Jumaat, 17 Jun 2011

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Informasi Malaysia Kini » Gempa Bumi Kecil <b>di Kajang</b> Akibat Gempa <b>...</b>

Posted: 13 Jun 2011 08:39 PM PDT

Pada pukul 8.20 pagi 14 Jun 2011, sedang aku tengah sibuk membuat kerja di pejabatku yang terletak di Taman Kajang Sentral, Kajang, Selangor, tiba-tiba salah seorang rakan sekerja aku berkata, "Weh, korang rasa bergegar tak". Sementelahan itu, aku pun terasa meja tempat aku bekerja ni bergoyang. Ada la dalam 1 saat tapi cukup untuk memeningkan kepala aku. Ada gempa bumi di Indonesia ke? Setahu aku, Churchill kat New Zealand yang tengah digasak oleh gempa bumi sekarang ni. Aku telah memberitahu pihak pentadbiran tempat aku kerja ni, tapi tiada respon. Setelah itu aku pun meronda-ronda di sekitar ofis dan ramai mengatakan perkara yang sama. Aku tak tau korang kat bahagian Kajang yang lain turut merasai gegeran gempa bumi yang sama yang telah kami rasa di Taman Kajang Sentral. Kalau korang turut rasa, sila bagitau.

Gempa Bumi Malaysia Kajang
Gambar Hiasan – Bencana gempa bumi yang dasyat bila-bila masa boleh sampai ke Malaysia

Beberapa jam kemudian, setelah keadaan menjadi terkawal, pada pukul 1105 pagi, aku telah dikejutkan sekali lagi oleh gegaran yang sama. Kali ni lebih lama dan lebih kuat. Sekitar 5 saat. Kepala aku makin pening. Apakah yang sebenarnya telah berlaku, betul ke ini merupakan gempa bumi kecil? Atau tanah tapak ofis aku ni tidak stabil dan menghasilkan gegaran ini. Itu la sebab aku perlukan feedback dari korang yang menetap atau bekerja di Kajang supaya bagitau aku. Okay? Mungkin banyak lagi gegaran akan muncul selepas ni. Aku tak pasti. Kalau apa-apa terjadi kepada kami di Kajang ni, at least ada la sedikit maklumat awal telah kuberikan. Hehe. Sebenarnya dah banyak kali juga gempa bumi kecil berlaku di Malaysia. Korang tak caya, gi baca ni (LINK). Jadi, jangan rasa diri selamat sangat duduk di Malaysia ni. Dengan maksiat yang banyak berlaku, tidak mustahil gempa bumi besar akan berlaku di Malaysia, berhati-hatilah ye. P/S: Insaflah diri, dunia ini hanya sementara, kesenangan yang sementara. Mari sama-sama berusaha ke arah kebahagiaan di akhirat yang kekal abadi.

UPDATE DARI BERNAMA

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) — Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.5 pada skala Richter berlaku di Sumatera Utara, Indonesia pada pukul 8.08 pagi Selasa. Menurut satu kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa ialah 330km ke barat daya Klang, Selangor. Gegaran turut dirasai di beberapa tempat di pantai barat Semenanjung terutama di sekitar Selangor, selatan Perak dan Melaka.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Shah Alam ketika dihubungi memaklumkan bahawa pihaknya menerima satu aduan gegaran berlaku di bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor pada pukul 8.29 pagi. Keadaan adalah terkawal.

Di KLANG, seorang penduduk di Kampung Meru Suziela Che Mat yang menghubungi Bernama memaklumkan rumahnya mengalami gegaran. "Katil di dalam bilik rasa bergegar, waktu itu saya sedang membaca buku di atas katil. Saya juga nampak air masak dalam botol (terletak di meja bersebelahan) bergoncang," kata suri rumah itu. Dia, bagaimanapun, tidak keluar dari rumahnya kerana gegaran itu sebentar sahaja. Namun, Suziela, 25, berkata dia berasa pening kepala selepas gegaran itu.

UPDATE DARI BERITA HARIAN ONLINE:

KUALA LUMPUR: Gempa bumi bermagnitud 5.9 melanda Sumatera Utara 8.08 pagi tadi dengan gegarannya dirasai di sekitar Kuala Lumpur, Selangor (Klang, Shah Alam, Kajang, Cheras), Putrajaya, selatan Perak dan Melaka, demikian kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, sebentar tadi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads