ulu kelang - Google Blog Search

12 di ulu kelang - Google Blog Search


RM100/DAY Promoters : Giant <b>Ulu Klang</b> / Giant Batu Caves –promoter <b>...</b>

Posted: 16 Jun 2011 09:06 PM PDT

Battery promoter

Location:
* Giant – Ulu Klang
* Giant – Batu Caves

Working Date:
25thJune – 26thJune 2011

Working Time:
10am-10pm ( 2times Break)

Salary payment: RM100/day

Requirement: Aggressive & Have working RESPONSIBLY.

Kindly Contact Michelle 012-3888 986. send profile to Michelleleong2622@gmail.com

Join Us in Facebook,You Can get more Detail About Us + Support

Mobile 012-3888 986 Salary RM100/DAY
Location Giant ulu Klang , Giant Batu Caves Working Hours 10am-10pm( 2 Times Break )
Onsite No Needed Skills Promote Battery
Start Date 25thJune-26thJune 2011
Duration 2days
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


KELAB GREENBOC: Video Seks Diedar Dalam Program PR <b>Di Selayang</b>

Posted: 14 May 2011 10:00 PM PDT

Program Pakatan Rakyat di Stadium Selayang dekat sini malam tadi, sekali lagi menjadi sasaran pengedaran VCD rakaman video seks, yang didedahkan "Datuk T" Mac lalu dan dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Gambar: Penyokong Pakatan Rakyat mengumpulkan VCD dan risalah berkaitan isu video seks yang diedarkan di luar Stadium Selayang, malam tadi. — Foto Jack Ooi

Pemimpin-pemimpin Pakatan mendakwa perbuatan itu didalangi oleh Umno.

Selain mengedarkan VCD itu, risalah berkaitan video seks turut diedarkan di luar stadium - yang secara jelas mahu menjejaskan kredibiliti Anwar selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat dan PKR.

Dalam risalah yang diedarkan itu, selain memaparkan gambar pelaku dalam rakaman video seks yang didedahkan "Datuk T" pada 21 Mac lalu turut tertera perkataan "tak perlu jadi seorang pakar jika ingin buktikan sesuatu!!!, anda sendiri boleh lakukan".

Ekoran pengedaran VCD dan risalah itu, petugas Pakatan Rakyat mengumpulkan kesemua VCD dan risalah dipercayai untuk dimusnahkan.

Pakatan Rakyat menganjurkan program Munajat Perdana Rakyat Tolak Fitnah di Stadium Selayang.

Turut hadir Anwar, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, timbalannya Azmin Ali, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Menurut Khalid, beliau kesal dengan tindakan Umno yang mengedarkan VCD rakaman video seks itu untuk menjatuhkan imej Anwar dan kerajaan negeri Selangor.

"Mereka edarkan video lucah. Ini kerja bodoh di negeri yang kaya dan ia satu kerja yang tida patut dilakukan rakyat Selangor.

"Kita nak jadikan Selangor ini negeri membangun, mewah dan dirahmati Allah tapi Umno bawa VCD tak guna ini, kalau nak tolong rakyat selesaikan masalah rakyat.

"Ini yang Umno tak boleh buat, apa yang mereka boleh buat edarkan VCD, tak guna ini," kata beliau ketika berucap.

Tegas beliau, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat tidak akan mempedulikan strategi kotor digunakan Umno-BN untuk merampas semula Selangor.

Sebaliknya, tegas Khalid, kerajaan negeri Selangor akan bekerja kuat bagi memastikan nasib rakyat di negeri itu terbela.

"Saya tidak ada masa untuk VCD buruk ini, saya akan terus bekerja keras untuk bantu rakyat.

"Rakyat pilih kita untuk buat perubahan dan ini yang akan kita buktikan," katanya.

Semalam PKR Selangor menggesa polis menjelaskan pendirian pihaknya ekoran tindakan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menyebar VCD rakaman video seks ketika ceramah "Jelas — Tawan Malaysia!" anjuran parti itu di lokasi berlainan kelmarin.

The Malaysian Insider difahamkan VCD itu diedarkan ketika ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat khususnya PKR di seluruh negara sejak lebih seminggu lalu.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, ceramah "Jelas — Tawan Malaysia!" di Kampung Jalan Kebun dan Kampung Melayu Subang telah dicemari dengan pengedaran VCD lucah dan poster propaganda bergambarkan wajah Anwar.

Ia diletakkan pada cermin kereta hadirin ceramah kedua-dua dua lokasi terlibat, kata Shuhaimi sambil menyifatkannya "mainan politik kotor tidak bertanggungjawab yang amat dikesali."

Awal bulan lalu, klip rakaman aksi seks disebarkan menerusi Internet dan polis berjanji akan menyiasat siapa yang bertanggungjawab ke atas tindakan memuat naik bahan itu.

Ulasan GB

Sepatutnya, petugas PR perlu mengintip dan menahan mereka yang melakukan pengedaran tersebut.

Dengan cara itu lebih mudah untuk diketahui dalangnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


THE FLYING KICK: PENGANIAYAAN KE ATAS UMNO <b>SUNGAI BESAR</b>!!!

Posted: 30 May 2011 03:30 AM PDT


Aku sebenarnya malas nak tulis tentang UMNO. Masa aku jumpa dgn seorang bekas pemimpin UMNO Selangor tiga hari lepas, dia merungut ttg sikap UMNO Sungai Besar.

Katanya, UMNO Sungai Besar langsung tak ada inisiatif. Besar kepala macam dah menang ada dalam tangan.

Program Juara Rakyat sepatutnya dibuat dua kali sebulan. Tapi UMNO Sungai Besar punya besar kepala dah 6 bulan tak buat apa2 dan menggerakkan Program Juara Rakyat. Budget selama 6 bulan tak claim. Bukan sebab baik hati tapi kerana memang program itu tak dibuat langsung di Sungai Besar.

Parlimen Sungai Besar dimenangi Noriah Kasnon dari BN mengalahkan calon PAS, Osman Sabran dengan majoriti 5009 undi. Ada dua DUN dalam Parlimen Sungai Besar iaitu DUN Sungai Panjang dan Sekinchan. DUN Sungai Panjang dimenangi oleh Dr.Khir Toyo dengan peningkatan undi majoriti. Manakala DUN Sekinchan pula kekal disandang oleh Ng Suee Lim dari DAP.

Baca Sambungannya DI SINI

Nota The Flying Kick:

Satu lagi pendedahan dibuat oleh blog KUKU KAKI yang mungkin akan MENAIKKAN DARAH pihak-pihak tertentu dalam UMNO Selangor!!!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


VIDEO KJ <b>DI SHAH ALAM</b>

Posted: 05 Jun 2011 05:00 PM PDT


WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-raja Melayu Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Wasiat Raja-raja Melayu merujuk kepada 7 wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu semasa menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 .
7 wasiat

1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;

5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;

6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan BAHASA MELAYU;

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan
kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Wasiat Sembilan Raja Melayu itu terdiri dari empat Negeri Melayu Bersekutu dan lima Negeri Melayu Tidak Bersekutu, disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.

Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah,
kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Informasi Malaysia Kini » Gempa Bumi Kecil <b>di Kajang</b> Akibat Gempa <b>...</b>

Posted: 13 Jun 2011 08:39 PM PDT

Pada pukul 8.20 pagi 14 Jun 2011, sedang aku tengah sibuk membuat kerja di pejabatku yang terletak di Taman Kajang Sentral, Kajang, Selangor, tiba-tiba salah seorang rakan sekerja aku berkata, "Weh, korang rasa bergegar tak". Sementelahan itu, aku pun terasa meja tempat aku bekerja ni bergoyang. Ada la dalam 1 saat tapi cukup untuk memeningkan kepala aku. Ada gempa bumi di Indonesia ke? Setahu aku, Churchill kat New Zealand yang tengah digasak oleh gempa bumi sekarang ni. Aku telah memberitahu pihak pentadbiran tempat aku kerja ni, tapi tiada respon. Setelah itu aku pun meronda-ronda di sekitar ofis dan ramai mengatakan perkara yang sama. Aku tak tau korang kat bahagian Kajang yang lain turut merasai gegeran gempa bumi yang sama yang telah kami rasa di Taman Kajang Sentral. Kalau korang turut rasa, sila bagitau.

Gempa Bumi Malaysia Kajang
Gambar Hiasan – Bencana gempa bumi yang dasyat bila-bila masa boleh sampai ke Malaysia

Beberapa jam kemudian, setelah keadaan menjadi terkawal, pada pukul 1105 pagi, aku telah dikejutkan sekali lagi oleh gegaran yang sama. Kali ni lebih lama dan lebih kuat. Sekitar 5 saat. Kepala aku makin pening. Apakah yang sebenarnya telah berlaku, betul ke ini merupakan gempa bumi kecil? Atau tanah tapak ofis aku ni tidak stabil dan menghasilkan gegaran ini. Itu la sebab aku perlukan feedback dari korang yang menetap atau bekerja di Kajang supaya bagitau aku. Okay? Mungkin banyak lagi gegaran akan muncul selepas ni. Aku tak pasti. Kalau apa-apa terjadi kepada kami di Kajang ni, at least ada la sedikit maklumat awal telah kuberikan. Hehe. Sebenarnya dah banyak kali juga gempa bumi kecil berlaku di Malaysia. Korang tak caya, gi baca ni (LINK). Jadi, jangan rasa diri selamat sangat duduk di Malaysia ni. Dengan maksiat yang banyak berlaku, tidak mustahil gempa bumi besar akan berlaku di Malaysia, berhati-hatilah ye. P/S: Insaflah diri, dunia ini hanya sementara, kesenangan yang sementara. Mari sama-sama berusaha ke arah kebahagiaan di akhirat yang kekal abadi.

UPDATE DARI BERNAMA

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) — Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.5 pada skala Richter berlaku di Sumatera Utara, Indonesia pada pukul 8.08 pagi Selasa. Menurut satu kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa ialah 330km ke barat daya Klang, Selangor. Gegaran turut dirasai di beberapa tempat di pantai barat Semenanjung terutama di sekitar Selangor, selatan Perak dan Melaka.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Shah Alam ketika dihubungi memaklumkan bahawa pihaknya menerima satu aduan gegaran berlaku di bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor pada pukul 8.29 pagi. Keadaan adalah terkawal.

Di KLANG, seorang penduduk di Kampung Meru Suziela Che Mat yang menghubungi Bernama memaklumkan rumahnya mengalami gegaran. "Katil di dalam bilik rasa bergegar, waktu itu saya sedang membaca buku di atas katil. Saya juga nampak air masak dalam botol (terletak di meja bersebelahan) bergoncang," kata suri rumah itu. Dia, bagaimanapun, tidak keluar dari rumahnya kerana gegaran itu sebentar sahaja. Namun, Suziela, 25, berkata dia berasa pening kepala selepas gegaran itu.

UPDATE DARI BERITA HARIAN ONLINE:

KUALA LUMPUR: Gempa bumi bermagnitud 5.9 melanda Sumatera Utara 8.08 pagi tadi dengan gegarannya dirasai di sekitar Kuala Lumpur, Selangor (Klang, Shah Alam, Kajang, Cheras), Putrajaya, selatan Perak dan Melaka, demikian kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, sebentar tadi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di rawang - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


Memperkaya Pengalaman Spiritual <b>di Batu Caves</b> « Lompat-lompat Sana <b>...</b>

Posted: 13 Jun 2011 07:08 PM PDT

This post is about Malaysia

Terletak tidak jauh dari Kuala Lumpur, ada sebuah tempat peribadahan umat Hindu yang sungguh memukau.  Dibangun dalam rangkaian gua di tebing gunung, Batu Caves barangkali adalah tempat ziarah utama umat Hindu Malaysia.  Sepanjang tahun Batu Caves dikunjungi banyak orang; apalagi kalau sedang perayaan Thaipusam, ramainya bukan buatan.

Berkat pembukaan jalur kereta yang berujung tepat di samping Batu Caves, mengunjungi kuil ini menjadi mudah sekali.  Cukup naik kereta sekali dari KL Sentral, turun di Batu Caves, dan hup… tinggal berjalan beberapa ratus meter mendekati undak-undakan yang menuju ke gua raksasa yang merupakan titik sentral kawasan Batu Caves.  Namun sebelumnya, kita akan disambut patung Hanuman raksasa yang berdiri gagah dekat gerbang menuju stasiun kereta.

Batu Caves dilihat dari stasiun kereta.

Patung Hanuman raksasa.

Objek lain yang langsung akan merebut mata adalah patung Lord Murugan yang menjulang di kaki undak-undakan, berlatar belakang tebing gunung yang dirimbuni tetumbuhan.  Selain patung tersebut, ada pula bangunan kuil yang disarati arca-arca yang merepresentasikan dewa-dewi Hindu, terutama Syiwa dan keluarganya.  Sebuah kolam yang cukup luas turut menambah kesejukan suasana.

Lord Murugan... dan tangga menuju gua yang bahkan lebih tinggi lagi daripada patung tersebut.

Syiwa dan keluarganya.

Saat saya ke Batu Caves, hujan rintik-rintik sedang membasahi bumi.  Ngeri rasanya mendaki tangga yang curam dan semakin licin kala hujan.  Saya tak lagi mengkhawatirkan monyet-monyet nakal yang bebas berkeliaran di kawasan kuil.  Mereka ini konon tak segan mengganggu pengunjung, namun dibandingkan kemungkinan terpeleset dari ketinggian beberapa belas, bahkan beberapa puluh, meter, monyet-monyet itu bukan ancaman besar.  Kecuali, tentu saja, kalau Anda terpeleset gara-gara mereka…

Tapi yah, sudahlah.  Toh saya tidak bisa mundur lagi.  Sayang amat, belum dapat apa-apa, sudah turun lagi.  Jadi meskipun hati agak gentar dan napas mulai ngos-ngosan, saya memaksakan diri terus bergerak menaiki tangga, meski kadang-kadang berhenti untuk beristirahat.  Pengunjung juga terus mengalir naik: baik orang-orang keturunan India beragama Hindu yang memang datang dengan tujuan beribadah, maupun wisatawan ingin tahu seperti saya.

Waduh, sudah tinggi juga. Tanggung dong, kalau turun lagi?

Okelah... mari naik terus!

Tiba di atas sungguh merupakan pencapaian pribadi bagi saya.  Rasa letih seketika sirna.  Di hadapan mata ada keajaiban alam berpadu dengan buah jerih-payah manusia.  (Coba bayangkan, waktu pertama tangga ke gua itu dibangun, bagaimana ceritanya, bagaimana sulitnya?)  Kesyahduan menguar bahkan sebelum kaki jauh melangkah ke dalam gua: sepasang suami-istri berdarah Cina yang sudah agak renta, tampak khusyuk berdoa.  Saya kok yakin padahal agama mereka bukan Hindu, namun tak ada yang mempermasalahkan.

Di mulut gua, ada kios-kios yang menjual barang-barang devosi umat Hindu (dan juga minuman, bagi Anda yang keringatnya terkuras habis sewaktu mendaki tangga).  Sebagian barang juga bisa Anda beli untuk oleh-oleh.

Sejumlah arca di dalam gua.

Dan begitu masuk ke dalam gua utama… wah.  Napas yang sudah mulai teratur, kembali tercekat karena kagum.  Penerangan remang-remang justru semakin menonjolkan fitur-fitur alami gua, dan menambah kesan agung kepada arca-arca yang ditempatkan di berbagai sudut, terkadang di tempat yang agak tidak terduga.  Mengunjungi Batu Caves merupakan keriaan bagi indra penglihatan, sekaligus memperkaya pengalaman spiritual.

Pemandangan yang membuat napas saya tercekat.

Posted by Tante Guru

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Megunjungi Dewa Murugan <b>di Batu Caves</b> « brigittahardi

Posted: 14 Jun 2011 08:33 AM PDT

Batu Caves

Sabtu 11 Juni lalu, saya dan dua orang teman dari KBR68H menyempatkan diri untuk mengunjungi Batu Caves, sebuah kawasan kuil Hindu di daerah Selangor, 13 kilometer dari Kuala Lumpur. Kami berangkat dengan kereta komuter/KTM  dari KL Sentral. Harga tiket 1 RM atau sekitar 2.800 rupiah. Perjalanan hanya menempuh waktu 20 menit dan berhenti di stasiun Batu Caves.

Sampai disana, hal yang langsung menarik perhatian saya adalah adanya patung Hanoman berwarna warni yang tingginya tak kurang dari 15 meter. Selain itu, suara musik dan nyanyian dari dalam kuil uga tedengar indah. Tapi itu belum apa apa, karena kita belum sampai di tempat utama. Di depan gerbang menuju kuil dalam gua, ada sebuah patung Dewa Murugan berwarna emas dengan tinggi 43 meter.

Dewa Murugan adalah Dewa Hindu yang terkenal di kalangan orang Tamil di negara bagian Tamil Nadu di India, dan Sri Lanka. Dia juga dikenal dengan berbagai nama, seperti misalnya Murugan, Kumara, Shanmukha, Skanda dan Subramaniam. Dia merupakan Dewa perang dan pelindung negeri Tamil. (Sumber: wikipedia)

Kuil di dalam gua

Setelah menikmati keindahan patung dewa Murugan, kita harus berjalan menaiki 200 lebih anak tangga untuk menuju kuil utama yang terletak di dalam gua. Lumayan panjang perjalanan yang harus ditempuh apalagi cuaca cukup panas. Tapi dengan perlahan namun pasti akhirnya kami tiba juga di dalam gua, tempat kuil utama berada. Selain itu hampir di setiap sudut di dalam gua, terdapat kuil kuil kecil atau patung patung dewa. Meskipun bukan pada hari besar, kuil ini tetap ramai dikunjungi oleh para umat yang ingin berdoa.

Kalau ingin merasakan suasana istimewa di Batu Caves, kita bisa datang pada bulan Februari, tapi sayang saya tak tahu tanggal pastinya. Tapi yang jelas, pada bulan Februari kita bisa menyaksikan perayaan Thaipusam. Pada saat itu, ramai orang yang datang untuk berdoa dan melihat berbagai macam atraksi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Super GT <b>di Sepang</b> hujung minggu ini | blogkereta.com

Posted: 14 Jun 2011 03:39 PM PDT

Hujung minggu ni peminat sukan permotoran akan berpeluang menyaksikan perlumbaan Super GT di Sepang. Perlumbaan ini adalah perlumbaan SUper GT yang terpantas di dunia.

Selaim perlumbaan Super GT, terdapat pameran kereta eksotik yang membariskan Porsche GT3rs, Lamborghini LP-670, Ferrrari F458, McLaren SLR, Maserati GT, Lotus 300 RR, Renault Megane R250, Rolls Royce, Bently, Mazda, Nissan dibawah sepanjang 200meter.

Peminat kereta klasik berpeluang melihat pameran yang dianjurkan oleh Historic Motoring Ventures yang membariskan kereta buatan dari tahun 1930an ke 1980an.

Pengajur JPM Motorsport juga akan cuba mencipta rekod untuk kemasukan di Malaysia's Book of Records dengan percubaan menghimpunkan Supercar dan Performance Car diatas litar lumba.

Dan banyak lagi program yang dirancang untuk pengunjung.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


Terkini: Ceramah <b>di Kuala Langat</b> ditukar ke Banting <b>...</b>

Posted: 16 May 2011 05:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tempat ceramah bagi Program Jelajah Tawan Selangor (Jelas) anjuran KEADILAN Selangor dan Cabang KEADILAN Sepang ditukar di saat akhir apabila kedua-dua lokasi asal program diganggu pihak polis.

Program tersebut ditukar ke Markas Pas Kampung Labuan Dagang, Banting Selangor pada malam ini.

Ceramah itu turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor, Azmin Ali, Timbalannya, Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani, Ahli Parlimen Petaling Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sean dan pimpinan KEADILAN.

Perubahan itu disebabkan tindakan polis Kuala Langat yang menghalang majlis tersebut diadakan di Dewan Orang Ramai Kg Bukit Changgang, Kuala Langat.

Pihak polis juga tidak membenarkan program itu ditukar ke Markas Pas, Taman Gemilang, Dengkil.

KEADILAN Selangor melancarkan  Jelas bagi menyampaikan maklumat dan isu terkini kepada rakyat di seluruh cabang KEADILAN di negeri itu, bermula 7 Mei hingga 5 Julai.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=13444

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di pandamaran - Google Blog Search

12 di pandamaran - Google Blog Search


kerangeleber: YB Nurul Izzah <b>di Pandamaran</b>, Port Klang (24/05/2011)

Posted: 25 May 2011 03:10 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]YB Khalid Samad di Pandamaran, Port Klang 24/05/2011 - Jelajah Selangor Tawan MalaysiaBila Orang Melayu Pandai & Berani, UMNO Akan Terkubur mediarakyat. WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM · SURUH DAP KELUAR PAKATAN UMPAMA SURUH NAJIB ...

ads