12 di ampang - Google Blog Search |
1001 Sajian Kehidupan <b>di</b> Taman Tasik <b>Ampang</b> Hiliran Posted: 16 Jun 2011 06:28 PM PDT Ada Makcik Arab pakai Jubah berlari sambil menolak stroller yang di dalamnya ada bayi perempuan comel tersengih-sengih dengan henjutan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Ada pakcik-pakcik pencen berketayap, berjalan pantas bersama dua rakan sesurau, agaknya. Ada suami dan isteri yang berpeluh-peluh berdiri mengadap tasik. Isteri dengan penuh kasih sayang mengusap-usap perut suami. Memberi sokongan agar kandungan 'digugurkan' barangkali. Ada sekumpulan kru penggambaran sedang sibuk menyiapkan set di lokasi. Beberapa orang yang saya tidak kenal, sibuk berlatih pengucapan skrip di tepi pagar. Ada sekumpulan 'Bro' yang usai berlari sedang menjamu selera dengan nasi lemak berkalori mewah. Ada dua Akak singgah di gerai Kudap-kudap bertanyakan Gula Kapas. Terkenang zaman kanak-kanak dahulu barangkali. 7 sudu gula teh berlebihan sehari yang tidak dibakar, menghasilkan 7kg berat tambahan setahun. Rakyat Malaysia mengambil 26 sudu teh gula sehari ketika Sunnatullah menetapkan keperluan mereka hanya 10 sudu teh! Ada seorang ibu berjogging bersama anak lelaki dan anak perempuannya. Sesekali si ibu berkata-kata sambil mengusap belakang kedua anak-anaknya. Ada seorang warga emas berkerusi roda, ditolak oleh pembantu rumah Indonesia mengelilingi Tasik. Ada seorang lelaki yang lengkap berbaju sukan tetapi dua kali saya melintasinya dia masih belum berpeluh, sebaliknya sibuk membelek DSLR kesayangan. Ada dua pelajar universiti barangkali, berjogging dengan selipar Pandang ke Timur. Saya pula usai berlari 3.5km sekitar setengah jam, berehat dengan dua biji telur separuh masak. Plan mahu membeli kopi o ais dibatalkan. Sudah ditegur isteri, sudah ditegur rakan Facebook. Saya mahu jadi baik. Saya meminta kopi o panas tanpa gula. Pagi ini kepala saya disaji dengan 1001 peristiwa berkandung ibrah. Ia lebih menyihatkan berbanding pemandangan di Gimnasium. Saya meremang bulu tengkuk melihat para lelaki sasa mengangkat dumb bell di depan cermin sambil mata tidak lepas merenung dan sesekali mengusap otot lengannya. Kawan-kawan yang lain pun memuji sama. Erk! ABU SAIF @ www.saifulislam.com
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2011) Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu. "Erti Hidup Pada Memberi" ABU SAIF @ www.saifulislam.com Related posts:
|
You are subscribed to email updates from di ampang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan